SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 September 2010

RAKYAT PERLU LAHIRKAN TANDA PENGHARGAAN SEMPENA HARI MALAYSIA -NAJIB

Bernama
16/9/2010



KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia boleh melahirkan tanda penghargaan kepada pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963 dalam pelbagai cara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata setiap rakyat negara ini juga mempunyai peranan dalam menjayakan aspirasi negara untuk mencapai Wawasan 2020, iaitu mencapai status negara maju, seperti yang dirancang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Saya mahu setiap orang merasakan negara ini milik kita. Kita boleh mengucapkan terima kasih kepada negara kita. Ada 28 juta cara untuk menyatakan terima kasih kepada Malaysia.

"Jika kita seorang guru, kita memberi pendidikan, jika artis, kita lukis gambar Malaysia, jika penjawat awam, kita bekerja dengan penuh dedikasi dan itulah caranya kita boleh menyatakan terima kasih kepada Malaysia," katanya pada pelancaran Festival Muzik, Seni and Gaya Antarabangsa (MASiF) di The Pavillion di sini Rabu.

Najib berkata tanpa kesatuan dan kepelbagaian, Malaysia tidak mungkin dapat dibentuk dan mencapai kemajuan seperti yang dikecapi oleh generasi pada masa kini.

"Dengan adanya dua tiang utama ini berserta semangat 1Malaysia, kita pasti dapat mencapai matlamat negara menjelang tahun 2020," katanya.

Sementara itu Najib turut memuji inisiatif MASiF yang disifatkan sebagai satu idea istimewa menganjurkan festival itu untuk julung kalinya sebagai program pembuka tirai sambutan Hari Malaysia.

"Saya amat tertarik hati dengan konsep yang diperlihatkan oleh program MASiF ini. Biasanya idea datang daripada kerajaan tetapi kali ini, idea adalah daripada rakyat Malaysia sendiri iaitu dari generasi pasca merdeka dan saya berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana menjadi penaung kepada majlis sebegini," katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam ucapan aluan menyeru rakyat Malaysia supaya terus memperingati Hari Malaysia dan menjadikannya landasan untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Beliau berkata pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963 adalah lambang kekuatan rakyat dalam menempuh segala suka duka sebelum berjaya membentuk sebuah negara.

"Banyak perkara sudah berlaku dan dilalui oleh kita semua. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengingati Hari Malaysia tanpa mengira perbezaan kaum dan agama yang ada di negara kita.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersama-sama dan tidak memikirkan perbezaan yang ada di antara kita untuk terus mencapai kemajuan yang diharapkan oleh semua rakyat," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata sambutan Hari Malaysia ini juga adalah sesuatu yang bermakna kepada semua rakyat di negara ini kerana pada tarikh ini, semua negeri yang dijajah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk sebuah negara yang ada pada hari ini.

MASiF 2010 yang akan diadakan selama lima hari mulai Rabu sempena sambutan Hari Malaysia menampilkan pelbagai acara kesenian, fesyen dan muzik dari dalam dan luar negara.

Acara ini melibatkan lebih 100 orang warga seni yang terdiri daripada pereka fesyen, pemuzik dan pelukis termasuk empat artis antarabangsa iaitu Ruth Sahanaya dan Tengku Ryo dari Indonesia, Rachelle Ann Go dari Filipina serta MINT dari Thailand.

-- BERNAMA

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang saya sebagai penjawat awam ni sentiasa lahirkan penghargaan sempena hari Malaysia ke atau Kemerdekaan cuma apa yang kami harapkan dari penjawat awam ini sebagai pengorbanan kami ini, kami benar2 beharap keperihatinan kerajaan agar menilai semula akan kadar gaji kami yg bersesuaian dgn kos sara hidup masa kini kalau kita ambil contoh Kadar peningkatan kos sara hidup sebenarnya telah meningkat sbanyak 160% sejak dari 10 tahun yg lepas, lihat saja kalau sepotong kuih dahulu cuma 10 sen saja dan kini telah naik sebanyak 30 sen sementara baru-baru ni dibulan ramdhan pula 5 keping untuk RM 2.00 bererti kenaikan harga barangan kini sentiasa berterusan sementara gaji masih berada ditakuk yg lama.

Tanpa Nama berkata...

Sempena Hari Malysia ini dapat dilahirkan tanda penghargaannya bila Penjawat awam khusunya mendapat kenaikan pelarasan gaji mereka pasti dapat merasa penghargaan dengan meningkatkan lagi komitment sebagai penjawat awam pada negara Malaysia yang bertuah ini,insallah.

Tanpa Nama berkata...

Aku cukup hairan kenapa hari Malaysia tidak disambut sebelum ini. Kenapa baru sedar negara Malaysia ni terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Sabah & Sarawak ? Atau pun kerana terdesak untuk mendapatkan undi? maklumlah pilihanraya dah dekat.Sebab itu banyak peruntukan disalurkan ke Sabah & sarawak..Budget 2011 mesti ada peruntukan besar untuk Sabah & Sarawak..PA bukannya bodoh. berangka baik.....

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa mungkin negeri2 di Serawak dan sabah mengingatkan kepada kerajaan semenanjung ni bahwa negeri mereka ini sebenarnya negeri bersekutu termasuk macam Singapura tetapi kini telah keluar dari Malaysia, dengan ingatan tersebut supaya Kerajaan Persekutuan perlu berlaku adil dengan pembangunan di Sabah dan Serawak negeri yg turut menyumbang ekonomi kepada negara Malaysia.

John Labak berkata...

undi kami kaum bumi sarawak tetap kepada BN biar apa pun terjadi, harapnya Umno segera masuk selamatkan Sarawak bumi bertuah ini

Tanpa Nama berkata...

Undi kami untuk rahman nayan/manaf Jeli yg sering kempen kat sini utk ?

Saya sebenar rakyat serawak sekarang ni rasa tega dan akan tetap bg undi kami pd pembangkang pada pilihanraya kali ni

Rahman Nanyan berkata...

mereka di Borneo tidak bersyukur, adakah mereka fikir mereka lebih bagus berada didalam Indonesia? harus diingat kita ni penjawat awam dibawah kerajaan BN, kita haruslah setia bukan sahaja kepada negara dan kerajaan, tetapi juga kepada parti agar kita mendapat gaji yang halal dan sah. Kita jangan asyik memaksa kerajaan memberi bonus tetapi masih ada di kalangan kita mengundi pembangkang.

Saudara diatas menyebut nama saya dengan penuh dengki dan dendam, adakah saya berbuat salah dengan mengingatkan saudara?

Saya amat berharap agar seluruh PA dibersihkan dari anasir pembangkang ini, agar tidak tertipu dengan kecoh2 pembangkang kononnya harga barang mahal dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

kami hargai sebab itulah kami mohon agar 16 september setiap tahun dijadikan hari cuti am..tapi kerajaan saja yg lambat nak faham makna tersirat dan tersurat ini.

setelah hampir 50 tahun barulah kerajaan sedar..walaupun amat terlambat, tapi tahniahlah...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan juga hampir amat terlambat kerana tidak menaikkan gaji pekerja awam. pekerja awam ramai yg kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..

Tanpa Nama berkata...

Rahman nanyan/Manaf Jeli saya paling tidak setuju dgn pemberian bonus seperti bonus RM 500/- dan termasuklah yg diminta oleh CUEPACS 2 bulan gaji bonus utk PA kerana pemberian tu tidak halal ianya haram ianya macam bentuk rasuah bonus tu haram kerana ia bukan bentuk gaji kita minta bukan hasil titik peluh kita tu sebabnya haram patut benda macam ni kita elakkan kalau diberi kita sedekahkan kpd org miskin. Mereka kerja dgn swasta/ buruh/petani dan lain sektor bukan kerajaan mana ada bonus mereka gunakan gaji saja utk melakukan apa2 saja.

Saya tidak suka CUEPACS minta bonus tu mintalah yg halal macam kenaikan gaji setimpal dgn kebolehan PA itu baru halal kita kerja mestilah kita dpt gaji setimpal dgn kerja kita ia berekat utk dimakan.

warga berkata...

Banyaknya cuti, terbaru hari Malaysia, buat apa banyak fikir semenanjung le, sabah le, sarawak le, sambutan merdeka dah le, itu pun dah banyak boleh dipertikaikan, ada kata kita merdeka tanpa perang maka tak patriotik, USA pun merdeka dengan berperang, ada pakar sejarah kata bila pula kita dijajah, yang dijajah hanya sebahagian kecil saja, yang lain tak dijajah, kita saja terasa macam dijajah, sebab dapat tenguk bunga api kot bila ada sambutan kemerdekaan.

Pastu jgn dok gaduh2, semua kena bertanggug jawab, kerajaan dan juga rakyat.

Rahman Nanyan berkata...

saya cadangkan Hari Penubuhan Umno Malaysia sebagai tarikh paling keramat bagi kita semua juga digazetkan sebagai cuti umum

Warga. berkata...

Kalaupun bodoh, jangan lah macam orang bodoh, jadi dua kali bodah, nanti anak2 ikut susah tau.