SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 Jun 2011

MINDA PENGARANG: TUNTUTAN CUEPACS TIDAK HARUS JADI PENGHALANG PELAKSANA PROSPEK

Berita Harian
2011/06/21


TINDAKAN CUEPACS mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi kakitangan awam boleh disifatkan sebagai ugutan, walaupun ada pihak menganggapnya sebagai wajar. Kita percaya, ada di kalangan penjawat awam sendiri yang tidak bersetuju cara Presidennya, Datuk Omar Osman, yang seolah-olah mengambil kesempatan mengemukakan tuntutan pada ketika kerajaan berusaha menjayakan satu kaedah terbaik menggantikan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan awam, yang dimansuhkan Januari lalu. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pastinya sudah membuat penelitian rapi bagi memastikan PROSPEK dilaksanakan dengan telus, cekap dan berkesan agar tidak ada lagi penjawat awam yang berasa teraniaya dengan penilaian yang dibuat. Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilaian berwibawa dianggotai ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelak elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih. Sebagai tanda persetujuan, CUEPACS yang mewakili 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan JPA menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 19 Mei lalu untuk melaksanakan sistem penilaian baru itu. Kita percaya kedua-dua pihak dapat melihat kebaikan yang diperoleh berbanding sistem penilaian sebelum ini. Agak mengejutkan, apabila CUEPACS meletakkan lima tuntutan baru, antaranya menuntut supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK, sebagai prasyarat melaksanakan PROSPEK.

Justeru, kita tidak mahu melihat tuntutan CUEPACS itu sebagai satu ugutan terhadap kerajaan kerana perlunya hubungan baik antara penjawat awam dengan kerajaan. Apa yang kita mahu CUEPACS berbincang dengan JPA bagi memastikan tuntutan yang dikemukakan mereka sememangnya wajar dan dapat memberi manfaat kepada perkhidmatan awam. Kita percaya pada masa sama, JPA tentunya bersedia bertemu mereka untuk berbincang dan meneliti setiap perkara yang dituntut, seperti dinyatakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Kedua-dua pihak perlu melihat tuntutan ini sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kebajikan penjawat awam. Meskipun CUEPACS gagal dalam tuntutannya, mereka tidak sepatutnya kecewa atau terus mendesak sehingga mengeruhkan hubungan antara penjawat awam dan kerajaan sebagai majikan. Kita percaya JPA pastinya sedia membuat pertimbangan sewajarnya terhadap semua tuntutan itu berdasarkan peraturan sedia ada dan kemampuan kewangan kerajaan. Apa yang kita harapkan akan wujud situasi ‘menang-menang’ bagi kedua-dua pihak. Penjawat awam adalah nadi dalam urus tadbir dan pengurusan kerajaan. Oleh itu harus ada keikhlasan dan kesefahaman yang tinggi antara kakitangan awam dan kerajaan kerana mereka saling memerlukan. Jangan jadikan tuntutan baru Presiden CUEPACS itu sebagai halangan untuk melaksanakan PROSPEK, seperti yang direncanakan mulai 1 Julai ini.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minda pengarang mangkuk-hayun n buta kayu.. yesss..!! mcm tuelah Dato' cuepacs.. jgn takut n gentar keadilan mesti tegakkan.. seramai 1.2 juta PA di belakang dato'.. sepatutnya dari dulu lagi kenaikan pangkat di naikkan secara automatik time based 5-6 tahun kumpulan sokongan atau cadangan dato' selepas kursus.. ada di kalangan kami kumpulan sokongan dah berkhidmat lebih 15 tahun berkhidmat, lulus ptk tahap 4, prestasi 95% dpt APC, kerja tip-top, kertas keje best of the best.. ape lagi nak ooii..dah daftar kat jpa dah 6-7 tahun tak panggil temuduga.. pangkat n gaji tak naik-naik yang naiknya pegawai atasan dari gred 41, 44 hinggalah ke jusa dalam tempoh yang begitu singkat.. ini tak adil..!!! ini semua kerja mereka yang buat dasar.. dato' jg bimbang kumpulan sokongan sekarang ramai yang cerdik-pandai dato., dunia dah berubah ada di antara kami ramai yang memiliki ijazah, master ada yang tengah buat Phd di dalam berbagai bidang spt ekonomi, kejuruteraan, sains politik, sains, pendidikan, pengurusan, kemanusiaan, undang-undang dan sebagainya.. gemblengkan tenaga kami dengan membuat perjumpaan bagi membuat satu resolusi menuntut agar 5 tuntutan cuepacs di penuhi, sekiranya tidak..!!

Tanpa Nama berkata...

Amanah hampir 1.2 juta penjawat awam ini harus diteruskan secara konsisten dan bijaksana tanpa lemah dan kegagalan, kerana ini munkin ada ruang yg dapat membantu situasi yg lebih adil serta mengujudkan kebajikan yg lebih ideal buat semua penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Harapan hampir 1.2 juta penjawat awam

Tumpuan mereka kepada Prospek;

Apa makna Prospek ni ? adakah maknanya "Profesional Spekulatif" atau "Profesioanal Spektra" atau .....????

Apa2 pun yg diharapakan hampir 1.2 juta penjawat awam sesuatu yg lebih adil lagi berkebajikan buat semua penjawat awam.

Apa juga bagi yg difikirkan yg diharapkan oleh penjawat awam khasnya mereka yg berpendapatan rendah mudah2an ada ruang yg dapat dipertimbangkan agar dapat meringankan beban kos sara hidup yg kian melambung tinggi, bagimana nak bagi anak2 mereka dengan makanan yg lebih baik yg menjamin kesihatan keluarga mereka, bagaimanapula dpt merigankan beban anak2 mereka di bangku sekolah atau di IPT, bagaimana nak meringankan dari kos harga minyak yg telah meningkat, kos harga bawang ikan dan lain2 keperluan dapur yg juga terus meningkat dan memeningkan kepala mereka.

Mudahan masih ada lagi ruang bagi mereka meneruskan kehidupan yg lebih baik hasil sumbangan kebijaksanaan Pegawai atasan lagi budiman serta bijaksana dalam mengatur pentadbiran dan perancangan yg lebih baik untuk semua warga kerja di sektor awam ini, insalla

Mohd Zairi berkata...

CUEPACS rasanya tidak pernah langsung mengugut. malah sekiranya 5 tuntutan berkenaan ditolak, sy tidak merasakan CUEPACS akan ajak penjawat awam turun piket buat demo dan guling-guling atas jalan. apa yang CUEPACS kemukakan adalah cadangan penambahbaikan.JPA juga diuruskan oleh manusia. dan tempoh mereka menyediakan PROSPEK yang menggantikan PTK hanyalah bermula dari pengumuman PM ketika pembentangan bajet tahun lalu. ini bermakna kebarangkalian untuk terlepas pandang sesetengah perkara itu ada. jangan terlalu sinis kepada CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

...jangan terlalu sinis kepada CUEPACS...

Tak la sinis sangat rasanya. Dalam tempoh Oktober 2010 hingga Jun 2011 dah banyak perbincangan dengan CUEPACS.

Hasilnya CUEPACS dah tandatangan MoU dengan JPA. Tetiba CUEPACS bangkitkan benda yang dah disetuju. Kenapa nak pertikai benda yang dan setuju?

Mohd Zairi berkata...

Tanpa Nama Jumaat, Jun 24, 2011 9:43:00 AM,

Sebenarnya apa yang ditandatangani di antara CUEPACS dengan JPA sebelum ini ialah Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menggantikan PTK dengan PROSPEK. CUEPACS cuma setuju dengan penggantian tersebut. Berkaitan kandungan prospek, perbincangan lanjut akan dibuat. dan hasil perbincangan itulah CUEPACS mengemukakan tuntutan-tuntutan berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

..(MoU) untuk menggantikan PTK dengan PROSPEK..

Jai.. Ngko ni org JPA ke? Aku baca dalam paper MoU tu perkara yang akan dimasukkan dalam PROSPEK. Bukan setuju tukat PTK dengan PROSPEK.

8 Prinsip tu la yang ada dalam PROSPEK.

Aku rasa salah info ngko ni sebab pekeliling mansuh PTK dah lama keluar.

Master of The Jedi berkata...

...dunia dah berubah ada di antara kami ramai yang memiliki ijazah, master ada yang tengah buat Phd di dalam berbagai bidang spt ekonomi, kejuruteraan, sains politik, sains, pendidikan, pengurusan, kemanusiaan, undang-undang dan sebagainya..

Haha.. dunia memang berubah tapi korang je yang tak nak berubah.. Ada PhD jadi kerani.. Bakar je la sijil2 tu..

Kalau aku dah lama cabut si swasta..

Tanpa Nama berkata...

..dato' jg bimbang kumpulan sokongan sekarang ramai yang cerdik-pandai dato..

A'ah.. betul dato.. CERDIK tak dapat DIIKUT, BODOH tak dapat DIAJAR

Mohd Zairi berkata...

Tanpa Nama Jumaat, Jun 24, 2011 11:03:00 AM,

Betul, 8 prinsip berkenaan ada dimasukkan ke dalam MoU berkenaan namun penjelasan jelas & konkrit mengenai kaedah pelaksanaan belum ada ketika ia ditandatangani. Prinsip adalah prinsip. Cuma apa yang dituntut CUEPACS (5 tuntutan) adalah penambahbaikan kepada kaedah pelaksanaan yang belum jelas pada masa itu. saya sedia maklum pekeliling PTK yg telah dimansuhkan sejurus selepas PM umumkan dalam bajet tahun lepas.

dan juga saya bukan di JPA.

Tanpa Nama berkata...

ne otak udang punya minda..entah kat mana dia blajarr..mungkin kat israel sana kott...bnyak nindas org..blajar tinggi2 tak reti nak knang nasib org..ko tu gaji bsaa..pngkat tinggi..komisen sana komisen sini..mana nak ambik tau keadaan pekerjaa..kita ne gaji ciput jee..nak tanggung sana nak byar sini..memang lah wajar cuepacs mmbuat tuntutan utk kpntingan k/awam kena kos hidup yg tinggi masa kini..nak masuk jmban buang taikk pun 3o sen sudah..jgn asyik melalak 1Msia jee tunjuk jari pake korek lubang idung tu..buktikan rkyat didahulukan tu...krna k/awam rakyat jugak bukan nya keldai yg digunakn utk Pilihanraya saja..kami k/awam brada kukuh dibelakang Presiden

Tanpa Nama berkata...

..kami k/awam brada kukuh dibelakang Presiden..

Huhu. sengat tu. nak betanding kat mana PRU nanti? Elok la bediri belakang Presiden tu. Dia pun dah tua. Takut nanti tetiba rebah pulak. Sekurang-kurangnya ngko boleh sambut. Tu pun kalau sempat la. ;)

Tanpa Nama berkata...

..blajar tinggi2 tak reti nak knang nasib org..ko tu gaji bsaa..pngkat tinggi..

Jumaat, Jun 24, 2011 11:44:00 AM

Gaji besar pangkat besar sebab blaja tinggi. Pegi la belajar tinggi baru boleh nasib sendiri. Jangan harap orang je nak bela nasib kita.

p/s: nasib Haji Omar tu pun harapkan UPM je nak bela tau. Patut dah pencen lama dah.

Tanpa Nama berkata...

..ne otak udang punya minda..entah kat mana dia blajarr..mungkin kat israel sana kott..

Musti tak penah gi ober sea kan? Takde paspot antarabangsa la tu. Org Malaysia mana boleh masuk israel. Ikut sedap gigi je dia ni.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong kenyataan di atas.. aku rase kau nie penyapu kayu.. semua kau sapu..ha..!!ha..!!

Y P LaLok berkata...

Apa makna Prospek ni ? adakah maknanya "Profesional Spekulatif" atau "Profesioanal Spektra" atau .....????

Khamis, Jun 23, 2011 11:26:00 PM

Sah tak baca paper la ni. Mesti kena tindas jugak kan sebab bos simpan paper dalam bilik dia. Kesian.

Duit bonus tahun ni simpan tau untuk beli paper tahun depan. Dalam paper dah cerita dah pasal PROSPEK.

Tapi dalam HARAKAH ngan blog cupac ni takde la. NST ngan The Star pun ada cerita jugak. Kalau tak boleh baca omputih beli je berita harian.

Online pun boleh jugak sambil2 bukak FB tu taip la www.bharian.com.my.

Baca paper yer.....

Tanpa Nama berkata...

..membuat satu resolusi menuntut agar 5 tuntutan cuepacs di penuhi, sekiranya tidak..!!

Khamis, Jun 23, 2011 10:54:00 PM


Cakap kasi abis la bang. Kalau tak nak jumpa abang nak buat apa? Takut ke nak berterus terang bang?

Kiut le abang ni bila marah2....

Tanpa Nama berkata...

tak payah nak pening kepala.. janji cukup bulan cucuk dinding ada gaji.. relax..tak da tanggungan anak-isteri..bujang terlajak katakan..aku dgn dunia aku sendiri.. lenanye tido..kkkrrrooo...

Tanpa Nama berkata...

seronoknya org keje gomen ni, asyik tuntut je....itu tak cukup, ini tak kena....prestasi keje, ada korang kisah....tapi wa respek presiden CUEPACS, pandai carik lubang... lembu punya susu, CUEPACS gak dapat nama.... kalau jadik YB ni, ada harapan tak dapat sokongan?

Tanpa Nama berkata...

kecoh la lu..!!

Tanpa Nama berkata...

PTD yg buat dasar....mesti la buat sesuatu yg menguntungkan puak PTD je..org lain dia peduli apa.......

Tanpa Nama berkata...

aku sokong kenyataan di atas 100%slenga pun ptd.. kau org tunggu jea bala dan musibah dari Allah swt.. tunai kau dpt nanti..InsyaAllah..

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

lulusan poli setakat sijil.. dalam tong sampah duduknye.. kita org atasan tak pandang kumpulan sokongan nie.. ibarat pencacai n org suruhan kite org jea..ada faham..!!

Tanpa Nama berkata...

jom tidooo..!!