SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

14 Jun 2011

PENJAWAT AWAM RUGI RM3,000.00 JADI MANGSA PENIPUAN INTERNET

Utusan Malaysia
10/6/2011



BATU PAHAT 9 Jun - Seorang penjawat awam kerugian RM3,000 setelah terpedaya dengan tawaran iklan palsu di Internet berhubung jualan murah kereta mewah jenis Mercedes-Benz E220 Masterpiece yang kononnya baru berusia lima tahun yang ditawarkan pada harga serendah RM25,000.

Duit mangsa tersebut lesap selepas dimasukkan ke dalam akaun bank seorang pengiklan palsu sebagai wang pendahuluan tanpa mengetahui kereta yang ditawarkan di laman http://www.mudah.my/ itu sebenarnya tidak wujud.

Difahamkan, harga pasaran kereta itu adalah antara RM90,000 hingga RM100,000 tetapi pengiklan terbabit telah memperdaya mangsa dengan memberi alasan memerlukan wang segera kerana mahu ke luar negara.

Mangsa, seorang lelaki berusia 42 tahun memasukkan wang pendahuluan yang diminta hanya setelah berurusan menerusi telefon tanpa terlebih dahulu bertemu dengan suspek mahupun mengambil butiran terperinci pengenalan diri dan dokumen penjualan yang diperlukan.

Malah, mangsa yang bekerja di daerah ini dikatakan melihat iklan di Internet itu pada pagi 26 Januari lalu dan tanpa berfikir panjang memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank pada pukul 3.30 petang setelah menghubungi suspek berhubung urusan pembelian kereta itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa diberitahu supaya datang ke Plaza Tol Sungai Buloh, Selangor pada keesokan hari untuk mengambil kereta itu tetapi suspek dan kenderaan ditawarkan tidak muncul malah 'penjual' juga tidak menjawab panggilan telefon.

Menurut Din, setelah hampir dua jam menunggu dan merasakan dirinya ditipu, mangsa kemudiannya terus membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong di Petaling Jaya pada hari sama.

"Kes ini memberi pengajaran supaya jangan terlalu mudah percaya dengan sebarang tawaran apa jua barang pun termasuk kereta jika harga ditawarkan terlalu rendah atau tidak munasabah.

"Gerakan memburu suspek sedang dijalankan dan kita akan bekerjasama dengan pasukan polis di daerah dan negeri lain untuk memastikan sama ada suspek terlibat dalam kes sama di tempat lain," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

Din berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan dan jika disabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan boleh disebat serta dikenakan denda.

Menurut beliau, seorang lelaki, M. Rajandren, 56, (gambar) dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Rajandren diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hanya kerana kebodohon seorang dua yang tamak,warga PA sedang ditertawakan...

Pas ni try cari BMW baru kat mudah.my tu pulak...mana tahu dapat harga RM10k jek..

monolito berkata...

bodonya mamat tu..senang2 je kena tipu....PA mana lah agaknya tu..

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHAHA.....NI MESTI KUMPULAN SOKONGAN TAPI BERANGAN NAK PAKAI MERCEDES...SEDAR LA SIKIT GAJI CIPUT PAKAI LA KELISA JE...LAST2 KENA TIPU HIDUP2 MEROYAN KAT MEDIA...
KESIMPULANNYA PA SOKONGAN NI MEMANG HIDUP TAK SEDAR UNTUNG DAN KENA TIPU JE LAH...

Tanpa Nama berkata...

bahaloul al tolol. Itu saja perkataan sesuai untuk mamat tuh. aku rasa dia ni tak penah baca papaer nih.

Tanpa Nama berkata...

MUNGKIN SATU HARI NANTI ANDA JUGA AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA. JANGAN SUKA KETAWAKAN ORANG. ANDA SEPATUTNYA BERSIMPATI DGN DIA. PEMIMPIN PUN MEMPERBODOHKAN KITA JUGA. MUNGKIN ANDA TAK PERASAN.

Tanpa Nama berkata...

hanya pakai kereta murah je... tak mampu nak pakai merc.

KeraniLegend berkata...

Terima kasih berkongsi maklumat..
iktibar untuk semua PA.

Tanpa Nama berkata...

merz 25k.. merz mana ada murah macam tu.. lagipun beli merz, kena maintain bulan bulan.. mampuke dia.. apalah dia.. carilah kereta blm ke persona ke kat mudah.my.. anyway kalian pun jaga jaga.. jangan bayar apa apa di internet tanpa tahu siapa dan maklumat si polan..

Tanpa Nama berkata...

apa lah si Din ni..ni mesti PA Sijil Rendah Pelajaran je tapi berangan nak pakai merz....padan muka ko Din bangang...

Tanpa Nama berkata...

itulah orang kita ni nak cakap ape2tak kaji dulu....Din tu ialah pegawai polis bukannya orang yang kene tipu tu...kesian2 tu pun jangan nak berforum jugak dia pun.lagi satu yang sape2 yang rasa seronok di atas kesusahan atau musibah yang menimpa orang lain tu korang kena ingat,tak mustahil korang juga akan kene tipu suatu hari nanti....mase tu baru korang sedar P&P ke sokongan ke kalau tak berhati-hati itulah akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHAHA.....NI MESTI KUMPULAN SOKONGAN TAPI BERANGAN NAK PAKAI MERCEDES...SEDAR LA SIKIT GAJI CIPUT PAKAI LA KELISA JE...LAST2 KENA TIPU HIDUP2 MEROYAN KAT MEDIA...
KESIMPULANNYA PA SOKONGAN NI MEMANG HIDUP TAK SEDAR UNTUNG DAN KENA TIPU JE LAH...

Selasa, Jun 14, 2011 8:39:00 AM

gua benci la dengan lu ni bro....ko jangan ingat ko bagus sangat....puiiii!!!!!!!aku sumpah ko kene tipu lebih teruk dari mamat tu...amin!

Tanpa Nama berkata...

wahai en.Din yang malang ...itulah akibatnya kalau sekolah setakat SPM.Last2 kempunan Mercedes-Benz E220 Masterpiece ...Lps ni sure bini ko lari tinggal kan ko Din oiii...bongok sangat nak ngaku laki..

suri berkata...

HAHAHAHAHAHA.....NI MESTI KUMPULAN SOKONGAN TAPI BERANGAN NAK PAKAI MERCEDES...SEDAR LA SIKIT GAJI CIPUT PAKAI LA KELISA JE...LAST2 KENA TIPU HIDUP2 MEROYAN KAT MEDIA...
KESIMPULANNYA PA SOKONGAN NI MEMANG HIDUP TAK SEDAR UNTUNG DAN KENA TIPU JE LAH.

saudara.,

satu jari menunjuk kepada org lain, 3 jari kepada kita sendiri. mungkin nasib dia terkena begitu tapi esok lusa nasib awak bgimana? sekarag ketawakan orang, esok pula takut menangis sendirian. tuhan bayar cash sekarang. kepada saudara yang terkena tipu tu, belajarlah dari kesilapan. ini pengajaran untuk semua PA.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong kenyataan di atas.. magkuk-hayun tue tau ape.. nak tgk power tak power ktg sokongan.. cubalah bro.. kite lihat nanti PRU-13..