SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 September 2010

CUEPACS MINTA KAJIAN SEMULA GRED ANGGOTA KASTAM

Bernama
27/9/2010



KUANTAN, 27 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) agar sepadan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Presidennya Omar Osman berkata seperti mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan katan Tentera Malaysia (ATM), Kastam khususnya anggota penguatkuasa juga berdepan risiko keselamatan ketika menjalankan tugas. "Perkara ini telah disampaikan secara lisan kepada JPA dan maklum balas yang diterima adalah positif," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, yang dilakukan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini malam tadi.

Omar berkata buat masa ini perjawatan KDRM menyamai jabatan dan agensi kerajaan lain daripada segi pengambilan pegawai yang memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Ini berbeza dengan PDRM, ATM dan profesion perguruan yang memerlukan kelayakan ijazah sarjana muda untuk jawatan itu serta tangga gaji dan faedah lain yang diterima oleh mereka," katanya. Katanya kelayakan untuk pengambilan pegawai KDRM juga adalah setaraf dengan jawatan tukang masak dan kerani yang telah dinaikkan ke Gred 17, iaitu menggunakan SPM bukan lagi Penilaian Menengah Rendah. -- BERNAMA

_______________________________________________________________________




28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kerajaan diminta kaji semula status pegawai-pegawai penerangan gred s41 yang telah lama berkhidmat dalam sektor awam. mereka sampai kini masih berstatus kontrak. serapkan mereka ke dalam jawatan tetap.

Tanpa Nama berkata...

"maklumbalas JPA adalah positif", macam pernah dengar terutamanya semakan skim kejuruteraan (J), tapi sampai sekarang dan bertahun tahun tak nampak hasil keputusanya dok macam tu jugak.

Tanpa Nama berkata...

saya pegawai kastam gred 41 tetapi bebanan kerja melebihi pegawai gred 48. diharap pihak JPA mengambil berat tentang isu ini.

Tanpa Nama berkata...

kalu mau semak semak semua jabatan jangan semak jabatan tertentu sahaja biar lah adil kepada semua kakitangan....... itu lah sebab sekaran gred sama ja tpi gaji berlainan......... sama juga ma kereja juga

Tanpa Nama berkata...

setuju anon 8:51. ramai pegawai penerangan gred s41 masih kontrak termasuk kawan hamba.. dia dh tiga tahun berkhidmat menerangkan dasar-dasar kerajaan tapi kerajaan bisu jer tentang nasib mereka.

Puteri UMNO Sungai Mahkota berkata...

maklumbalas JPA adalah positif.. selama 30 tahun positif sampai kakitangan Kemas masih kontrak walau ada yg dah bersara tanpa menerima pencen, hyna KWSP yg x seberapa. mana positifnya wahai JPA laknat, kemas yg mintak alih2 guru tadika perpaduan yg diserap tetap

Tanpa Nama berkata...

kami PA kumpulan sokongan bertarap penolong pegawai lulusan diploma gred 27 ke atas mohon cuepacs bela nasib kami.MOhon kami dinaikkan ke gred 41 melalui time base kepada mereka yg berkhidmat 10 tahun ke atas.Kami setiasa dipinggirkan.Kami ada pengalaman yang banyak.beza pembelajaran antara lulusan Ijazah dan lulusan diploma hanyalah 2 tahun sahaja.

Tanpa Nama berkata...

kes skim juruteknik j17 pun tak tahu apa cerita...ni ada jawatan lain plak...MTSU apa cite skim juruteknik j17...

Tanpa Nama berkata...

Hantar sahaja pegawai penerangan gred s41 ke Indonesia buat penerangan ke BENDERA. Kalau berjaya boleh di serapkan ke jawatan tetap. Kalau tidak, serapkan aja ke sektor perladangan atau pembinaan untuk menggantikan PATI yg berlambak-lambak.

Tanpa Nama berkata...

ah. semualah konon penguatkuasa ni perlu naik gaji kerana beban tugas..kan itu dah tanggungjawab...mana ada kerja yang tak ada beban...semua gaji PA patut dinaikkan berdasarkan kos hidup semasa bukan beban tugas....itu yang perlu dipertimbangkan...walaupun kerja sebagai PA ni banyak kelebihan terutama senang mendapat kelulusan berhutang dengan bank-bank berbanding pekerja swasta...tetapi disitulah kita boleh lihat bahawa, PA walau pun bekerja, tetapi terpaksa berhutang disebabkan gaji yang diterima tidak dapat menampung kos hidup sekarang...pihak kerajaan kena fikir-fikirkan...

Tanpa Nama berkata...

Dia buat pulak dah...si mamat presiden nie memang tak faham bahasa ka..?..aku dah cakap dulu..kalau nak buat apa-apa perjuangan jangan dok fokus pada yang beruniform saja...awat hang ingat kami yang tak beruniform nie apa...?..pencacai ka..?..haram jadah betui la...

Tanpa Nama berkata...

PA kontrak itu pun baik sebab ada kerja saya anggota kastam sama macam PA kontrak sebab saya pilih KWSP saya tidak ada pencen nanti kerana ambil KWSP sama juga dgn anda PA kontrak yg ada KWSP tidak juga saya mengatakan apa2 kpd kerajaan. KWSP tu kalau anda gunakan dgn baik banyak juga sebab 60% caruman kita kerajaan yg bayar anda kira berapa banyak kerajaan berikan kpd kita PA.
Kita janganlah memburukkan satu sama lain sepatutnya kita berterima kasih kpd kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat memang wajar kerajaan membuat kajian semula gred anggota kastam berdasarkan beban tugas mereka terutama sekali bagi anggota Kastam Gred W17/22/26 kerana ramai dikalangan mereka mempunyai kelulusan akademik sehingga ada Ijazah layak utk jawatan W41 tapi malangnya mereka ini masih lagi di gred tersebut malahan ada juga di kalangan mereka mempunyai semua kelayakan utk pegang jawatan lantikan gred w27/41 tapi masih juga dijawatan 17/22/26. Diharap kerajaan memberi perhatian terhadap perkara tersebut kerajaan akan rugi sekiranya mereka bertukar kerja ke jawatan lain kerana mereka yg sudah lama kerja berpengalaman.

Linda berkata...

Semua PA dalam gred sokongan ni mempunyai masalah yang sama saja, JPA harus bijak dalam menangani pelbagai isu berkaitan gaji.

Contohnya kenapa bidang perguruan kenaikan pangkat dengan time base 10 tahun saja, kumpulan sokongan n17 dan n27 kena tunggu 15 tahun.
Gred 41 naik ke 44, 48 begitu cepat, cuba bayangkan usia baru 30 tahun dah dapat gred 48 malah tengah memangku gred52.

Di jabatan saya ada staf n17 dan n27 dilantik pada tahun yang sama, sudah pasti kelulusan spm dan diploma, tapi sekarang PA n17 dah naik n32, n27 masih kekal sedangkan beliau berkelulusan perakaunan dari uitm, pegawai n32 tu sampai sekarang masih malu2 dengan bos lama beliau, malah beliau tahu bos lama beliau mempunyai rekod yang baik.

Inilah dilema yang dihadapi oleh PA dalam jabatan tertentu. JPA harus bijak dalam menangani isu tersebut. Tapi nampaknya JPA kurang bijak, Harap2 KSN tenguk2lah masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

la..lain kali mintalah keja pakai uniform..bro jgn ingat dok keja oppis je..ckp 8 jam balik..sabtu ahad rilek n x kira public holiday..ha ha..fikirlah sikit diorang ni kerja pakai shift..off ikut jadual masing2.asyik dengki..tukarlah baju bro pakai uniform save budjet x lah beli baju utk pi ofis brad polooo..

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni pegawai2 penerangan s41 sangat penting untuk jelaskan dasar-dasar kerajaan kepad masyarakat. so bagi mereka jawatan tetap

Din berkata...

MMMM suka sangat mengaku jawatan sendiri penting, cakap macam orang bodoh, itupasal tak dapat jawatan tetap.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya PA di down gredkan sebab tak da produktif, tengok lah ekonomi dan keselamatan semua hancuss. down gredkan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Kita patut menghargai Jabatan yg menunjukan prestasi yg baik malahan PM sendiri dahulu mahu memberikan hadiah kpd jabatan yg menunjukan prestasi yg meningkat tapi anggota Kastam apa yg dpt jabatan tersebut berjaya meningkatkan hasil kutipan cukai yg lebih tinggi sepatutnya sumbangan mereka perlu dihargai macam polis kalau anggota tempat mereka bertugas cermelang dapt hadih. Kastam apa dapat dicadangkan kpd mereka yg layak masih dlm sokong W17 hingga W27 yg mempunyai kelulusan akademik tertinggi Ijazah patut dinaikan ke pangkat lantikan W41 itu baru patut. Kutip hasil meningkat kerja cermelang apa lagi naikan saja pangkat dan gaji kpd yg benar2 berkebolehan SPA @ KSN patut menilai dan kaji dgn segera gred gaji mereka itu baru adil mempunyai pegawai kelas pertama.

Janganlah pihak yg b/tanggungjwb macam tidak lihat, kebolehan mereka.

Rasul Kahar berkata...

mana janji perjuangan Cuepacs utk menaiktaraf PA kontrak ke sektor pembinaan dan perladangan?

Ujang berkata...

Betul tu, memang ada jabatan tugas mereka tak berapa sibuk, pun takpalah( faham2 sendiri), tapi apa yang kita nak bicarakan ada tugas PA yang begitu sibuk terutama pada waktu puncak, dekat nak hari raya, cuti raya terpaksa bertolak ansur dengan rakan2, baik yang beruniform, mahupun kerani kaunter turut sibuk, ketua jabatan sentiasa risau jika timbul masalah di pejabat, sebab bila berlaku kes letih nak jawab.

KSN jangan asyik nak cari salah PA saja, kesianlah kami ni.

Tanpa Nama berkata...

sapa kata kastam banyak kerja, orang pergi bayar cukai, kastam beri borang saja, macam kerja di bank. tengoklah kat sempadan ada sampai berpeluh? mana ada, pencegah, malaslah nak crita panjang, gaji kalau kerja tak setimpal haram jadinya. banyak lagi kerja posmen dan orang yang amik sampah kat rumah. janganlah bagi alasan yang kerja lain tak banyak. Presiden cuepac apa tahu.sorry lah kastam, tengoklah kat sempadan sapa yang kerja banyak saya tengok imigresen lagi banyak kerja dari mereka. Imigresen kelayakan SPM gred 17 deals dengan pelancong dan undang-undang antarabangsa. Kastam deals dengan barang pun banyak kerja.apalah,, ini pendapat peribadi sahaja, setiap orang akan kata kerja mereka penting sebab polis inspektor dah degree, dulu penolong penguasa kastam dan imigresen sama taraf inspektor sekarang sama sarjan tapi pakai 3 paku tak terasa kah.Mungkin sebab itu mintak upgred bukan kerana banyak kerja tapi maruah.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Jabatan Kastam dapat kutip hasil RM28.2 Bilion

Saya rasakan kastam boleh dapat bonus macam lembaga Hasil sekiranya jabatan kastam diswastakan macam lembaga hasil dapat kutip cukai inilah keadilan namanya.
Lemabaga hasil hanya tugas kutip cukai aja tapi banyak kerja dibuat oleh jabatan2 kerajaan lain membantu kerja mendapat dan mempercepatkan memproses dapatkan hasil negara seperti duti setem, cukai keuntungan harta tanah dan sebagainya malah ada jabatan lain kena proses kerja untuknya paling cepat proses kerja tersebut satu hari sedangkan LHDN sendiri proses kerja ambli masa hingga sebulan , pasal dia kutip cukai maka dapat bonus 2 atau 3 bulan gaji krana telah diswasta. ini mungkin namanya tranformasi kearah gaji benpendapatan tinggi

Tanpa Nama berkata...

betul lah..lebih baik swastakan semua bidang kecuali pentadbiran saja..macam kat oversea..bidang perguruan pon diswastakan jugak..polis pon swasta..hanya pentadbiran saja under goverment..so tak ramai sangat la yang jadik PA nanti..

tapi, sekolah boleh laa kenekan yuran yang mahal untuk mereka yang ingin belajar..polis pon boleh kenekan yuran untuk segala perkhidmatan mereka..

Tanpa Nama berkata...

Memang benar saya sokong banyak pejabat kerajaan perlu dswastakan terutamanya yang dapat hasil Jabatan kastam bhg yg kutip cukai, nanti Jabatan Kastam boleh juga gunakan sistem e filing macam LHDN untuk memeudahkan kerja kutipan hasil, pejabat EPF pun dah diswastakan pejabat Daerah bahagian Kutipan cukai, banyaklah lagi pejabat2 yg terlibat dgn kutipan cukai ini boleh ikut cara sistem e filing macam LHDN, insallah berjaya dapt meningkat kutipan hasil.serta bonus insallah boleh dpt 2 atau 3 bulan.

Jabatan Polis ni cuma jaga keselamatn aja tapi kalau nak swasta nanti saman makin meningkat tak tahan kita.W/bagaimanpun gaji2 polis sekarang berada diparas yg agak baik, tetapi tentera tau pulak munkin sikit hari lagi agaknya.

Bagaimanapula dgn jabatan2 yg terlibat bagi memperoses dapat hasil, usaha mereka berhempas pulas untuk mempercepatkan proses kerja tersebut kerajaan tak nampak, tetapi yg nampak yg kutip hasil aja.

Tanpa Nama berkata...

sampai bila gred 17/22/26 akan menjadi pecacai utk kenaikan jawatan bg gred 41 menjadi 44 seterusnya 48??? sedangkan ramai kakitangan 17/22/26 yg ada ilmu dan pengalaman kerja tp masih berada di jawatan yg sama hanya krn pengurusan mementingkan gol atasan....

jason berkata...

Mengkorporatkan kastam tidak akan menyelesaikan masalah, contoh yang terbaik ialah MAS (HAMPIR BANKRAP) , sebenarnya parti politik yang patut diswastakan atau diberi target seperti swasta (mana parti politik yang tidak mencapai target akan dibubarkan dalam pilihanraya akan datang), ahli politk selalu kacau urusan pengambilan pihak atasan jabatan yang diswastakan seperti memberi jawatan kepada politician yang kalah dalam pilihanraya. PETRONAS menawarkan jawatan konsultant kepada bekas perdana menteri adalah contoh terbaik.

jason berkata...

Mengkorporatkan kastam tidak akan menyelesaikan masalah, contoh yang terbaik ialah MAS (HAMPIR BANKRAP) , sebenarnya parti politik yang patut diswastakan atau diberi target seperti swasta (mana parti politik yang tidak mencapai target akan dibubarkan dalam pilihanraya akan datang), ahli politk selalu kacau urusan pengambilan pihak atasan jabatan yang diswastakan seperti memberi jawatan kepada politician yang kalah dalam pilihanraya. PETRONAS menawarkan jawatan konsultant kepada bekas perdana menteri adalah contoh terbaik.