SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Mac 2011

CUEPACS CADANG MODUL PENGURUSAN KEWANGAN PERSENDIRIAN BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
4/1/2011



KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bimbang dengan jumlah muflis di kalangan penjawat awam, Cuepacs, kesatuan yang mewakili lebih sejuta pegawai kerajaan di negara ini mahu satu modul "pengurusan kewangan persendirian" diperkenalkan kepada penjawat awam baru.

Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng berkata modul itu boleh dimasukkan ke dalam kursus induksi bagi pengambilan baru.

Adalah penting untuk mendidik para penjawat awam baru dengan kemahiran pengurusan kewangan pada awal kerjaya mereka supaya mereka dapat mengelakkan hutang, katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa 1,086 penjawat awam diisytihar muflis pada 2009, dengan 72.74 peratus daripada mereka adalah lelaki.

Lok berkata jika perkara ini tidak dipantau, ia akan menjejaskan keberkesanan dan integriti perkhidmatan kerajaan kerana penjawat awam tidak mampu memberikan tumpuan kepada tugas mereka.

Hutang berkenaan akan membawa kepada gejala rasuah dan ini akan menjejaskan sistem penyampaian kerajaan, katanya.

Beliau berkata kebanyakan kes muflis berlaku berikutan kedudukan penjawat awam sebagai penjamin bagi pinjaman yang dilakukan rakan atau anggota keluarga mereka.

"Nasihat kami adalah supaya mereka berhati-hati apabila menandatangani perjanjian sebagai penjamin kerana sebaik sahaja peminjam gagal membayar pinjaman, penjamin perlu melunaskan baki pinjaman," kata Lok, yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

"Kami mempunyai banyak kes penjawat awam yang terpaksa membayar pinjaman yang dilakukan oleh orang lain," katanya.

Menurut Lok, penjawat awam perlu mengelakkan diri daripada mengambil pinjaman yang besar sehingga menyusahkan mereka melunaskan bayaran balik.

Beliau turut mengingatkan bahawa penjawat awam menghadapi risiko hilang pekerjaan dan pencen jika mereka diisytiharkan muflis.

-- BERNAMA

39 ulasan:

Botol Kicap berkata...

PA bangkrap pasal gaji terlalu kecil; bayangkan gaji guru di Singapura 5 kali ganda dpd kita.

Abu berkata...

Poverty Line Income (PLI) according to European Union was 1/2 of our national average income. Meaning that, Malaysia's PLI should be RM1750 because the National Average was RM3500 for year 2008.

So almost majority of the government servents will fall under the group (Rakyat Miskin).

Definisi miskin merupakan sesuatu yang sukar untuk ditakrifkan. Jika EU dijadikan contoh, maka, ramailah kita merupakan rakyat termiskin. Mungkin dengan ditakrifkan sebagai miskin, kita perlu melihat balik siapa kita ini sebenarnya...

Kenapa Singapora dan Brunei yang dulu NYARIS-NYARIS menjadi negeri Malaysia kini jadi negara maju berpendapatan jauh jauh tinggi....

Tanpa Nama berkata...

Modul itu nampak macam bagus untuk penjawat awam tetapi masaalah sebenar adalah kerajan atau cuepac perlu mengujudkan modul kenaikan kos sara hidup atau modul penggunaan atau keperluan sebenar penjawat awam dalam meneruskan kehidupan seharian dalam situsasi kegawatan ini,

bagaimana saban hari kos pengguna makin meningkat khasnya barangan keperluan begitu juga keperluan-keperluan asas lain seperti bil api air talipon dan lain-lain kos yg melibatkan pengurusan untuk pendidikan anak2 penjawat awam

dan kita harapakan cuepac lebih bijak dalam mengatur langkah dalam membuat tuntutan terhadap kerajaan biar bukti serta kertas kerja atau kajian yg lebih menepati serta menyeluroh dan langkah bagaimana nak stabil dengan kos pendapatan bulanan kakitangan awam adakah ianya masih relevan lagi atau tidak dengan kos sara hidup masa kini.

Jangan pula cuepac hanya jadi alat bagi menstabilkan atau meredakan tuntutan kehendak sebenar penjawat awam terhadap kerajaan setelah mendapat beberapa keistemewaan yg telah diberi khasnya grant dan sebagainya, kerana disebabkan ini nanti kehilangan kepercayaan penjawat awam terhadap amanah yg telah diberi oleh penjawat awam terhadap cuepac.

Tanpa Nama berkata...

Gaji sudah dibawah garisan Poverty Income, macam mana urus perbelanjaan lagi.

Barangkali kursus yang bakal dianjurkan itu ajar kita cara berpuasa sepanjang tahun. Tak perlu makan minum jadi banyaklah duit dapat disimpan.

Tanpa Nama berkata...

cuepacs berlakun aja lebih, sebenarnya ia hanya menjadi alat mereda keadaan kemuflisan penjawat awam yang disebabkan kos sara hidup yang terus menungkat sedangkan pendapatan yang tidak relevan lagi buat kos hidup masa kini.

Dan kita lihat pemimpin2 masih terus hidup selesa begitu juga dengan pelabur2 yang memegang syarikat sentiasa menjana keuntungan tahunan semunya nak dinaikan, kesanya penjawat awam yg berpendapatan tetap kenaikan gaji tahunan yg macam statik aja yang tidak seimbang dengan penjanaan keutongan oleh pemodal atau pelabur dinegra kita ini.

PA bergaji statik berkata...

Modul apa guna? Macam mana dapat urus kewangan kalau harga barang naik 30-50% setiap tahun tapi gaji naik sekadar 5-7.5% aje? Malah, ramai juga yang sekian lama bergaji statik sebab dah capai had gaji maksimum....


Fikir-fikirkan lah...

PA berkata...

"Bankrup sebab jadi penjamin" dan "bankrup sebab gaji tidak releven dengan harga pasaran" adalah 2 perkara yang jauh berlainan.

Mana satu yang modul ini akan merangkumi????

Atau cadangan ini sekadar ingin memberikan gambaran palsu bahawa PA rata-rata miskin dan bankrup sebab jadi penjamin?

Tanpa Nama berkata...

lagi sekali saya naik loya dan muak!!

Cuepacs sendiri pulak buat saya jadi loya dan muak...

cadang modul pulak cuepacs ni..ngok ngek betul..

sudahlah...

nak tahu penyelesaiannya? Gini dong...

1. naikkan gaji dan elaun PA
2. turunkan harga barang2 dan perkhidmatan
3. kurangkan bunga2/interest bagi pinjaman bank, rumah, personal loan dan sebagainya
4. hal2 yg berkaitan dengan tol, minyak, cukai, duti import/export, caj2 spt ATM mesin, fees/bayaran kad kredit, dan sebagainya dlm semua bidang perlu diturunkan malah setengahnya perlu dihapuskan spt fees credit card..

dan banyak lagi tak nak tulis
semuanya...bukan main2 dengan modul dan sebagainya...

realitinya, ramai PA yg hanya mempunyai gaji sekitar RM1500.00 termasuk elaun, tapi setelah ditolak2..mungkin ada yg hanya tinggal 'sekupang dua' saja.

fikirlah secara realiti bukan 'jiwang-jiwang'.

Tanpa Nama berkata...

sokong sangat2, time payday after tolak itu dan ini, ya Allah apa ja yg tinggal, sedih sngt2...
please la cuepacs wat apa yg patut for all of us (government servents)ni, how nak manage income if our salary is not relevan with expenditure skrng ni...

Tanpa Nama berkata...

KAMU INGAT POK JIB NAK DENGAR RINTIHAN PA. DIA LEBIH BERMINAT MENDENGAR KATA ROSMAH.

Tanpa Nama berkata...

realitinya kerja 10tahun baru la sampai gaji rm1500 termasuk elaun...tpi tpula la dalam 8tahun 2 xpenah buat hutang...tolak hutang sana sini..kereta untuk kemudahan anak isteri,duit makan tok keluarga,isteri anak..dah tinggal brape? spatotnya gaji kakitangan PA bermula dari rm1500 untuk zaman sekarang ini..bukan ikot gaji zaman nenek moyang kita

manaf Jeli berkata...

ahniah BN, dalam TV3 tadi nyata calon BN amat mesra rakyat, mmg melakili aspirasi PA. calon Pas langsung x masuk TV, agaknya dh lari kot takut pada keikhlasan dan kebenaran Umno dan BN.

Kami para PA terharu dgn kempen BN yg nyata pemimpinnya sanggup bersusah datang rumah kampung hulur bantuan.

Gaji yg diberi BN mmg mencukupi, cuma kta kena bijak, jgn jd mcm org pembangkang, kononnya gaji x cukup dan kononnya barang mahal. Bodoh piang sapa yg percaya

wajib kita sokong BN dan mengasihi pemimpinnya

Tanpa Nama berkata...

nape PAP sekolah aku mcm sial, pemalas nak mampus, siap dtg kul 9 balik kul 11, kul 3 dtg blk utk punch out. bagi je kerja , cakap 'cikgu xkan x tahu, buat la sendiri'.. si PT pn xleh kata apa ebab PAP lewat 41an ni kononnya kuat kabel UMNO, org xleh tegur. GuruBesar pn jadi tikus x berani arah2 PAP, nnt kena sound 'kat sini hg ketua,kat luar pagar hg akan kenal aku siapa', mcm besar sgt2 je N1 tu

pasal mudul pula, mesti nanti PA akan diberitahu 'PA kena berjimat cermat, jgn guna kereta, guna motor, kalo nk balik kampung jauh2, booking airasia awal2, sewa rumah cari buruk2, bayar pun murah, kita kena bijak mcm pemimpin kita'

cikgu ismail

Tanpa Nama berkata...

saya percaya 70% kakitangan awam gaji dibawah paras kemiskinan. Dahsyat ! Dahsyat ! Macammana menteri buat kerja nie??? Dahsyat! Dahsyat!

Tanpa Nama berkata...

kenapa kita lemah dari segi pentadbiran negara??? kalau kamu hendak capai keputusan dengan cepat maka seorang sahaja putuskan, jika kamu ingin capai keputusan dengan lambat maka berilah pada para mesyuarat.

PA tua berkata...

CUEPACS patut suruh JPA paparkan stastik buktikan berapa peratus gaji PA yang di bawah paras kemiskinan, dan berapa pulak yang makan gaji mati tanpa pergerakan gaji tahunan.

Itu baru dapat kita tahu kita ni dah capai tahap negara berpendapatan tinggi atau berpendapatan rendah!

Shaharul berkata...

Sy amat bersetuju dengan cadangan Cuepacs untuk adakan modul pengurusan kewangan persendirian bagi penjawat awam kerana ramai yang GAGAL menguruskan kewangan dengan baik.Lebih awal PA didedahkan dengan pengurusan kewangan persendirian adalah lebih baik. Segerakan perlaksanaan bukan sekadar 'cadangan'. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Shaharul,

Saya faham tuan amat sangat sokong UMNO dan BN.

Tapi, apa kata sebelum diadakan modul pengurusan kewangan, bagus juga UMNO dan kerajaan BN tunjukkan statistik gaji kesemua penjawat awam di Malaysia. Tengok berapa % yang di bawah paras kemiskinan.

Tanpa Nama berkata...

RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DAN MISKIN BERKATA:

para pemimpin yang berpendapatan tinggi memanglah tak rasa bagaimana kehidupan orang yang hidup berpendapatan rendah ni....gaji kakitangan awam tak dapat menampung kos barangan dan perkhidmatan yang melambung akibat kenaikkan harga minyak....jawapan pemimpin "itu merupakan isu global" sampai bila nak selesaikan masalah dengan membandingkan keadaan di negara lain tanpa langkah yang betul yang patut diambil bagi membantu menstabilkan harga barangan dan memperbaiki taraf hidup rakyat....asyik bina bangunan sahaja, siapa yang dapat manfaat...semua orang business sahaja yang dapat mengaut keuntungan daripada pembangunan tu....yang bekerja dengan mereka pun belum tentu dibayar gaji yang bagus....
bayangkanlah harga rumah kos rendah sekarang ni bernilai RM200,000.00 ke atas dengan ansuran RM 800 KE ATAS...penjawat awam yang bekerja suami isteri pun kadang-kadang tak cukup nak membayar harga rumah begitu...kita berlumba-lumba untuk menjadi negara maju yang kononya berpendapatan tinggi. tapi, siapa yang dapat manfaat semua tu? semua kontraktor bangunan dan usahawan yang memang pun sudah kaya dan mengaut keuntungan daripada kemajuan yang dikecapi...yang lain, hanya menjadi penonton dan menderita membayar harga pembangunan dan perkhidmatan yang ditawarkan akibat kemajuan yang ada....biarlah kita maju dengan acuan sendiri tanpa perlu kenaikkan kos barangan dan perkhidmatan....bila naikkan harga sesuatu komoditi, mesti ikut negara luar yang telah maju....itu bukan tanda kemajuan sebenarnya......kos meningkat berkali ganda...yang kaya terus kaya, dan yang miskin terus dihimpit oleh kesempitan hidup....tidak hairanlah, walaupun hospital kerajaan menawarkan kos perubatan yang murah berbanding hospital swasta, tetapi sebenarnya, ia lebih banyak mengisi rakyat yang sakit akibat terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. tidak hairanlah, peningkatan kos sara hidup yang tinggi ini mendatangkan penyakit kronik seperti gila, kanser dan penyakit berbahaya lain akibat rakyat hidup tertekan kerana terhimpit dengan masalah kewangan bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat...kajian harus dibuat untuk memantau keadaan ini supaya langkah yang perlu patut diambil dan tidak hanya berbangga menyediakan kos kesihatan yang murah, tetapi sebenarnya menjadi sarang kepada mangsa yang sakit akibat hidup tertekan dan kesempitan hidup sehingga mereka mendapat penyakit.....renung-renungkanlah keadaan ini...jangan heranlah, walaupun kursus pengurusan kewangan banyak dianjurkan, ia masih belum dapat mengekang penjawat awam dan golongan berpendapatan rendah untuk meminjam kerana dihimpit oleh kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun...tolonglah buat sesuatu yang lebih bermakna daripada menganjurkan kursus yang tak boleh mengubah nasib golongan berpendapatan rendah ni...tak kan nak suruh orang berpuasa pula supaya dapat menyimpan? sekarang ni masuk tandas pun bayar RM 0.30, parking kereta pun bayar ikut jumlah jam...orang bilang, semuanya bukan percuma akibat kemajuan....cubalah fikirkan dengan lebih matang. jangan hanya salahkan golongan berpendapatan rendah ni kaki berhutang....orang kaya saja yang bayar "CASH MONEY" kalau nak inginkan sesuatu...orang miskin nak tak nak terpaksa berhutang berpuluh tahun...kadang-kadang sampai pencen pun tak habis hutang lagi...sedih dengan zaman sekarang ni....harap-harap cepat-cepatlah hari kiamat ni...tak perlu fikir pasal nak cari duit macam mana......

Hampa berkata...

Mana logiknya dapat urus kewangan kalau kenaikan harga barang 30-50% setahun tapi gaji naik hanya sekatar 5-7.5% sahaja? Itu pun bagi PA yang gaji belum sampai tahap gaji maksimum.

Bayangkan kumpoulan PA yang gaji sudah capai siling gaji statik tidak bergerak bertahun-tahun..... Kesian. Fikir-fikirkan lah...

Tanpa Nama berkata...

aku rasa masa aku kerja kerani kat swasta lagi kecik berbanding dgn gov. alhamdulillah dapat kerja kerajaan

mastura, E17, PJ berkata...

gaji yg dibayar BN jauh lebih mahal dr PA di TimUr Leste, Indonesia, Myanmar, jadi PA semua wajib bersyukur dan mengundi BN

hasnah jaafar berkata...

syukurlah pada UMNO, ura2 semakin kuat yg semua PTN17 akan dinaikkan ke N41. Akak dah setahun tunggu impian jai kenyataan, lepas ni penolong pegawai N27 yg x guna tu dh xleh nak arah2 akak lagi, kami pula yg mengarah. alhamdulillah, ni yg akak makin sayang pada UMNO yang ikhlas menjuangkan rakyat

Mashuri berkata...

Mastura, kenapa setiap kali bila banding pasal gaji dan kualiti hidup, kita mesti guna negara ketiga yang sangat ketinggalan untuk dijadikan bandingan.

Tapi bila banding harga rumah dan harga petrol, kita pula akan dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun dan US?

Bukan double standard ke tu?

Tanpa Nama berkata...

mne tak muflis kalau impian asik nk kaya jerr..join skim cepat kaya pas2 skim tungging terbalik..da jd kayap mne x muflis nyerr...sedarlah wahai penjawat awam..bkerja la dgn seikhlas hati n jgn jdkn pkerjaan ni sbg batu loncatan utk mudah wat loan..akhirnya diri sndiri yg merana..

Tanpa Nama berkata...

basic/asas belanjawan bulanan penjawat awam kumpulan sokongan 1 & 2:

1. bayar rumah (beli/sewa)-RM400.00
2. kereta -RM250.00
3. makan minum -RM400.00
4. minyak kereta -RM300.00
5. duit berkaitan sekolah -RM250.00
6. bil-bil -RM200.00
7. lain-lain -RM100.00

JUMLAH - RM1900.00

Gaji pokok + elaun = RM1500.

defisit, RM400.

Entahlah, inilah realiti belanja kita setiap bulan..

menteri lainlah..semua perbelanjaan hampir percuma..

Tanpa Nama berkata...

Cakap-cakap juga, mamak omar cupec berstatus orang pro kerajaan yang sentiasa memastikan tuntutan pekerja khususnya PA berada dalam TERKAWAL.
Mamak Omar Cupec, dah sampai masa berundur ajelah. Kita orang muak dgn cara pemikiran you dan mentaliti you yang berada di tahap kelas KETIGA.
Perjuangan pekerja memerlukan pemimpin yang tidak BACUL seperti kamu dan boleh di BELI seperti KAMU.
PA sekarang amat LETIH dengan tuntutan SEMASA antaranya kos hidup yang tinggi, Pendapatan yang rendah dan Gaya hidup yang mencabar INTERGRITI PA.

2bz4money berkata...

Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi telah lama dilaksanakan di INTAN Bukit Kiara. Modul ini juga telah dimasukkan dalam Kursus DPA bagi pegawai PTD baru. PA boleh memohon secara online melalui laman web www.intanbk.intan.my Sekiranya PA mempunyai masalah kritikal dalam pembayaran hutang bank atau kad kredit, segeralah menghubungi AKPK bagi menyelesaikan masalah tersebut. Anda Buat, Anda Dapat..

Tanpa Nama berkata...

menteri lainlah..semua perbelanjaan hampir percuma..
- sebenarnya ,lebih dari percuma !

Tanpa Nama berkata...

kITA SEBAGAI PENJAWAT AWAM NI SELALU DIPEROLOKAN OLEH CUEPACS ATAU KERAJAAN SEKARANG NI PASAL BILA MOHON GAJI YG STABIL DENGAN KOS SARA HIDUP.

MACAM ANJING MENYALAK BUKIT AJA CUEPACS PUN TAK TAU NAK BUAT APA TAMBAH KLU BILA DPT GRANT JUTA2, PRISIDEN CUEPACS DAH DPT DATOK TAMBAH KELAM LAH NASIB PENDAPATAN AWAM NI.

JADI APA TINDAKAN PENJAWAT AWAM SELEPAS INI SEKIRANYA MENIMPA NASIB YG MAKIN TERTEKAN INI, GUNBAKANLAH KUASA DITANGAN ANDA PADA PILIHANRAYA DIAKAN DATANG

Tanpa Nama berkata...

bersyukurlah teman la ni dh dpt keja gomen ni..payah sungguh nk dapat keja gomen..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum buat PA semua.JEBATAKDURHAKA amat bersetuju dengan cadangan CUEPACS supaya Modul Pengurusan Kewangan Persendirian bagi pejawat Awam diperkenalkan. Ia amat sesuai diperkenalkan terutama kepada PA yang baru menyertai alam pekerjaan agar mereka tidak terjebak dengan masalah kewangaan yang serius.
Namun begitu CUEPACS dan pihak kerajaan juga kena mencari jalan dan kaedah terbaik bagaimana nak mengatasi masalah pengurusan kewangaan kakitangan Awam dalam keadaan perbelanjaan yang melebihi pendapatan yang berlaku sekarang akibat ketidak seimbangan kenaikan harga barang dan kenaikan pendapatan. Sebagai kakitangan Awam mungkin sebahagian dari kita bukan sengaja mahu menjerumuskan diri dalam masalah keberhutangan yang serius tetepi masalah terdesak dan tuntutan kos sara hidup yang tinggi terutama di bandar-bandar besar.
Jebatakdurhaka sendiri baru setahun dipindahkan ke Kuala Lumpur. Dalam keadaan terpaksa seorang diri mencari nafkah untuk keluarga seramai 4 orang dengan gaji termasuk elaun RM 2600 setelah berkhidmat selama 20 tahun terpaksa hidup berjauhan dengan anak isteri lantaran tidak mampu mencari rumah sewa yang mampu di bayar. Kalau ada pun jauh dari tempat kerja dan lebih menambahkan perbelanjaan lain seperti tol, minyak dan sebagainya.Niat di hati nak beli rumah sendiri di Kuala lumpur tapi tak mampu nak bayar pimjaman kerana rumah di Kuala Lumpur semuanya mencecah RM 250 ribu ke atas. Dengan gaji yang saya dapat tidak memungkin saya memiliki rumah sendiri.
Jebatakdurhaka merasakan kerajaan seharusnya mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Janganlah kita hanya mengeluarkan pelbagai statistik dan pelbagai masalah PA tanpa ada jalan penyelesaian.
Benih-benih kebencian akan mula tumbuh dan menjalar akibat dari kesengsaraan,penderitaan dan ketidakpuasan akan mendatangkan kesan yang sangat buruk. Sama-sama lah kita mohon pada Allah mudah-mudahan Allah lembutkan hati pemimpin yang kita sayangi dan mendengar keluh gelisah ini.
JEBATAKDURHAKA.

Tanpa Nama berkata...

hasnah jaafar tu nampak sangat kebodohannya tu...

org kampung berkata...

Salah satu punca PA atau sesiapa pun dibelenggu hutang ialah kerana sikap suka meminjam. kad kredit dll. Bkan krn gaji rendah. kekadang buat pinjaman kerana nak meniaga mcm2 jenis perniagaan kat pasaran sekarang. Last2 meniaga kemana apa kemana.. hutang tetap kena bayar. Kalau ada asas ilmu kewangan tak de lah berutang tak tentu hala. Byk2 le pk dulu sblm buat sesuatu..Ni org dah cdg nak buat menda yg bagus.. lagi nak tentang..kalau yang dah berutang keliling pinggang tu, korang hadap je lah.. bg yg baru2 nak idup ni beringat2 la.. huhuhu.. jgn marah aaaaa

Tanpa Nama berkata...

ye setuju sebb PA byk hutanglah tu yang tak leh uruskan hutang...
itu kesalahan dari PA jugak la..
tapi dr sudut lain jika difikirkan...kemungkinan faktor keperluan yang mendesak...
jadi sama-sama lah berdoa agar gaji PA dinaikkan selaras dengan ekonomi yang meningkat.Kekadang dengan hanya rm1500...isteri berkerja dengan gaji 1500 dan anak seramai 3 org masih tidak mampu menyediakan keperluan keluarga berikutan taraf ekonomi sesuatu tempat.Itu belum lagi kalau nak buat pinjaman rumah ke..atau pinjaman lain-lain.

rudeboy rooney berkata...

betul kata FOMCA. penjawat awam muflis pasal beli kereta ikut skim tanpa deposit. dah la kene tipu dengan agen. pastu tak mampu bayar bulanan kerana mahal. tapi masih ramai bernafsu nak pakai kereta. sebenarnya kalau tak mampu sedia deposit 10% untuk kereta, itu bermaksud tak mampu bayar bulanan. tepuk dada jangan tanya selera tapi tanya poket anda.

Tanpa Nama berkata...

cuba lah rasa jika dpt pendapatan bwh rm1400 sebulan,,apa lah sgt yg boleh dpt skrg..tp itulah hakikat nya..starting gaji PA baru..tak sesuai langsung..usah kata beli rumah n kete,nak byr loan pinjaman belajar pon xmampu..sekadar cukup utk mkn,byr bil2 harian,sewa umah,byr minyak moto..nak beli brg2 yg lain take time 3-4tahun br boleh merasa..

Tanpa Nama berkata...

Kalau compare gaji dengan menteri tue memanglah tak cukup Kakak abang Oiii...Cube compare dengan pekerja kilang buruh kasar ke. Ada diorang peluang nak bersuara macam nie?

.Kalau nak gaji besar jawapanya 'BERUSAHALAH'. Cuba study cikit apa kriteria nak naik pangkat supaya gaji besar sikit. Study balik ke, buat perubahan kat office ke, ambil exam ke, kerja lebih kuat ke.Barulah gaji besar ckit.

Setakat komplen makcik bersih tandas boleh komplen. Kalau tanggungan anak ramai lain kali buat perancangan keluarga. Kalau x mampu pakai kereta besar pakai kereta kecil. Kalau x mampu rumah besar beli rumah kecil. Tahulah tahap kemampuan kita dimana. X malukah meminta2?

Kerja kerajaan bukanlah untuk bermewah. Cukup sekadar perlu. Perlu bezakan kehendak dan keperluan.

Kalau x puas hati kerja kerajaan berhentilah. Bagi orang lain yang tertunggu peluang nak masuk gomen.

Tanpa Nama berkata...

Hakikatnya gaji sebagai PA memang tak cukup. Bukan hendak beri pelbagai alasan atau tak nak BERUSAHA, kerja sampai malam memang dah jadi perkara biasa tapi masih tak cukup untuk tanggung perbelanjaan. Kereta yang saya miliki pun bukan kereta import...kereta nasional SAGA je. duit gaji sebagai penolong pegawai lepas tolak KWSP abis untuk kereta, makan, sewa, minyak, bil telefon/air/api, PTPTN, bagi mak ayah, duit adik beradik sekolah...berapa SEN jer yang tinggal. Duit elaun pun tak dapat merasa memandangkan saya ditempatkan jauh di negeri orang..banyak belanja diperlukan. tambahan pula elaun yang diberi tidak selaras dan tidak sama...Hopefully tuntutan CUEPACS nak selaraskan elaun bagi semua penjawat awam BERJAYA...