SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

15 Jun 2011

NAJIB: DASAR GAJI MINIMUM DIHARAP DAPAT DILAKSANAKAN SEBELUM HUJUNG TAHUN INI

Bernama
15/6/2011




SUBANG JAYA, 14 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap dasar gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.

Beliau berkata ini kerana beliau dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan tidak lama lagi, seterusnya akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

"Kalau lulus rang undang-undang ini, maka kita akan wujudkan majlis tersebut, saya berharap sebelum penghujung 2011 gaji minimum akan dapat dilaksanakan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena sambutan Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini malam Selasa.

Turut hadir ialah Presiden MTUC Mohd Khalid Atan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Najib berkata selain dasar gaji minimum, beberapa perkara lain seperti elaun sara hidup (Cola), persaraan dan pekerja asing yang diutarakan oleh Mohd Khalid dalam ucapannya terdahulu akan dibawa ke majlis tersebut untuk diperhalusi secara mendalam.

"Apa yang dilontarkan oleh Presiden MTUC mendapat sokongan kerajaan, harus kita perjuangkan. Apa yang difikirkan baik oleh majlis itu akan dibawa kepada pertimbangan Menteri Sumber Manusia. Semua perkara ini amat wajar dihalusi secara mendalam supaya keputusan-keputusan kita nanti akan mendatangkan kebaikan untuk semua," katanya.

Beliau berkata kerajaan telah mengambil beberapa tindakan yang mencerminkan bahawa beliau amat memahami hasrat para pekerja dan menyelami permasalahan mereka seperti menaikkan gaji posmen dan pengawal keselamatan di atas paras kemiskinan.

Dalam pada itu, Najib turut menyifatkan MTUC sebagai "umbrella body" bagi kesatuan-kesatuan sekerja di negara ini kerana ia merupakan satu badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan para pekerja.

"Kepada 12 juta para pekerja Malaysia, saya ucapkan tahniah kerana telah berjaya mentransformasikan negara dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam jangka masa hanya satu generasi sahaja," katanya.

Beliau berkata cabaran untuk pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat termasuk penjawat awam dan pekerja swasta pada masa kini ialah untuk sama-sama menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. "Bagi menjayakan wawasan negara dan bagi kita merealisasikan masa depan yang lebih baik dan lebih terjamin kepada para pekerja dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya, maka kita perlu masing-masing berganding bahu sebagai satu pasukan negara Malaysia," katanya.

Najib berkata era di mana pekerja, majikan dan kerajaan selalu berada di dalam pendekatan bersifat konflik atau perbalahan secara terbuka pada tahun 60-an dan 70-an dahulu bukan lagi satu pendekatan realistik yang boleh menjamin pembangunan yang mapan dan kadar pertumbuhan yang tinggi.

"Sebaliknya pendekatan yang lebih wajar yang menjadi landasan dan ikutan kita ialah menjadikan ketiga-tiga pihak ini sebagai satu pasukan, dapat bergabung dalam satu perkongsian untuk mencari penyelesaian yang positif.

"Ini supaya kita saling beruntung, mendapat keuntungan dan rezeki yang lebih, majikan dapat menjalankan urusan mereka dengan baik dan kerajaan juga beruntung kerana negara bertambah lebih maju dan harmoni," katanya.

Beliau berkata hubungan itu merupakan yang paling ideal untuk merapatkan jurang perbezaan pendapat dan memperjuangkan hasrat dan tuntutan dengan kaedah yang sebaik-baiknya. "Jika apa yang dituntut kita itu adalah amat adil dan munasabah. Jika apa yang diminta oleh pekerja memang patut dipertimbangkan maka bagi saya tidak ada sebab kerajaan mahupun majikan harus ketepikan tuntutan itu," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan portal aduan pekerja yang dibangunkan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno.

-- BERNAMA

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PANGLIMA BERKATA -
sampai bilalah penjawat awam dilabel sebagai golongan berpendapatan rendah? asyik berhutang dengan bank rakyat saja semuanya.....bila lah gaji kakitangan awam malaysia hendak diselaraskan seperti negara maju yang lain? asyik minyak saja yang diselaraskan ikut harga pasaran global...betul-betul menyeksakan.....

Tanpa Nama berkata...

Cakap la apa pun, Umum la apa pun..aku yakin benda ni takkan dapat dilaksanakan. Kenaikkan gaji guard pun masih belum terlaksana sepenuhnya, inikan bagi semua pekerja swasta. Untuk makluman kenaikkan gaji polis yg diwar warkan pun belum terlaksana. Kawan aku merungut ramai org dengkikan polis sbb kerajaan umum naik gaji. hakikatnya retorik sahaja. Anda sudah umum tetapi belum tentu anda laksanakan. Skim saraan dongeng merong maha wangsa, SSM tu kononnya negara berpendapatan tinggi, jgn mimpi la

Remi B.R berkata...

kakitangan awan dan Bank Rakyat ibarat isi dan kuku.Overlap tak berenti sampai nak pencen.Kadang2 kami .Kadang2 kami kesian sungguh bila depa datang nak buat overlap atau pajak barang emas.Nampak sangat sengkeknya PA ni berbanding kami staff yang merasa bonus antara 6-8 bulan (ikut KPI,malah setiap pengurus cawangan Bank Rakyat dapat bonus RM40K ke 50K).

Elok la kalau dapat depa ni merasa naik gaji sikit.
Apa apa pun bak kata slogan kami.."saya musti pilihhhh"..

Tanpa Nama berkata...

Mula-mula kata menteri berkenaan akan dibentang pada bulan jun 2011 kemudian bulan julai 2011 lepas tu kata tak lama lagi. Last sekali terlentang di atas meja kabinet dapor. Rasanya memang sesuai dibentang di kabinet dapor.

Tanpa Nama berkata...

Mula-mula kata menteri berkenaan akan dibentang pada bulan jun 2011 kemudian bulan julai 2011 lepas tu kata tak lama lagi. Last sekali terlentang di atas meja kabinet dapor. Rasanya memang sesuai dibentang di kabinet dapor.

Tukang Sapu B.R berkata...

Samalah kita Boh Remi B.R,
PA naik gaji, Bank Rakyat yang untung,
kira win-win situation laa.
Sokong B.R, oops sorry! sokong P.A.

Tanpa Nama berkata...

kejap jun,,kejap julai,,ni akhir thn plak,,kalo nk nak naik gaji punyer la lamne memikir,,kalo nak naik barang x sampai satu ari dah umum naik barang,,,,bgus btl,,,

Tanpa Nama berkata...

bagi kat cik rosmah je....

Tanpa Nama berkata...

gitulah nasib kite org bawahan...try lak jadi org atasan ttu boleh dpt jadi jutawan...or hartawan...tambah2 lagi jadi org2 kuat kerajaan...cam sedara teman...jawatannye PA aje... tapi rumah ngan keta 2 bijik skali ngan motor berbijik-bijik...ngalah kan tokey ikan lak gayenye...sape kate PA tak boleh SENANG....?

Tanpa Nama berkata...

Gaji naik. Barang naik.Ekonomi ni lah.. Ekonomi tu lah. Dalam TV asyik cikgu je gaji naik & dapat elaun lebih... Tapi budak sekolah masih gak tak pandai2. Sama je... IQ low. Penjawat awam bawahan yang bersusah payah berkorban nyawa & masa untuk kerajaan, tak naik gaji...Banyak hutang adalah.. Beli petrol kereta untuk pergi kerja pun kena berhutang dengan bank....

Tanpa Nama berkata...

org gomen terperangkap ngan bank rakyat, yang untung, staf bank rakyat. bonus 4 - 5 bulan, gomen dpt stengah bulan pun kira syukur. jadi x yah la org gomen terlalu termekan pujuk bank rakyat tu..

Tanpa Nama berkata...

PRU-13 bile ageknye..

Tanpa Nama berkata...

sedihnye aku.. aku ade 8 org anak (rendah,menengah dan universiti).. tgk anak-anak aku pendidikan tak berapa sempurna.. tak dpt hantar tuisyen, pakai buku rujukan lame, belanja sekolah 50 sen jea ke sekolah, pakaian sekolah dan kasut dah 3 tahun tak berganti, kadang-kadang tak ke sekolah tak de duit tambang bas, baju raye pakai 4 tahun lepas punya baju raye.. selamat hari bapa.. ucapan dari anak-anakku walaupun aku bapa yg tak dpt menunaikan tanggungjawab sbg bapa mithali.. amin..!!!

Tanpa Nama berkata...

pendapat kawe moga cepat2 la dlaksanakan..
kawe xser jadi mcm kes imegresen jah mcm bru2 ni..
sory to say la..
kalu dia x kaji lgi jawapnya byk lgi la kes macam tu..
ke guane..?

dayang noraini berkata...

saya berharap sangat majikan saya dapat naikkan gaji saya dan kawan2 saya...saya dah keja selama 2 tahun tapi gaji saya still RM320,tolak perkeso,EPF,dan lain2,jadi RM290,:( sampai bilalah majikan saya terus berbuat macam ni,mana lagi harga barang semua naik....hmmm..rasa2 macam ditipu majikan ja selama 2 tahun keja kat sini tapi gaji mcm baru 1bulan keja..