SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

30 Jun 2011

HARGA RUMAH DI PUTRAJAYA TERLALU MAHAL

Berita Harian
26/6/2011



SEMAKAN terhadap harga rumah yang dijual di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya didapati mahal berbanding di tempat lain. Penjawat awam sepanjang perkhidmatannya boleh membeli rumah melalui pinjaman kerajaan bergantung kepada gaji bulanan, faktor usia, serta baki tempoh perkhidmatan.

Kadar pinjaman mereka adalah antara RM60,000 sehingga RM350,000 tertakluk kepada terma dan beberapa syarat lain. Tempoh pinjaman yang dibenarkan adalah sehingga 25 tahun dengan kadar empat peratus setahun. Tinjauan yang dibuat terhadap harga rumah di Putrajaya adalah antara RM450,000 hingga RM1 juta bagi rumah teres dan berkembar. Bagi rumah kediaman enam bilik pula harganya melebihi RM1 juta. Harga itu dianggap mahal dan tidak mampu dibeli oleh kakitangan awam berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Justeru, adalah dicadang supaya kerajaan dapat membuat kawalan harga rumah di Putrajaya dengan membina rumah di bawah harga RM220,000 dan memberi keutamaan kepada penjawat awam yang belum memiliki rumah sendiri.

YOSRI ABU MAHSIN,

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang berduit je mampu dok kat putrajaya ni...kalau PA gred sokongan tu gi lah dok menyewa rumah setinggan je.

Tanpa Nama berkata...

rasanya bukan kt Putrajaya jer isu harga rumah ni tp kt tempat-tempat lain di Malaysia jugak

Mohd Zairi berkata...

Saya berpandangan Putrajaya tidak sesuai untuk dijadikan kawasan settlement bagi orang-orang yang nak pencen. Lebih baik konsep rumah sementara atau kuarters dikekalkan di Putrajaya. Perumahan untuk settlement lebih sesuai di kawasan pinggir2 Putrajaya. Perlu difikirkan keperluan masa hadapan. Majoriti orang yang bekerja di Putrajaya akan kembali ke kampung asal. Jika dibuat perumahan untuk jualan melebihi kuarters, ia akan menyebabkan kesukaran untuk PA di masa hadapan untuk mencari tempat tinggal pula.

dak putrajaya berkata...

kroni kroni jer dok sini..
yang xder kaitan leh cari tempat lain.

WarisanKota berkata...

Dalam pelan perancangan bandar, 30% pembangunan perumahan adalah rumah kos rendah/kos sederhana rendah dan 70% lain-lain rumah... nampaknya putrajaya sendiri tidak mengikut standard perancangan bandar... tak semua PA mampu nak beli dan kalau tidak berbaloi kos harga tanah untuk buat rumah kos rendah.. buat aje kuaters lebih banyak... kalau PA nak beli pun tak sesuai kerana pada bila-bila masa dapat arah berpindah jabatan...

Tanpa Nama berkata...

Sangat-sangat setuju bagilah peluang kepada kakitangan Perkhidmatan Awam yang belum memiliki rumah.

Seperkara lagi, bukan di Putrajaya sahaja.. kalau boleh seluruh negara, khasnya, negeri Sabah seperti di Kota Kinabalu.

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

apa kene mengena ngan rumah ni..adoyai

Tanpa Nama berkata...

bukan kta rumah ..brg dapur kt putrajaya pon mahal nak mapus..bila tnya peniaga alasan sewa mahal la.putrajaya jauh la..harga kt putrajaya beza sgt2 ngn harga kt luar.pada hal putrajaya kan nyer jauh pon dri kajang,bangi,serdang..konpius aku..klo org gred besor2 dok sini x pe la..gred2 bawahan dok sini merana gak

Tanpa Nama berkata...

Bezanya putrajaya dng P.Pinang hanya PEMERINTAHNYA sahaja lain semua sama org melayu semakin hari semakin terpinggir. Soal rumah dkt Pjaya kaji-kajilah agar kakitangan kerjaan yg menabur bakti berpuluh tahun diberi sesuatu yg dapat dikenang.. apa bila pencen balik kampung bukan semudah itu saja. Bukan minta free, kita org beli ttp biarlah harganya berpatutan...ketahuilah dan kenang2lah tangan2 yg memangkah ini yg membuatkan adanya pemerintah hari ini.

Tanpa Nama berkata...

rumah mahal..makanan,barang dapur pon mahal..x caya tnya lah sedara mara ke,kwn2 yg dok putrajaya..org kaya jer mampu dok sini..klo org bwhn dok sini kena jimat cermat dengan kadar yg teruk

SAYAKEM berkata...

bukan kt putrajaya jer umah mahal...kat mane2 skrg semua rumah da mahal...harga sewa rumah pun sama ngan harga bulanan beli rumah...baik beli rumah sendiri..berbaloi bayar walaupun beratus2..hak sendiri..itu yang ramai kakitangan golongan sokongan hampir 60% gaji bayar rumah...bukan semua berhutang untuk enjoy...tapi untuk masa depan...

Tanpa Nama berkata...

PA sokongan yang nak beli rumah kt putrajaya kena buat perjanjian kerja dari mula jadi pa hingga tamat perkhidmatan iaitu 35 tahun, ini ialah kerana harga rumah yang hendak dibeli berharga 200K dan keatas. jikalau hendak juga kerajaan kenalah mendengar denyut nadi pa untuk mengurangkan kadar faedah dari 4 peratus kepada 2 atau 3 peratus barulah tempoh bayaran balik dapat dikurangkan kepada 30 tahun.

kassim baharum berkata...

ytahniah BN, KAMI YAKIN APA BN BUAT ADALAH TERBAIK UNTUK NEGARA.

kita yakin pasti ada sebab mengapa BN membuat rumah yang agak mahal sedikit itu. Perlu imej prestij putrajaya dikekalkan agar kelihatan elit, dan kakitangan sokongan digalakkan tinggal di kuaters.

BN terbaik selama2nya

Tanpa Nama berkata...

utk yang kaya & korup sahaja yang mampu beli rumah rega mahal2 mcm tu....

Tanpa Nama berkata...

untuk membei rumah pertama ku....gaji RM2000.00 termasuk elaun bolih ke?sekarang ni je RM2000.00 entah kemana..kemana-mana pun...semuanya mahal belaka...sewa rumah 500.00 kereta..600.00 bak 900.00 makan dan minum untuk 3 tanggungan tak mencukupi..lu pikir lah sendiri

Tanpa Nama berkata...

kerajaan tak perihatin kea..? pemaju kaut keuntungan berlipat-ganda.. o.kea bro, kau org fikir harga tanah jea dah mencecah RM200,00..perlot and kos rumah RM240,000..total 440,000 beb.. lu org mampu beli tak.. sorry bro..jawabnye tak mampu.. kawasan tue just for jusca A,B and C.. and koporat, kawasan elit katakan.. kerajaan takut dengan pemaju betul kea..?

Tanpa Nama berkata...

saya syorkan agar pihak berwajib peruntukkan nilai rumah 3 bilik pada kos rm6o ribu ke rm100 ribu dengan kemudahan bayar balik 30 tahun. ramai penjawat awam yang kira-kira pun bukan ada gaji besarlah sangat. la ni berilah keutamaan kerana ada rumah hati pun senang, inovasi pun meningkat.

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan bukan harga rumah di putrajaya sahaja yang perlu dipantau malah satu negara...isu harga rumah ni mmg kritikal sgt...pada org yg berduit mungkin tak menjadi masalah tp penjawat awm di selangor, isu ni satu masalah besar...harga rumah merpati pun skrg dah lebih 200k..cuba2 laaa kerajaan compare gaji pa yg ciput dengan harga rumah yg mahal

Tanpa Nama berkata...

kita di swk di ambil cth.rumah intermediate single storey, berharga 160K..bygkan..rumah sy sendiri corner single storey 185k dgn bayaran 900 sebulan.di tpt lain d semenanjung, dh blh dpt rumah double storey kot..hmm..

farcuemai berkata...

harga rumah sekarang melambung tinggi sampai mencecah jutaan ringgit.Bila tanya pemaju kenapa mahal, mereka kata harga tanah mahal, harga kos bahan binaan mahal, bayar pinjaman bank mahal.bila tanya menteri perumahan, katanya harga tidak akan naik, ada skim rumah pertama.takde otak ke bina rumah jutaan ringgit tu untuk siapa dan kenapa? bukan ke bagus bina rumah yang rakyat Malaysia mampu bayar. setakat potong 7% harga bumiputera baik tak payah kalau harga masih di tahap yang bumiputera sendiri tak mampu beli. saya rasa macam komplot je. taknak bagi bumiputera ada aset rumah dan tanah. dia jual kat bangsa atau rakyat luar Malaysia untuk kepentingan peribadi.hidup merempat di tanah air sendiri.Menteri pun tak boleh tolong, boleh jalanlah dengan projek rumah mega tu. rakyat kais pagi makan pagi walaupun gaji RM2000 tau.INI TANAH AIR KITA.NEGARA MAJU BUKAN DIUKUR DARI NILAI HARTANAH DAN BERAPA JUTA HARGA RUMAH RAKYAT MAMPU BELI.kita hanya mampu duduk di flat atau setinggan kerana pemaju main perang harga rumah siapa paling mahal.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan bukan lagi perlu pantau tapi perlu ambil tindakan tegas terhadap pemaju-pemaju yang takde otak, takde perikemanusiaan ni.jangan hanya nak ambil untung diri sendiri je.saya bukan team BERSIH bukan juga team PATRIOT.saya hanya rakyat biasa yang hidup macam merempat di tanah air sendiri.jangan jadikan alasan harga barang naik ye.rakyat bukan bodoh untuk diperbodohkan macam dulu.sekarang dunia tanpa sempadan.kerajaan itu datangnya dari kuasa rakyat, untuk berkhidmat kepada rakyat bukan tunduk kepada kuasa2 pemaju yanghanya mencekik leher pembeli@rakyat!cuba belek2 surat khabar ke pemplet rumah2, sesekali turunlah padang.jangan harap skim rumah pertama je.kalau rumah yang dibuat tu pun tak mesra alam jangan bazirkan terus duit rakyat.cukup2lah dengan pembaziran projek2 terbengkalai tu.lepas ni rombak balik kabinet, tukar menteri perumahan. kita tengok bagaimana urusan pentadbiran orang baru.

Tanpa Nama berkata...

BETUL tu!!!!! rumah kat putrajaya memang mahal-mahal dah la permohonan kuarters lambat nak tunggu ikut giliran yang dia orag sendiri tak boleh nak jamin... rasanya elok la kalau bph buat kuarters untuk khas bgi kakitangan org bujang. bezakan fasa antara jantina. paling tidak pun kurang la senarai menunggu n org-org bujang ni pun tak de la pening kepala nak cari rumah sampai beratus2. baru nak hidup manalah ada banyak rm.....

Tanpa Nama berkata...

~~buang jelah kementerian yang berkaitan dengan rumah, hartanah ni..membazir je bayar gaji dorang pakai duit rakyat. bodoh je rasanya tengok orang melayu tak mampu beli rumah walaupun berkhidmat separuh mati utk kerajaan~~aku bukan pembangkang tapi aku inginkan keadilan bukan sahaja utk aku tapi utk bangsaku~~di pulau pinang kita dah terbuang jauh, di Selangor kita dah melayang-layang, di Putrajaya kita dah mengemis.~~di Malaysia sendiri kita merempat~~

Tanpa Nama berkata...

di pinggir2 putrajaya byk rumah2 berizab tanah melayu tp susah nk dapat pembiayaan bank..seolah2 ada ada agenda tersendiri..harga pula melambung2 naik sedangkan itu sume kawasan kampung..yg pelik,banglo2 harga juta2 di kg belakang putrajaya tu ada jugak yg beli..tak hairanlan org2 besar di kementerian buat tak kisah je akan kesusahan dan kesempitan golongan bawahan ni yg xmampu beli rumah..sbb mereka mampu..skg sume berebut2 beli rumah,tp apa ertinya klu gaji sok terpaksa ikat perut anak2 sbb sparuh gaji je dh byr installment rumah?

Tanpa Nama berkata...

Salam..aku juga penjawat awam..stelah di baca rintihan kawan2 kat dalam ni aku pun terpanggil nk campurtangan..hi hi..cuba kita smua fikirkan MENTERI RUMAH CINA..BANK CINA...PEMAJU PUN CINA..aku bukan rasis..tp cuba fikirkan logiknya...ADA AGENDA KE?..macamana penat kerja sebulan tp gaji habis seminggu aje..silap2 seminggu pun tak sampai...itu semua pun aku dah rasa dan aku yakin kawan2 lain pun terasa kan?aku nak provok kawan2 spy email or twiter aje rintihan ni kat PM DSNR..supaya dia maklum..and email le sekali kat TENGKU ADNAN spy dia ambil tindakan..jika ramai melayu n penjawat awam kat putrajaya yg menyokong kerajaan maka naiklah peratus kemenangan nanti buat ahli parlimen yg bertanding...tak gitu kawan2 penjawat awam...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong..sepatutnya kerajaan xperlu naik kn harga rumah dari 200k ke 400k dlm bajet 2012 thn lps..wlpn dier nyatakan gaji suami isteri blh gabung. tp xpkr ke wlpun blh gabung mn nampun nk byr bln2 klu ada komitmen lain..dengan harga rumah meningkat..klu harga 200k je bwh blh hadap lg..klu dah lbh..cmner tu..klu ade pun harga bwh 200k, tu pun apartment...kbykkn PA lbh suke rumah teres..bg yg xblh gabung cmner?sorg swasta sirg goment..sah2 kene bt loan bank..cmne rakyat nk dpt rumah skim pertamaku klu harga melebihi kemampuan. tlgler kerajaan bt pantauan bg yg xmampu bergaji kck ni...duit gaji ada bkn utk satu tujuan je..mcm2 nk kene byr..

Halif Mohamad berkata...

Setuju dengan semua pendapat disini.

Tanpa Nama berkata...

Ukur baju di badan sendiri, itu je yg mampu aku kata..jgnlah bila x mampu nak beli rumah kat putrajaya..kutuk sana sini, kronilah, org kayalah, korup la..common! think positive..sampai bila kita nak bersangka buruk? jgn sampai bila pembaca lain membaca komen2 anda (kutuk sana-sini,dengki sana-sini) pembaca pun berkata..
"patutla ko dpt keja golongan sokongan..sbb tahap mentaliti/pelajaran ko pun rendah.."

Adakah kita mau org bertanggapan begitu terhadap kita?

Pernahkah anda terfikir yg orang memilih putrajaya disebbkan faktor2 yang sedia ada di putrajaya? Contohnya, faktor kawasan persekitarannya, faktor keselamatan (tempat yg ideal untuk membesarkan keluarga) faktor tahap pendidikan dan sebagainya? dan pernahkah korang terfikir yang mamat ni mmg ada wang simpanan utk membeli rumah di Putrajaya?

Ada yang komplen rumah di Putrajaya tadak pagar, bahaya untuk anak dia(sebab anak suka lari sana-sni, cmonlah..anak sendiri, jaga sendiri la..takan nak suruh 'pagar' yg jaga? adoyai..), lagi satu komplen gaji 2000 n tak mampu nk beli rumah di putrajaya..(aku tgok keta installment dah 600! mmg tk cukup bro!), sbb tu aku kata, ukur baju dibdn sendiri, kalau x mampu byr intsallment keta mahal, beli keta yg sederhana..jgn ikut nafsu! Dan ada pulak yg komplen kroni-kroni jer yg boleh duk sini..apa cita ni, betul ke kroni? ke ko saja dengki? kalau salah tanggapan ko mcmana? dah kira fitnahkan?

Mmg aku tak nafikan harga properties kat putrajaya ni tinggi, tapi look at the bright side..
1)Pencemaran kurang,
2)Tahap pendidikan tinggi,
3)Kadar jenayah terkawal,
4)Polis, Bomba, Hospital, Sekolah rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Asrama Penuh, Sekolah Antarabangsa, Efficient Public transport, etc, 5)Green environment
6)Taman-taman untuk beriadah yang banyak
7)Agensi2 kerajaan dekat untuk berurusan
8)Jauh dr hiruk pikuk kota
9)Easy access way to highways 10)Friendly neighborhood...

So, bagi aku tepuk dada tanya selera, memang kita semua mahukan yang terbaik untuk keluarga masing-masing, tapi janganlah sampai kita berprasangka buruk pada semua org, memang bak kata orang tua..
"dalam setandan pisang, tak semuanya busuk"
kita ada akal dan fikiran, so gunakan la sebaik2nya.