SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Jun 2011

BAWA ADUAN, MAKLUMAT KE MAJLIS PERHIMPUNAN PERDANA PERKHIDMATAN AWAM

Berita Harian
15/6/2011





SAYA meneliti tulisan oleh 'anti diskriminasi' dalam ruangan ini baru-baru ini bertajuk 'kenaikan pangkat PTD dengan Pegawai Teknikal tidak seimbang'. Saya mendapati ada benarnya dakwaan itu kerana saya pernah berkhidmat di pelbagai kementerian sebelum ini.

Saya ingin mencadangkan kepada ‘anti diskriminasi’ supaya menyediakan maklumat yang komprehensif mengenai perkara ini untuk dibawa pada Majlis Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam bersama Perdana Menteri pada Mac tahun hadapan. Pada masa sama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disaran meneliti perkara ini supaya tidak wujud jurang antara pegawai dalam skim M (Pegawai Tadbir Diplomatik) dengan Pegawai bukan dalam skim M. Adalah menjadi hambatan juga bagi pegawai bukan dalam Skim M sukar untuk mendapat kenaikan pangkat bahkan ada yang dinaikkan pangkat mengambil masa bertahun-tahun untuk disahkan kerana melalui pelbagai proses oleh JPA. Apabila lewat disahkan maka lewatlah naik pangkat.

Dalam era transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan, dicadangkan pihak JPA dapat menurunkan kuasa kepada kementerian dan jabatan serta agensi untuk membuat pengesahan dalam jawatan selepas seseorang pegawai diberikan urusan pemangkuan dari gred 44 hingga ke gred 54.

Manakala, hanya Gred Utama dicadang dibuat oleh pihak JPA dengan cadangan demikian urusan kenaikan pangkat dan pengesahan dapat dibuat dengan cepat namun dari segi kualiti dan kecekapan pegawai yang berkaitan tiada kompromi mengenainya.

CEUPACS sememangnya memperjuangkan hak kakitangan kerajaan gred 1 hingga 40 saja kerana golongan ini yang menjadi tumpuan mereka. Cadangan CUEPACS untuk meletakkan kumpulan sokongan bermula gred 17 perlu diteliti kerana cadangan itu turut memberi implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.
Jika dilaksanakan akan menjadi masalah pengagihan tugas apabila pembantu am pejabat, pemandu kenderaan bermotor, pembantu tadbir berada di hieraki yang sama.

YOSRI ABU MAHSIN,
Kuala Lumpur.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa kebanyakkan
jawatan rendah seperti pembantu am pejabat, PRA berkulusan SPM dan lebih tinggi dari itu. Tugas tidak berubah walaupun diberikan gred 17,

firus
pembantu am pejabat N1
Lulusan SKM MLVK

Jeffry PAP N4 lulusan merin watch keeping officer berkata...

Pgwai je nak naik pgkt yg bwh tak pyh smpi pancen pn knaikn pgkt pgwai sntiasa brgnjak Dan Xprnh jmpa gaji mati sdngkn grd 1-16 stkt tu je le grd kami smpi pancen baru 17 tahun krj gji da kedinding wlupn krj lgi 25 tahun mmg patut pn zaman IT ni grd 1-16 dijumudkan Xpyh le iri ati dgn grd rendah sdngkn kami Xprnh iri ati dgn grd 41 keats walupn klu dilihat kbjikan kenaikn pgkt gaji elaun selama ni hnya grd 41 keats je dipndng sdngkn kami disisihkn nk hrp grd 41 keatas prjuangkn kbjikan org bwahan dia smpi kiamat pn Xkn trjga tpi klu ksalah grd bwh je yg DI nmpk apa grd atas ni betul sngt ke krj lgi haprak

Tanpa Nama berkata...

Saya setuji dengan komen JEFFRY PAP N4.Kalau dibandingkan PAP,penjaga stor dgn PT N17 ketas ni..PP yg gred N1 lagi bijak buat kerja.Contoh nya, kerja fotostat, mencetak, daftar harta keluar masuk modal, kira bekalan stok, menaip dan lain2 lagi lah. Kalau tak percaya, cuba tengok sendiri.

andey berkata...

aku cadangkan semua penjawat awan jabatan teknikal (perkhidmatan tertutup kata depa) yang kerja dah 20 thn tp masih di 41 dan 44, buat satu blog/fb tau per2 yang leh kumpulkan maklumat kita bersama, jabatan mana, lama mana kerja etc, then bentukkan satu pressure grup kepada pimpinan negara dan JPA, manyalak kat sini rasanya tak der guna, yang jadi dengki berdengki ni sbb kita ketinggalan jauh, apa yang kita perlu perjuangkan adalah kesamaan dan peluang kenaikan pangkat tak kiralah cara time based ataupun KUP tanpa menunggu ada kekosongan. Setau akulah semua org dibawah gunasama SA ka, PTD ka semua cepat naik, cuma tertutup jer nak pencen ngan gred 44, semoga perjuangan kita menjadi sehati dan sedarah. PRU bakal menjelang tiba....moh kita bertindak...kumpulkan maklumat, then memo kepada PM dan TPM dan JPA

PEKIDA Setia berkata...

minta juga kerajaan masuhkan saja skim 17 ni kerana mereka x produktif mcm kami gred 1-16 ni.

hak kami utk time based sama mcm pegawai PTD kami aitu setiap 3 tahun juga perlu diambil perhatian.

contoh:

N1, lepas 3 tahun N4, lepas 3 tahun N11- lepas 3 tahun N17 - N22 -N29 -N41 -N44.

barulah moral kami naik, dan kami x perlu memperbodohkan diri utk ambik ijazah yg bukan2 itu.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong jeffry PAP N4..
yang naik gaji pn bukan la byk sangat pun sampai tergugat gaji pegawai atasan..elaun pn xseberapa(kalau ada)..jadi janganlah rasa dengki pulak..kalo akar buruk kat bawah,pucuk pn mati busuk kat atas..masalah pihak atasan just lambat naik pangkat je..tapi yg kat bawah ni byk da langgar tembok gaji..ape citer tu..jadi 1-1 la..nnti CUEPACS bagi peluang pulak kat sebelah pihak lain..dari ORNG YANG DIBELA..

Tanpa Nama berkata...

ya betul sekarang n1 cuma dapat kpsl ke n3 atau n4 je kalau ke n17 diaorang cakap kena pegi n11 dulu,n11 dah kena jumud,tak nampak peluang kami n1 untuk membangunkan kerjaya kami,kebanyakan n1 mempunyai SPM,sepatutnya n1 diberi leboh peluang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ataupun jumudkan seperti yang dilakukan pada n11.

Tanpa Nama berkata...

x cukup ke gaji beribu2 kumpulan profesional ni...harap kerajaan bagi lagi la kenaikan kat diorg ni rm15000 terus.....bagi dia org gelak dan ketawa besar....kami x bantah,,,jgn takut kump pro...kita org x marah dan protes punya...cukup x cadangan saya gaji anda sebulan 250000...cukup x

Tanpa Nama berkata...

bro..berbuihlah mulut kau org.. kena kelentong.. just look n see..

Tanpa Nama berkata...

minyak naik berkali-kali tetapi penjadualan semula tuntutan elaun perjalanan tidak dibuat lama dah... parah laa nak baiki kereta yang rosak pun kita kena tanggung ...

C17 berkata...

Kalau nak malas tak kira gred lah. dalam jabatan aku pun yang malas ada yang dari gred bawah sampai gred atas. tapi yang selalu kena tangkap curi tulang PAP dan R3. Ini kerana mereka tak banyak kerja sangat. Kenapa tak banyak kerja sebab gred 17 ke atas buat tugas masing-masing. Memang disesetangah jabatan orang selalu bagi tugas yang 17 patut buat tapi bagi kat PAP contohnya. tapi kalau di jabatan teknikal macam kami orang ini, PAP takkan buat kerja Gred 17 ke atas sebab tidak layak mengikut sistem kualiti terutamanya kalau sistem antarabangsa. jadi disarankan, kalau ada kelayakan mintaklah jawatan yang lebih tinggi. sebab ada rakan sekerja saya yang dari PAP ke gred 17 kerana kelulusan yang ada dan dia mintak. dan biasanya kalau 17 tu paling kurang SPM mesti bagus, tapi sekarang kebanyakan ada diploma tapi pakai result spm. itu rezeki seseorang jadi janganlah nak rasa iri hati. jadi bersyukurlah. ada lagi yang di luar tu takde kerja yang mungkin jauh lebih layak daripada kita.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan, saya wakil dari pekerja sambilan yan g telah berkhidmat di jabatan sejak 2008 yang lalu. saya menyatakan rasa kecewa sangat apabila kami masih lagi di taraf sambilan lagi. walaupun kami sambilan tetapi kami bekerja sama yang jawatan tetap ini kerana kebanyakan kakitangan tetap jabatan ini telah larikan diri sewaktu bertugas. contohnye bila tiba musim banjir semua org lari kecuali yang sambilan sanggup tinggalkan keluarga yang tersayang, tetapi selepas banjir kami yang sambilan di ketepikan. sewaktu bajir teruk di utara semenanjung saya telah tidur di pusat pemindahan selama seminggu ketika itu saya tengah hamil 7 bulan, tetapi masih penjawat tetap senang2 tidur di rumah. alasan tidak sihatla, isteri demam la, macam2 lagi. dan yang paling sedih kami yang kerja sambilan tidak boleh wat loan kerana tiada potongan biro angkasa. kami memohon pihak cuepacs dapat selaraskan semua bank bagi kelayakan kepada kami pekerja sambilan membuat pijaman bank.dan potongan melalui debit simpanan.

ina berkata...

saya bekerja sambilan di jabatan kerajaan.. kami akan tamat kontrak pada 31.12.2011... adakah kami disambung masih belum dapat keputusan dari HQ? kenapa spa tidak datang melawat jabatan yang mempunyai staff sambilan di semua jabatan kerajaan terutama JKM kerana terlalu ramai staff sambilan. serap tetap terus tak payah amik staff baru. ada yang keja sambilan ada kelulusan ijazah,dan diploma.... kecewa dengan kerajaan

nur ilham berkata...

BAWAH TETAP BAWAH

KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN BAWAHAN MEMANG SUSAH SEBAB ORG ATASAN XPERNAH NAMPAK ORG BAWAH BUAT KERJA.BILA TARGET DICAPAI ORG ATASAN JGK YG DAPAT NAIK PANGKAT PADAHAL PEMACU DAN PENGERAK JENTERA DARI STAF BAWAHAN.ORG ATAS HANYA TAHU SAMPAI DEPAN MEJA SIAP DAN LENGKAP

Tanpa Nama berkata...

SBPA? tentang SKT memang tak setuju.
pandai bodek bos hari hari kipas bos beli air atau nasi lemak dapat markah lebih tapi yang kerja lebih di kaunter layan public kerja jam lebih tak sempat nak cakap pun dengan bos?. dapat pula bos perempuan macam TPPI Salina, teman keluar shopping dan makan KFC tiap hari dapat markah lebih tapi yang buat kerja lebih? atau yang datang kerja 730am tiap hari balik 530pm tiap hari tapi tak dapat perhatian lebih dari bos sebab tak pandai kipas bos?
aduh penjawat awam....

Tanpa Nama berkata...

mohon kerajaan mengkaji semula waktu bekerja bagi kakitangan yang bertugas di Klinik 1 Malaysia yang diarahkan di buka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Bagaimana waktu cuti dan rehat bagi kakitangan ini. Mereka pun ada keluarga juga dan mereka juga adalah rakyat....

murad ppk berkata...

Pembantu Penguatkuasa gred 17 hingga 26 garis panduan pemakaian pangkat macam mana ada pekeliling ke.yg pelik N22 pakai 2 paku.bagaimana pula Penolong pegawai penguatkuasa N27 berapa paku pula.mohon jpa selaras pemakaian pangkat bg PBT mengikut polis atau tentera.supaya pihak awam tidak keliru.mohon di perbetulkan.....

Tanpa Nama berkata...

Salam...maaf mencelah...sy wakil kwn2 sy grd 41..inginkn penjelasan dan pencerahan mengenai bidang tugas seorang pembantu am pejabat...ini kerana selalunya di pejabat segala arahan kmi hanya mengikut arahan dari pem am tersebut...termasuklah dlm bidang tgs kmi..sehinggakn terdapat perselisihan pendapat beliau akan menggertak akn menukarkn kmi serta merta ke tmpat yg lain berikutan tdk mengikut kehendak beliau..dgn alasan beliau kenal rapat dgn menteri...selain itu,sy jg merasakn tidak selesa bekerja dgn adanya org yg mencampuri bidang tugas kmi sdgkn 'event' yg diatur pn dicampuri beliau...persoalannya mna hak kmi dan yg mna bidang tugas beliau? Sejak2 akhir ini beliau sering menengking kmi dgn bermacam2 kata kesat dan mempersoalkn kredibiliti kmi....stkt ini mmg kmi menghormati beliau..tp sampai bila...sy berharap pihak yg lbh arif dan bijaksana mampu membuat keputusan yg sewajarnya....