SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 Jun 2011

TUNTUTAN CUEPACS BERKAITAN BONUS, ELAUN PERLU DITENTUKAN IKUT KEMAMPUAN KERAJAAN

Berita Harian
2011/06/21




KONGRES Kesatuan Pekerja Dalam Sektor Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan menaikkan elaun sara hidup diselaraskan kepada RM300 sebulan di semua tempat. Permintaan itu dimohon kepada Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012.

Dalam keadaan sekarang, CUEPACS perlu menyarankan kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti dan memastikan negara kita muncul sebagai negara maju pada 2020, berbanding tuntutan untuk mendapatkan bonus dan kenaikan elaun sara hidup. Bagaimana pula nasib orang yang bekerja sendiri, penoreh getah pesawah, petani, nelayan, pemandu bas, kereta sewa dan teksi mereka tiada gaji dan elaun sara hidup? CUEPACS disaran turut memperjuangkan perkara lain juga seperti kebajikan kakitangan awam. Kini Kementerian Sumber Manusia pula mengumumkan mengenai penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 yang dijangka dapat beroperasi tahun ini. Penubuhan badan itu akan memberi impak kepada pekerja berpendapatan rendah dapat gaji minimum akhir tahun ini.

Kini 34 peratus atau 350,000 pekerja sektor awam mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sama ada kerajaan mahu memberi bonus atau sebaliknya terpulang kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Adalah menjadi keutamaan kerajaan mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan dalam pilihan raya umum lalu. Kakitangan awam disaran mencontohi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang segan meminta bonus dan elaun tambahan kerana kemampuan kerajaan kini berada pada keadaan minimum.

Sikap boros berbelanja akan mendorong kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akhirnya membawa kepada tekanan inflasi tinggi.

YOSRI BIN ABU MAHSIN,
Kuala Lumpur.

20 ulasan:

Jai berkata...

pandangan sinis masyarakat luar sebegini adalah biasa. cuepacs perlu terus berjuang untuk kebajikan ahlinya.

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan awam disaran mencontohi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang segan meminta bonus dan elaun tambahan kerana kemampuan kerajaan kini berada pada keadaan minimum.

memang lah dia x perlu minta sbb gaji dia pun dah lebih pada cukup klu nak dibandingkan dngan gaji PA yg kini di bawah garis kemiskinan tu..pkr la sblum nak bercakap... bukan nak minta lebih2 pun cuma utk ckupkan perbelanjaan seharian yg mkin terbeban zaman skrang ni...

Tanpa Nama berkata...

tuntutan PA semua kena ikut kemampuan kjaan. tp bila naik harga barang, naik minyak, xpulak tgk kemampuan rakyat... jgn jadikan rakyat semakin merana... apalah guna negara maju, tp rakyat hidup 'cukup makan je'

Tanpa Nama berkata...

Berkenaan gaji minima ngan tuntutan cuepac ni saya tak berapa percaya boleh dapat la.. tengok la nanti.. ya dapat tu dapat mungkin tapi tak seperti yg di harapkan cth mcm pengumuman insentif guru tempoh hari.. bagi saya Pm takan bagi semudah itu.. kalo tiada pulangan terhadap kerajaan balik. apa yang d heboh2kan sekarang sekadar pilihanraya semakin hampir sahaja. Saya tak mahu berharap sebab kekecewaan pasti menunggu. bagi yg sakit hati ngan PA tu jgn risau semua tuntutan tu tak kemana.. habis piliharaya kelak.. habis la isu tu.. mcm lagu air pasang pagi surut pukul 5 tu ..

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ini untuk petani, nelayan, yang bekerja sendiri telah menerima rumah percuma (PPRT), rumah mesra rakyat (bayaran yang rendah), subsidi minyak dan sebanyak untuk kemudahan untuk golongan tersebut. Tapi kakitangan kerajaan bagaimana? Rumah kena beli (ansuran yang tinggi), kenderaan kena beli, perbelanjaan anak ke sekolah, perbelanjaan dapor, perbelanjaan ibubapa (kenang budi), perbelanjaan pergi kerja setiapa hari. Adakah mencukupi? bak kata raja lawak (Nabil) lu pikirlah sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Orang tua-tua kata..malu bertanya sesat jalan.So kalu malu nak minta memang lagi payah nak dapat.Jadi apa yang diminta belum pasti akan dapat.Sekurang-kurangnya kalu PA xdapat apa yang diminta..kita kenalah balas budi baik kerajaan.

Orang Berbudi Kita Berbahasa
Orang Memberi Kita Merasa

Orang Tak Bagi Kita Peduli Apa
Sampai Masa...Kita Buat pilihan terbaik di Pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

teruk owg nie....dia nie mungkin owg kaya...kmi pendapatan rendah nk mkn pa...klu gaji dparas kemiskinan...bayar duit sewa rumah,bayar keta (viva 660 je),bayar bil elektrik,bil api,beli barang dapur,belnja ank2 sekolah,duit minyak,duit mkn lgi,duit yuran lgi....kmi sedih laa ada yg masih cm nie...mungkin dia owg kaya...kaya bertmbah kaya,miskin bertambah miskin...

Tanpa Nama berkata...

segan nak perjuangkan nasib PA.. nanti Allah SWT tak segan pulak soal-jawab dia.. abaikan kebajikan PA yg ade anak-bini nak bagi makan sekadar cukup untuk harian.. lainlah dia gaji ribu-ribu.. segalanya ade..

Aris berkata...

GURU BOLEH PULA BERI MACAM2..KENAPA TAK IKUT KEMAMPUAN KERAJAAN.

Tanpa Nama berkata...

awat bodoh sangat penulis ni??mintak gaji naik,elaun naik n bonus tu bukan ka sebahagian drpd kebajikan penjawat awam??

Tanpa Nama berkata...

pelik kan...semua PA nak naik gaji n bonus termasuk la aku..tp ada jgk yg x sokong bila CUEPACS mohon bonus n naik gaji kat kerajaan..org yg x sokong ni bukan PA kot atau pon memang diorang ni memang dah gaji betui2 byk ar?

Pegawai berkata...

xberapa sokong dengan penulis. Penjawat awam juga adalah rakyat. Penjawat awam adalah nadi penggerakan kerajaan.

2bz4money berkata...

Kos sara hidup yg meningkat naik dan tekanan inflasi adalah justifikasi keperluan bonus dan elaun tertentu untuk PA. Kerajaan perlu elakkan pembaziran/ketirisan perbelanjaan disamping menstruktur semula/merationalisasi perjawatan dan modal insan mengikut keperluan sekarang dan masa hadapan.

Tanpa Nama berkata...

memang bodoh la dia ni apa salahnya cuepacs mintak bonus,elaun dan gaji naik tengok la semua barang pun dah naik.

Tanpa Nama berkata...

penulis buta-kayulah..tak kan kau org tak tau..ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

Selasa, Jun 21, 2011 7:08:00 PM
Blogger Aris berkata...

GURU BOLEH PULA BERI MACAM2..KENAPA TAK IKUT KEMAMPUAN KERAJAAN.

Selasa, Jun 21, 2011 10:12:00 PM

ARIS,,,
bile plk guru dapat macam2,,,lu kene kencing jerk ngn PM,,hakikatnyer 99% guru x dpt inisiatif yg tpm umumkan masa hari guru 2010 dan 2011...

Tanpa Nama berkata...

kemarahan guru-guru semakin meledak ibarat menunggu masa gunung berapi akan meletup..!!!

Tanpa Nama berkata...

nee yg satu nee bngang betoi dia nee..duduk bawah tempurung klapa lbih baik konee..buat projek megaa2buat bngunan ratus tngkat utk apa!!..untuk namaa tp rakyat hidup merempat..ckap kewangan tak mmpu..ko ne asyik mengampu jee mana nak tau susah org..

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

betoi tu guru memang x dapat apa-apa pun, PRU 13 lambat lagi gatai tangan juga ...