SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 September 2010

KEKALKAN USIA BERSARA 58 TAHUN

Utusan Malaysia
7/9/2010


KERAJAAN tidak perlu melayani lagi desakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menaikkan umur bersara kakitangan awam kepada 60 tahun berbanding 58 tahun sekarang.

Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada ramai rakan daripada kakitangan kerajaan, mereka mengakui sudah penat untuk terus bekerja sehingga ke usia 58 tahun.

Malah, ramai daripada mereka berterus-terang bahawa dalam tempoh 'masa tambahan' itu, mereka banyak tuang kerja dan makan gaji buta.

Seperkara yang membimbangkan lagi, jika kerajaan melayani permintaan CUEPACS dengan melanjutkan usia persaraan sehingga 60 tahun, apa akan jadi kepada ratusan ribu graduan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi kita setiap tahun.

Jika dalam tempoh setahun, seramai 50,000 kakitangan awam bersara, tempat mereka yang kosong itu boleh diisi oleh 50,000 kakitangan baru setahun yang terdiri daripada anak-anak kita.

Tentunya sebahagian anak-anak muda itu terpaksa bersaing untuk mencari pekerjaan tetap dan terjamin terutama dalam sektor awam.

Adakah para pemimpin CUEPACS memikirkan nasib para belia,penganggur, graduan yang ramai di antara mereka masih belum mendapat pekerjaan tetap.

Dengan melanjutkan usia persaraan kakitangan lama, CUEPACS seolah-olah 'merompak' dan 'merampas' hak golongan itu untuk mendapat peluang bekerja di sektor awam.

Dari sudut politik, tindakan membiarkan ramai anak-anak muda menganggur disebabkan ketidakadilan dalam agihan pekerjaan akan menyebabkan golongan itu akan menyalahkan kerajaan.

Kerajaan perlu menimbang secara serius baik buruk menaikkan usia bersara sehingga 60 tahun kerana kesannya bakal menyusahkan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah kelak.

Kerana itu, umur persaraan sedia ada perlu dikekalkan dan pada masa sama, kerajaan perlu mengalakkan syarikat-syarikat swasta untuk melanjutkan umur persaraan kakitangan sektor swasta kepada 56 atau 58 tahun.

GRADUAN LAMA MENGANGGUR

Kuala Lumpur

51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

STUJU .. bagi peluang kpd jenerasi baru utk menerajui Pentadbiran Awam Malaysia.
Presiden CUEPACS .. usah MERAPU.
Transformasi anggota Penjawat Awam perlu dilakukan... tak payah tunggu 58 tahun.
Kalau dah perlu pencen .. macam Omar Presiden Cuepacs, pencen ajelah... jangan dok sambung. Sudah Hampehhh.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan kpd cik Omar agar sebelum bersara beliau berjaya mengangkat gred gaji2 PA ini ketahap yg menasabah dgn kos sara hidup maknanya skim gaji gaji itu stabil dgn peningkatan kos sara hidup semasa, mudah2an jasa cik Omar akan tetap kami kenang sampai bila2

Tanpa Nama berkata...

Memang usaha tersebut dpt meringankan beban kerajaan dalam membahagi bayaran imbuhan persaraan buat masa ini,tetapi ia perlu dilihat keperluan semasa samada mereka yg berkhidmat itu mampu memberi perkhidmatan yg terbaik buat k'jaan, krna ini melibatkan kesihatan dan tahap kecergasan yg akan mempengaruhi pekerja tersebut, bagi yg tak mau meneruskan perkhidmatan tersebut boleh diberi pilihan untuk bersara dan terus mendapat hak sebagai org yg bersara termasuk imbuhan pencen

ganu'kite berkata...

ya stuju 58 shj...

.. bukan stakat graduan menganggur
.. kenaikkan pangkat juga tersekat oleh pegawai sedia ada..
.. jangan lengahkan masa beribadat.. kurang berkat makan gaji buta...

slamat hari raya & maaf zahir batin

staff lab berkata...

yes betul, aku pon kakikepala n tangan kjaan gak, aku tk setuju klu usia bersara dilanjutkn lg, aku tngk kt hospital2 kjaan kbnykn tkleh keja heavy2 dh...on call lg la..suma dh pancit.asyik2 keja dia pagi2 g temujanji kt klinik utk sakit yg deorang ada tuh, petang skalu off, time buat keja mesti nk duduk jen tknak buat keja berat2..ni situasi aku bg tuh kt Lab hospital la...yg dia thu tiap2 bulan amik gaji..klu aku jd KSU di JPA aku ubah usia bersara kpd 50th je.kesian budak2 U nk tnggu que utk masuk keja kt JPA...lama tunggu.yg dh tua2 dh tk reti2 nk pencen, keja smpi mati la ( sakit jantung kt kerusi tpt kerja ).tk payah la smpi 58/60 th tkde produktiviti.org2 skrg rmai let go awal..kbnykn dlm usia 40-48 je

Tanpa Nama berkata...

aku pun setuju...pa sangat makcik2 dan pakcik2 tua yang boleh buat masa umur 60 tahun tu??makan gaji buta jer..yang pakcik2 tu asyik dok kedai kopi borak2...yang makcik2 tu badan dah boyot..dok kat kerusi tu tak bangun2 dah..pas tu baca majalah ...bos pun tak berani tegur sebab nanti dianggap tak hormat orang tua pulak.
so kesimpulannya tak payah la sampai 60 tahun tu...nanti ramai yang mati kat tempat kejer tu..

Tanpa Nama berkata...

Saya tak setuju dgn umur persaraan 60 tahun. Nak buat apa kerja lama². Tu dah sampai waktu untuk lebihkan ibadah jer. Tahap penumpuan dan produktiviti pon dah kurang. Bukan nak memperkecilkan kemampuan golongan 'Vateran' yang dah banyak memberikan sumbangan dalam memajukan negara kita yang tercinta ni. Diorang dulu pun penah gak muda dan bekerja gigih untuk rakyat dan jabatan masing². Tapi apa kata kita bagi peluang pula pada anak² muda kita yang tengah mencari² kerja yang lebih kukuh di dalam sektor awam ni. Saya selaku penjawat awam sendiri pun x setuju ngan cadangan ni. Tapi tak tau la kalau CEUPACS nak membela golongan gred 52 dan keatas yang 'takot nak hilang duit poket bulanan yang agak mewah'. Kerja 'pakai pen & otak', sapa yang tak nak 3K,4K sebulan. Berbeza dgn golongan PRA kita yang 'pakai cangkul & tenaga' utk kerja hari². Tentu penat kan??

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong samada kekal atau berpatah balik kepada 56/55 dan saya akui produktivi pekerja melepasi 55 sudah berkurang dah lumrah hidup bila dah tua tenaga tak sekuat yang muda, fikir-fikirkan lah...

cikgua berkata...

kerja itu pun satu ibadah juga jika betul niatnya, generasi muda makin buta agama

Tanpa Nama berkata...

Saudara Cikgua,

saya tak nafikan bekerja tu satu ibadah. memang itu terang dan nyata dan disebut di dlm Al-Qur'an.
Tapi bagaimana yang bekerja sambil lewa??

Mengata org memang la senang, tgk diri sendiri dulu. jgn senang kata org buta agama....

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan supaya usia bersara dikurangkan daripada 58 tahun kepada 45 tahun.Kebaikannya banyak anataranya memeberi peluang kerja kepada generasi muda.Siapa sokong saya?

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama atas aku....

aku setuju cadangan hang

Tanpa Nama berkata...

55 paling best.bila sorang sampai ini nombor,itu badan sudah cukop "takes the toil" dan " timing-timing " semua component anggota badan pun lari.mau alignment balik pun tak guna lagi sebab,engine tua memang engine tua. rebore banyak kali pun mesti sampai dia punya "last rebore".kasih chance to new blood yang mempunyai banyak new ideas.

manaf Jeli berkata...

sepatutnya beri peluang kepada org muda dgn memendekkan jangka kerja. ramai ahli Putera,Pemuda dan Puteri Umno masih tiada kerja. Kami juga ingin menyerapkan mat2 rempit di tempat kami sebagai pekerja kerajaan, agar mereka insaf dan berjasa kepada parti, bangsa dan negara. Jgn kutuk2 Mat Rempit, merekalah yang byk berjasa kepada kita smasa PRU dulu dan akn datang. Berilah peluang kepada mereka memenuhi gred2 SPM dgn menutup sementara permohonan SPA, agar sokongan mereka kepada parti dan negara tidak goyah. juga sebagai galakan khas, mula ged SPM hendaklah N29 utk golongan ini. sekian.

Tanpa Nama berkata...

Tak payahlah saudara manaf kamu ambil mat rempit bagus lagi kamu ambil orang yg cacat seperti buta kah, lumpuhkah, yg sakit tak dpt berjalan dan orang tua2 utk bekerja sebagai kerajaan tak payahlah kamu pilih orang yg mapu buat kerja dgn kerajaan yg cacat tu memang setia kpd UMNO wahai saudara manaf. Majukah sektor perkhidmatan awam yg dicadangkan oleh saudara tu. Mat Rempit tu samalah seperti mereka tu kalaulah anak buruk tentulah bapa rintik saudara manaf.

Tanpa Nama berkata...

Manaf PA bukan harta UMNO suka hati nak lantik ha.... ko belajar dulu manaf..... jangan gunakan ruangan ini untuk politik ada faham ka...

Tanpa Nama berkata...

dah 60tahun dok umah la jaga cucu....keja sampai mampos tak abisss
jangan laaa kipas sangat kerajaan tu

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs Perlu Lebih Fokus Isu Kenaikan Gaji

Saya berharap cuepacs lebih fokus kepada seruan dari penjawat awam agar kenaikan gaji ini merupakan agenda utama yg perlu diutamakan dalam keperluan masa kini kerana mereka semuanya amat memerlukan disebabkan kos sara hidup yg melambung tinggi.

Fokus ini perlu dilaksanakan dengan menjemput SPA menteri atau timbalan menteri kewangan dan pengguna dalam satu dailog membicarakan isu ini dan kenapa keperluan tersebut, Cupacs perlu menhasilkan kertas kerja yg lebih ilmiah serta berpandangan jauh dari sudut keperluannya serta disokong beberapa tokoh ekonomi, sosial atau sebaginya dalam memebentang kertas kerja tersebut, dimana hasilnya perlu dirumus serta dipaparkan di laman2 utama cupacs serta disebarkan keseluruh jabatan2 kerajaan.

Sebelum seminar tersebut diadakan cuepacs perlu melantik beberapa pakar dan tokoh dlam bidang tersebut sebagai bengkel mendapatkan satu kertas kerja yg baik.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong umur pencen 45 tahun!
xlarat dah kerja berat, umur 55 pun dah semput, bagi peluang pula pada orang muda. Kesian mereka.

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara/saudari usia tu bukan penentu seorang buat kerja. Bagi kita PA saya berpendapat umur 60 tahun tu masih bertenaga dan kuat lagi bekerja pada mereka yg sentiasa menjaga kesihatan. Umur tu bukan penghalang pada seorang tu buat kerja umur muda pun tidak berguna sekiranya pemalas dlm membuat kerja. Kita lihat PA yg baru dilantik pada masih kini yg dipilih SPA bagi mereka yg terlalu celik dgn komputer datang kerja taip2 hari buka komputer asyik bergayut dgn komputer ini main facebook serta lain2 lagi tidak buat kerja mereka hanya sehingga ditegur oleh ketua mereka.

Kita tengok dan lihat rata2 ahli politik kita di Malaysia ini umurnya melebihi 60 tahun ke atas mereka juga mampu buat kerja mereka tidak juga kita kata mereka ni orang tua.

Kita ambil contoh Ketua Menteri Sarawak Taib mahmud umurnya dekat 80 tahun dia lagi mampu jadi KM dan masih lagi dpt jalan tugasnya dgn baik apa lagi kita PA umur 60 tahun tu masih bertenaga lagi dalam membuat kerja kalau kita sbg manusia yg rajin berusaha dan mahu cintakan negara ini. Bagi generasi muda pula kita perlu juga beri pekerjaan, oleh yg demikian kerajaan harus menwujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan di sektor awam.

Tanpa Nama berkata...

Umur 58 tahun tu saya rasa lagi sihat dan muda bagi PA yg menitikberatkan kesihatan mereka serta mengamalkan hidup sihat dalam usia tersebut. Saya rasa kepada PA yg masih sihat dicadangkan umur bersara dilanjutkan kepada 60 tahun tapi bagi yg berpenyakit tidak sihat saya juga cadangkan mereka ini bersara lebih awal lagi iaitu umur bersara 40 tahun serta kita berikan peluang ni kepada mereka yg benar2 berminat utk menyumbangkan kemajuan negara kita tercinta ini. Golongan ni yg mengganggu jentera pentadbiran kerajaan kita sentiasa memastikan jentera kerajaan sentiasa berjalan dgn lancar kpd PA yg bermasalah, berpenyakit dan tidak berminat lagi kerja saya syorkan mereka ini diberikan pencen awal kepada mereka yg lagi berminat serta sihat dicadangkan mereka ini bersara pada umur 60 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya kalau kita mahu negara kita lebih maju lagi terutama sekali jentera pentadbiran kerajaan berjalan dgn lebih lancar CUEPACS bersama SPA terutama KSN bincang hal usia bersara PA ni ditetapkan saya berpendapat bahawa umur sesuai PA bersara adalah dilanjutkan kepada 60 tahun kepada mereka yg lagi berminat serta menunjukkan prestasi kerja yg baik serta masih sihat boleh dilanjutkan umur bersara mereka kepada 60 tahun tetapi kepada mereka yg tidak sihat berpenyakit, sudah nyanyuk tidak mampu buat kerja serta malas saya sarankan kepada kerajaan supaya golongan ini diberi pencen awal umur 45 tahun keatas supaya ianya tidak mengganggu jentera pentadbiran kerajaan serta mutu perkhidmatan kerajaan sentiasa berjalan dgn lancar.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS

Adakan pernah kita ambil perhatian PA yg bersara awal ni mereka agak sukar menjalankan aktiviti harian mereka kalau pencen awal mereka tidak ada kerja rasa bosan dan ada dikalangan mereka bekerja lagi dgn sykt swasta terutama sebagai Pengawal keselamatan. Kebanyakkan PA yg pencen umur 58 tahun ni masih mampu lagi buat kerja terutama sekali kaum lelaki mereka masih mampu buat kerja tetapi bagi golongan wanita mungkin tidak mampu lagi buat kerja mereka dan dicadangan umur bersara lelaki dilanjutkan kepada 60 tahun dan wanita 55 tahun atau 58 tahun suruh mereka buat pilihan.

Saya berpendapat usia bersara PA perlu dilanjutkan kepada 60 tahun kepada golongan lelaki dan winita 55 tahun atau 58 tahun sebagai pilihan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak setuju umur bersara 58 tahun dikekalkan sepatutnya umur bersara PA adalah 60 tahun. Kita Tengok dan lihat kpd pemimpin2 negara kita menteri2, timbalan2 menteri atau ketua menteri seperti KM Sarawk Abd. Taib Mahmud umurnya melebihi 70 tahun lagi mampu buat kerja apa lagi kita PA kerja lebih senang lagi dpd kerja mereka.

Saya berpendapat usia bersara PA perlu dilanjutkan kepada 60 tahun terutama sekali kepada golongan lelaki.

Tanpa Nama berkata...

Usia bersara patut 45 tahun.Dapat gi haji masa badan sihat lg.Dapat beri peluang kepada generasi baru yang boleh mempelbagaikan idea-idea yang bernas untuk setiap pelan tindakan kerajaan.Tak patut usia 58 tahun..masa tu fikiran jadi lemah..mata da kabur..masa tu asyik keluar masuk hospital.Kalau VIP bole la..diaorang ada kewangan.Lagi satu pasal aku da nak masuk 40 tahun kalau jadi pencen 45 tahun ada la lagi 5 tahun kerja bestnya..

Tanpa Nama berkata...

lagi satu umur bersara 45 tahun bukan bererti seseorang tu malas..cuma diaorang perlu banyak lakukan kerja-kerja peribadi yang sebelum ni tertangguh.Antaranaya melancong, ziarah saudara mara, orang tua, duduk dalam majlis ilmu, solat lima waktu berjemaah, tunaikan umrah haji, buat business dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS

Bagi PA yg ingin bersara awal dlm umur 45 tahun disebabkan banyak masalah disebabkan banyak urusan perniagaan, mahu melancong, menziarah saudara mara dan lain lagi masalah peribadi mereka berharap pihak CUEPACS cadangkan mereka ni bersara awal kalau dikekalkan pun mereka ni jadi beban kerajaan dlm pengurusan pentadbiran kerajaan.

Umur bersara dilanjutkan kepada 60 tahun tidak emngganggu jentera pentadbiran kerajaan kalau ia di buat secara betul malahan ianya mendatangkan kebaikan kpd jentera pentadbiran kerajaan idea org tua bergabung dgn idea org muda dlam pengurusan pentadbiran kerajaan membolehkannya berjalan dgn lebih lancar lagi org. tua kata org. tua2 tu tentu lebih banyak pengalaman dlm semua bidang kerana mereka ni telah lama menemui asam garam yg ditempohi sepanjang pengalaman kerja mereka berbanding dgn generasi muda.

CUEPCS, umur bersara 60 tahun sangat sesuai utk PA bersara kepada mereka yg tidak ada masalah apa2 dlm diri PA tu. Kalau ada diantara PA yg bermasalah kita cadangkan golongan ni bersara awal dan beri mereka apa2 yg patut diterima oleh mereka sama dgn masa umur bersara mereka. Bagi PA yg banyak masalah ni kerajaan perlu pandang serius dan patut diberi pencen awal malahan tidak perlu sampai umur bersara mereka ni perlu ditamatkan perkhidmatan mereka kerana disebabkan banyak masalah yg perlu dia selesaikan supaya ianya tidak memberi kesan kpd perkhidmatan kerajaan yg diterajuinya beri lah peluang kerja tersebut kpd org lain yg berminat terutama kpd generasi baru.

Tanpa Nama berkata...

jangan anggap PA yang nak bersara awal tu bermasalah semua orang ada masalah.Yang jadi masalahnya ramai anak muda yang menganggur takde kerja kasihan lah diorang ada sijil,degree tapi takde kerja takde makna la.Kalau nak kerja sendiri nak ada modal.Ibarat orang lain nak masuk rumah tapi tuan rumah duk kat depan pintu macam mana diorang nak masuk.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih CUEPACS,

Saya tidak setuju usia bersara 58 tahun saya mahu usia bersara dilanjutkan kpd 60 tahun kpd PA lelaki kerana golongan lelaki kalau bersara awal berasa bosan tidak ada kerja masa bersara nanti oleh itu perlu juga umur bersara dilanjutkan dan PA perempuan bolehlah dikekalkan 58 tahun atau kurang dan diberi pilihan.

Tanpa Nama berkata...

Wahai saudara/saudari PA yg mengatakan umur 58 tahun tu dah tua dan tidak lagi dapat buat kerja, kata dah nyanyuk, rabun itulah sikap PA yg pemalas kerana tidak pandai jaga kesihatan sendiri yg boleh menyebabkan diri sendiri tidak sihat dan malas jaga kesihtan diri sendiri.
Saya ni PA yg berumur 57 tahun ni saya lagi sihat dan dapat buat kerja dgn bagus malah saya pun dpt APC tahun lepas dan saya pula kahwin 2 dan bulan ini isteri ke 2 saya melahirkan lagi seorang cahaya mata. Begitu juga dalam usia 57 tahun ni saya lagi mampu melanjutkan pelajaran saya ke peringkat PHD usia tu bukan kita PA dlm membuat sesuatu kerja dan begitu juga dgn masalah peribadi PA perlu selesaikan secara sendirian sebelum menyelesaikan masalah org lain.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kita mesti ikut negara lain sedangkan masih ramai golongan muda yang berpendidikan tetapi masih tidak mendapat kerja..dulu 56,lepas tu 58 skrg 60 tahun pulak umur bersara..makin lama makin mengarut saya lihat.sebab tu la negara kita peratus pengangguran sangat tinggi..belajar tinggi2,tapi tak ada keje..

Tanpa Nama berkata...

Wahai PA yg tidak lagi berminat bekerja dgn kerajaan yg mahu bersara lebih awal mintalah borang dgn ketua jabatan kamu utk bersara awal sekarang pun umur 45 tahun pun boleh bersara apatak lagi sampai 55 tahun lebih bagus lagi bersara awal kalau ada banyak masalah peribadi sendiri bagi mereka yg masih berminat biarlah mereka teruskan perjuangan mereka utk bangunkan negara supaya mencapai negara maju.

Bagi generasi muda yg masih menganggur tu mereka malas janganlah pilih kerja buat kerja yg anda mampu. Kerajaan sentiasa mewujudkan jawatan kosong bagi generasi muda.

Tanpa Nama berkata...

Rantaian Kebangkarapan Kerajaan:

Lanjut 60 tahun : Graduan mengganggur

Graduan Menggangur : Generasi baru rasa terancam nak sambung ngaji kat IPTA dan IPTS

Kurang Student Kat IPTA/IPTS: ipta buang kakitangan kontrak kerajaan/swasta tu lalu menjadi penggangur,

Si Penggangur : kalau tak dak kerja, buh orang, rompak sana -rompak sini pasai nak isi perut

Perompak : negara dengan misi 1 malaysia Menjana transformasi kearah kejatuhan kerajaan

Kejatuhan kerjaaan : disebabkan oleh pemikiran tamak makan sorang , penggangur terdiri dari orang muda akan benci kerajaan dan pangkah pembangkang

Tanpa Nama berkata...

Memang la bole mohon bersara awal tapi dapat pencennya masa umur 58 tahun..yang kami nak dapat pencen masa bersara awal contoh pencen umur 45 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Saya TIDAK menyokong usia bersara pada 60 tahun. Sebab-sebab:
- beri peluang kepada anak-anak kita yang dah lama menganggur mengisi jawatan di sektor kerajaan.
- tidak ramai yang masih mampu dari segi fizikal pada usia 60 tahun.
- tidak ramai juga yang mampu secara teknikal seperti mempunyai kemahiran ICT.
- kurangkan beban kerajaan memberi gaji walaupun hari bekerja kurang berbanding cuti sakit.
- beri peluang kepada golongan veteran menyumbang kepada komuniti masing-masing seperti JKK kampung atau perumahan dan tempat ibadat atau meneruskan hobi yang tertangguh selama ini.
Ini saja yang saya pinta:
* Pastikan faedah pencen, kebajikan warga pesara dan perancangan kewangan mereka dijaga.
* Pesara masih dirujuk dalam isu baru berkaitan profesion yang pernah mereka pegang kerana nilai pengalaman mereka masih tidak dapat diganti oleh para belia.
* Elakkan mempolitikkan isu ini kerana ia tidak relevan dengan siapa yang memerintah tetapi lebih kepada siapa yang diperintah!!

Tanpa Nama berkata...

saya setuju tu..sepatutnya umur bersara tu 45 tahun betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Memang tidak dinafikan, bagi saya bukannya sebilangan PA yang dah nak pencen pada usia 58 menampakkan bahawa prestasi dalam tempoh dua tahun amatlah menurun mendadak dimana tiada apa yang perlu lagi hendak disumbangkan dalam jangka masa berkenaan.Hanya nak tunggu tarikh lahir ke 58 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Saudara/saudari di atas tu saya bolehkan sikap org yg malas kerana dia tidak mahu bantu kerajaan dlm menyumbangkan baktinya sehingga ke akhir perkhidmatan menyebabkan prestasinya turun. Saya pun PA yg umur 57 tahun lebih tidak juga prestasi saya menurun malah saya pula dpt APC tahun lepas dari jabatan saya kerana orang macam saya ni mahu bersara pun dapat menunjukkan prestasi yg cemerlang anda sebagai PA patut menunjukkan sikap dan contoh yg baik kpd org ramai terutama kpd generasi muda jangan kita hanya kerja mahukan gaji buta saja itu sifat manusia yg tidak menghargai apa yg dia ada.

Tanpa Nama berkata...

saya kerja cemerlang jugak tapi tak dapt perhatian sebab tu nak bersara awal.

Tanpa Nama berkata...

Jangan merajuk saudara/saudara kalau kita org beriman bukan semua PA boleh diberi cemerlang sabar tu separuh dpd iman buatlah kerja dgn baik dan lebih cemerlang lagi tuhan dpt lihat kita dan pintu syura sentiasa terbuka kpd org yg beriman dan pintu neraka pula terbuka kpd manusia yg sentiasa mengutuk dan mengumpat org. walaupun anda tiap2 jam atau hari sembahyang pintu neraka terbuka kpd umat yg sentiasa mengutuk & mengumpat sesama diri manusia

Tanpa Nama berkata...

PA yg menyokong bersara awal sebab mahu makan gaji buta dpd bayaran lebih separuh dpd gaji tu taip bulan tulah kebanyak PA yg pencen tu cepat mati kerana makan duit gaji pencen dibayar tiap2 bulan tu tanpa kerja tu dikatakan berdosa makan duit tanpa peluh, org lain bersusah payah cari kerja cari duit PA pencen makan tidur saja dpt pula gaji tiap2 bulan.

Tanpa Nama berkata...

Abis tu x bole makan duit pencen la?

Tanpa Nama berkata...

PA yang pencen daripada jabatan agama
macam mana pulak?

Tanpa Nama berkata...

Itu berdosa makan duit pencen tanpa keluar peluh tu yg dinamakan haram duit tu patut di sedekahkan kpd org miskin faham kalau oleh tu kerajaan mahu kita bekerja samapi 60 puluh tahun dan simpan duit tu kegunaan masa pencen jangan makan duit haram nantu cepat masuk neraka duit haram tidak pilih ianya datang dari mana2 kita perlu makan duit hasil dpd titik peluh kita tu baru halal dan iannya dinamakan juga dinamakan duit suci yg paling baik utk diberi makan sekeluarga.

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak setuju usia bersara 58 tahun dikekalkan utk PA saya setuju dgn cadangan CUEPACS umur bersara PA adalah dilanjutkan secara OPYSEN kpd PA yg masih sihat dari segi kesihatan dan menunjukkan prestasi yg baik patut dilanjutkan usia bersara mereka. Bagi mereka yg tidak mampu dan mempunyai banyak masalah peribadi yg perlu diselesaikan PA ini diberi umur bersara awal bila2 masa saja sehingga mencapai umur 45 tahun maksimum.

Kepada generasi baru @ belia kita @ anak2 kita tidak perlu bimbang terhadap peluang pekerjaan mereka sekarang banyak peluang pekerjaan baru yg ditawarkan oleh kerajaan malahan ianya lebih banyak dpd angka PA sekarang 1.2 juta org. Sekarang kerajaan telah memawarkan peluang pekerjaan sebanyak 3.3 juta org utk kerja baru menawarkan 60% gaji sederhana dan tinggi ke arah negara berpendapatan tinggi baca suratkhabar UTUSAN BORNEO 17 sept, 2010 m/surat 1. Kita faham kerajaan sekarang ni betul berusaha mahu semua org mempunyai pendapatan tinggi tak perlu dibimbang lagi dan kpd PA kerajaan kontrak tu mintalah kerja tersebut jangan buang peluang sama2 mohon jangan ketinggalan. Kerja tu paling banyak menurut Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam

Tanpa Nama berkata...

saya tak nafikan mungkin ada di antara tugas yang memerlukan org yang berpengalaman dimana mereka -mereka ini perlu menurunkan semua ilmu/kepakaran kepada pegawai-2 baru. tp jika difikirkan utk lanjutkan had pencen bg semua staf saya rasa kurang sesuai (difikirkan nasib graduan-2 baru). Sy cadangkan had pencen tetap 58 (itu pun dah tak larat). tp bg yang ingin sambung bertugas mereka boleh buat permohonan dimana akan diluluskan oleh SPA (atau sesiapa yang berhak bergantung kpd keperluan kerajaan/jab ketika itu). mereka ini akan menjadi seperti perunding/penasihat bg pegawai-2 baru bg tujuan menurunan ilmu/kepakaran mereka.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan umur pencen tanpa had selagi masih mampu dan berminat bekerja.

Bagi menjimatkan wang kerajaan kepada PA yg mahu bersara tidak ada keistemewaan kpd PA seperti mendpt wang pencen termasuk gaji pencen bulanan kalau tidak buat kerja tentulah tidak dpt gaji buat apa kerajaan bazir wang utk bayar PA yg mahu pencen awalkah atau berkhidmat sampai mapus dgn kerajaan.

Abu Jahal berkata...

ni mesti komen oleh pekerja kontrak,sebab kau x tetap dan x dapat pencen maka kau sanggup berhati busuk agar semua org x dapat pencen, mmg patut la Tuhan x tolong org mcm ni.

kau kerja gomen gaji lg byk dr swasta besyukurlah ngok oiii, kami yg swasta ni harao OT smpi malam br gaji cecah rm1000 mmg patut la kau kontrak, kalo kau tetap mmti lagi byk permintaan bodoh dan bengong spt ini

Tanpa Nama berkata...

yang setuju nih adalah yang bakal menguasai tahap malas gaban ditempat kerja pada satu saat nanti...mereka nih mengharapkan ada pelapis buat kerja mereka sambil mereka makan gaji buta...ini adalah kenyataan dimana senior saya umur 59 tapi dilantik secara kontrak hanya lepas tangan dan menyerahkan semua kerjanya kepada kakitangan muda.....dia punch card...lps tu cabut balik rumah jaga cucu....pkl 4 datang kerja balik punch card atau paksa geng baru nih tolong punch card...ini adalah kenyataan terutamanya di Kementerian Kesihatan

Tanpa Nama berkata...

satu lagi...kedisplinan di tempat kerja adalah kurang didapati kepada PA yang muda...saya rasa...kepada boss yang memantau....kalau mereka yang berpotensi pandai guna PC....mesti akan asyik dengan facebook kerana dah memang trend mereka nih walaupun ditempat kerja....saya nampak yang senior nih tak ada main-main facebook nih walaupun pandai ICT...kerajaan banyak duit...buh Blue Coat sekat facebook ditempat kerja...bagi PA di tempat kerja...tumpukan pada kerja....bagi yang bakal ditemuduga ....jangan asyik dengan facebook..sekarang pegawai penilai dan para penemuduga SPA sudah boleh mencari anda di facebook menerusi email anda dan sekadar nama anda di resmue atau profail borang SPA anda...kalau buruk dan terlalu aktif di sana....nescaya anda akan diragui dan menjejaskan peluang untuk menjawat jawatan tetap kerajaan...ini juga sama bahawa kakitangan awam yang asyik dengan facebook mempunyai mutu kerja yang terlalu rendah....tak macam PA senior berumur 50k

Tanpa Nama berkata...

saya sokong tu