SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 September 2010

TUNTUTAN LANJUT USIA PERSARAAN TAK WAJAR

Berita Hariaan
18/9/2010



2010/09/18DESAKAN CUEPACS melalui Presidennya, Omar Osman agar kerajaan melanjutkan lagi usia bersara kakitangan awam kepada umur 60 tahun boleh diibaratkan seperti beri betis hendakkan paha. Tidak mustahil selepas berjaya tuntutan ini, mereka akan menuntut pula usia untuk bersara dilanjutkan pula kepada 65 tahun.

Memang mudah mencari pelbagai alasan untuk mewajarkan tuntutan mereka. Akan tetapi eloklah mereka berfikir secara rasional dan bijaksana mengenai rahmat berpencen pada usia 58 tahun. Perbandingan beliau dengan beberapa negara Asean sebenarnya kurang tepat. Membandingkan Indonesia dan Thailand yang mempunyai peratusan kakitangan awam yang rendah berbanding penduduknya.

Kemudian membandingkan pula Singapura dan Brunei yang terpaksa menarik rakyatnya untuk berkhidmat dengan kerajaan, lantaran sektor swasta mereka yang menawarkan gaji yang berlipat ganda lumayan. Berbanding Malaysia, sektor awamnya menawarkan gaji dan jaminan masa depan yang menarik tentulah ia pilihan utama rakyat Malaysia.

Walaupun seperti kehendak CUEPACS ia hanya sebagai satu opsyen, atas dorongan dan pengaruh rakan sekerja tentu ramai yang terpengaruh untuk memilih opsyen baru itu. Buktinya ketika kakitangan awam diberi opsyen bersara pada usia 58 tahun sebelum ini lebih 90 peratus kakitangan awam memilih untuk menerima opsyen berkenaan.

Andai kata kerajaan bersetuju dengan permintaan CUEPACS, saya yakin kerajaan hanya akan menambah kekecewaan anak-anak muda. Mereka tentu kempunan dan kecewa kerana peluang mereka untuk membina ekonomi diri, di samping untuk menyumbang bakti mereka kepada negara dalam sektor awam terbantut dan tersentap disebabkan masih ada ‘jentera’ lama terus bekerja dalam sektor awam.
Akan tetapi untuk bidang kritikal dan memerlukan kepakaran tinggi yang tidak memerlukan kekuatan fizikal seperti pengarah jabatan, pensyarah, doktor, akauntan dan sebagainya, usia 65 tahun masih boleh dipertimbangkan.
Bagaimanapun, letakkan syarat penting iaitu tahap kesihatan diri mestilah baik dan berkemampuan.

Seeloknya, CUEPACS memohon kerajaan untuk memberi kursus kemahiran berniaga kepada kakitangan yang ketagih untuk terus bekerja sebelum usia bersara mereka 58 tahun.

Pada tahun akhir perkhidmatan, kepada yang berminat berilah cuti dua bulan untuk menyertai kursus itu. Di samping menambah pendapatan, mereka juga tidak menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain terutama anak-anak muda.

IRMAZ DINI,
Pendang, Kedah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Presiden Cuepacs Omar Osman, baik kamu pegi belajar dengan sdr. Irman.
Dia lebih cerdik dari kamu. Sdr. Omar ni keja saja di UPM, mentaliti low class punya. Haprak.

Law (LLB) Center berkata...

Saya tak setuju dengan lanjut umur persaraan ini! Ini akan menidakkan kenaikan pangkat orang baru. Dah dua (2) tahun kami tunggu masa naik dari 56 ke 58 dulu. Skarang ni nak suruh kami tunggu lagi ke?

Sektor perkhidmatan awam tidak memerlukan orang tua lagi. Orang tua tak aggresif. Kalau ada pun dalam 10000 ada la seorang dua. Sektor ini perlukan orang muda. Golongan profesional tua taip komputer pun tak reti. Orang muda sampai ke power point mampu buat.

Saya amat berharap kepada ceupacs jangan la fight kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun. Berilah peluang kenaikan pangkat kepada kami pula!! Terutamanya di agensi tertutup / badan berkanun yang mana post kenaikan pangkat kurang jika tiada yang bersara.

Unknown berkata...

salam..berkaitan lanjut usia pencen ke 60thn.. bagi sy dan juga mungkin kebanyakan kakitangan awam yg lain, kami TIDAK BERSETUJU...

En.Omar Osman jangan hanya pandai bandingkan dengan negara jiran kita.. tapi tuan kene fikirkan tahap kualiti kesihatan rakyat malaysia..kebanyakan rakyat malaysia pada usia 50an dah mcm2 penyakit.. adakah sempat mereka untuk mencapai umur 60tahun..jangka hanyat semakin pendek..ini berkaitrapat dengan kualiti makanan di malaysia sendiri..tidak seperti negara2 lain yang kualiti makanan di jaga.. adakah pada usia 58, 59 dan 60 tahun masih lagi mampu untuk menjalankan tugas dengan baik... tak payah tunggu umur 50an... sekarang ni pun dah ramai penjawat awam yang baru menjangkau umur 30 40 tahun tidak lagi produktif dalam melaksanakan tugas mereka..inikan pula pada umur 50tahun??... adakah tuan mahukan org yg tidak produktif berada dalam sektor awam...

sila beri peluang kepada penjawat awam untuk menikmati duit pencen... kalo dipanjangkan lagi pencen, bila masa mereka hendak menggunakan duit pencen mereka... fikir-fikir kan la... terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

tak guna juga kalau bersara nak bila umur 60 tahun... tapi bagi kerja sikit menolak ajer...