SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Mac 2011

PERATURAN LAPUK DAN TIDAK RELEVAN PERLU DIMANSUH- MOHD SIDEK

Bernama
29/3/2011



PUTRAJAYA, 29 Mac (Bernama) -- Semua peraturan yang sudah lapuk serta tidak lagi relevan perlu dimansuhkan sekiranya Malaysia ingin berada dalam senarai antara 10 negara paling kompetitif di dunia, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Justeru itu, beliau meminta setiap kementerian menyemak semula semua peraturan yang sudah lapuk sekiranya ia perlu melalui proses penambahbaikan atau dimansuhkan jika tidak lagi sesuai.

"Semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan perlu memastikan proses penambahbaikan ini dilaksanakan dan direalisasikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan PEMUDAH Challenge musim pertama, di sini, pada Selasa.

Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) menganjurkan penyertaan 'The PEMUDAH Challenge: One Million Ringgit For 1000 Ideas' bagi memperoleh idea kritikal dari penjawat awam mengenai sebarang peraturan dan perundangan yang telah lapuk boleh diubah kepada idea yang terkini, praktikal dan ditambah nilai.

Musim pertama penyertaan itu berlangsung dari 26 Nov hingga 31 Dis tahun lepas.

Mohd Sidek berkata sebanyak 67 idea bernas telah dikenal pasti daripada 1,105 penyertaan pada musim pertama itu.

Katanya, penyertaan tertinggi diterima daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu 154 diikuti Jabatan Perdana Menteri (150) dan 128 penyertaan daripada Kementerian Pelajaran.

"Sehingga kini 21 idea sudah dilaksanakan. Untuk musim kedua nanti penyertaan akan dibuka kepada semua termasuk orang awam dan tidak lagi terhad kepada penjawat awam sahaja," katanya.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Adam berkata...

Bagus tu Datok KSN,mansuhkan saja peraturan lapuk dan tak relevan tu. Tapi biar bermula JPA dulu.

1. Buku perintah am tu perlu pinda dulu. contoh berkaitan tuntutan perjalanan, kenapa banyak kategori, harga minyak sama saja. Begitu juga elaun lebih masa, ada kiraan siang, malam, cuti minggu,cuti am. Kan lapuk tu.

2. Berkaitan skim gaji N17, bila ada sijil tertentu gaji bermula pada tangga tertentu, tapi PA yang ada diploma @ ijazah tak ada pula kenaikan tangga tertentu. Kan lapuk tu.

3. Skim gaji yang tak seimbang, M,N,L,U dan lain2 berbeza2, kenapa tak sama. Kalau nak berbeza biarlah pada elaun saja. Elaun doktor, jurutera, penguatkuasa dan lain lain kemahiran boleh lah berbeza. Bimbang kepada tenaga mahir lari ke sektor lain? Kan ramai graduan baru, ambil saja. Bukan semua doktor pakar lari ke swasta, masih ramai yang setia pada kerajaan. Lagipun dalam kerja kerajaan ni yang cerdik pandai akan terpinggir. Biasalah kan.

Banyak nak dipinda tu, lepas tu baru turun ke jabatan2 lain. Jika rasa sukar sangat nak berfikir, rujuk kepada negara maju @ pihak swasta, kira "policy Transfer" kan. Tak payah serabut2 kepala.

Saya sendiri mempunyai banyak idea untuk memajukan jabatan saya, tapi takut berulang peristiwa dipinggirkan kerana orang tertentu saja boleh memberi idea dan berinovasi. Saya rasa ramai yang bimbang nak bersuara.

Terlalu takut melanggar SOP menyebabkan sistem penyampaian gagal dilaksanakan. Kira kategori buat salah, tak buat pun salah.

Revamping bukan saja pada sistem, tapi juga kepada kakitangan, kita jangan terlalu hipokrit.

Sekian terima kasih.

Otak Logik berkata...

saya setuju sangat dengan adam..

hawa berkata...

ADAM,
saya sokong.
Betul,Betu,Betul....!APA YANG PENTING ...? KERJASAMA.
Kalau tidak ada kerjasama KSN, macam mana nak buat perubahan.
Lihat Pekeliling Perkhidmatan,
ada diantaranya telah lapuk
Cth.Pek.Perkhidmatan Bil 6/2007kadar Bantuan Sara Hidup, kadar sebanyak itu sudah lapuk,Pek.Perkhidmatan Bil 3/2004 Panduan Pertukaran juga sudah lapuk,pelaksanaan tidak dikuatkuasakan, juga sudah lapuk.
Buat apa keluar pekeliling kalau tidak dilaksanakan? LAGI LA LAPUK!

Tanpa Nama berkata...

tuntutan elaun basikal... mansuhkan... zaman skrg org tak main basikal...koman2 pun kancil 660cc

Deedee berkata...

Sistem panggilan Jururawat Dalam Kementerian Malaysia juga sudah lapuk. Misalnya Ketua Jururawat dipanggil Sister dan Penyelia Jururawat pula dipanggil Matron. Sistem panggilan yang kita warisi dari penjajah British yang tidak sepatutnya diamalkan lagi. Memandangkan pada masa ini ramai lelaki telah mengambil kejururawatan sebagai karier mereka. Ini adalah tidak adil kepada Male Nurses dan berbentuk diskriminatif. Harap diambil perhatian oleh CUEPACS dan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

maaf yer..sy msh lg br dlm prkhidmatan awam ni..cm nk tya ada ka peraturan yg mngatakan baju pap kna pkai hari2 dan ianya msti kaler biru cam bj pengawas skolah..kpada ssiapa tlg gtau sy tqsm..