SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 September 2010

MAJIKAN DIMINTA SOKONG DASAR GAJI MINIMUM

Sinar Harian
19/9/2010




KUALA LUMPUR -- Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam hari ini meminta para majikan supaya menyokong dasar gaji minimum bagi memastikan pelaksanaannya, kemungkinan pada tahun depan, berjalan lancar.

Beliau berkata mereka tidak perlu bimbang atau menganggap dasar itu sebagai halangan kepada perniagaan mereka.

“Niat kita bukan untuk membebankan para majikan. Kita hanya akan menetapkan satu tahap minimum dalam soal gaji dan ia terpulang kepada para majikan untuk membayar sebarang jumlah melampaui tahap itu kepada para pekerja mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Dr Subramaniam dipetik sebagai berkata bahawa model gaji minimum itu adalah menyeluruh bagi semua sektor tetapi ia berbeza mengikut wilayah.

Disebalik jaminan kerajaan bahawa dasar gaji minimum tidak akan menjejaskan industri, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) masih tetap dengan pendiriannya bahawa dasar itu akan memberi kesan kepada perniagaan dan pekerja tempatan kerana ia cenderung untuk memberi manfaat kepada pekerja asing yang kurang mahir dan berpendapatan rendah.

Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan dipetik sebagai berkata usaha bagi menjadikan tahap berpendapatan tinggi bukan dengan cara mendasarkannya ke atas gaji minimum tetapi dengan meningkatkan produktiviti dan prestasi para pekerja.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya masih mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi memastikan dasar mengenai gaji minimum digabungkan dengan baik.

Beliau dijangka membentangkan kertas kerja mengenai gaji minimum kepada Kabinet menjelang bulan depan.

Katanya gaji minimum adalah perlu kerana struktur gaji dalam banyak sektor tidak berubah secara drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun dengan kenaikan harga barangan.

“Gaji mesti disepadankan dengan kenaikan dalam harga barangan dan taraf kehidupan yang semakin tinggi,” katanya. Katanya kos kehidupan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan gaji perlu seiring dengan peningkatan dalam produktiviti.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gaji minimum perlu dibuat segera..bagi w17 gaji minium rm1500.00

Tanpa Nama berkata...

gaji minimum tak bererti kepada pegawai2 kontrak. mereka dalam dilema menghitung hari kontrak mereka akan ditamatkan.

nampaknya isu kontrak ini tak mampu diselesaikan oleh kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

dicadangkan agar ditubuh kesatuan penjawat awam kontrak supaya suara mereka lebih vokal.

Tanpa Nama berkata...

henti kontrak mereka kemudian dibayar pampasan. kemudian apa??? inilah nasib pekerja kontrak.

Tanpa Nama berkata...

kebanyakkan pekerja kontrak kerajaan adalah di kalangan anak-anak kakitangan awam juga yang ada pengaruh di dalam kerajaan...tak adil juga kalau terus diserap. calon di luar yang tak ada saudara mara di dalam kesian tak boleh jadi pekerja kontrak di dalam kerajaan...tak adil..

Tanpa Nama berkata...

saudara/saudari kalaulah taraf kerja tu dah kontrak fahamlah bereti kerja tu kontraklah habis kontrak mestilah tamat begitu juga kalau kerja swasta, tak faham macam mana ianya jadi boleh jadi kerja tetap kamu dah tahu bukan tiada pembelaan semua org mahu pembelaan kerajaan taklah mampu membela semua org faham2 lah.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa..kalo gaji minimum ini hanya digunapakai oleh rakyat Malaysia saja..saya sokong sangat.

Tapi kalau benefit ini dapat kepada warga asing..saya rasa tak setuju.Nanti makin ramai pendatang yang akan berhijrah ke Malaysia nanti.Makin ramai warga asing dapat kerja tapi rakyat kita menganggur.

Tanpa Nama berkata...

dah nama kerja kontrak....tak faham juga. Lu fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

tak baik cakap camtu kat pekerja kontrak..kesian depa..saya pernah menjadi pekerja kontrak kerajaan sekejap, selama 1 tahun sebelum diserap ke jawatan tetap.

macam-macam senior suruh buat.kerja kerani, kerja tukang cuci, kerja tukang kebun..semua kene buat walaupun kontrak utk gred 41.dah laa xde cuti tahunan. sepanjang tahun kene datang kerja.


loan dgn bank xle nak buat.loan dgn gov xle nak buat.tersepit. surat pengesahan kerja pom depa xnak buat.sy nk keluarkan duit epf nak beli rumah pom payah.siap hina saya tanya byk mana ada duit dlm epf.nasib baik saya pernah kerja swasta dulu sblm masuk gov.jadik engineer kilang dulu.baru depa senyap sikit.

skang bila dah jadik staf tetap, baru admin-admin nak respect sikit.xde dah cakap tengking-tengking.tapi saya masih ingat dan akan tetap ingat pengalaman itu..manusia yang tak reti nak hormati manusia lain.hidup tak bertamadun.

Tanpa Nama berkata...

Dasar Gaji Minimum memang wajar dilaksanakan dengan segera memandangkan pendapatan kini tidak lagi dapat menampung harga barang yang semakin tinggi dan taraf hidup semakin meningkat.Walau bagaimanapun berharap tidak dibuat mengikut wilayah memandangkan di pedalaman turut mengalami nasib yang sama di mana harga barangan yang tinggi kerana kesukaran mendapatkan bekalan.Harap pihak kerajaan turun ke semua kawasan pedalaman dan cuba nikmati kehidupan di sini untuk mendapat kepastian.

Tanpa Nama berkata...

Dasar gaji minimum perlu dibuat secara menyeluruh kecuali kepada warga asing agar semua rakyat Malaysia dapat menikmati bersama tidak mengira kontrak atau tetap, tidak mengira swasta mahupun kakitangan kerajaan.Jangan terlalu fokus kepada kawasan bandar sebagaimana pihak kerajaan telah memberikan cola mengikut kawasan.Kehidupan di luar bandar juga terhimpit kemiskinan dengan barang yang mahal kerana kesukaran untuk mendapatkan bekalan.keadilan keistimewaan perlu diberi samarata kepada Rakyat Malaysia. jangan yang kaya semakin kaya...yang miskin semakin papa.

Tanpa Nama berkata...

tak elok kata penjawat kontrak mcm tuh..mereka cuma nk luahkn aje perasaan dan masalah mereka.kita phm mereka nk carik keja lain pun payah karang nih..lebih2 lg keja tetap kerajaan.kita doakan moga sumbangan bakti mereka dipandang oleh kerajaan..mereka inilah yg bersengkang mata untuk siapkan kerja jabatan..kadang2 ujung minggu pun kerja jugak bagi mereka yg berkhidmat dalam sektor sosial, kena buat program ke kampung2..mereka pun dikira dalam latihan dldm sektor awam nih, banyak pengalaman..rugi kalau tak diambik terus walaupun tak semua boleh perform baik dan cemerlang..kepada kerajaan, berilah mereka sedikit pembelaan untuk ditetapkan..

Zulkiflee berkata...

seeloknya semua kakitngan tetap dipecat dan kakitangan kontrak diserap kerana mereka lebih malas dan x produktif

Tanpa Nama berkata...

K/tangan kontrak masih juga di antara kamu tak faham2 dgn taraf jawatan kamu tu kalau kontrak namanya habis kontrak berhentilah carilah kerja baru janmgan menyusahkan kerajaan.

YG kontrak tu mana ada banyak menyumbangkan pembangunan negara dan saya cadangkan kerajaan tak lagi mewujudkan taraf jawatan dlm kerajaan ada kontrak dan pekerja kontrak tu perlu di tamatkan dengan segera sebelum jadi parah.

Tanpa Nama berkata...

woiii....jaga mulut tu sikit..apa salah pekerja kontrak sampai kamu cakap macam tu, kamu ingat sekarang ini senang mendapat kerja? Pandai saja kau kutuk pekerja kontrak, pekerja kontrak pun berjasa pada negera juga...bercakap tu biar berpadah-padah.

Tanpa Nama berkata...

x perlu gaji minimum..gaji swkarang pun da cukup..kesian la dengan kerajaan kita

Tanpa Nama berkata...

Gaji minimum tidak perlu kepada rakyat asing.Keistimewaan hanya pada Rakyat Malaysia sahaja xkira tetap, sementara atau kontrak.kerajaan mahupun swasta.Rakyat asing perlu dihantar pulang agar rakyat tempatan dapat bekerja.Memang menyedihkan di Ibu Kota sudah menjadi tempat warga asing.Pg sana sini ada je warga asing.Kedai makan pun banyak warga Indonesia.Harap nasib rakyat Malaysia terbela.

Boonsak Ponana berkata...

kami penguatkuasa JPJ tetap menuntut agar pekerja Indon dihantar pulang segera agar rakan kami pekerja kontrak dapat diserap segera didlam sektor pembinaan dan perladangan, utk PA kontrak wanita bolehlah menggantikan amah2 Indon nanti. ini adalah untuk kebaikan negara dan membela nasib pekerja kontrak

Tanpa Nama berkata...

Gaji polis n bdn beruniform lain dah berkali-kali naik. Gaji kakitangan awam yang lain susah sangat nak naik. Sampai gaji diorang dah "langgar tembok" tp gaji kakitangan yang lain masih ditahap yang sama.

mannok@swk berkata...

pendidikan dah dinaikkan gaji,polis pun sudah,tentera pun sudah...Kementerian Kesihatan bila lagi???????lebih lebih lagi untuk gred u17...blaja sampai 2 tahun...tapi gaji macam x pegi blaja..lebih baik jadi pengawal keselamatan...xpayah g blaja...

Tanpa Nama berkata...

Saya pun pekerja kontrak di dalam jabatan kerajaan..sekarang susah nak dapat kerja tetap buat masa nih, mcm2 saya apply kerja kosong tapi takde sbarang jawapan..harap ada yang sudi dapat membantu pekerja kontrak macam kami nie..

Unknown berkata...

Aku keje kerajaan dah 10 tahun..gaji bersih 2ribu lebih..kenapa nak beli kereta loan bank..xlepas lak..sbb aku xpernah loan dgn bank pon masalah ke..aku xde rekod je kot..bukan rekod buruk..tu tandanya aku xsuka berhutang..nak hutang..org xbagi plk..pelik2