SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

26 Jun 2011

PENJAWAT AWAM DIMINTA TIDAK TERLIBAT DENGAN BERSIH

Bernama
26/6/2011



KULIM, 26 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

"Jika mereka terlibat dan tertangkap atau sebagainya, Cuepacs tidak akan membela mereka dan perkara itu merupakan risiko tanggungjawab mereka sendiri dan kita nasihatkan supaya mereka mematuhi Aku Janji yang dalam pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Kulim di sini.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata isu pertukaran Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau berkata lima kesatuan sekerja yang terlibat dengan jabatan berkenaan telah menemui beliau sambil menyatakan hasrat mereka untuk bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, dan Menteri Kerja Raya.

Beliau berkata beliau akan bertemu dengan Datuk Seri Judin Abdul Karim dalam waktu terdekat untuk berbincang bagi mendapatkan pandangannya.

-- BERNAMA

48 ulasan:

mastura, E17, PJ berkata...

Saya sangat setuju jika PA tidak boleh menyertai perhimpunan pembangkang, seeloknya semua PA wajar turun sama menyertai perhimpunan Perkasa dan UMNO pada hari sama, ini mmg digalakkan.

Cuepacs wajar menggerakkan seluruh PA untuk menyokong penuh usaha mulia UMNO menggagalkan Bersih. Dimana2 ramai PA menolak Bersih

Tanpa Nama berkata...

tiada kenaikkan gaji dan bonus? masuk BERSIH lah..

Tanpa Nama berkata...

nape takut sgt ngn BERSIH ni,,,biasenyer org buat salah jer yg takut2 ni,,,UMNO ader wat salah ker mase pilihan raye,,??,,

Tanpa Nama berkata...

bersih kea,umno kea.. same jea tak da bonus..

Tanpa Nama berkata...

alaaa menyampah dah nak sokong2 UMNO ni x de faedah pun...xde juga kenaikan GAJI n BONUS !!

Tanpa Nama berkata...

LINGKUP TAALA BERKATA..
ASSALAMUALAIKUM...semua ada kerja..bersihka,kotorka,perkasaka,umnoka dan juga saka saka..aiyaa u orang cakap..ini British Komanwel,pakai demokrasi,apa undang undang parlimen Britain,u orang tadak baca ka...Perlembagaan Petrsekutuan Malaysia...
Semua orang ada hak,Umno pi britain cakap,we follow all the rules of law in British version in front the Queen Elizabeth,but in front of malay,u talk,we follow versi malaysia..nak tanya la..orang belajar undang undang di universiti dan chamber tak sama ka?Apa punya bahlol walikul..
Jika salah..bring your proof,if your truthful proven until guilty(English commen law)burhatu burhanakum,inkuntum sodiqin..sekiranya salah bawalah bukti untuk dibuktikan yang ianya bersalah,dan seseorang itutidak bersalah jika tidak dibuktikan kesalahannya,jika kamu orang yang benar...
teruskan usaha anda..siau mi feng,siau mi feng,weng weng weng,fei tau si,fei tau tong,bu yong u,bu yong huaa,fe lai fei chi,siang teng lung..
nan partadilei nigadek rombe stylana alek..yennaci kalakama?
ami shonar malaysia,ami tumar balobashi,chiruddin,tumar akash,tumar batash ami shonar malayusia.omai amar pranei bajai bashi mudur hashi,ami shonar malaysia,hammare tum nehe paghel,hammare tum nehe janggeli..jai malaysia..
salam...

Tanpa Nama berkata...

LINGKUP TAALA BERKATA..
YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN SEGALA PERMINTAAN SEMUA PEKERJA PEKERJA SEKTOR AWAM(pa) DARI BAHANA DAN TIPUDAYA PEMIMPIN MEREKA..KAU TAMBAHKANLAH KEBERKATAN UMUR DAN REZEKI MEREKA..HANYA ENGKAULAH TUHAN YANG MAHA MENDENGAR DAN MENGASIHANI MEREKA WALAU APAPAUN BANGSA DAN KETURUNAN MEREKA.
MIT NAMEN GOTT ALLAH,ALLMAGHTIG GESHENK NOCH IMMER LIEBHAKEN,ALMACHTIG GROSS.ALLERDING GROUPPE PA MENCH DIESE SCHWESTER..MELAYU,CINA,INDIA
MIT ERRICTEN.DAMIT DU GEBEN SICH ERINNERN NACH GRUPPE,VATER SIE NOCH NICHT IN GEBEN SICH ERINNERN
WARREN/GEPACK.
MIT

PA Tak Minat Politik berkata...

kepada golongan PA, negara kita mengamalkan demokasi, tapi nak buat apa-apa pun tak boleh.... fikir-fikirkan lah, setiap manusia biasa tak semuanya sempurna... kalau ada yang tak betul, dibetulkan... nampaknya kerajaan tak nak terima pandangan rakyat.... perhimpuan bersih ini nak memberikan pandangan kepada kerajaan aje.... Perhimpuan BERSIH ni patut diadakan bagi menghormati Sistem Demokasi Kerajaan Malaysia tapi dicadangkan dibuat kat stadium yang boleh memuatkan beratus ribu org... kemudian wakil aje pergi mengadap Yang Dipertua Agong... kenapa nak lumpuhkan ekonomi pada hari tu.... dikhuatiri golongan politik pembangkang mengambil kesempatan... kalau rusuhan terjadi... tak ada pelabur nak melabur kat negara kita.... macam mana bonus, kenaikan gaji dan elaun nak dapat... kempunanlah pihak PA jawabnya.. pembangkang nak berkuasa dia boleh lakukan apa-apa nak gugat ekonomi negara.. renung-renungkanlah.. kalau dia menang dia kaya-raya kita dapat ape....

Tanpa Nama berkata...

Setuju tak sokong bersih Tapi lawan bersih ialah kotor atau tak bersih. Jadi kalau kita tak sokong bersih maknanya autometik kita sokong kotor? gitu ker?
Whatever!

Tanpa Nama berkata...

BERSIH tak sama dengan UMNO. Ini kerana orang yang Menganjurkan BERSIH iaitu Datuk AMIGA . Beliau boleh diibaratkan macam ekor Anjig. Di tengah menegah dihujungnya bengkok. Maksudnya selepas mencapai hasratnya orang itu akan memakan orang yang menyokongnya. Ini sifat munafik orang kafir. Orang UMNO d hati merekla masih lagi ada kalimah sahadah nak buat jahat berfikir 2 kali tetapi kafir tidak. Kita tidak menyalahkan parti UMNO atau BN yang kita tak sokong adalah pemimpinya yang munafik. Orang Islam/Melayu yang menyokong BERSIH , DAP dan PKR serupalah seperti menyokong ISRAEL.

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak bercadang menyertai perhimpunan BERSIH tetapi menggunakan ancaman Akujanji adalah sesuatu yang tak dapat diterima kerana Akujanji itu sendiri adalah ibarat perjanjian syaitan kerana PA harus mematuhi sebarang arahan termasuk yang belum lagi tertulis. Perjanjian adil maksudnya kita menyetujui apa yang telah disebut dan ditulis. Jadi pada saat Akujanji itu ditandatangani dengan sendirinya ia terbatal kerana ketidakadilan terma didalamnya.

Tanpa Nama berkata...

8 tuntutan bersih 2.0 - 9 julai 2011

1. bersihkan senarai undi
2. menreformasi undi pos
3. guna dakwat kekal
4. masa kempen minima 21 hari
5. akses media yang bebas dan adil
6. kukuhkan institusi awam
7. hentikan rasuah
8. hentikan politik kotor.

Salahkah tuntutan-tuntutan ini?
Fikir-fikirkanlah..

Tanpa Nama berkata...

Orang Islam/Melayu yang menyokong BERSIH , DAP dan PKR serupalah seperti menyokong ISRAEL.

Isnin, Jun 27, 2011 11:54:00 AM

HAHAHAHAHAHAHAHA......!!!!!!!MANA HUKUM KAU PAKAI NI...

Tanpa Nama berkata...

Terpulang kepada penjawat awam nak join atau tidak. cuma kena ingat, bila dah kena tangkap dan tindakan tatatertib jangan menyalak salahkan kerajaan. dah sah perhimpunan haram.

WarisanKota berkata...

8 tuntutan bersih 2.0 - 9 julai 2011

1. bersihkan senarai undi
2. menreformasi undi pos
3. guna dakwat kekal
4. masa kempen minima 21 hari
5. akses media yang bebas dan adil
6. kukuhkan institusi awam
7. hentikan rasuah
8. hentikan politik kotor.

Tuntutan Perhimpunan bersih tak salah didalam konsep demokrasi negara tetapi jalanlah dianjurkan dikawasan orang awam. dikhuatiri segelintir ahli perhimpunan bertindak luar batasan dengan mengancam keselamatan orang awam.. tak semua peserta tersebut mempunyai niat yang BERSIH, janganlah perhimpunan ini yang berniat baik diambil kesempatan oleh kumpulan-kumpulan tertentu untuk mencapai hajat mereka... penganjur ditangkap... mereka yang membuat kacau bebas bersukaria..

Tanpa Nama berkata...

berhimpun tgk bola bleh pula yer... hehe...

Coretan Kehidupan berkata...

Jadi penjawat awam yang 'pembersih' boleh. :)

PEKIDA Setia berkata...

sokong mastura, saudari memang benar2 menegakkan hak melayu dan agama.marilah segala rakyat kita bersama Perkasa menghapuskan dan membelasah semua yang ikut bersih tu nanti

Tanpa Nama berkata...

aku bagi kau org cadangan.. naik pangkat, gaji and bonus..barulah GAJI BERSIH kita di gunakan untuk sara kos hidup.. gua respect kat lingkup taala.. walaupun lu kumpulan sokongan.. gua bagi A kat lu punya BI..

Tanpa Nama berkata...

bersihkan jiwa & hati kita dahulu dengan ilmu akhirat, sebelum kita dibersihkan sesuatu hari nanti...

manfaatkan ilmu kita ke jalan yang bersih dan diredhai...bukannya dengan menyertai perhimpunan BERSIH...Baik BN (Barisan Nasional) atau pun BA (Barisan Alternatif) tetap ada yang tidak bersih...sama sahaja...

Tanpa Nama berkata...

mcmnie ke pemimpin berjiwa rakyat???

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.

lu olang pk ar sendiri..rakyat menderita..diorang joli sakan..pemimpin Islamik ke mcmnie?

Tanpa Nama berkata...

Terlibat dengan KOTOR ajelah

Tanpa Nama berkata...

"WarisanKota berkata...
8 tuntutan bersih 2.0 - 9 julai 2011

1. bersihkan senarai undi
2. menreformasi undi pos
3. guna dakwat kekal
4. masa kempen minima 21 hari
5. akses media yang bebas dan adil
6. kukuhkan institusi awam
7. hentikan rasuah
8. hentikan politik kotor."


Aku Penjawat Awam. Aku dulu ahli MAFREL (Malaysian Free and Fair Election). Berkhidmat dlm PRU12 dan PRKecil dgn kelulusan dan izin SPR.

Semasa aku dan rakan-rakan (ramai ahli PAS, PKR,dan jarang-jarang DAP dan UMNO) buat pemantauan antaranya PRKecil di Terengganu, Perak, Penang, Kelantan, N.Sembilan.
Kami dapati SPR sentiasa memberi kerjasama dan mendengar apa yang kami cakap. Banyak pembaharuan telah dibuat.PDRM pun sentiasa beri kerjasama ketika kami bertugas.
Secara ikhlas, Tuntutan Bersih ni aku dapat agak ada MOTIF lain.

Kalu kamu rasa nak sertai perhimpunan ini baik kamu fikir 2 kali.
Kalau kena tangkap naya ..... siapa peduli pada kita, isteri dan anak-anak????

Tanpa Nama berkata...

kecewa dengan pemimpin negara kita sekarang baik yang memegang tampuk kerajaan dan yang memegang tampuk kerajaan negeri..cakap ja berdentum perubahan untuk rakyat la..sampai sekarang aku tgk cakap ja lebih..rakyat juga menderita baik penjawat awam,org ramai,org kampung,kita disuruh bersederhana tapi lihatlah pemimpin negara kita bermewah2.yang gila kuasa semakin gila kuasa baik jawatan yang rendah2 pon dok tetgila2

Tanpa Nama berkata...

kami PA x kisah pasal BERSIH tapi yang dikisahkan sangat ialah PENYELARASAN GAJI,ELAUN dan BONUS !! sejak PM baru memerintah PA labsung x merasa BONUS..tunggu je lah penyelarasan gaji..kalau tidak ada juga tunggu PRU 13..KAMI DAH BOSAN !!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau kakitangan awam nak sertai BERSIh serta la. Lepas tu kena tangkap kena buang kerja. Masa tu minta la tolong Geng Bersih cari Kerja. Kalau nak buat perarakan BERSIH buat kat stadium ka , Petaling Street ka, Batu Caves ka. Kawasan selain daripada orang bumiputera berniaga. Ini nak buat kat kawasan Bumiputera berniaga yang rugi sapa. Menang sorak kampung tergadai macamni peniaga melayu, pemandu teksi melayu tak dapat cari makan.Cari tempat lain kalau nak sangat buat perhimpunan
Yang baik kat stadium buat la macamana pun nak kempen ka, ceramah ka, apa-apa ka ikut suka tak kacau orang lepas tu pi hantar memorendum kat SPR ka Agung ka.OK renung-renungkan lah bukan semua orang suka BERSIH ni dan bukan semua orang suka keputusan pemerintah tapi jangan menyusahkan rakyat bawahan.

Coretan Kehidupan berkata...

Tak boleh lar aku nak pakai baju warna kuning hari tu.

mastura, E17, PJ berkata...

bersih.... sabun di bilik mandi... sabun di bilik mandi... huahuahuahuahua

WarisanKota berkata...

Harapan kita nak dapat perlarasan gaji nampaknya 50/50 , PM awal-awal lagi dah tutup mulut presiden Cuepacs sampai kelu lidah nak berkata-kata dan buat masa kini masih belum jumpa PM untuk menyampaikan hasrat golongan PA
1. RM3 Juta untuk baik pulih pejabat Cuepacs
2. Anugerah gelaran datuk kepada presiden Cuepacs.
PA Menyokong kerajaan yang menjaga kebajikan, keselamatan, kebebasan dan keharmonian

Tanpa Nama berkata...

yea kea..? sam dol punye omar.. jom pakat ramai-ramai undi tak percaya kat dia..

Tanpa Nama berkata...

Amarah rakyat n PA semakin memuncak.. tak dpt dibendung lagi..

Tanpa Nama berkata...

bonus takde.
gaji minimun takde.
elaun cola takde naik.

apa lagi? BERSIH lerrr..

Jika mau selamatkan PUTRAJAYA.
baik umum cepat !!
sebelum 9hb. jangan lambat abg Omar woii..
BERSIH adalah semua kakitangan awam.

Tanpa Nama berkata...

Kalau suruh di beri pilihan antara yg kotor yg hampir kotor atau yg lip lap atau yg kelabu , aku sudah tentulah pilih yg bersih, kenapa pula kita tak suka kpd yg bersih ?, mutakhirin ni telah banyak telah terdedah kpd yg kotor lebih baik kita pilih yg bersih mudah2an kita juga dpt gaji yg bersih lebih baik, makanan yg bersih, hidup yg selesa dan bersih, anak2 kita juga bersih sihat dan baik lagi elok kehidupannya.

Sekiranya kita pilih yg bersih itu juga mencerminkan hati kita yg bersih, hindarilah diri dari segala yg kotor dan seangkatan seta seumpamya dgnnya, krana nabi suka kepada yg bersih.

Tanpa Nama berkata...

Dalam perlembagaan M'sia menyatakan rakyat M'sia boleh berhimpun secara aman spt di article 10 perlembagaan persekutuan, tetapi didi TV pula menyatakan perhimpunan haram, begitu juga polis menyatakan perhimpunan haram, di putra jaya hari tu himpunan 1 juta belia perhimpunan juga tapi tak disebut haram,
Ada juga pakar undang2 dan suhakam kata spt prof aziz bari menyatakan perhimpunan itu tidak haram, ada pula ulasan pakar undang2 menyatakan ada sekatan undang2 dibawah akta polis, tetapi ada pula diulas sekiranya dia undang2 yg dululuskan selepas tarikh kemerdekaan berlawan dgn perlembagaan secara otomatik ia akan terbatal.

Haim pening kepala aku mana satu aku nak pegang dan ikut ni ?

berdasarkan perlembagaan negara atau berdasarkan kata individu2 di Tv dan Polis.

Tetapi rasa aku Perlembagaan Negara lebih tepat Kot !

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

Tidak semua kursus di Poli tu dpt pengiktirafan JPA krana masih dpt pegiktirafan LAN atau MQA sebatulah mereka masih mengkaji dan menanguhkan perlarasan tersebut, sebelum daripada poli tu banyak disebut sijil bila di upgrade masih lagi belum mendapat pengiktirafan dari MQA

Tanpa Nama berkata...

BERSIH...knapa takutttt...terbongkarkah yang disimpan..kalu adalah...Berani Kerana Benar...Buktikan pada PemBERSIH gomen betul..

Tanpa Nama berkata...

BERSIH 9 JULAI - Tarikh keramat tu. Niat BERSIH bagus dan cantik. Terbuka juga mata hati 'mereka'. Hati-hati mungkin geng BERSIH ada yang bawa 'peluntur', habislah kuasa pemBERSIH...kerana dibantu oleh 'PELUNTUR'. PRU 13 macam dah hampir atau masih nun jauh di sana. Adakah kasi 'expired' PArLIMEN...Tanya 'BOS' besar. Napa la tidak ada penyelarasan gaji...Mungkin habis belanja nak bagi NETBOOK 1Malaysia...pancing undi la tu...suda habis memancing guna NETBOOK maka PRU lah...

Hai kengkawan renungkanlah sebelum buat keputusan mau ikut ker atau tidak...Kita ni PA ibarat Nangka dan Gomen DURIAN (tajam wo). Kita langgar binasa, dilanggar lagi sengsara. Tapi hanya DYMM YDPA sahaja yang boleh memecat sebab Baginda yang melantik GOMEN....

Tanpa Nama berkata...

Amarah n amaran PA akan mengubah senario PRU-13 nanti.. apakah akan terjadi, saksikan PRU-13 nanti..? same-same kita tunggu..

Dulu UMNO, sekarang? berkata...

Kerajaan BARISAN NASIONAL perlu menjawab balas segala '8 TUNTUTAN' segera mungkin!
Adakah ia benar atau sekadar omong-omong kosong sahaja.
Jangan takut hadapi '8 TUNTUTAN' penambaikan SPR.
Kami di dalam parti UMNO dan KERAJAAN BARISAN NASIONAL' tidak akan bersekongkong dengan mana-mana badan yang menyeleweng demi kepentingan masa depan rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Dalam perlembagaan M'sia menyatakan rakyat M'sia boleh berhimpun secara aman spt di article 10 perlembagaan persekutuan, tetapi didi TV pula menyatakan perhimpunan haram, begitu juga polis menyatakan perhimpunan haram, di putra jaya hari tu himpunan 1 juta belia perhimpunan juga tapi tak disebut haram,
Ada juga pakar undang2 dan suhakam kata spt prof aziz bari menyatakan perhimpunan itu tidak haram, ada pula ulasan pakar undang2 menyatakan ada sekatan undang2 dibawah akta polis, tetapi ada pula diulas sekiranya dia undang2 yg dululuskan selepas tarikh kemerdekaan berlawan dgn perlembagaan secara otomatik ia akan terbatal.

Lepas aku dgr berita siapa pakai baju kuning bersih ditangkap polis, wah gawat ni undang2 apa pula dia orang pakai

Hai ! pening kepala aku mana satu aku nak pegang dan ikut ni ?
berdasarkan perlembagaan negara atau berdasarkan kata individu2 di Tv dan Polis atau menteri dlm negeri.

Tetapi rasa aku Perlembagaan Negara lebih tepat Kot !

Tanpa Nama berkata...

kalau dah xde PENYELARASAN GAJI n BONUS sokong BERSIH la !! aku menyampah dah dengan kerajaan..mmg x sabar dah nak tunggu PRU 13..SEMUA PA kita kena buat sesuatu demi masa depan kita !!

Tanpa Nama berkata...

bersihkan bini najib

Tanpa Nama berkata...

Gaji kakitangan awam BERSIH sebelum ujung bulan. macam mana tak sertai bersih....

Tanpa Nama berkata...

senang ja cara untuk kakitangan awam tak ikut pembangkang, kerajaan kena naikkan gaji tu ja. itu pun susah nak pikir ke. pm dan tpm kurang2kan la perbelanjaan bulanan anda contohnya elaun penyelengaraan rumah sebanyak rm60,000.00 tak logik akal.

sumber
http://www.malaysiakini.com/news/168252
http://milosuam.blogspot.com/2011/06/belanja-lawatan-rasmi-najib-2011-lebih.html#ixzz1QX83pTkp
http://panglimakhalid.com/web/index.php/tag/elaun-perdana-menteri/
http://www.tukartiub.org/panas-individu-di-jpm-dedah-gaji-pmtpm-dan-menteri-kabinet-2/

Tanpa Nama berkata...

Kalau camni gaya nya...
malaysia jadi cam MESIR...rakyat gulingkan kerajaan...

aku pun xsabar2 nak tgok rakyat sendiri gulingkan kerajaan sendiri...

kite semua camni / xsehaluan sebab POLITIK...keymon ar rakyat2 sume...
Bodoh ar kite join BERSIH ni...nk jadi pengkhianat negara ker..silap2 BERSIH 2.0 pada 9julai 2011 jadi cam peristiwe 13mei...

RENUNG2kan lah

Tanpa Nama berkata...

aku bagi kau org cadangan.. naik pangkat, gaji and bonus..barulah GAJI BERSIH kita di gunakan untuk sara kos hidup.. gua respect kat lingkup taala.. walaupun lu kumpulan sokongan.. gua bagi A kat lu punya BI..

aku pun sokong gak

Tanpa Nama berkata...

BERSEH BEST
KOTOR TAK BEST
TAK SUKA BERSIH SUKA KOTOR
TAK SUKA KOTOR SUKA BERSIH
PA SUKA BERSIH
CUEPACS SUKA KOTOR
TUNGGULAH HARINYA KITA TUKAR
KEPALA CUEPACS