SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Jun 2011

PROSEDUR SALAH

Berita Harian
Oleh Meor Hisham Zulkifli dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2011/06/23


pix_gal0
Lima kesatuan mahu CUEPACS minta Perdana Menteri selesaikan isu JKR ada dua Ketua Pengarah

KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 1 Mei lalu, dikatakan bercanggah dengan prosedur peminjaman kakitangan awam yang ditetapkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008, Bahagian II Perkara 4(a) untuk sektor awam.

Ini kerana pekeliling itu menetapkan peminjaman pegawai memerlukan persetujuan tiga pihak, iaitu pihak peminjam (CIDB), pembekal (JKR) dan pegawai yang terbabit terlebih dulu sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kemudian mengemukakan cadangan serta mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Berikutan itu, Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja (MBJ-JKR) menuntut supaya CUEPACS yang mewakili kesatuan berkenaan berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ia diselesaikan berasaskan prosedur dan pekeliling itu bagi memelihara maruah serta kredibiliti pegawai sektor awam. Dalam suratnya kepada CUEPACS dan salinannya diperoleh Berita Harian semalam, gabungan lima kesatuan sekerja dalam JKR itu juga berharap Najib dan SPA dapat menamatkan konflik pelantikan Ketua Pengarah JKR yang sudah berlarutan hampir dua bulan.

Mesyuarat bersama MBJ-JKR di Langkawi semalam turut mengambil ketetapan supaya CUEPACS yang memayungi 1.2 juta kakitangan sektor awam, menjadi orang tengah menamatkan konflik berkenaan.

“Baru-baru ini berlaku pertukaran Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Judin Abdul Karim ke CIDB tanpa persetujuan beliau. Perkara ini menjadi gawat apabila pengganti beliau sudah pun dilantik ketika jawatan berkenaan belum dikosongkan,” menurut surat itu.

Semalam akhbar ini melaporkan, Ketua Pengarah JKR yang baru, Datuk Mohd Noor Yaacob, berkata isu dua nakhoda satu kapal tidak timbul dalam JKR kerana beliau sudah menjalankan tugas secara rasmi sejak dilantik pada 1 Mei lalu walaupun Judin enggan mengosongkan biliknya.
Mohd Noor yang sebelum itu memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II, berkata beliau mula menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah, sejajar dengan surat pelantikan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Pada 28 April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Mohd Noor sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya mulai 1 Mei 2011 menggantikan Judin yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB pada tarikh yang sama.

Wartawan Berita Harian yang cuba mendapatkan ulasan Mohd Sidek mengenai perkara itu selepas satu majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kampus Kuala Lumpur, semalam bagaimanapun tidak dapat menemui beliau.

MBJ-JKR juga berharap CUEPACS mengambil tindakan susulan memperbetulkan keadaan, sekali gus memastikan proses pertukaran dan peminjaman pegawai dilaksanakan dengan betul serta telus mengikut prinsip dan lunas yang digariskan Pekeliling Perkhidmatan.

“Kami juga amat berharap SPA yang sepatutnya sebuah badan bebas bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam, berperanan secara bijaksana dan sewajarnya bagi menangani masalah itu.

“Senario yang sedang berlaku dalam JKR mudah-mudahan tidak merebak ke kementerian, jabatan atau agensi lain. Kemurnian tindakan yang diambil secara berhati-hati dan berhemah dengan menghormati hak penjawat awam perlu, seiring dengan konsep 1Malaysia,” menurut surat itu

Surat ditandatangani Naib Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Semenanjung Malaysia (MTSU), Sumardi Ali; Setiausaha Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Wilayah Persekutuan, Hashim Mahmud; Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR, Zulkifli Ahmad; Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja JKR dan Air (NUPWDE), Sayuti Dollah dan Katoman Sukiman mewakili Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPAP).

Sementara itu, Timbalan Presiden CUEPACS, Azih Muda, menuntut perkara ini diselesaikan segera bagi mengelak imej negatif sektor awam, selain menjejaskan perjalanan urus tadbir JKR.

“CUEPACS merasakan konflik ini tidak seharusnya wujud kerana kebiasaannya urusan berhubung pelantikan atau pertukaran yang membabitkan pegawai perkhidmatan awam dilaksanakan secara tertib oleh JPA. Sebagai kesatuan mewakili kakitangan kerajaan, kami memandang serius kemelut dalam JKR dan amat berharap ia diselesaikan segera,” katanya

39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jadi ini, hai seperti ini benar2 hanya memalukan sektor awam aja dimata dunia.

Tanpa Nama berkata...

cuepacs tumpukan pada kumpulan sokongan.. naik pangkat dan gaji dia org berdua dah kaya-raya..kea saje nak alih isu tuntutan cuepacs..pedulikan..

Tanpa Nama berkata...

Harapan hampir 1.2 juta penjawat awam

Tumpuan mereka kepada Prospek;

Apa makna Prospek ni ? adakah maknanya "Profesional Spekulatif" atau "Profesioanal Spektra" atau .....????

Apa2 pun yg diharapakan hampir 1.2 juta penjawat awam sesuatu yg lebih adil lagi berkebajikan buat semua penjawat awam.

Apa juga bagi yg difikirkan yg diharapkan oleh penjawat awam khasnya mereka yg berpendapatan rendah mudah2an ada ruang yg dapat dipertimbangkan agar dapat meringankan beban kos sara hidup yg kian melambung tinggi, bagimana nak bagi anak2 mereka dengan makanan yg lebih baik yg menjamin kesihatan keluarga mereka, bagaimanapula dpt merigankan beban anak2 mereka di bangku sekolah atau di IPT, bagaimana nak meringankan dari kos harga minyak yg telah meningkat, kos harga bawang ikan dan lain2 keperluan dapur yg juga terus meningkat dan memeningkan kepala mereka.

Mudahan masih ada lagi ruang bagi mereka meneruskan kehidupan yg lebih baik hasil sumbangan kebijaksanaan Pegawai atasan lagi budiman serta bijaksana dalam mengatur pentadbiran dan perancangan yg lebih baik untuk semua warga kerja di sektor awam ini, insallah

Tanpa Nama berkata...

Isu tersebut biar lah JPA/SPA yang selesaikan ... jangan nak bagi CUEPACS campur tangan....nanti kalo sikit masalah penjawat awam panggil CEUPACS... kalo camtu baik suruh CUEPACS ganti JPA...kalo larat le...... apalah korang ni... makin lah CEUPACS berkuasa....hahahaha

2bz4money berkata...

Itu citer org yg kat atas2. Yg kat bawah ni, dah terjadi kes penanggungan kerja yg tidak ditawarkan kpd pegawai yg lebih senior. Juga kes 'little napoleon' yg nak naikkan pegawai ke satu jawatan yg lebih tinggi tanpa merujuk kpd ketua perkhidmatan pegawai tersebut terlebih dahulu. Yg melompat dari 54 ke Jusa B pun ada..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju kenyataan sdr diatas tu ini semua keja org2 atasan mereka buat merekalah perlu selesaikan secara baik, seharusnya Cuepacs tidak perlu campur tangan, tugas cuepacs lebih penting menjaga memperjuangkan nasib gulongan dibawah ni yg rata-rata lebih mengharapkan suatau harapan yg lebih baik dari segala tuntutan2 yg dapat membantu mereka berhadapan kos sara hidup yg terus meningkat buat masa ini, dan mudah2an ianya benar2 terhasil buat kebajikan semua penjawat2 awam.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Malaysia " TAK BERMORAL "

Tanpa Nama berkata...

Isu ini melibatkan KSN melibat seri paduka Baginda dan orang2 atasan yg lain, kita harap cuepacs usah campur dalam isu ini, tugas cupecs yg diperjuangkan itu masih belum selesai, terutama nasib2 gulongan dibawah ni

Tanpa Nama berkata...

2bz4money berkata...Itu citer org yg kat atas2. Yg kat bawah ni, dah terjadi kes penanggungan kerja yg tidak ditawarkan kpd pegawai yg lebih senior...Yg melompat dari 54 ke Jusa B pun ada..Jumaat, Jun 24, 2011 7:48:00 AM

Setuju. Cuepacs perlu campur tangan, apa guna ada peraturan tapi tak ikut. Peraturan hanya untuk cucuk hidung orang bawah je untuk kepentingan orang atas dia tak ikut peraturan tapi ikut kepentingan sendiri buli orang bawah. Inilah akibat jika orang atas tak tengok orang bawah, banyak jawatan kosong naik pangkat tak isi kerana ta ada kepentingan. Kalau ade kepentingan isi cepat2.
Itu sebab orang atas tengok orang bawah halusi baik2 jika terkena kat awak walau bagaimana dahsat sekali pun hati awak akan lega kerana telah menjaga kepentingan orang bawah dan tentunya seorang manusia yg ikhlas sahaja yg akan tolong. Pertolongan tuan itu akan dibalas oleh tuhan dgn beribu ribu balasan baik yg tak ada bandingan dgn habuan dunia..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Isu tersebut biar lah JPA/SPA yang selesaikan ... jangan nak bagi CUEPACS campur tangan....nanti kalo sikit masalah penjawat awam panggil CEUPACS...Jumaat, Jun 24, 2011 7:40:00 AM
Kalau insiden macam ni PA atasan kena buli dan semua PA biarkan jangan harap isu naik gai, bonos, COLA, prospek akan dapat diselesaikan dengan baik, same je la dapat telur ayam je, di buli pihak yg berkuasa - sikit2 ta ada kemampuan tapi buat PUTRAJAYA berbilion bilion boleh lak.

Tanpa Nama berkata...

Tak dopet den nak nolong, bila den mitak runding pelarasan ekau tak mau ekau bagi den alsan itu ini,
sekarang cam ne ?

Tanpa Nama berkata...

JKR = Jabatan Kencing Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap bahsa macam tu tak elok sebagai masyarakat yg bertamadhun saudara !, kerana saya ni berada di bawah JKR,

kami semua sebagai penjawat awam yg menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab serta komitmen dengan tugas kami. Sebagai penjawat awam di bahagian jabatan kami ini sentiasa konsisten menjalankan tugas yg diberi walaupun adakalanya kami terpaksa menyiapkan dirumah.

Apa yg berlaku dipihak atasan kami mendoakan agar ia dapat diselesaikan secara yg terbaik, insallah.

Tanpa Nama berkata...

Memalukan

Tanpa Nama berkata...

cuepacs perlu perjuangkan pegawai yang tiada kabel untuk naik pangkat,terdapat kes pegawai yang ada orang atas dapat naik pangkat tapi kerja tak tau buat dan ditempatkan di kawasan bandar yg tiada kabel kalau dapat pun jauh dalam hutan

Tanpa Nama berkata...

JPJ = Jabatan Paling Jahat

Tanpa Nama berkata...

aikkk..sudah tukar ke?bukan ke JKR = Jabatan Kuat Rasuah..

Org Kita berkata...

nampak sangat org atas ni tak tau undang2. nak buang org pun, ikut akal biar bnyk drpd ikut perasaan. apa pun, cuepacs fokus pd tuntutan, buang masa n fikiran nak bantu mrk.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh la kamu semua PA, orang atas kena kamu biar asyek penting diri sendiri je, kesudahnya semua tak dapat. Bukan ape kerana semua PA tak bersatu, dengki mendengki dan kutuk mengutuk. Itu sebab rezeki PA tak berkat kerana terbukti orang lain dia kata tak boleh bila dia, sapu habis. Patut la rakyat tak hormat kat PA.

Tanpa Nama berkata...

jkR di peralatkan oleh para politikus untuk meraih wang untuk poket sendiri 20% dan dana parti 80% .....percayaaaa lah

kassim baharum berkata...

Inilah akibatnya jika orang yang tidak kompeten dilantik menjadi PTD. Sepatutnya PTD dah lama terhapus. PT N17 sepatutnya layak menjadi PTD selepas 20 tahun iaitu selepas naik ke N22. Pastilah mereka mampu memikul amanah dengan lebih baik sebab pengalaman keja sebagai PT dan CC cukup membantu dalam pengurusan organisasi. Cuepacs sila ambil perhatian dan utarakan cadangan ini. Ianya akan menjimatkan wang kerajaan BN.

Mangkuk-tingkat berkata...

Cuepacs toksah sibuklah bab KPKR tu. Baik cuepacs dengan MTSU yang kelu tu tolong cepatkan sikit upgrading jawatan juruteknik (sijil Politeknik)tu.

Masa aku masuk keje dulu pun (1981) dah sibuk nak upgrade jawatan kemasukan Sijil Poly sama macam STPM. Dan dah keluar pun Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 1983 yang mengiktiraf Sijil Poly sama dengan STPM tapi gaji sijil poly masih lagi dalam skim SPM.

So Cuepacs ko juangkan yang ini dulu. Dah 28 tahun dah Pekeliling tu keluar. Lagipun orang pengurusan professional ni banyak gred dia boleh naik. Macam sokongan ni dari gred 17 pegi gred 22 aje. Gred 26, tunggu sampai pencen pun takkan dapat kerana kekosongan gred 26 tu ciput sangat. Walhal depa ni dari 41 boleh pegi 44, 48,52,54 dan JUSA C,B,dan A. Sampai TURUS III pun boleh macam KPKR tu.

So Cuepacs tolong tengok benda yang lebih penting untuk kaum PA yang kat bawah ni.

Tanpa Nama berkata...

kassim baharum berkata...PT N17 sepatutnya layak menjadi PTD selepas 20 tahun iaitu selepas naik ke N22. Pastilah mereka mampu memikul amanah dengan lebih baik sebab pengalaman keja sebagai PT dan CC cukup membantu dalam pengurusan organisasi...Jumaat, Jun 24, 2011 11:47:00 PM
Jadi aku macam mana, N22 20 tahun, N26 8 tahun, naik jadi KPPA baru ke gred turus II ke. Sekarang dah 8tahun langgar dinding. Dulu KUP hanya untuk PTD je JUSA ABC tapi perjawatannya dari gred Kementerian/Jabatan lain maknanya makan gaji halal bukan macam ko makan gaji buta, dah la gred tak ade waren, buat kerje gred rendah 17 dapat gaji gred tinggi 22, maknanya makan gaji buta. Tengok orsng lsin yg lama dah terinaya dulu sebelum cerita perut ko je.



ade tapi kat bahagianDulu masa aku KUP tak ade macam kamu kurang2 aku tak la makan gaji buta kerja 17 gaji 22. watan ade.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS ni dah lari trek....yg nak pi sibuk2 pasal KP JKR ni apa hal pulak.....sudah2 lah tu.....cukup lah perjuangkan PA kumpulan sokongan....

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS ni dah lari trek....yg nak pi sibuk2 pasal KP JKR ni apa hal pulak.....sudah2 lah tu.....cukup lah perjuangkan PA kumpulan sokongan....

Saya sokong pendapat nie, nie contoh KP yang tidak ikut arahan..masa kumpulan sokongan minta pertolongan, awak ckp ikut jer arahan, bila kena kemuka sendiri baru tahu, br la nk cr MBJ yg ahlinya kump. sokongan nih..suh usul bantah pertukaran die...sape nk layan...bia kering die kt sane...

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS ni dah lari trek....yg nak pi sibuk2 pasal KP JKR ni apa hal pulak.....sudah2 lah tu.....cukup lah perjuangkan PA kumpulan sokongan....

Saya sokong pendapat nie, nie contoh KP yang tidak ikut arahan..masa kumpulan sokongan minta pertolongan, awak ckp ikut jer arahan, bila kena kemuka sendiri baru tahu, br la nk cr MBJ yg ahlinya kump. sokongan nih..suh usul bantah pertukaran die...sape nk layan...bia kering die kt sane...

dua2 sy sokong....KP ckp tak serupa bikinnn....boleh blah la luuuuu

Tanpa Nama berkata...

Bodoh la kamu semua PA, orang atas kena kamu biar asyek penting diri sendiri je, kesudahnya semua tak dapat. Bukan ape kerana semua PA tak bersatu, dengki mendengki dan kutuk mengutuk. Itu sebab rezeki PA tak berkat kerana terbukti orang lain dia kata tak boleh bila dia, sapu habis. Patut la rakyat tak hormat kat PA.

Jumaat, Jun 24, 2011 8:21:00 PM

kepala hotak kau...sebenarnya kau tu yang bodoh dan dengki...kau mintak jadi PA tak dapat2 kan??sebab kau tak layak...nak dengki dekat PA lak...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...kepala hotak kau...sebenarnya kau tu yang bodoh dan dengki...kau mintak jadi PA tak dapat2 kan??sebab kau tak layak...nak dengki dekat PA lak...Isnin, Jun 27, 2011 1:28:00 PM
Anu botak kau, aku tak lama lagi nak pencen, aku rasa aku dah kerja engkau baru pakai lampin cop kepala otak kau. Orang macam kau la yg buat PA haru biru, cop jari pun belum kering nak ekhsen konon. pi bla biang tulang kebait.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...kepala hotak kau...sebenarnya kau tu yang bodoh dan dengki...Isnin, Jun 27, 2011 1:28:00 PM
kepala hotak kau...sebenarnya kau tu yang bodoh dan dengki...kau mintak jadi buruh angkat tong taik tak dapat2 kan??sebab kau tak layak...nak dengki dekat swasta lak...kita bunus dan gaji dah lama naik, tak melalak dan bengap macam kau. Asyik kena tipu jap bulan Mac, lepas tu bulan Mei lepas tu bulan Jun, baru nie bln Julai lak, orang macam kau elok kena tipu je, memang padam muka kau dan ramai dah terjun tingkap, nanti tahun 2019 kamu akan bengkrap.

Staff bank rakyat berkata...

Bank Rakyat juga yabg terbaik punya.
bonus enam bulan, makan tak habis!
sokong bank rakyat

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Bodoh la kamu semua PA, orang atas kena kamu biar asyek penting diri sendiri je, kesudahnya semua tak dapat. Bukan ape kerana semua PA tak bersatu, dengki mendengki dan kutuk mengutuk. Itu sebab rezeki PA tak berkat kerana terbukti orang lain dia kata tak boleh bila dia, sapu habis. Patut la rakyat tak hormat kat PA.


apa ke hei yeop, miker nih... sebab mulut badan binasa... cukup la tu... p kejer lain plak...

Tanpa Nama berkata...

Anu botak kau, aku tak lama lagi nak pencen, aku rasa aku dah kerja engkau baru pakai lampin cop kepala otak kau. Orang macam kau la yg buat PA haru biru, cop jari pun belum kering nak ekhsen konon. pi bla biang tulang kebait.

Isnin, Jun 27, 2011 2:46:00 PM

dah tua bangka rupanya kau ni ye...bawak2 insaf..aku benci dengan puak2 otai ni yang rasa diri diorg bagus.semua orang nak diorg scak..diorg je yang betul...aku pakai lampin kau dah keje aku peduli ape bukan guna lampin opah kau...otai2 ni berlagak habis cmne orang nak hormat..

juvana berkata...

apa ni gaduh-gaduh... dok baik...

Tanpa Nama berkata...

kita bunus dan gaji dah lama naik, tak melalak dan bengap macam kau. Asyik kena tipu jap bulan Mac, lepas tu bulan Mei lepas tu bulan Jun, baru nie bln Julai lak, orang macam kau elok kena tipu je, memang padam muka kau dan ramai dah terjun tingkap, nanti tahun 2019 kamu akan bengkrap.

Isnin, Jun 27, 2011 2:56:00 PM

woii bodo kau swasta jangan nak eksyen dgn PA...kalau gomen tak nolong mampus kering kau dkt rumah.swasta banyak melantak duit dari kerajaan.bankrap konon bukan dunia ni bapak kau yang punya...badigol

Tanpa Nama berkata...

kami sokong 100% kenyataan di atas.. bro swasta.. bengkrap korakk mu..lu mangkuk-hayun...beb..

Tanpa Nama berkata...

Amarah rakyat n PA semakin memuncak.. tak dpt dibendung lagi..

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

orang atasan jea layak naik pangkat gred41-jusa.. nie sijil campak dlm tong sampah jea.. pencaicai punya kumpulan sokongan..!!

Tanpa Nama berkata...

org atasan ooii.. malaikat maut sedang perhatikan kau org 70 kali sehari semalam.. bersiap-sedialah ooii..!! kubur kata mari, rumah kata pergi..