SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

30 Jun 2011

ISU KETUA PENGARAH JKR JEJAS KREDIBILITI PERKHIDMATAN AWAM - CUEPACS

Bernama
30/6/2011


IPOH, 30 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpendapat kemelut jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya telah menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam dan perlu diselesaikan segera, kata presidennya Datuk Omar Osman.

Beliau berkata isu berkenaan telah turut diheret ke Parlimen baru-baru ini dan CUEPACS sangat terkilan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam.

"Untuk itu, kita sedang mengatur pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menyelesaikan isu tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmi mesyuarat agung Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di sini.

Omar berkata selain beliau, lima kesatuan sekerja lain akan menyertai perbincangan itu bagi membolehkan semua pihak bertukar-tukar pandangan dalam usaha mencari jalan penyelesaian isu kontroversi itu.

Isu berkenaan tercetus apabila Ketua Pengarah JKR, Tan Sri Judin Abdul Karim tidak bersetuju dengan arahan bertukar ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) manakala tempatnya diisi oleh Timbalan Ketua Pengarah JKR Datuk Mohd Noor Yaakob berkuatkuasa 1 Mei lalu.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Otak Kuning berkata...

Aku cukup malu. Malu semalu-malunya di atas sikap KSN yang suka membuat keputusan membuta tuli tanpa merujuk kepada 3 pihak berkenaan.
Dr. Ir Judin merupakan Ketua Pengarah yang mempunyai kredibiliti yang tinggi kepada warga Kementerian Kerja Raya Malaysia dan mempunyai rekod yang paling bersih di antara Ketua-ketua Pengarah Kerja Raya selama ini.
Inikan pula Ketua Pengarah, KSN boleh buat keputusan sesuka hati. Setakat jawatan pemandu, pembantu tadbir, Juruteknik, Jurutera, Jurutaip, Tukang Kipas dan sebaginya jangan haraplah kebajikan anda terbela.
Semua keputusan ditangan KSN (KERAJAAN BARISAN NASIONAL)!!

Tanpa Nama berkata...

AKU TAK FAHAM JALAN CERITANYA. APA PUNCA EKK??

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.

PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Bewok pasir berkata...

"Mohon Cuepacs Bantu berkata..."
Ini orang memang dah sah otak dia biol, semua topik dia copy paste dia punya cerita! chedett, yennaalleee, pooodah! Chitt.

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

USAHA kami Barisan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi takkan berhenti disini.

Harap Maklum

Cuepacs dengarlah rintahan hati kami

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat gred kumpulan juruteknik kecewa, bab elaun pun JPA terlalu berkira. Contohnya:

PA
Tempat bekerja: di pejabat berhawa dingin.
Risiko: Dimaki oleh client di telepon sblm bercakap dgn bos

Elaun yg diberi:
a)elaun mengurus (kononnnya elaun
kna maki hamun sblum client
berckp dgn bos)
b)elaun trengkas - kecekapan
mengambil data dari bos (
diperolehi di semas pengajian)
c)elaun bahasa inggeris- lulus
ujian b. inggeris

Juruteknik
Tempat bekerja: Di tapak2 pembinaaan jalan, tanah runtuh,jambatan,bangunan, fly -over & segala jenis pembangunan.

Risiko: Kecederaan fizikal jika berlaku musibah, kemalangan dlm perjalanan pergi dan balik ke lokasi, di ancam, diugut oleh kontraktor.

Elaun: Tiada

Juruteknik juga boleh berbahasa inggeris, istilah2 kejuruteraan dlm bahasa inggeris. Juruteknik terdedah kepada risiko di maki hamun oleh kontraktor. Di ancam dan diugut.

Juruteknik juga memperolehi pengetahuan ttg kejuruteraan semasa tempoh pengajian.

JPA membutakan mata, sbb yg nampak di mata PA yg tak lekang dari make up di depan mata di dlm pejabat. Pihak JPA tak pernah tengok kerja2 Juruteknik di lokasi.