SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Mac 2011

CUEPACS KEMUKA 4 TUNTUTAN BARU

Utusan Malaysia
8/3/2011



SANDAKAN 8 Mac – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan empat tuntutan baru tahun ini dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan penjawat awam.

Ia termasuklah membuat semakan semula gred penjawat awam dan pemberian elaun wilayah, menyambung kembali perkhidmatan pekerja kontrak di bawah Kementerian Pelajaran, selain mengkaji semula pemberian insentif kepada kakitangan kesihatan yang dalam status on call (siap siaga).

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, kesemua tuntutan yang dikemukakan itu dilihat perlu diselaraskan semula dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.

‘‘Penjawat awam memerlukan semakan gred baru. Selain itu, kita juga meminta kerajaan mengkaji semula elaun wilayah yang hampir 17 tahun tidak ada penambahbaikan.

‘‘Perkara ini perlu dikaji semula kerana kos hidup di semua tempat, termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak semakin meningkat. Jika ia masih di tahap lama, sudah pasti kos sara hidup dengan hasil pendapatan penjawat awam tidak seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ceramah anjuran Sabah Medical Service Union (SMSU) Cawangan Sandakan di Hospital Duchess of Kent di sini.

Hadir sama, Setiausaha CUEPACS Sabah, Lawrence Vun dan Presiden SMSU Sabah, Maiman Muntial.

Menurut Omar, CUEPACS akan meminta Kementerian Kesihatan mengkaji semula elaun ataupun insentif kepada penjawat awam yang dalam status bersiap-siaga.

Katanya, berdasarkan maklum balas oleh kelompok penjawat awam berkenaan, mereka tidak diberi elaun ataupun insentif sama ada dipanggil bekerja ataupun tidak ketika dalam tempoh on call.

‘‘Mana-mana penjawat awam yang kena stand by, sama ada dipanggil bekerja ataupun tidak, mereka perlu dibayar elaun ataupun setidak-tidaknya mendapat insentif,” jelasnya.

78 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TOLONG LA TENGOK-TENGOK KAN SKIM PENOLONG PEGAWAI TADBIR (EO) NI..DAH MACAM SPESIES TERANCAM DIBUATNYA OLEH DIORANG DI ATAS TU....

Tanpa Nama berkata...

wahai presiden cuepecs,cukup-cukuplah beri harapan yang tak pasti kepada penjawat awam kumpulan sokongan

Tanpa Nama berkata...

Kemuka tuntutan boleh, tp tak ada jawapan dulu,kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Amat setuju elaun Wilayah dikaji semula tapi..bagaimana dengan tuntutan terdahulu ITP sehingga hari ni tiada khabar berita???

Botol Kicap berkata...

Kau orang boleh percaya kalau dalam slip gaji kau orang ada pertambahan gaji / elaun; ATAU kau orang boleh percaya kalau kau orang pergi cucuk kad di bank, nampak pertambahan duitnya. KALAU TIDAK KAU ORANG JANGAN PERCARA CERITA TAHYUL NI.Terlalu banyak harapan diberi kepada kaki tangan awam ni.

Tanpa Nama berkata...

satu lagi harapan palsu di buat untuk cover kelemahan diri....tok sah la nak percaya mitos2 ni...buang masa je..ptuihhhh

RXZ, Kuala Kangsar berkata...

Kita umpama kambing menanduk bukit. Bukit tak runtuh, tanduknya patah! Selagi kerajaan tak berubah atau diubah selagi itu kita (PA) macam ni. Mengharap...Mengharap...Mengharap...

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa Presiden Cuepacs perlu ditukar kepada orang lain.

Apachiee berkata...

Kepada RXZ, Kuala Kangsar....
Sabar Saudara. Kita ubah semasa pilihanraya. Kita ikut peraturan dan perlembagaan.

Nasib Oh Nasib berkata...

Tangga gaji juga perlu dilanjutkan.
Yang ada sekarang 8 tahun terlalu pendek... Tiada motivasi terlalu lama di tangga maksimum.

Tanpa Nama berkata...

Mamak omar bercakap lagi ... lu pikir la sendiri, dia ni dah nyanyuk. Cakap tu bila ada kertas kerja dan dibentang terlebih dahulu kpd ANGGOTA MAJLIS KONGRES. Diperhalusi dulu. Disokong atau ditakuk tambah terlebih dahulu. Bentang balik dlm Majlis Kongres, baru hantar ke JPA atau ANGKASA ke.
Ini CAKAP DULU berdegar-degar. habuk pun tarak ... mamak presden.

Tanpa Nama berkata...

cadangan tinggal cadangan.
Tahun depan akan dicadang semula.
Buat syiok sendiri sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Oncall tue aku setuju sangat sebab bertugas 24jam sehari tanpa bayaran...Sudah bertahun-tahun kerja percuma di Kementerian Kesihatan...Tidur tak cukup, makan tak ikut masa...last2 kami yang sakit (pertugas Oncall). Pesakit tahu nak dapat rawatan jer sebaliknya mereka tak tahu kakitangan yang oncall nie sebenarnya dah lama sakit...

Tanpa Nama berkata...

pekerja oncall memang patut diberi elaun khas...kementerian kesihatan tolong kaji...kami bertugas tak kira siang atau malam,hutan belantara kami tempuhi sampai kami yang sakit...toonglah lanksanakan jangan tahu bercakap sahaja

Siti Zainab berkata...

minta juga cuepacs usahlah meminta sangat, kami para PA malu kerana kita byk menyusahkan Dato' Seri PM melaksanakan agenda membangunkan negara 1Malaysia ini. Kita jgn kacau dengan membuat tuntutan remeh seperti naik gaji dll. Kita harus bersederhana sebagaimana saranan YB Menteri, demi kemaslahatan ummah

Tanpa Nama berkata...

sape yang kata minta naik gaji tu perkara remeh temeh..kalau duit dah takde nilai pekara macam nie tak kan berlaku..terlalu banyak birokrasi..tak tau lah pulak kalau siti zainab tak guna duit gaji dia tapi guna duit gaji laki dia je..boleh la cakap...cuba cakap 2 pikir orang lain...kalau tak PA ini takkan terhegeh2 harapka cuepacs...kami ni pun penjana kemajuan negra juga..akai ada...

Tanpa Nama berkata...

Siti Zainab tak lama lagi dapat pangkat Dato' atau Dato' Seri ye atau pun Ziti Zainab kerja tanpa gaji.

Tanpa Nama berkata...

BENNGONG buat Statement Macam Ni....Siti zainab jangan bercakap ikut mulut aja....kalau macam tu bagi gaji cik siti kat kami....amacam

Tanpa Nama berkata...

Tugas oncall Kementerian Malaysia di Klinik-klinik seluruh Malaysia. Jadual tugas harian : Waktu Pejabat:8.00pg hingga 5.00 ptg...Oncall dari 5.00ptg hingga 8.00pagi keesokkan hari. Waktu oncall tidak dibenarkan kakitangan bertugas keluar dari kawasan klinik...Kena oncall seminggu berselang-selang dengan seorang rakan lain. Cuba bayangkan seminggu kena duduk klinik..Tak pernah dapat bayaran kecuali overtime itupun kalau ada kes. Kalau sibuk kadang2 sampai pagi tak tidur lepas tue kerja waktu pejabat. Kita cuba PM buat kerja gitu dia sanggup tak ? Suruh buat secara percuma.Ada berani...Aku sudah 10 tahun bertugas secara percuma.

Tanpa Nama berkata...

janji janji manis jek 2....

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM....Sedihnya saya membaca komen2 ni...sedarlah sekurang2nya kalian ada juga pekerjaan dan dapat gaji bulanan...bkn main nak ubah pemerintah masa pilihanraya,jgnlah berani nak mencuba fikrlah sedalam2nya..kerana cubaan anda itu akan memusnahkan masa depan anak2 zaman akan datang...berterima kasih dan bersyukurlah dgn kerajaan yang sedia ada skrg...sebenarnya tak salah nak minta kenaikan gaji tp sabarlah insyaAllah lambat dan cepat mesti dapatnya...mcm saya ni lagi sedih sbb dah 3 bln tak mempunyai pekerjaan tetap sbb kontrak kerja dah tamat tapi hati saya sedikit pun tak pernah terniat
nak berubah...tetap menyokong kerajaan yang sedia ada...Cik...

Syed Muhammad berkata...

kami pun sedih melihat org yg berperangai cintakan pembela kemungkaran. Ingatlah : Jika Islam menyeru kita semua menegakkan keadilan Islam,maka Islam juga dalam masa yang sama menegah untuk kita melakukan kezaliman. Bahkan bukan sahaja kita dilarang melakukan kezaliman , malah cenderung kepada kezaliman pun dilarang oleh Allah s.w.t.

firman Allah dalam Surah Hud ayat 113 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolongpun yang lain melainkan Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”

Tanpa Nama berkata...

Hai CUEPACS..tolongla bagi perhatian Pembantu Tadbir yg ditugaskan di sekolah2x..bagi kami elaun bebanan tugas.PT lain kt kementerian, jabatan,ppd xde la tugas seteruk n sebeban mcm kami yg bertugas di sekolah tp gaji sama plak..tlg la bg perhatian dgn kami yg ditugaskan di sekolah2x.

Tanpa Nama berkata...

pm tak kan dengar rungutan ko org, dia sibuk rancang nak buat karnival sana sini, bangunan tinggi, rasmikan sana sini dan semua yang mega mega le, yang kau org minta gaji naik tu hanya membeban kan kerajaan je ha.....

joe Grad27 berkata...

dah 17 tahun, baru tahun ni nak minta kerajaan semak semula... dah dekat PRN Sarawak baru tanya... nak rasuah PA Sarawak unda BN lah ni... kenapa Elaun Wilayah (EW) je? Elaun Perumahan Wilayah (EPW) mcm mana? kos sewaan pun makin meningkat tau.... sehingga kini EPW di Kelantan masih RM170 kos sewa rumah antara RM300 - RM500 , di Baling RM250 kos sewa RM350 - RM500, Pulau Pinang RM550 kos sewa RM650 - RM1200, KL RM550 kos sewa RM650 - RM1200, Kuching RM550 kos sewa RM650 - RM800... ini bagi kumpulan sokongan 1 bagi rumah teres 1 tingkat 3 bilik @ rumah flat kos sederhana 3 bilik bergantung kepada lokasi... pilihan bagi kami, duduk @ sewa rumah setinggan lagi murah or duduk jauh dr tempat kerja sekitar 30km ke 50km, boleh lah dapat murah sikit tapi harga minyak dah melambung tinggi... Mcm mana?

Tanpa Nama berkata...

Sdr. Syed Muhammad,
kau belajar sekolah pondok mana ?

Tanpa Nama berkata...

XPAYAH CITE BANYAK NAIK GRED J27 PON ASYIK2 XDE JERRR J17 DAH LAMA TUNGGU NAIK JADI J 27 MACAM PA DAN NT27
NAJIB SEBOK DOK KUTIP SAMAN EKOR XDE MAKNANYA BONUS TAUN LEPAS PON XDE SEJAK NAJIB NAIK XPERNAH DAPAT BONUS LAGI UNDILAH BARISAN NASIONALLLL!!!
TAKBIRRR.......

Tanpa Nama berkata...

woi siti zainab ko pi mabuk laaaaaa

Tanpa Nama berkata...

kesian siti jenab...nak menjilat kerajaan sampai memakan diri yang semulajadi bodoh taghut tu...

HANG LEKIR berkata...

TAK PAYAH LA DOK BAGI HARAPAN YANG TINGGI DEKAT ORANG LAIN HANYA KERANA SESUATU HASIL YANG MASIH BELUM PASTI...KALAU NAK BAGI ELAUN DEKAT KUMPULAN2 TERTENTU, BAIK BAGI DEPA SEMUA BUAT KERJA DARI KERJA2 KLINIKAL SEHINGGA KE KERJA PIYUN...GAJI DAN ELAUN LA NI PUN DAH CUKUP MEWAH...NAK TAMBAH LAGI...STAFF KLINIKAL YANG DOK ADA LA NI PUN DAH BERTAMBAH & BERLEBIHAN...DI MANA KEADILANNYA??

Tanpa Nama berkata...

BAGUS JUGAK BUAT SEMAKAN GRED JAWATAN DAN GAJI, SKARANG NI MUNGKIN KAKITANGAN AWAM DI PELBAGAI KEMENTERIAN KENA ADA SEMAKAN GRED JAWATAN DAN GAJI MACAM YANG DIBERIKAN KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN, PERTAHANAN DAN PDRM. RAMAI SANGAT KAKITANGAN AWAM YANG DAH LULUS KPSL, ADA DIPLOMA,IJAZAH DAN DAH LULUS MACAM-MACAM EXAM TAPI MASIH BERADA PADA SKIM DAN GRED JAWATAN DAN GAJI YANG SAMA. MACAM MANA NAK MEMAJUKAN DIRI? ASYIK BERADA DI TAKUK YANG LAMA.....

Tanpa Nama berkata...

TOLONGLAH BAGI ANJAKAN GRED GAJI PERMULAAN MENGIKUT KELULUSAN YANG ADA BUKAN SETAKAT YANG LULUS PTK SAJA TAPI JUGA YANG DAH LULUS KPSL,YANG DAH AMBIK DAN LULUS DIPLOM/IJAZAH WALAUPUN TAK ADA KENAIKAN PANGKAT COZ SEKARANG NI PERSAINGAN DALAM KENAIKAN PANGKAT AMAT SENGIT JADI YANG DAH HABIS BELAJAR TAPI KENA BAYAR PINJAMAN PELAJARAN TAPI GAJI MASIH SAMA DAH SEMAKIN RAMAI. SEKURANG-KURANGNYA SELAIN MENYAHUT SERUAN KERAJAAN, USAHA KAKITANGAN AWAM UNTUK MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN TIDAKLAH DIPANDANG SEBELAH MATA OLEH MANA-MANA PIHAK DAN TIDAKLAH MEMATIKAN SEMANGAT UNTUK BELAJAR KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI HANYA KERANA MEMIKIRKAN HUTANG YANG MUNGKIN TAK DAPAT DIBAYAR SEMULA....LAGIPUN BUKANKAH NEGARA KITA INGIN MENCAPAI NEGARA MAJU? PERLU BERLUMBA-LUMBA MEMAJUKAN DIRI DAN ILMU PENGETAHUAN....

Tanpa Nama berkata...

hang lekir dan 2 lagi post dibawahnya orang yang sama kan?gaya ayat skema dan guna font besar .

Tanpa Nama berkata...

PTK (Program Transformasi Kerajaan) untuk memajukan sektor awam dengan meningkatkan pendapatan PA melalui emolumen perlu disegerakan.


sekadar aku :
1).. he .. he .. aku pencinta wanita.

2)senyum ... senyum ...

3). jumpa aku di polyteknik merlimau esok 11 & 12/3/2011.

Tanpa Nama berkata...

la hai..oklahlah tu cuepecs utarakan isu ini...kenapa la pulak duk mengata itu ini...biasalah...kekadang ada benda2 kita minta tak dapat tahun ni...so usaha lagi tahun depan..itu yang cuepecs usahakan...
alhamdulilah la...ada juga pertubuhan untuk memperjuangkan nasib...kalau tak satu benda pun tak dapat.bersyukur lah semua...

senapi berkata...

minta elaun khas untuk semua ahli Umno, agar kami lebih tinggi dari mana2 PA yg bodoh bahalulu senggan sertai Umno

Tanpa Nama berkata...

Entah apa2 nak kemuka 4 tuntutan baru.Yang lama apa cerita...membisu seribu bahasa.Semua skim pun susah.Kalu dah nama PA tu faham2 je la terutama golongan bawahan.Kami PA ni paling gembira jika gaji, elaun rumah, elaun khidmat awam dinaikkan dan cola diselaraskan atau dinaikkan.

Tanpa Nama berkata...

dah muak i baca isu kaji kaji bab gaji dan elaun.. cakap je lebih,.. Naik sikit pun tak de.. hampe..

Tanpa Nama berkata...

dekat2 pilihanraya ni biasa le nak pancing undi. janji macam2 bila menang pilihanraya apa pun tak ada. tipu je memanjang..

Tanpa Nama berkata...

cuba perhatikan staf sokongan yang berkerja syif, dah lah gaji sama macam orang kerja waktu normal

Tanpa Nama berkata...

Cadangan memang cadangan tapi perlu punya kertas kerja yg benar2 kongkrit yg dpt memberi kekuatan atas tuntutan tersebut dan perlu juga kertas kerja ni mendapat sokongan dari kementerian masing2 khasnya pak2 menteri barulah macam ada kekuatan sikit, kalau tidak hanya kena kiv ajalah

Tanpa Nama berkata...

Bantu la kami PRA R1 saya dah berkhidmat dkt 20tahun,langsung xde kenaikkan pangkat..Tolongla kami..

Tanpa Nama berkata...

ALA TAK HABIS-HABIS DENGAN PERMOHONAN,SUDAH LAH PRESIDEN CUEPACS,CAKAP JELA LEBIH.HABUK PUN TARA.KAMI NI KERJA MACAM KULI,MEMENUHI KEHENDAH MSYARAKAT SEMATA-MATA,BUKANNYA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG SEPATUTNYA.CUBA SEMAK TUGAN BERI PERHATIAN PADA SKIM PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN YANG SERING DIANAK TIRIKAN.KERJA ON CALL SIANG MALAM (DI KLINIK KESIHATAN),DOKTOR TAK BUAT APA2 BUTA2 DAPAT INTNSIF,SIAP BOLEH CLAIM LAGI ELAUN LEBIH MASA?PERSOALAN NYA SIAPA YANG KERJA?DAN KENAPA PERGERAKAN GAJI DOKTOR SEOLAH TIDAK ADIL DAN SENTIASA TINGGI DARI GRED PROFESIONAL YANG LAIN?KEMENTERIAN BUTA KA?..JANGAN ASIK NAK FIGHT KAN KENAIKAN GAJI,SELARASKAN JA GAJI SEMUA PEGAWAI PERUBATAN DENGAN JAWATAN 41 YANG LAIN,BARU ADIL DAN TAK MEMBAZIR,BUKANNYA DOKTOR MEMBERI RAWATAN YANG BAGUS SGTPUN,LEBIH KURANG JA AKU TGK,YANG JADI MANGSA KAMI NI SOKONGAN????KORANG SEMUA BUTA KA??????

Tanpa Nama berkata...

BERITA KOSMO
KUALA LUMPUR – Harga pelbagai makanan di negara ini didapati mulai melonjak secara mendadak sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan di pasaran.

Ketika ini, antara barangan keperluan yang naik di pasaran ialah bawang besar, bawang putih, kacang dal, rempah, ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayur-sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kenaikan itu berpunca daripada kenaikan harga barangan import dan peningkatan harga gas serta bahan api sejak kebelakangan ini.

Kesan kenaikan itu menyebabkan harga makanan turut mengalami kenaikan.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, kenaikan harga makanan itu disedari hasil kajian pegawainya di restoran dan pemilik gerai makanan di sekitar Pulau Pinang baru-baru ini.

“Bayangkan, satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan lepas kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Senapi:

Berilah komen yang berkaitan dengan PA, bukannya menjadi pengampu yang keterlaluan.
Mengampulah di FB PM atau di mesyuarat agung umno.Para2 menteri pun tidak mengampu sehebat kamu.

markiman berkata...

berita kononnya harga barangan naik adalah cubaan pembangkang mengalihkan kes liwat Anwar al-juburi. Kami mengesyaki Persatuan Pengguna Pulau Pinang - CAP sudah menjadi alat pembangkang. Kita perlu berpegang kepada kata2 Dato Menteri.

Tanpa Nama berkata...

sokong CUEPACS...!!! ok bah klu kau..

Tanpa Harta berkata...

sesekali aku rasa nak gelak sahaja.
Setiap tahun CUEPACS minta tuntutan.
Yang dapat apa? Sekadar nak menyedapkan hati ahli-ahli sahaja.
Nak mengelakkan daripada orang cakap CUEPACS tak buat kerja!
Bos-bos CUEAPCS sibuk bermesyuarat sana sini dengan bersuka ria. sambil-sambil minum laga cawan lagi. kahkahkahkahkah!!

RXZ, Kuala Kangsar berkata...

Taniah Datuk Omar!!
Semoga dengan tuntutan tersebut melayakkan Datuk Omar menerima anugerah 'Tan Sri' pulak.
hee

Tanpa Nama berkata...

mahunya suruhanjaya penetapan gaji yang berbincang dengan perdana menteri berkenaan tahap gaji di malaysia ni. kalau suruh president CUEPACS ni nak mengadu, tak berlaku apa-apa pun. paling-paling disuruh bersyukur dan terima segalanya sebagai ibadah. tapi, ingatlah, penjawat awam ada anak untuk disara. dan anak ini merupakan penerus generasi kepimpinan masa hadapan. jika tidak diberi makan, pendidikan dan kemudahan, siapa lagi yang nak bertanggungjawab terhadap negara ini? gaji pun cukup-cukup makan sahaja. bukan tak bersyukur. tapi kesian kepada anak-anak yang mempunyai potensi untuk berjaya tetapi tidak dapat melanjutkan pelajar kerana hidup di dalam kemiskinan dan tak mampu menanggung kos pembelajaran di peringkat universiti. kalau berkerja di kementerian kesihatan ni, semua yang terlibat di dalam bidang perubatan sahaja yang diambil berat tentang kebajikkan mereka. tapi, kalau penjawat awam yang berkerja di bahagian pentadbiran, tiada apa-apa insentif menarik pun yang diberikan. bodoh betul lah....bagus lagi pemimpin terdahulu. kalau nak naikkan gaji...bagi sama rata untuk semua yang berkhidmat....barulah adil.....

budak sabah sengsara berkata...

salam satu malaysia buat cuepacs,gred yang paling rendah R1 jawatan yang paling banyak tugas R 1 Gred gaji paling rendah R 1 Sebaiknya datuk omar usman letak jawatan ,PUNYA LAH teruk kerja pekerja rendah awam ,teruk lagi gajinya,cakap ada kontraktor pembersihan tepi pra juga yang di suruh potong rumput ,kenapa kerajaan tak sediakan elaun memotong rumput untuk pekerja rendah awam daripada kontraktor yan dapat @ kerajaan tak perihatin

angkat racun icon berkata...

hello kawan semua PA da buat janji dan permintaan kira ok sekurang -kurang perdana menteri faham bahawa penjawat awam kat malaysia ni makin teruk sehingga muflis gara gara hutang bertimbun tak dapat bayar gaji tak naik lagi.sekejap lagi pekerja pergi bank rakyat nak loan bayar ccm ,budak sekolah, pibg,dan beli bawang,kan sekarang barang paling mahal bawang kaannnn

murut merotai berkata...

Salam 1M kat caupec nak cakap pun tak betul ,padahal semuayan main wayang aja tepi kalau nak buat tuntutan penggil kami buat tuntutan kat padang merdeka dan putrajaya satu malaysia boleh datang orang sabah dah lama tak buat tunjuk perasaan kat menteri bertanggung jawab kita orang bertugas kat tempat sendiri cuma dapat elaun rumah 180 aja betul ke tu,lepas tu kawan kawan dari semananjung datang kat sabah dapat epw 650 beza benar.kita kat negari sendiri kian terpiggir harap CM sabah TANAH HABIS KENA KUTIP KAT ORANG LAIN

Tanpa Nama berkata...

siti zainab ckp x serupa bikin...
main hantam ja..akai ada ka

Tanpa Nama berkata...

apa diharap siti jenab tu...dia tu janda tua obesiti ditinggalkan laki yang kawin lain dengan pompuan indon..
sebab tu dia meroyan kat sini

Tanpa Nama berkata...

siti zainab janganlah eksen,dalam hati siapa tahu

Tanpa Nama berkata...

kami yang naik pangkat secara kpsl lagi hampa.berkhidmat dah lebih 10 tahun di jawatan N17, bila naik pangkat ke N27, gaji naik ciput jer, tak sampai pun RM100. naik pangkat macam tak naik jer... penat-penat jer belajar, ambil exam..cuba lah tengok-tengokkan perkara ni....

Tanpa Nama berkata...

4 tuntutan yang membosankan...PA menaruh harapan tp sedih 1 pun tak terlayan...apalah gunanye cuepacs ni d wujudkan...PA kat negara nie semuanye miskin2 belaka..kenapa Pendidikan dan PDRM di layan?kenapa PA tak buat keja ke?apa tuntutan pun tak terlayan....

Tanpa Nama berkata...

isu tuntutan yg tidak berkesudahan..kalau Presiden CUEPACS tidak bersungguh-sungguh alamat setiap tahun lah tuntutan kenaikan ni tiada kesudahan..kita syorkan beliau letak jawatan..ganti dgn presiden yg lebih prihatin dan tegas dalam memperjuangkan kakitangan awam..seperti Presiden CUEPACS sebelum ni.....

Tanpa Nama berkata...

Wahai kengkawan tggu je la Pilihanraya nanti.....

Tanpa Nama berkata...

SAYA SETIAP BULAN ASYIK KE PAJAK GADAI, PEGI LA KE PEJABAT GADAI ATAU PEMBERI PINJAM WANG BANYAK MELAYU KE ATAU CINA...RAMAI ANTARANYA PA. APA LAGI KERAJAAN NAK..

Tanpa Nama berkata...

hei..omar,blh blahla..PM xpenah dgr pn buah mu.Bonus tk penah dpt gaji tak penah naik!taik kuda pn tarakkk...pirrrrrrraaaaaahhhhhhhhhh....

Tanpa Nama berkata...

hai preseden cuepacs... kotakan apa yang kamu cakap, baru org bleh tabik spring. bg gred 22 (kenaikan pangkat) tak dipandang endah oleh pihak KUP. kajian dilakukan sebelum atau selepas diarahkan pekeliling dikeluarkan? yang naik pangkat kena tukar tapi KUP duduk buat keje yg sama. tak de beza. lepas 15 thun, cukup syarat dpt KUP... gaji sama, tanggungjawab benda yang sama. bagi yang naik pangkat pula tanggungjawab naik loooooooo. mana keadilannye?

is berkata...

WAHAI PRESIDEN CUEPACS....

BAGAI MANA DENGAN KAMI KUMPULAN SOKONGAN GRED 17. SEMUA SUDAH NAIK. ORANG PEGANG SENDUK (TUKANG MASAK) DAH NAIK KE GRED 17, OPERATOR TELEFON DAH NAIK GRED 17. LEPAS NI GRED 1 HINGGA 16 NAIK KE 17 AGAKNYA. KAMI BILA LAGI? DAH BANYAK ORANG PIJAK KEPALA KAMI NI. JANGAN NAK NAIKKAN GRED 40 KEATAS JE... TENGOK LE KAMI YANG MENYOKONG NI. POKOK YANG BARU BERCAMBAH PERLU SOKONGAN TAPI BILA DAH BESAR SOKONGAN DI CAMPAK... ADEKE PATUT? TAPI INGAT BILA SOKONGAN BERSATU HANCUR PUCUK DI ATAS TU DICANTAS. JANGAN SAMPAI DERMA KEPADA ORANG ASING BERPULUH JUTA, KAKITANGAN AWAM DIBIARKAN MELELEH AIR LIUR JEEEEEEEEEE
DAPAT BAUNYE PUN SUDAH CUKUP BAIK.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM TUAN PEGARAH CUEPACT KAMI NI PEKERJA KONTRAK DENGAN JAKIM DAH HAMPIR 15 TAHUN JANJI TINGGAL JANJI UNTUK DILANTIK KEJAWATAN TETAP KASIHANILAH KAMI SAMPAI BILA KAMI TERSEKSA TIDAK ADA PEMBELAAN WAHAI TUAN TOLONGLAH KAMI NI

Tanpa Nama berkata...

kami ni PAP N1 dan N4 lg la kesian, mcm dianak tirikn..tukang masak N1/N4 pn boleh naik gred ke N17/N22 yg kami ni duk mcm tu gak...diaorg ni x nmpk ker atau buat2 x nmpk...kerja pn lebih lg kami.....TOLONG LA KAMI sebelum ada yg mati mata terbuka....

Tanpa Nama berkata...

ape ajer tuntutan cuepacs mmg untuk kebaikan PA tp kalo asik kiv xguna jgk.aku nak suggest 1 mende jer...tolongla satukan balik penempatan pasangan PA ni.xlrt dah nak duk berjauhan ngan family ni.sian anak2 aku n bini aku n aku jgk...

Tanpa Nama berkata...

Ksian2 kakitangan awam...dahlah tersepit...digigit anjing lagi. Harapan demi harapan yg dijanjikan namun harapan hanya tinggal harapan.Keringat sentiasa diperah tp upah tetap mcm itu juga.

Tanpa Nama berkata...

bukankah yg keje dikementerian kesihatan yg terlibat dalam oncaal telah dibayar elaun kritical for ma,nurse di klinik..dihospital plak bleh wat claim overtime plak so nak ape lagi tak mcm gov yg lain mana ada nie sume..keje asyid mau merungut je..cuba jalankan keje dgn iklas..

Tanpa Nama berkata...

kita atur nati masa pilihanraya ke 13
ndak ada urusan dorang ni buat panas muka depan berita saja tapi satu tindakan pun tak ada..... kito bakor saja.... soley-soley

Tanpa Nama berkata...

saya sokong naik gaji, saya sokong elaun wilayah dinaikkan, sokongdan tetap sokong..bila nak naik lagi?

Tanpa Nama berkata...

lihat Tabung Haji sebagai contoh, TELEKOM misalnya, model terbaik bagaimana selaraskan skim perkhidmatan mengikut kelayakan.

Tanpa Nama berkata...

kalau pun epw dikaji semula ITP pun seharusnya dipertimbangkan kajian semula.beza EPW dan ITP tersangat besar walhal kos kehidupan yang perlu ditanggung penjawat awam yang tidak mendapat EPW lebih tinggi. adakah tuntutan ceupacs ini menjamin keadilan penjawat awam sabah sarawak dan w.p labuan?

Tanpa Nama berkata...

kalau pun gred bwh 17 di naikkan yang gred 17 ni mcmana?apa guna perbezaan gred jawatan mengikut kelulusan ?

Tanpa Nama berkata...

SUDAH SUDAHLAH BAGI HARAPAN TU....KAMI DAH MUAK DENGAN SEMUA TU...NAJIB SEKARANG TENGAH SIBUK MELAYANI PERMINTAAN FIRST LADY BI MAMANYA...DIA DAH TAK INGAT PA DAH....

Tanpa Nama berkata...

terima kasih la kpd cuepecs krna cuba utk mmperjuangkn hak PA..kmi akan bersabar mnunggu berita baik..truskan usaha..PM tu dah lupa diri sbb tu tuntutn kta xprnh d penuhi..

Tanpa Nama berkata...

Tuan Presiden CUEPEC mohon teliti berkenaan Perkhidmatan Teknologi Maklumat F yang ketinggalan didalam arus perdana Peekhidmatan Awam bayangkan Gred 41 puluhan tahun masih ditakuk yang sama ! TK

Tanpa Nama berkata...

Mohon juga Tuan Presiden panggil PERJASA dan PESIMA serta Persatuan Juruteknik Komputer FT hasir bersama bagi membantu pihak CUEPEC didalam penambahbaikan Skim F ini terima kasih tuan