SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Mac 2011

CUEPACS CADANG SISTEM GAJI SEBARIS

Bernama
24/03/2011
6:08pm


PUTRAJAYA 24 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM), supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan agar kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan.

Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.

"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.

"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BARU NAK KAJI RUPANYA....LAMBAT LAGI LER TU

NAMAMA berkata...

Baru nak kaji..............

Ingat panjangkan lagi tangga gaji untuk kumpulan 48 hingga 54 yang hanya 8 tahun. Ramai dah makan gaji mati bertahun-tahun lama oooiiiiiiii....

Tanpa Nama berkata...

lepas kaji, kaji, kaji keputusannye hameh. yang untung kumpulan pro. dan atasan...

yang lain makan asap je le

jika berjaya alhamdullilah. syukur

Tanpa Nama berkata...

apa ne penglibatan sukan dll.....apa ne!!!macam mana dengan golongan yang tak aktif tapi amat baik dalam perkhidmatan...berat sebelah nampaknya!!!!!baru nak kaji?apa ne...kaji...kaji...kaji...sampai bila nak kaji

asaputra2002 berkata...

Sokong dengan cadangan untuk kemukakan sistem gaji sebaris kat gomen dan JPA tetapi bagaimana dengan gaji pendidik (Guru)sekolah yang mempunyai kelayakan tertinggi Master dan PhD yang mana gaji mereka masih sama pada level ijazah sarjana muda /bachelor saja...Sedangkan IPG (Maktab) punya staff/pensyarahnya sudah diselaraskan gaji ikut kelayakan sijil Master/phD. Minta cuepac panjangkan perkara ini...kesian kat guru2 yang hempas pulas di sekolah.

samad ex-N11 berkata...

cikgu kena la buktikan kesetiaan seperti gantung gambar pemimpin BN di rumah masing2, kalo x semuanya omong kosong dan jgn harap nak naik gaji

saya ingin merayu agar kaji semula gred gaji kami PAR dan PAP agar setaraf dengan N41 kerana kami amat menyokong kuat BN dikala mereka yg ada ijazah tapi tiada otak memilih pembangkang. pelik betul, hari2 di TV menteri dan PM sendiri beritahu bahawa pembangkang tipu pun masih percaya nik aziz dan anwar.

si polan berkata...

gaji masih di takuk yang sama je.. kaji sampai bilapun takkan naik punya la.. PM ni memang kedukut.. tak macam mahathir dan pak lah.. kena tunggu PM letak jawatan dulu. baru akan ada harapan baru.. percaya la kawan kawan.. BN tu memang bagus.. tapi pemimpinnya yang tak bagus.. tukarkan mereka dan gantikan dengan yang lebih bagus.. negara ada 27juta orang.. orang yang berkebolehan ada ramai.. pilih yang betul..

Tanpa Nama berkata...

Samad ex-N11, kamu garenti Najib tu tak cakap bohong ke?

Tanpa Nama berkata...

orang bodoh jer tgok rtm, tv3,
baca berita harian n utusan..

mcm samad ex-11

kaji sistem gaji sebaris ni gimik nak pancing undi PA je ni..

Tanpa Nama berkata...

Janji macam2 nak buat. Lepas menang pilihanraya janji pun tarak... porah

Tanpa Nama berkata...

Sampei bila lagi gaji nak naik tutama kakitangan awam di sarawak lagi teruk barang semua dah naik & kos taraf hidup di bandaraya amatlah tinggi macam mana nak tampong penghidupan kami & wang RM50/-sekarang dah tak ada nilai nya macm RM10/- & tolong lah percepatkan permohonan kami utk naik gaji kakitangan awam sokongan II.......

Tanpa Nama berkata...

kaji la sampai mati tak akan jadi punya...biasalah typikal Cuepacs ....retorik semata mata..

Tanpa Nama berkata...

BARU NAK KAJI.. SAMPAI BILA KITA KAKITANGAN AWAM HARUS MENUNGGU SEKARANG NI KOS TARAF HIDUP MENINGKAT HARGA BARANG SEMUA NAIK TERMASUK ASTRO, ELEKTRIK & AIR ADA CHARGE. TAMBANG BAS PUN DAH NAIK. SEMUA NAK KENA CHARGE... GAJI MASIH TAK NAIK-NAIK LAGI MACAM MANA NAK MAKAN/HIDUP. KAMI HARAP PM MEMAHAMI KEADAAN INI.

Tanpa Nama berkata...

BARU Nak Kaji!?

BARU Nak Start????

Dengar betul betul. Baru nak kaji......

Tanpa Nama berkata...

Seloka Pantun Buat Penjawat Awam

Penjawat awam resah hidup tak tentu arah
Bila kos sara hidup terus meningkat semakin parah
prestasi produktiviti pula sering dikerah-kerah
Kadar Penyakit darah tinggi makin bertambah-bertambah.

Pilihanraya umum masanya dah sampai dah
segala fitnah dan keburukan mula di dedah-dedah
Kalau penjawat awam ingin kehidupan lebih terselah
Gunakanlah peruntukan ini untuk kita berubah

Wasalam.

Tanpa Nama berkata...

Datuk Presiden ini kajian keberapa sudah?

Tanpa Nama berkata...

bagi depa masa sampai bulan jun 2011

LUNCAI berkata...

Gaji sebaris ke...dua baris ke...tiga baris ke...kalau sebaris, ada setakat 20hingga 24 tangga kenaikan gaji pun x tarak guna juga...yang paling rugi sape??? yang masuk kerja kerajaan pada usia yang muda la. Saya ambil contoh, kalau seorang PT N17, masuk kerja umur 20 tahun, tanggaji sampai 24, bermakna umur 44/45 dah gaji mati. Servis ada lagi berbelas tahun lagi. Rugi la macam tu.

Kalau gaji mati waktu tu dalam lingkungan RM2000, bayangkanlah kos sara hidup masa tu mcmana??? Katakanlah, 5 tahun selepas tu kerajaan buat pelarasan gaji sebanyak 20% dari umur gaji mati (contoh 45 tahun), pelarasan gaji yang dia akan dapat RM400 sahaja (RM2000 x 20%). Ambil balik RM400/5 tahun = RM80. X der bezanya pun, ibarat mcm kenaikan gaji biasa jer (kira mcm backdated la). Poooraaahhh...Kalau nak buat sistem gaji sebaris, biar kenaikan tangga gaji tu sampai ke pencen!!! Ada FAHAM!!!

2bz4money berkata...

Saya lebih terpikat dgn polisi KPI agar terdpt unsur motivasi hadiah kenaikan mata gaji/pangkat bila sesuatu kecemerlangan dicipta pegawai dalam bentuk inovasi/kreativiti, best value for money, keberanian 'whistle blower', penjimatan down/right sizing. Ianya berbaloi bagi mereka bersungguh2 bekerja manakala 'tin kosong', 'cakap x serupa bikin', 'ulat' diberi Exit sewajarnya. Hasil penjimatan Exit dpt menampung hadiah kenaikan gaji pegawai.

Tanpa Nama berkata...

Pak Najib harus diberikan Exit.

joe PA Sarawak.... berkata...

kajilah sampai dekat pru k... hahahahahhahaha... semua NKRA dah tercapai GTP juga dah menampakkan hasil, ekonomi juga semakin baik, kepercayaan rakyat juga bertambah pada perkhidmatan kerajaan... siap yg buat???? kita PA lah yg buat... apa yg kita dapat? gaji ciput, duit ehsan (kita mintak sedekah ke?), kerja makin+++, kualiti di tagih, tulang diperah, menteri punya SKT tapi yg capai adalah kita... menteri cuma arahkan je... duit membazir sana sini terutamanya bila pilihan raya... semua jabatan dikerah buat majlis, jemput menteri (urusan rasmi sebelah pagi) belah malam majlis makan malam, hidangan istimewa, lepas tu jumpa hal urusan politik.... tikrt flight tanggungan kerajaan (first class) urusan rasmi jadi alasan sebaliknya urusan politik (urusan utama)... itulah yg berlaku kat sarawak skg... ini kenyataan.... bukan auta...

video sex berkata...

Cuepacs hanya pandai cadang!
Lepas cadang, cadang, cadang, cadang..

Perabis beras jer!!

Kerajaan dah tak pandang cuepacs lagi!

kerajaan pandang video sex!

Tanpa Nama berkata...

lepas bagi cadng2 nanti dapat geran tambahan baru wa ka ka, kena main ajalah

Tanpa Nama berkata...

KAJI BETUL2 K..BUAT KERTAS KERJA BETOL2..KITEORG OWG BAWAH JUST MENGHARAPKAN ORG ATASAN..SAPE LAGI NAK DENGAR KELUHAN ORG BAWAHAN NIE LAGI..
KLO BLEY SELARAS IKUT KELAYAKKAN..
SKIM N GRED GAJI PERLU DIKAJI..

CTH KLO POLIS UNTUK APR
KLO ADER DIPLOMA OR IJAZAH SAH JAWATAN SETAHUN N BLEY DIMAJUKAN KE PANGKAT YG LEBIH TINGGI..KAMI KAKITANGAN AWAM PN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA..

kassim baharum berkata...

insaflah wahai PA2 sekelian, fikirkan Umno dan BN selalu, nescaya kita akan bertambah maju. BN membuat jalan raya, kalo x sokong BN jgn guna jalan raya. Org Sarawak kalo xnak sokong BN jangan duduk sini, pindah Kalimantan.

Sebagai PA minta bukakan fikiran, betapa indahnya pengalaman kita bersama pemimpin BN. PEMIMPIN YG TAWADUK, MERENDAH DIRI DAN BERSEDERHANA, HANYA ORG BN

rizuanismail berkata...

kaji punya kaji..nyat in son mata KAJI sema ri senn

Tanpa Nama berkata...

banyak dah kena cukai ini. Bagus gak untuk rakyat mcm dlm tv kata.

Tanpa Nama berkata...

Mamak Omar cupec, mula dgn
1. cakap kosong .. ting.. ting..
2. cakap buat kajian
3. cakap buat kajian suku penggal
4. cakap buat kajian setengah penggal
5. cakap buat kajian /pemurnian kpd draf kajian.
6. cakap cupec buat kajian semula
7. cakap jumpa PM
8. Cakap jumpa JPA
9. cakap jumpa JPA lagi.
10. Cakap cupec buat cadangan kepada JPA.
11. cakap ... cakap ... BERAPA MAHU CAKAP LAH MAMAK OMAR.
12. szzzzz ....szzzz. ...szzz
13. cakap bonus pulak.
14. cakap elaun tambahan pulak ....
15. szzzz.

Tanpa Nama berkata...

Semenjak dapat Dato', sengat presiden Cuepacs semakin tumpul.
Tolong ganti dengan orang lain!!

Tanpa Nama berkata...

kaji...gaji...jalan raya..kaji tuk senangkan hati PA, gaji tuk kita yang bekerja walaupun gaji hari nie dapat hari nie juga habis sebab tak cukup...jalan raya tuk digunakankan tapi kalau jalan raya tak serupa jalan nak uat pe..belubang sana sini..en kassim datang lah ketempat saya saya jamin en kassim taknak masuk lagi..bukan jalan raya kat cni tapi tempat jahanamkan kereta...kami ni PA balik kerja kol 5 mcmn nak aktif ..penat bekerja..kalau tak siap kerja nanti kata tak serius bekerja..akai ada.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan dah arah omar cuepacs supaya buat macam2 statement hal2 gaji dan sebagainya untuk penjawat awam rasa seronok. Lepas pilihanraya habislah benda2 ni...yang kantoi penjawat awamlah...asyik mengharap je....kesian...

Tanpa Nama berkata...

taktik kerajaan BN kita patut awasi...mereka sibuk dengan nak pekena rakyat dan anwar ibrahim...gaji2 ni semua tak sempat nak pikir...

Dacing BN berkata...

kalau nak PA undi@pangkah BN tindakan segera tapi kalau PA minta naik gaji tak dilayan....apa semua ni tak seimbanglah..

Anuar berkata berkata...

Kononnya negara berpandapatan tinggi...pui..gaji tak naik,barang mahal,kos hidup meningkat...siapa yg berpandapatan tinggi???Pemimpin atasan yg berpandapatan tinggi rupa2nya...adik2 semua jgn salah faham bukan rakyat atau PA..

joe PA Sarawak berkata...

En kasim tu memang bengon... drpd kami pindah kalimantan baik kami tubuh negara sendiri baru pada muka korang (semenanjung).... cakap ikut sedap mulut je... kalau tak kerana kami (rakyat sarawak) masih menyokong BN, dah lama UMNO kena halau dr Putrajaya... ingat kami ni apa...??? kami sayang BN tapi pembangunan tak sama dgn di semenanjung... kami masih ketinggalan 10 tahun dibelakang semenanjung... Taib dah terlalu lama dan terlalu banyak salahguna kuasa hinggakan mengKAYAkan keluarga dia dan kroni...

sbg PA sy cukup berbangga sbb dapat lihat perbezaan tempat saya (Sarawak) dgn semenanjung... berbalik kepada isu gaji, kalau gaji naik, harga barang akan naik.. so, kenapa tak naikkan elaun COLA, EPW, EW atau lain-lain elaun yg dirasakan perlu... sistem gaju sebaris memang patut dilaksanakan tapi kita kena lihat beban setiap skim terutama dr segi tanggungjawab dan cara yg paling efectif adalah penyelarasan elaun...

jgn hanya melihat pada keistimewaan sesetengah skim perkhidmatan tapi secara nenyeluruh sbb kita duduk ditempat yg sama... kalau ada guru yg duduk di pendalaman, ada gak skim lain yg duduk ditempat yg sama... Kenapa merekat tak dapat elaun yg sama mcm guru tadi???? pikir2lah...

PERINGATAN SEKALI LAGI KEPADA EN KASSIM... KALAU KAMI DAH TAK SUKA BN, KAMI AKAN TUBUHKAN NEGARA SENDIRI TAU.... DAN KAMI MAMPU SBB KAMI BYK HASIL BERBANDING NEGERI2 DI SEMENANJUNG DAN KAMI ADALAH PENYUMBANG TERBESAR HASIH KERAJAAN BN....

Tanpa Nama berkata...

bertahun2 org sabah sarawak sokong BN, jalan raya, air n elektrik byk lg tmpat yg xda...huhu...
asal nk pilihanraya, pakat pacak la tiang2 elektrik tepi jalan, habis pilihanraya reput habis tiang2 tue...

Tanpa Nama berkata...

mau ker sgla rungutan kita di baca dan di bawa ketengah oleh hj omar nie?ntah-ntah uat "tengin jewww"...penat ler yoep....

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya tambahkan lagi tempoh tangga gaji tu...lambat lah mati gaji..tu..dah tu kenaikan tahunan naikkan lagi...ade ke kelulusan Diploma kenaikan tahunan Rm55 je..barang naik setiap tahun lebih dari kenaikan gaji..macam mana nak urus keluarga...kesihan kakitangan awam...ada yang kerja penat-penat xda elaun lebih masa pun bukan ada yang menghargai....

Tanpa Nama berkata...

kadang2 tu aku nak gelak sesorangje bace artikel2 dan statement dari mereka2 ni..tapi yang mereka nampak hanyalah tugas PENDIDIK DAN POLIS...Gred2 lain ni xde kejer,datang ofis goyang kaki aje kot.yang menggerakkan pentadbiran negara ni cuma PENDIDIK DAN POLIS aje kot.Kalau gaji kakitangan awam sokongan terutama sekali Gred PTPO N17 ni naik,lihatlah sebulan kemudian,tiba-tiba sudah keluar Pekeliling baru mane elaun Gred P&P naik.tiada pengumuman,tetapi tiba-tiba dah naik. Paling terkini kenaikan kumpulan sokongan hanyalah Gred N11 dijumudkan ke PTPO N17 katanya bebanan kerja adalah sama.Benarkah? dan seterusnya Kumpulan PT (Kesetiausahaan) dinaikkan ke N27. sangat mudah mereka-mereka ini naik ya? tapi bagaimana tugas-tugas PT (KES) dahulu yang sering diganti oleh PTPO N17 jika seseorang PT (KES) bercuti bersalin ke,cuti rehat ke. adakah tak dipandang langsung oleh pihak-pihak berkenaan? Kami cuma diberi can oleh JPA tok merasa kenaikan pangkat tatkala usia perkhidmatan semasa telah cukup mazhab 10 tahun tok menyandang Gred N22. Lama ya nak merasa. Tapi kalau hanya Gred N17 ni sahaja naik gaji,percaya atau tak,Gred N11 yang baru naik ke Gred N17 yang lalu mereka juga akan merasa tempias kesedapan tu dan juga akan heboh lah Gred2 lain di peringkat tertinggi tok merasa juga. please jangan ada double standart dalam hal2 seperti ini.nak naik gaji biar adil dan saksama sebab setiap Gred punya potfolio tugas masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

Hangpa jangan laa dok harap kat Datuk Bapuk ni...dia cakap pun dah bunyi mcm ahli politik skarang ni. Kaji bertahun2...hasil HAMPEH!!! ISU BONUS 2 TAHUN TAK DAPAT PUN DIA BELUM SETTLE...ni nak kaji gaji sebaris pulak???? Pi melingkup laa haram jadah oiiii...

hati panas berkata...

i ingat lagi omar kata ada bonus tahun lepas.. tapi tak dapat.. kali ini dia kata sistem gaji sebaris.. mesti hampe lagi sekali..

Jangan percaya kata kata dia..

Tanpa Nama berkata...

kata mula2 dulu wang ehsan..bile penghujung thn wang ehsan dh jd bonus lak..kesian pd yg berkeluarga,nk sara ank sekolah lg bile dh sampai hujung thn...rsa2 thn ni pn sama lew kot,kne game ngan kerajaan,hahahahaaa...bkn susah jika nk bg wang ehsan nie,meh sy ajor sikit caranyer...yg gji bawah rm2000,kire ok lh dpt wang ehsan tue,yg gaji dh besar@up dri rm3000 xpyh dpt pn takpe coz gji dpa pn dh besar..bru leh jimat duit kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah syukur jika pelaksanan ini berjaya. Kadang kala Ketua Jabatan terlepas pandang dan tidak adil dalam menilai kakitangan bawahannya.

docno berkata...

Gaji pegawai kakitangan awam(41-54) WAJIB dinaikkan bagi meramaikan golongan pegawai kerajaan yang ratanya bumiputera untuk mendiami rumah-rumah bertanah/kondominium mewah di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Ini adalah bagi mengimbangi jumlah populasi di bandar-bandar tersebut yang majoritinya dikuasi oleh satu golongan kaum sahaja.

Ini tidak wajar untuk pembangunan negara dan pengagihan kekayaan dimana golongan bumiputera sentiasa terpinggir dari arus pembangunan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak naik tu bukan 41-54 saja...naik semua baru adil...semua berhak mengecapi kekayaan negara...itu yg dimaksudkan Gagasan 1 Malaysia..Understood!!!

BRONCOO berkata...

asyik kaji je...bile nk bergajinye...

Tanpa Nama berkata...

aiik..macam budak sekolah pulak...ada pulak penilaian ko kurikulum ye...
bukan ker ada ahli yang kurang aktif disebbkan beban kerja yang terlalu banyak?mcm mana pula golongan ini?

Tanpa Nama berkata...

gantikan presiden cuepacs dengan mereka yang lebih berpendidikan baru boleh runding dengan kerajaan untuk kebaikan semua kakitangan awam.ini asyik untuk kumpulan sokongan saja,ingat kumpulan lain tak kerja ka

jasa ekspedisi berkata...

mampir nich dari jaksel..

Tanpa Nama berkata...

cuepacs cadang sistem gaji sebaris...
betui ka pak umaq yg cadang... atau itu semua agenda kerajaan memerintah dan pak umaq hanya pengembaq-ngembuq cerita...
pak umaq... tak letih ka dgn cuepacs... kalo letih bagi kat org lain plak...
kalo kerajaan yg betui2 prihatin... tak dak cuepacs pun dia akan bagi bonus, kenaikan gaji, gaji sebaris ka sepuluh baris ka... dan apa2 manfaat kepada rakyat... moral nya mengapa perlu ada cuepacs skrg... seolah2 cuepacs ni wakil pengemis... pengemis tu semua geng2 PA lah... tak kira pangkat.. TURUS ka, JUSA ka, kump A, B dsb..
so renungkan lah

Tanpa Nama berkata...

hampa ni asyik nak komen yang negatif22 apa pasal bagi la yang positif dan cadangan yang membena yang orang buat tu dah baik berterima kasih la; yang satu lagi pun haya nampak gred2 pasal apa dok perasan tu 41-54 nampak sangat kebodohan orang dalam gred ini awat rasa dah bagus ke? lulusan ijazah sasatera, sejarah, dan bahasa hanya layak jadi apa??? boleh ka nak suruh buat kerja2 teknikal dan teknologi.Fikir2 sikit tu kena la berterima kasih nasib baik ada kekosongan banyak dalam jawatan perguruan kalau tak nak jadi apa hampa ni??? kalau jadi jadi cikgu tu jadi lah cikgu yang sebenarnya mendidik anak bangsa, jangan la asyik dok fikir nak tukar kereta baru, dan dok buat bisness kat luat luar, tunjukkan anda sebagai seorang pendidik yang sebenar baru masyarakat menghormati, kalau dibuat kajian saya boleh jamin ramai yang tidak menghormati guru-guru sekarang kerana guru-guru yang tidak berminat jadi guru tapi kerana terpaksa jadi guru sebab nak survive, jadi masyarakat kurang menghormati guru-guru sekarang berbanding 70an dan 80an dahulu guru-guru disanjung oleh masyarakat. Tengok saja dalam blok ini guru2 hanya fikir perut masing-masing bukan ada idea yang membina bagaimana hendak menjadi warga kelas pertama!