SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 September 2010

CUEPACS MINTA AKUR ARAHAN TUKAR MENUKAR -- ROMBAKAN BERSIHKAN IMEJ IMIGRESEN

Berita Harian
Oleh Norfatimah Ahmad
22/9/2010




KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 kakitangan imigresen termasuk pegawai kanan di Pelabuhan Klang yang diarah bertukar dalam fasa pertama rombakan secara berperingkat jabatan berkenaan perlu akur dengan keputusan itu bagi membantu membersihkan imej jabatan berkenaan.

Pertukaran yang berkuat kuasa 27 September ini susulan pendedahan Berita Harian bulan lalu mengenai pembabitan sesetengah kakitangan imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, walaupun ada yang mendakwa tidak terbabit dalam gejala negatif itu, sebagai penjawat awam mereka tidak harus membantah keputusan pengurusan jabatan yang tentunya mempunyai alasan kukuh berbuat demikian. Katanya, tindakan drastik itu kerana kakitangan jabatan berkenaan bertugas di lokasi penting di pintu keluar masuk negara yang menentukan sama ada negara ini terjamin selamat dan tidak dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

Tidak timbul soal siapa terbabit atau tidak dalam tindakan menyeluruh ini. Apa yang penting penjawat awam yang diarah bertukar itu perlu terima keputusan berkenaan untuk kebaikan bersama.

Bayangkan jika yang ditukarkan itu hanya mereka yang terbukti terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa, tentu implikasinya lebih buruk kerana akan dipandang serong, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengesahkan laporan akhbar ini mengenai pertukaran kakitangannya membabitkan Pelabuhan Barat, Utara dan Selatan, termasuk di Jeti Penumpang Pulau Ketam bagi membuktikan pentingnya aspek kerjasama berkumpulan dan perkongsian tanggungjawab antara kakitangan semua peringkat.
Omar berkata, sebagai penjawat awam, mereka seharusnya mengutamakan maruah negara dan mendahulukan imej jabatan bukannya mementingkan diri dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sapa yang tak nak tukar buang kerja, jika tiada alasan munasabah. sapa yang tak turun kerja lebih 7 hari buat laporan polis tangkap. kita melihat hanya polis dan tentera sahaja yang jabatan mahu mendisiplinkan kakitangan mereka. Imigresen!! jangan harap. gred kp 17 berlagak boss mahu ada bilik,itu lah tidak mau jaga gate tahanan depoh, gred kp 27 macam pengarah,, Nama sahaja jabatan beruniform, disiplin macam taik kuching. Gaji taklah besar. Lagak puh!! macam org kaya. tapi duit memang banyak tapi tak tau dari mana sumbernya. Marah dengan PTD. Yang penyelia KP 22 naik pangkat mahu, tegur perbuatan anak buah tak nak, jika demikian akan hancurlah jabatan ini.

rashid sidek berkata...

imegresen jawatan paling rasuah di malaysia, sbg bukti aku n kawan2 tiap2 tahun hulur duit nak bwk masuk mercun ikut sempadan secara sah.. ok la tu, kang kalo strict sgt susah la kami nk cari makan plak

Haji berkata...

1. Beraja di mata, bersultan di hati.

2. Kaduk naik junjung

Inilah yang menjadi permasalahan besar kepada negara dan nasib penjawat awam di negara kita. Timbul masalah saja maka pertukaranlah ubatnya. Gejala ini hendaklah dilihat dari pelbagai sudut, tidak kepada kakitangan bawahan sahaja, ia melibatkan peringkat atasan juga.

Mereka buta mata dan juga buta hati, KP Immigresen pun buat buat terkejut berkenaan jumlah kutipan, tapi dia tau pula jumlah secara tepat atau lebih kot. Maka ramai dipindahkan, yang baik pun dipindahkan sebab tidak beri kerjasama masa menjalankan tugas atau asyik merepot, jadi pindahkan sekali, baru padan muka.

Tak kira apa kategori dalam penjawat awam ni, kalau busuk ikan tu pasti bermula dari kepala, begitu juga dengan barisan kepimpinan kita, cuma golongan bawahan ni memang tak sedar diri yang mereka ini ikan bilis.

Terus terang saya katakan di sini bahawa agensi penguatkuasa ni banyak cabarannya, bagi yang korup ikut nasib, kadang2 selamat, kadang2 lingkup, bagi anggota komited, pasti akan terpinggir, kalau tak percaya boleh rujuk pdrm, kdrm, kpdn, jpj atau lain2 agensi penguatkuasa, Ketua jabatan takkan buta mata dan hati kerana terdapat anggota yang begitu lama bertugas pada satu2 tempat, ada yang kerap bertukar, ada nama saja bertukar, tapi atas pentadbiran masih ditempat sama, bila berlaku pertukaran semula beliau akan berpindah ketempat asal, padahal tak bertukar pun, maka banyaklah surat layang.

Mantan kpn pdrm baru nak bersuara berkenaan gangguan setelah hampir tamat perkhidmatan, malah kenyataan beliau dinafikan pula, kesian kat dia. Begitu juga dengan bekas pengarah penguatkuasa immigresen merajuk dan bersara.

Jangan lupa, tidak ada PA yang sangat diperlukan. Dunia dah akhir zaman kot.

Mamat. berkata...

Bodoh betul si rashid sidek ni, nak bawa masuk mercun buat apa bagi rasuah kat immigresen, bagilah kat kastam, immigresen periksa paspot saja, kastam periksa barang, lagipun buat apabagi tau immigresen perasuah besar, engkau beri tu lagi perasuah besar, bodo betul sebab cepat pecah rahsia.

A.halim berkata...

kaki rasuah sepatutnya dipecat.. hanya ditukarkan sahaja? tiada maruahkah KP Imegresen tu???? jenayah rasuah puluh2 ribu lebih ringan dari mencuri sekotak soya di pasaraya

ABG MAN berkata...

ni lah akibatnya ambil pekerja kontrak, sepatutnya khidmat mereka perlu ditamatkan tahun depan dan diserapkan ke sektor perladangan dan pembinaan, kita masih kekurangan org sekarang

civil berkata...

Pembetulan utk a.halim, bagi pihak penghakiman kesalahan besar hukuman kecil dan kesalahan kecil tapi hukuman besar ada sebabnya.

penghakiman dibuat diakhir perbicaraan atas permohonan pendakwaraya dan rayuan tertuduh, walaupun air kotak tapi kesalahan dilakukan berulang kali, berbeza dengan kesalahan pertama kali, tak lah berat hukumannya.

Buat a.halim kalau ada masa pergi dengar sebutan2 kes kat mahkamah tu, baru kita faham.

Anti Rasuah berkata...

Pegawai Imigresen dan Kastam Majoritinya Makan Rasuah. Lihatlah kehidupan mereka ?
Mewah............di bandingkan dengan gaji yang mereka dapat.

Arun berkata...

Anti Rasuah, tak baik cakap camtu, lihat diri sendiri dulu...

Tanpa Nama berkata...

Wahai PA semua tak payah kita tuduh menuduh diantara satu sama lain kalau anda seorang yg beragama, mempunyai keimanan tuduh menuduh sesama manusia tu berdosa tanpa bukti kita ada pihak penguatkuasa kalau anda tahu org tu rasuah laporkan saja kpd SPRM suruh dia dihumban ke penjara.

Kepada tidak mahu masuk NERAKA jangan tuduh sebarangan wang haram adalah sangat tidak baik utk diberi makan keluarga dan mendatangkan mushibah kpd anda bukan kpd peresuah saja malah kepada manusia yg berbuat jahat atau mulut busuk yg tamak, dengki kalau mahu masuk neraka dipersilakan dan pintu neraka sentiasa menanti anda yg berbuat jahat.

IMAN TALIBAN

Tanpa Nama berkata...

Anda sebagai PA patut mempunyai sikap yg bersih janganlah kita bersikap dengki, tamak, mulut busuk sentiasa caci mencaci sesama manusia orang yg tidak mempunyai agama pun tahu sikap tersebut adalah tidak baik utk dikeluarkan berpeganglah kpd ajaran agama kamu berbuat baik adalah dibalas baik oleh tuhan mu

Tanpa Nama berkata...

PA yg minta BONUS tu RASUAH juga namanya kita kerja bukan kita mahu minta bonus kalau tidak ada bonus tidak mahu kerja, kalau ada bonus baru mahu rajin kerja sekiranya semua PA macam tu tak baik juga. Kita tidak payah minta bonus tu malahan kalau dibahagi bonus kita sedekah kpd org miskin sebab bonus tu bukan nya gaji sama dgn hadiah haram kita tak baik makam wang haram tu bonus tu haram sama rasuah jangan minta bonus kalau mahu mintalah kenaikan gaji, pangkat tu saja

HAJI BAKIR B. HJ. KEDEKUT