SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

15 Jun 2011

DASAR GAJI MINIMUM DILAKSANA

Utusan Malaysia
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my
15/6/2011






Najib Tun Razak menyampaikan cenderamata penghargaan kepada G. Rajasekaran sebagai menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat dengan MTUC selepas merasmikan portal aduan pekerja yang digerakkan oleh Pemuda UMNO pada Majlis Makan Malam sempena Hari Pekerja 2011 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor, semalam.


SUBANG JAYA 14 Jun - Pelaksanaan gaji minimum untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dapat dibuat sebelum akhir tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk itu, menurut Perdana Menteri, Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

"Jika diluluskan, kita akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara dan diharap gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir 2011.

"Umpamanya soal umur persaraan, elaun sara hidup (COLA) dan pekerja asing, ini semua persoalan yang wajar diperhalusi secara mendalam agar keputusan nanti mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Makan Malam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sempena Hari Pekerja 2011 di sini malam ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Presiden MTUC, Mohd. Khalid Atan dan Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin..

Najib menambah, pihak pekerja, majikan dan kerajaan di negara ini perlu bekerja sebagai satu pasukan dan mengelakkan perbalahan terbuka sesama sendiri seperti yang kerap berlaku dalam era 60-an dan 70-an dahulu.

Katanya, ini bagi memastikan setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan bijak seterusnya memastikan Malaysia berjaya mencapai wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020.

"Ini untuk melihat ketiga-tiga pihak ini sebagai satu pasukan dalam erti kata dapat bergabung, jalin dalam satu perkongsian dan apabila saya sebut perkongsian, tidak bererti kita tidak boleh mempunyai perbezaan pendapat," jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Khalid dalam ucapannya berkata, kehadiran Najib pada majlis itu adalah penghargaan terbesar kepada MTUC kerana julung-julung kalinya ia dihadiri oleh seorang Perdana Menteri sejak MTUC ditubuhkan.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Portal Aduan Pekerja yang digerakkan oleh Pemuda UMNO dengan kerjasama MTUC.

Perdana Menteri juga menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G. Rajasekaran atas sumbangannya kepada kongres tersebut selama ini.

44 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap2 menjadi..

Tanpa Nama berkata...

skim gaji juruteknik amacam???????

Tanpa Nama berkata...

x abis2 lagi..padan gitu je la..orang kuantan gak susah..

Tanpa Nama berkata...

dasar gaji minimun nie utk sektor swasta je..

Tanpa Nama berkata...

AKU TAK PERCAYA

Tanpa Nama berkata...

aku pun rasa mcm ttu,ini untuk pekerja swasta je,yang anjur pun MTUC,kalu cuepacs yg anjur conform dah najib tak nak datang dia suruh mahyudin

Tanpa Nama berkata...

kalau muhyiddin datang, dia mesti baca teks!

GEN 2 berkata...

RASA2 NYA JADI KENYATAAN TU...KITA KAKI TANGAN AWAM PUN TERLIBAT SAMA SEBAB MTUC MEWAKILI SEMUA KESATUAN SEKERJA TERMASUK CUEPACS JUGA..SEMOGA MENJADI KENYATAAN AMIN...

Makcik Cleaner berkata...

Ada seorang makcik cleaner sambil-sambil kutip sampah dalam tong sampah di sebuah jabatan. Tiba-tiba terjumpa satu kertas yang tidak tahu di mana asal usulnya yang sudah reyuk dan hampir terkoyak. Lalu makcik jumpa saya dan ceritakan apa yang ada dalam kertas itu..

i)DASAR GAJI MINUMUM DILAKSANAKAN PADA JANUARI 2012 BAGI KUMPULAN YANG BERJAWATAN/GRED 1-16.

ii)KENAIKAN DIJANGKA DALAM 10-15% DARIPADA GAJI SEKARANG.

iii)ELAUN COLA(SARA HIDUP) DISELARASKAN SEMULA MENGIKUT ZON DAN FASILITI SETEMPAT.

iv) PEPERIKSAAN PTK MEMANG DIMANSUHKAN. NAMUN BEGITU, PEPERIKSAAN YANG BERKAITAN UNTUK PENAMBAIKAN TIDAK AKAN DIJALANKAN. BAGI MENGELAK KENAIKAN ATAU PENAMBAHAN JAWATAN YANG SEDIADA DALAM JABATAN KERAJAAN.

v) DIJANGKAKAN KERAJAAN AKAN MENGUMUMKAN ELAUN KHAS 3/4 BULAN GAJI UNTUK BERJAWATAN/GRED 1-16. MANAKALA BERJAWATAN/GRED 17-40 AKAN DIBAYAR ELAUN YANG SAMA 1/2 BULAN GAJI.
MANAKALA BERJAWATAN/GRED 41-54 ELAUN KERAIAN DIJANGKA KENAIKAN 5-10% (BAGI GRED 48 KEATAS SAHAJA) DAN ELAUN KHAS BULANAN DIJANGKA PERTAMBAHAN 3-7%.

vi) BERKUATKUASA 1JANUARI 2012 SERTA MERTA. JIKA JADI!!

Nak percaya? entahlahh..
kita saksikan bersama! Betul atau tidak. Semua untuk kepentingan penjawat awam dan pertahan Putrajaya semasa pilhanraya yang dijangkakan bulan November tahun ini selepas budjet 2012!

-sumber yang dipertikai kesahihannya.

Tanpa Nama berkata...

Lagi Berita Gembira - Front page utusan hari ini. Itu yang tersurat. Yang tersirat Lagi Berita Tipu. Cuba jawab kenapa gaji guard belum naik walaupun dah KERAjaan kluar statement gaji guard naik ???. Kenapa gaji polis tak naik walaupun diumumkan naik ?? Sekarang nak umum lagi beriat baik..Hairan betul kalau ada yang percay. Penipu besar betul kerajaan

Tanpa Nama berkata...

mengapa mesti tunggu hujung tahun nak bagi naik gaji? tak boleh ke hari ni juga naik gaji? kalaulah penjawat awam tu sudah tak cukup makanlah katakan sekarang, mereka terpaksa tunggu hujung tahun untuk cukup makan? huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

"DASAR GAJI MINIMUM DILAKSANA" ??
laksana dulu bai baru ckp...adeh

Tanpa Nama berkata...

ALA.... kalau lah elaun keraian dinaikan, memang kaya terdudok la gred 48 ke atas tu!

ELAUN KERAIAN SEPATUTNYA DIBERI SELEPAS SESUATU KERAIAN ATAU MAJLIS DIADAKAN.... sebenarnya mana ada gred 48 ke atas tu nak buat majlis keraian tu... simpan poket jela. bila ada majlis, dia pakat semua staf kumpul duit untuk sediakan kepeluan majlis!!!! hahaha. tempat saya banyak macam tu... KJ gred 48, dpt elaun dalam 500 sebulan. bla ada meting ke (masa tiada peruntukkan) minta kami kumpul duit rm5/seorang untuk beli kuih....kannnnn... ni nak dinaikkan lagi...hukhukhuk

Tanpa Nama berkata...

Dasar gaji minimum untuk bawahan dan atasan yang untung tetapi yang pertengahan daripada 17-40 selalu rugi tidak di`fight' sangat oleh cuepact bila bawah naik bagi sama dengan 17 yang 17 ke atas tak diupgrade. Lepas tu yang buat kerja teruk golongan ini. Renung-Renungkan lah

Tanpa Nama berkata...

MANAKALA BERJAWATAN/GRED 41-54 ELAUN KERAIAN DIJANGKA KENAIKAN 5-10% (BAGI GRED 48 KEATAS SAHAJA) DAN ELAUN KHAS BULANAN DIJANGKA PERTAMBAHAN 3-7%.

Sumber pun boleh dipertikaikan, ibarat dahan reput. mana boleh berpegang ,sekadar sentuh boleh la. Jika ini benar-benar berlaku, meraung pulak gred 41. dah la susah naik pangkat skrg, elaun keraian naik tp 41 mana dpt. Apa itu elaun khas bulanan ?? 41 mana yg dpt elain khas ?? kalau dpt yg ni je, 41 la yg paling keciwa krn nilainya 3-7 % je ??

Tanpa Nama berkata...

klu betul bn masi nak memerintah negara najib kena naikkan gaji untuk semua gred p.a. klu setakat ura2 nak naikkan gaji tapi tak laksanakan juga mmg tak dapat memerintah lagi nanti. strategi yang bn kena buat adalah naikkan dulu gaji kakitangan awam lepas tu baru buat pru, baru leh menang undian yag tinggi biarpun sarawak dah jd jajahan bn, tapi sabah n semenanjung tak kompom lagi. cadangan kepada bn, klu nak makan banyak pastikan bagi pada rakyat dahulu baru adil. bn gembira rakyat senang hati.

Tanpa Nama berkata...

KENA BOHONG AJE KITE NI YE YOAP.... SEKEJAP BULAN JUN,LEPAS 2 BULAN JULAI LEPAS NI....HUJUNG TAUN... NAMPAK GAYE NYE....NGUNDI KALI NI ADE CAN SULUH JALAN GUNA BULAN PENUH NGAN BULAN SEPARUH....TAK PON KALAU TAKUT GELAP KITA BAKAR MERCUN ROKET.. AMACAM...SETUJUUUU....!!!!!! PUEH DAH KENA BOHONG NGAN MAMAT SEKO NI....BUKAN SEKALI TAPI DAH BERKALI-KALI JANGGGGG....

Tanpa Nama berkata...

Perbuatan seseorang lah lebih diambil kira daripada perkataan seseorang.

Tanya la penagih dadah sekali pun, nak masuk syurga atau neraka. pasti dia nak masuk syurga. Tanya la PM, nak laksana gaji minimum atau tidak, pasti dia kata nak laksana. Tp perbuatan/ perlaksanaan akan dilihat bukan perkataan macam ni. Sehingga kini, hanya perkataan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Makcik Cleaner tu silap,dengar-dengar kerajaan nak naikkan gaji PA ikut peratus je macam dulu-dulu juga,Gred 1-16@25%,17-40@20% dan gred seterusnya antara 5% ke 15%.Hah yang ni adil sikit.

Tanpa Nama berkata...

Salam.kita ada akal dan fikiran.brapa x tertipu.pk2 la.dari terus terpedaya dan terus kecewa lebih baik kita berusa sikit je.tak payah keluar rumah buat benda ni boleh lepak n manja2 dgn family?masuk sini

http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=esterman

usaha sikit je pulangan byk.yg penting masa bersama keluarga x terabai.x pyh drive teksi buat part time.guna internet kat umah.

Tanpa Nama berkata...

tuan cuepacs kakitangan awam terlibat kah dasar gaji minimum
banyak yang tertanya-tanya.dan apa
itu dasar gaji minimun.

Tanpa Nama berkata...

yeke ni adkah bnar@hnya indah khabar dri rupa je...skdar nk myejuk kn hti smua PA pd hal hmpeh....

Tanpa Nama berkata...

pulak....golongan bawahan nak dinaikan gaji minimum ada yang x puas hati....apa la salahnya.... gaji diaorg ni terlalu kecil berbanding yang lain. lagipun dari pelarasan gaji sampai sekarang golongan diaorg ni pun x penah dapat apa2 kenaikan tambahan. yang bergaji besar jgn la bimbang insyallah giliran anda akan tiba. walaupun golongan bawahan ni nak dbuat gaji minimum sekalipun, akan tetapi belum tentu ia mencukupi untuk golongan ini membeli rumah dan kereta yang besar. cuma sekadar boleh beli kete kancil. itu pun belum tentu boleh bayar bulanan. rumah pun rumah murah..nak repair rumah pun belum tentu boleh buat memandangkan gaji dan kenaikan yang terlalu kecil. naik pun x banyak dalam 100 ke 150 je. itu pun 5-6 tahun sekali. nak dapat naik gred pun susah, kene tunggu 15 tahun. ditambah dengan satu orang dalam keluarga yang kerja kerajaan. itulah saja harapan golongan ini. sama-sama la kita berjuang untuk semua jawatan. lagipun golongan pa bawahan tak kisah klu golongan atasan dapat kenaikan gaji walaupun agak tinggi kerana golongan ni memang diakui berpendidikan tinggi. tetapi jurang perbezaan gaji kan masih jauh lagi. sama-sama kita perjuangkan. kita pa x kira pangkat. selamat maju jaya pa semua.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

pulak....golongan bawahan nak dinaikan gaji minimum ada yang x puas hati....apa la salahnya.... gaji diaorg ni terlalu kecil berbanding yang lain. lagipun dari pelarasan gaji sampai sekarang golongan diaorg ni pun x penah dapat apa2 kenaikan tambahan. yang bergaji besar jgn la bimbang insyallah giliran anda akan tiba. walaupun golongan bawahan ni nak dbuat gaji minimum sekalipun, akan tetapi belum tentu ia mencukupi untuk golongan ini membeli rumah dan kereta yang besar. cuma sekadar boleh beli kete kancil. itu pun belum tentu boleh bayar bulanan. rumah pun rumah murah..nak repair rumah pun belum tentu boleh buat memandangkan gaji dan kenaikan yang terlalu kecil. naik pun x banyak dalam 100 ke 150 je. itu pun 5-6 tahun sekali. nak dapat naik gred pun susah, kene tunggu 15 tahun. ditambah dengan satu orang dalam keluarga yang kerja kerajaan. itulah saja harapan golongan ini. sama-sama la kita berjuang untuk semua jawatan. lagipun golongan pa bawahan tak kisah klu golongan atasan dapat kenaikan gaji walaupun agak tinggi kerana golongan ni memang diakui berpendidikan tinggi. tetapi jurang perbezaan gaji kan masih jauh lagi. sama-sama kita perjuangkan. kita pa x kira pangkat. selamat maju jaya pa semua.

Khamis, Jun 16, 2011 11:08:00 AM

Setuju dengan penyataan diatas..Biarlah golongan gaji rendah ni dinaikkan gaji..Orang yg bergaji tinggi lambat laun naik jgk gaji korang..

Tanpa Nama berkata...

yang adilnya rasanya jawatan yang grednya telah naik tu tak payahlah naik banyak sangat patut-patutlah, naik pulak yang gred yang pernah naik-naik,mcm gred 17-29 tu, kesian dkat demo, bukan jarak sgat gaji dengan 1-16 tu.

Encik Kacang berkata...

aku pun nak buat cerita jugak

Pada satu hari tu ada la sorang pakcik cuci jamban ni nak cuci jamban Pejabat Perdana Menteri di JPM yang dah melimpah mangkuk jamban tu...sambil mengepam mangkuk yang antara isinya cecair dan pepejal antaranya mengandungi cebisan cili,taugeh,biji jagung,helaian kucai dan sayur kailan yang tak hadam tu,dia terpandang dinding jamban tu

antara tulisan kat situ ialah..

PENJAWAT AWAM JANGAN HARAP LA NAIK GAJI..ANAK AKU NAK KAWIN ORG KAZAHTAN,NAK PAKAI DUIT BANYAK,APA KES NAK NAIK GAJI PULAK NI...

Maka arakian pakcik cuci jamban tu pun keluar dan terus membuat pengumuman tentang apa yang dilihatnya tu di Dataran Putrajaya pada pagi Selasa yang lepas..

Sekian cerita aku...sumber yang boleh la kalau korang nak percaya terutamanya bab isi mangkuk jamban tu...

Tanpa Nama berkata...

tak paya nak percaya semua ni,tipu daya politik je ni..kelulusan penambahan bajet baru-baru ni, menguntungkan org politik je,tu yang semua sokong tu..banyak untung..banyak projek..banyak duit masuk..bertambah kaya dato-dato kerajaan..rakyat yang menanggung kesusahan hidup hasil dari harga barang naik..

Kelaweh Crafty Wanderland berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PTD Cerdik berkata...

Kesian betul org2 sokongan n mengharap. mcm bengong je. dengki kat kami ke sampai sanggup cakap kononnya gred 41 keatas naik 3%?

korng ni bebal la, xde pun dalam apa2 sumber kami yg ada kenaikan gaji, xtahu la kalo PM kita tu xnak bincang dgn golongan pentadbiran ni.

cuma naksihat aku, jgn la asyik nak bergaya. aku dah pesan, esp kat staf aku ni, kalo nak kete pakai je saga lama, nissan sunny, toyota LE atau datsun 120Y. baru la ada duit lebih utk belanja anak, makan minum dan pakaian. Ini semua nak kete baru, pastu menyalak nak naik gaji bila time nk byr insurans dan road tax.

Tanpa Nama berkata...

Ni apahal pulak PTD CERDIK melalak kat sini ni.......

Tanpa Nama berkata...

Salam.hari2 dengar pasal naik gaji.dari mei tahun lepas.pas tu.april pas tu mei pas tu julai pas tu hujung tahun2011.sampai bila kita PA nk menharap benda yg x pasti.kita boleh usaha sedikit tanpa kerajaan.saya dah berjaya tambah pendapatan rm200-300 seminggu.duit tu saya guna untuk lihat anak2 membesardepan mata.lepak2 dgn isteri tersayang di rumah janji guna peluang ni

http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=esterman

usaha sikit tapi hasil lumayan.sbg PA just nk share.kesian kat kawan2 satu opis terpaksa cari kerja tambahan bwk teksi n kerja guard pas opis hour.usaha hanya guna internet 100% je duit masuk.try la walau sekali.insyaALLAH.

Tanpa Nama berkata...

SubhanALLAH, bawak mengucap org muslim, Kita diajar supaya bersyukur, apabila kira banyak bersyukur, ALLAH akan tambah lagi rezeki kita, Rezeki bukan sekadar Wang Tunai, Tetapi keberkatan dalam setiap Wang yang kita peroleh. PTD cerdik perasan cerdik Jgn Sombong, Berkata Org Lain Bebal!!

Tanpa Nama berkata...

HARI INI PERSATUAN MAJIKAN-MAJIKAN MALAYSIA TETAP DENGAN PENDIRIAN MEREKA TIDAK SETUJU DENGAN DASAR GAJI MINIMUM NASIONAL.

APA RESPON ANDA?

OF COZ MAJIKAN TAK AKAN SETUJU SEBABNYA KERANA SELAMA INI MAJIKAN KAUT KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA ATAS HASIL YANG SYARIKAT PEROLEHI, MAJIKAN MEMERAH KUDRAT PEKERJA SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI, MAJIKAN BERASA MEREKA AKAN TERGUGAT DAN TERPAKSA MENGELUARKAN KOS TAMBAHAN UNTUK MEMBAYAR GAJI PEKERJA.

SELAIN DARI ITU, MAJIKAN AKAN BERASAKAN KANTUNG POKET MEREKA AKAN SUSUT.

MAJIKAN HARI INI TERLALU MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN TANPA MEMIKIRKAN NASIB PEKERJA @ KULI BAWAHAN MEREKA. MEREKA TERLALU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. APA JUA POLISI YANG DILAKSANAKAN ADALAH SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. MAJIKAN JENIS INI, MAJIKAN YANG TIDAK BERHATI PERUT!!!

Tanpa Nama berkata...

padan muka......semua kena tipu ngan najib.....ha..ha.....lantik lagi dia jadi PM......dah tau penipu.....padan muka PA.....jgn harap laa nak naik gaji...kebulur la korang

yang benar....menteri perhutanan

Tanpa Nama berkata...

kenapalah kt PA asyik kena TIPU jew dari tahun lepas............x nak bg ckp x nak bagi najib, jgn nyusahkan PA. Perlu bentanglah,luluslah, blh,blh,blh.....

Tanpa Nama berkata...

Kesian betul org2 sokongan n mengharap. mcm bengong je. dengki kat kami ke sampai sanggup cakap kononnya gred 41 keatas naik 3%?

korng ni bebal la, xde pun dalam apa2 sumber kami yg ada kenaikan gaji, xtahu la kalo PM kita tu xnak bincang dgn golongan pentadbiran ni.

cuma naksihat aku, jgn la asyik nak bergaya. aku dah pesan, esp kat staf aku ni, kalo nak kete pakai je saga lama, nissan sunny, toyota LE atau datsun 120Y. baru la ada duit lebih utk belanja anak, makan minum dan pakaian. Ini semua nak kete baru, pastu menyalak nak naik gaji bila time nk byr insurans dan road tax.

Khamis, Jun 16, 2011 6:29:00 PM


ni bukan tulisan ptd cerdik...tapi kurang didikan kominikasi. tak tau la jenis apa mcm ni pun boleh bagi nama ptd cerdik. tak tau nak bandingkan manusia dengan haiwan. yang menyalak tu kan haiwan. jaga2 sikit percakapan. silap haribulan anak anda yang terlebih menyalak di belakang hari.... fikirkan balik.

Tanpa Nama berkata...

NAMA SAHAJA PTD CERDIK.. TAPI DIDIKAN KURANG... NAK BUAT MCMANA KAWAN2 SEMUA.. DAH KEADAAN DIA MCM TU... TAPI OARANG KATA TENGOK CARA DIA TULIS AYAT TU PUN KITA TAHU MCMANA SIKAP DIA...ABAIKAN JE ORANG MCM NI..DAH CERDIK TERLAJAK CERDIK.. BIAR DIA FIKIR BALIK APA DIA CKP. ORG MCM NI MEMANG TAK TAU NAK BEZAKAN ANJING DENGAN MANUSIA... PASAL TERLALU CERDIK...

Tanpa Nama berkata...

saya setuju... bukan mcm tu caranya nak didik manusia...kita ni bukan haiwan nak dikatakan menyalak... kita semua dengarkan..sapa yang menyalak klu tengok gaya percakapan dalam tulisan tu... ptd cerdik memang cerdik... tapi tak lengkap kecerdikannya kerana dengan bunyi ayat yang ditulis tu melambangkan betapa lemahnya didikan org jenis ini.

Tanpa Nama berkata...

Anggap je org ni x de kat sini..... harap kawan2 yang lain x ikut car orang menulis kat blog ni.... biarkan je lah...

Tanpa Nama berkata...

PTD cerdik kau sememangnya mangkuk-hayun..ha..ha..!! buta-kayu.. kau ingat kau sape..malaikat maut perhatikan kau.. kau tak nampak kea.. tunggu masa jea ..

Tanpa Nama berkata...

tak kira PR atau BN perintah kita tetap PA.. bayar gaji tu duit rakyat.. dia org tadbir jea.. ada faham..

Tanpa Nama berkata...

sedihnye aku.. aku ade 8 org anak (rendah,menengah dan universiti).. tgk anak-anak aku pendidikan tak berapa sempurna.. tak dpt hantar tuisyen, pakai buku rujukan lame, belanja sekolah 50 sen jea ke sekolah, pakaian sekolah dan kasut dah 3 tahun tak berganti, kadang-kadang tak ke sekolah tak de duit tambang bas, baju raye pakai 4 tahun lepas punya baju raye.. selamat hari bapa.. ucapan dari anak-anakku walaupun aku bapa yg tak dpt menunaikan tanggungjawab sbg bapa mithali.. amin..!!!

Tanpa Nama berkata...

sialan BIW ni, dh lh gaji kecik, mcm x naik gaji thn ni..

Tanpa Nama berkata...

rasa macam nk bunuh diri je.. :(