SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Mac 2011

RAJA PERLIS MAHU PENJAWAT AWAM JAYAKAN WAWASAN 2020

Bernama
11/3/2010



KANGAR, 10 Mac (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Khamis bertitah meminta penjawat awam di negeri itu agar komited menjayakan Wawasan 2020.

Titah baginda, walaupun Wawasan 2020 telah lama direncanakan, namun masih ada masyarakat yang kurang memahaminya kerana kurang mendapat pendedahan.

Justeru titah baginda, tugas itu terpikul pada bahu penjawat awam selain memastikan masyarakat turut terlibat dalam menjayakan wawasan nasional tersebut.

"Ketua-ketua jabatan perlu menunjukan teladan yang baik kepada pegawai bawahan dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan," titah baginda pada majlis mengadap sembilan ketua jabatan yang baru bertukar ke Perlis, di Istana Arau di sini.

Tuanku Syed Sirajuddin juga mahu penjawat awam di negeri itu bersama-sama hasrat kerajaan negeri dalam merealisasikan Perlis Maju 2015.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kangar, Mohd Zaki Abd Wahab, Pegawai Kewangan Negeri Perlis Romli Dai dan Ketua Polis Perlis Datuk Tajuddin Md Isa adalah antara sembilan pegawai kanan pada majlis itu.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Ketua-ketua jabatan perlu menunjukan teladan yang baik kepada pegawai bawahan dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan," titah baginda pada majlis mengadap sembilan ketua jabatan yang baru bertukar ke Perlis, di Istana Arau di sini.

Aku suka kpd titah Raja Perlis seperti diatas, Daulat Tuanku!!!

Tanpa Nama berkata...

raja perlis mahu penjawat awam jayakan wawasan 2020,tiada masalah cuma tolong naik kan sikit gaji penjawat awam yang rata-rata miskin dan mamarlukan pertolongan,raja perlis nampak hanya penjawat awan yang dapat manjayakan wawasan 2020.

Tanpa Kepala berkata...

mesej bermakna untuk ketua-ketua jabatan yang banyak makan rasuah!
makan sikik-sikik dah ler..
orang lain pun nak makan jugak!@
hee
(sebab utama, ketua-ketua jabatn asyik bertukar cawangan atau jabatan)

Tanpa Nama berkata...

Tidak semua kakaitangan awam muflis sebab diri sendiri...apa pula yang bantuan yang boleh diberi oleh kerajaan bagi membantu golongan muflis yang teraniaya..

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana usaha kerajaan untuk membantu penjawat awam yang muflis kerana teraniaya..