SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 September 2010

CUEPACS JANGANLAH HANYA TAHU MEMINTA BONUS

Utusan Malaysia
27/9/2010



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan menjelang pembentangan Bajet 2011 pada bulan depan.

Setiap tahun, itulah suara yang kedengaran dilaungkan oleh Presiden CUEPACS, Omar Osman apabila sahaja menjelang pembentangan belanjawan.

Inilah 'perjuangan' beliau setiap tahun, selain gesaan agar umur persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan kepada 60 tahun.

Kerana beliau lebih menonjol dalam menimbulkan isu ini, ada pihak beranggapan kerja Omar hanyalah berjuang untuk menaikkan umur persaraan kakitangan kerajaan dan mendapatkan bonus untuk mereka.

Bagi saya ini bukan isu besar. CUEPACS meminta dan kerajaan akan membuat pertimbangan sama ada akan menaikkan umur persaraan atau tidak. Juga sama ada untuk memberi bonus atau tidak.

Saya pasti kerajaan akan membuat pertimbangan teliti berhubung menaikkan umur persaraan ini kerana bukan semua sihat dan mampu bekerja pada umur 60 tahun.

Begitu juga bonus, jika kerajaan mempunyai wang dan mahu memberi habuan untuk kakitangannya, tidak ada masalah.

Namun apa yang saya inginkan ialah dalam membuat tuntutan sebegini, CUEPACS mestilah juga melaksanakan tanggungjawab memantau kakitangan perkhidmatan awam agar memberikan khidmat terbaik kepada orang ramai.

Masih banyak rungutan kedengaran mengenai kakitangan kerajaan yang tidak mesra pelanggan, yang curi tulang, mengambil rasuah dan sebagainya.

CUEPCAS sewajarnya memberi nasihat dan mendidik mereka agar memperbaiki mutu perkhidmatan dan seterusnya mengambil tindakan wajar yang perlu.

Dalam meminta kenaikan umur persaraan dan bonus, CUEPACS perlulah memastikan kakitangan mereka melaksanakan tugas sejajar dengan tuntutan yang diminta.

Jika had umur perkhidmatan dinaikkan, bonus dapat, tetapi perkhidmatan di takuk lama, tidakkah CUEPACS rasa bersalah?

ORANG KERAJAAN

Kuala Lumpur

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang benar samaada bonus atau
Gaji kakitangan awam tak dapat diselaraskan buat masa ini kerana disebabkan ekonomi belum pulih di negra kita ini antara sebanya yang utama spt yang disebut oleh seorang usahawan jutawan Britaian dalam satu persidangan ekonomi baru2 ni antara lain menyebut:

Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Tanpa Nama berkata...

bilalah nak selesai kes tu...

Tanpa Nama berkata...

Harga barang dah naik dah...dalam purata kenaikan RM1.00-Rm2.00.

Isu ini pula bagaimana? Macam mana ingin bantu kami?

Tanpa Nama berkata...

Ma'af, ya... sebenarnya ruangan blog ini untuk kita membincangkan isu tentang (kakitangan awam kerajaan dan cuepacs) bukannya tentang isu perbicaraan kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau boleh kita kena bawa isu kes ini dalam blog mahkamah, terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

Benar tu isu disini bukan isu politik atau sebaginya, isunya cuepacs minta bonus bolehkah k'jaan tunaikan, bagaimana dgn keadaan ekonomi kita masa ni adakah membolehkan k'jaan melaksankannya.

Isu besar juga kenaikan kos sara hidup terus meningkat bagaimana penjawat awam nak serivive hidup dlm situasi kegawatan ini terutama bagi kami kumpulan sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 benar juga isu gaji dan bonus ni ada kaitan dengan ekonomi negara dan kesetabilan politik barulah income negara bertambah, bila meningkat hasil negra rasanya tak ada masallah kepada pertimbangan bagi bonus atau pelarasan gaji.

Tanpa Nama berkata...

nak bonus..nak bonus..nak naik gaji..nak naik gaji...

Tanpa Nama berkata...

Harga barang dah naik dah...dalam purata kenaikan RM1.00-Rm2.00.
Isu ini pula bagaimana? Macam mana ingin bantu kami?

Mana ada harga barang dah naik? Harga barang hanya diselaraskan saja..Itulah yg jadi bila rakyat diperbodoh-bodohkan oleh Pemimpin negara..

Tanpa Nama berkata...

Aku pun boleh jadi presiden kalau setakat....setiap kali datang bulan oktober...minta bonus...keje senang beb...kemudian jawapan si penipu putar alam pula...ekonomi tak mengizinkan...heheheheeee...yang dia pi tabur ke setiap tempat dilawatinya dari mana datang duit tu pula.....heheheee....orang politik saja yang tau...

Tanpa Nama berkata...

Gaji kakitangan awam terutamanya kumpulan sokongan perlu dinaikkan sekurang-kurangnya 50%... gaji pokok bawah RM1000 tinggal di bandar besar memang tidak relevan dengan peredaran masa!!!

Tanpa Nama berkata...

Dipaksa rakyat marhain mengikat perut setiap kali harga barang naik..."belanja ikut keperluan"...tp VVIP, VIP menghambur duit di sana sini... bila ditanya soal bonus di cop sebagai 'tidak bermoral'! Wahai kerajaan, cubalah abaikan bonus tahun ini, pilihanraya akan dtg baru kita tahu siapa bermoral dan siapa yg berkuasa...!

Tanpa Nama berkata...

Memang setuju sangat2 dgn tajuk "CUEPACS JANGANLAH HANYA TAHU MEMINTA BONUS".Patutnya Cuepacs mintak gaji diselaraskan & Elaun dinaikkan untuk semua PA kecuali Polis..Tak payah minta bonus..itu keuntungan jangka pendek..kena fikir keuntungan jangka panjang..

Tanpa Nama berkata...

Kalau Lembaga Air Perak boleh bagi bonus 3 setengah bulan.tak malu ke kita bila PM umum kita dapat hanya RM500.00 sahaja ..dimana kita nak letak maruah kita sebagai PA

Tun Samy Vellu a/l Kalimuthu berkata...

ekonomi tak mengizinkan untuk beri bonus, kami perlu utamakan peruntukan Ketua Bahagian dulu, sekian

Tanpa Nama berkata...

erm...sy sokong cuepacs...cuepacs berada dilandasannyerr....kerajaan?????tny laaa PM anda...jgn lah "rakyat didahulu kenekan"

Tanpa Nama berkata...

undang-undang tak dikuatkuasakan, sebab tu harga naik tanpa kawalan...penguatkuasa perlu rajin menguatkuasakan undang-undang di premis-premis. barulah undang-undang yang digubal tu ada power..kalau tak...tak guna juga..pasal bonos dan kenaikan gaji ni...memang patut sangatlah...

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan agar PA bersedia utk taat setia beri sokongan kpd BN pada setiap kali pilihanraya spt di putra jaya kerusi BN tetap menang ini menujukkan sokongan PA kpd k'jaan BN, insallah kali ini dijangka dpt 2 bulan bonus tetapi mesti janji jgn alih arah pula

Tanpa Nama berkata...

Soal undi itu hak kami secara rahsia siapa kami nak pilih bersesuain dgn perlembagaan negara, yang kami tuntut juga hak kami pelarasan gaji selepas 5 tahun perlu diproses semula, bonus tak bagi pun tak apa tapi gaji mesti selaras dgn kos sara hidup masa kini jgn biarkan kami menderita disebabkan kos sara hidup yg meningkat sedangkan gaji kami pada takuk lama, fikir2kan wahai pemimpin negara Malaysia yg tercinta ini

Tanpa Nama berkata...

alahai rakyat malaysia...adakah kita tahu bahawa duit rakyat sedang dibazirkan oleh bini Najib dan konco-konconya...aku cukup benci bini Najib tu...sombong...bongkak....salam dgn orang pun (pompuan) hujung jari aja...dia ingat dia tu anak Queen Elizabeth...blah la kalau najib berbinikan "Queen Elizabeth 100k" tu...tak berbonusladan naik gajilah kita PA di malaysia nih...kan dua tahun DSNR pegang negara ni satu pun kebajikan PA masih tak terjaga berbanding zaman Tun Mahathir dan Pak Lah...ni menunjukkan bahawa bini najib kontrol duit negara kita supaya disalur ke Program Pembaziran dan hiburan.......bini najib ni sebenarnya dah jadi PM berbanding najib...cubalah fikirkan

Tanpa Nama berkata...

Ulasan "cuepacs janganlah hanya tahu meminta bonus' bukan 1 kesalahan atau x bermoral. Sekarang ni semua rakyat Malaysia termasuk PA terutama dr kumpulan sokongan yg bergaji rendah benar2 tertekan.Tanggungjawab terhadap kerja sudah pasti tidak dilupakan.Memandangkan harga minyak dan barang2 banyak dah naik jd pendapatan yg diterima sudah tidak setimpal lagi menyebabkan ramai yg berhutang. kenaikan ini mungkin tidak dirasai kpd yg berpendapatan tinggi.Adalah menjadi harapan PA utk mendapatkan bonus.Tambahan pula sudah 2thn PA x menerima bonus.Thn dpn sesi persekolahan baru akan bermula.Anak2 makin bertambah bersekolah...mana nak cari duit utk beli pakaian sekolah dan yuran sekolah.kalau anak still maintan bolehla pakai bj lama biarpun koyak.Tp budak2 tgh membesar nak x nak kena cr bj baru.Kasut dan pakaian sekolah pun bukannya murah.beli beg sek murahpun berapa lama je tahan.Guna 4 bln dah koyak rabak.Kerana itulah setiap kali bajet akan kedengaran mohon bonus.Sepatutnya bonus ditetapkan kepada PA sbg penghargaan atas js dan perkhidmatan paling tidakpun 1 bulan gaji.Sebagaimana yang dibuat oleh sesetengah pihak swasta.kalu isu disiplin kerja..mana2 aje ada, peranan ketua lah untuk mengambil tindakan ke atas pekerjanya.

Tanpa Nama berkata...

Tetapi di TV laporan mrnyatakan ekonomi kita terus berkembang sementara psaran saham turut cergas ringgit pula lebih baik dari dollar Amerika, tetapi penjawat awam yg menderita sebab kos sara hidup yg terus menghimpit mereka,gaji pula ditakuk yg lama

Tanpa Nama berkata...

tu belum kira bayaran tunai OT dan TNT yg masih bermasalah ...utk bayar, semak gaji, semak gaji...bila? Bonus ada ke? entahlah rasanya macam tak mengharap sangat dah... OT dan TNT pun diam je..
Cuepacs jgnlah diam dlm isu ni...kebajikan kami kumpulan sokongan ni.. kerja lebih masa x berbayar dan dihadkan.

suara rakyat berkata...

Omar Osman yang B***H...
kakitangan kerajaan hanya mementingkan duit dari kualiti..betul macam orang cakap "pekerja kerajaan makan gaji buta"

Tanpa Nama berkata...

to suara rakyat,
sapa cakap kakitangan kerajaan makan gaji buta, kakitangan yg tgh buat kerja atas inisiatif sendiri mana mau letak, u tau ka skrg nih saya tgh buat apa, tgh siapkan proposal ofis, lusa mau dihantar. Tau skrg nih pukul brapa.??!! 3.30 pagi, saya ulangi 3.30 pagi.
Sy rehat sekejap sambil check blog cuepacs sebab nak tau perkembangan semasa kakitangan awam.
Pukul 6.00 krg kena siap lagi utk ke tmpt kerja.
cakap tu pakai otak.

Tanpa Nama berkata...

Saya selaku penjawat awam begitu komited serta minat terhadap amanah kerja saya sehinggakan kerja juga dibuat di rumah menggunakan komputer peribadi dirumah termasuk penggunaan elektrik sehingga waktu yg diambil termasuk di hari cuti kadang2 masa yg diperlukan sehingga lewat jam 1 hingga 1.30 pagi ini adalah benar apa yg saya alami, ketua pejabat pun tak tau kerja yg kami telah lakukan sebaliknya mereka telah tersedia dgn tugas2 yg dah siap yg telah dibuat dgn sempurna.

Memang benar selaku pa kumpulan sokongan masaalah ekonomi dan sara hidup masa kini kadang2 menggangu emosi dan prestasi kami sebagai penjawat awam, harap2 masih ada lagi simpati k,jaan terhadap kami yg iklas menjalankan tugas ini dgn membuat pelarasan gaji baru agar kami berada dalam hidup sekeluarga dalam keadaan stabil dalam ekonomi masa kini.

Tanpa Nama berkata...

sangat heran penjawat awam ni...
kerja technician kilang pon gaji sama je ngan PAP
tk der bonus pon, duit raya pon tkder, apa lagi korang nk..korang dah dalam ZON selamat, kalau korang tak suka dok dalam khidmat awam,bhenti kerja masuk swasta, ada berani???

Tanpa Nama berkata...

menteri, org yg berjawatan besar tak rasa rega brg dah naik ni...mkn minum diaorg automatik di tanggung..mkn hotel sana hotel sini...pegi sana org hidang pegi sini org hidang...tu diaorg leh kumpul harga berjuta2...kita disuruh berbelanja berjimat berhemah..diaorg bermewah2..kita yang kat bawah ni yang ditekan..cam mn ni rakyat tanggung kesusahan...tak larat nak minta diaorg pk dah pasal kita..