SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 Jun 2011

CUEPACS MINTA PERTIMBANG BONUS

Utusan Malaysia
20/6/2011



ALOR SETAR 19 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan Bajet 2012, awal Oktober ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya sudah menyatakan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara lisan dan akan memohon perkara itu secara bertulis dalam masa terdekat.

"Dua tahun kebelakangan ini kakitangan awam seluruh negara memperoleh wang saguhati RM1,000. Namun, kali ini CUEPACS amat berharap kerajaan menimbangkan kadar bonus yang lebih baik.

"Saya tidak mahu nyatakan berapa bulan bonus yang kita pohon kepada kerajaan kerana bimbang peniaga akan menaikkan harga barang, namun jumlah yang dipohon ini bersesuaian kepada penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Pegawai-Pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Kedah di sini, hari ini.

Menurutnya, CUEPACS juga menuntut kerajaan untuk menyelaraskan elaun sara hidup (COLA) bagi meningkatkan taraf hidup 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.

Omar berkata, COLA yang dinikmati ketika ini sekitar RM80 sebulan sudah diguna pakai sejak lapan tahun lalu dan sudah tiba masanya ia dinaikkan kepada RM300 sebulan.

"Kenaikan ini selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menerusi pekerja pendapatan tinggi dan melahirkan pekerja yang kreatif serta inovatif.

"Harap perkara ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan ke arah menuju negara maju menjelang 2020," jelasnya.

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan harap la ada bonus tu..PM temberang korang je

Pemegang Amanah berkata...

Haji omar dan kuncu2nya takde lain mintak bonus. Teruk sangat ke PA sampai kena mintak sedekah? Cuba jaga maruah kita sebagai PA. Mejoriti PA adalah Melayu. Hina sangat ke Melayu kena mintak sedekah?

Kalau kerajaan bankrup, Haji omar dan kuncu2 bertanggungjawab

adik berkata...

tak payah susah2 nak mintak apa2 la kat kerajaan, bukan apa kan kerajaan nak bantu rakyat satu malaysia, mana nak cekau duit. lagi yang heran pula kalau kerajaan takde duit jangan la bazir tunjuk kat semua rakyat jelata, bukan rakyat jelata tu buduh sangat. kes rasuah kat mahkamah pun lambat nak selesai yang tu kerajaan pejam mata laa. tak pejam lagu mana lagi yang terlibat tu banyak ............... cari la sendiri jawapan tu.

Tanpa Nama berkata...

hak kite kite kena tuntut

Tanpa Nama berkata...

Pemegang amanah >> Bukan nak minta sedekah ler.. apa punya otak ko pakai nie?? Pekerja swasta dapat bonus dorg meminta sedekah juga ke namanye.. Cuepacs perlu menuntut bonus bagi tak bagi tu kerajaan la yg pertimbangkan.. Setiap pekerja di dunia nie.. memang layak tuntut bonus.. dari majikan. Habis yg meminta2 siap keluar TV rancangan Bersamamu tu tak malu pulak..

Tanpa Nama berkata...

apa punyer pemegang amanah da...bonus ngan sedekah tu adalah satu benda yang berbeza...jadi dlm hal ni tak perlu la nak samakan mcm tu...klu rasa tak tahu nak komen apa2 baik diam dari ckp benda2 yg merepek...setiap pekerja ada hak untuk dapat bonus bergantung pada keadaan sesuatu agensi baik kerajaan atau swasta....cuma bezanya setakat mana kemampuan majikan terbabit nak bagi bonus pada pekerja mereka.... sekian

Tanpa Nama berkata...

Pemegang Amanah konon..Bonus dengan Sedekah pon x tahu na beza..Bonus tu tu insentif berupa kewangan kepada pekerja-pekerja..CUEPACS tuntut bonus ni pon utk kebaikan PA jgk..pekerja2 swasta pon ada minta bonus dr majikan diorang, tp terpulang la majikan diorang nak bg bonus ataupon x..Sama la macam ni jgk.CUEPACS cuma minta, tp pihak kerajaan yg akan pertimbangkan nak bg ataupon x..

Tanpa Nama berkata...

ya..setiap pekerja layak menikmati berapa2 insentif termasuk la bonus..

Tanpa Nama berkata...

Dengar kabarnya macam ada bonus krana pilihanraya sudah hampir, kalu tak diberi 2 bulan gaji alamatnya penjawat awam akan berpaling tadah

Tanpa Nama berkata...

cuepacs ooii BONUS tu xpenting !! kami nak kenaikan gaji. nak makan tiap2 bulan pun semput !! Bonus tu hanya setahun sekali. dulu orang kata RUGI x kerja kerajaan..kerja kerajaan BAGUS MENJAMIN MASA DEPAN !! apa yang bagusnya ?? gaji susah nak naik !! TUNGGU PRU nanti aku pun dah x sabar !! BOSAN !!

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu je PRU nnti..semua PENJAWAT AWAM dah panas hati ni..nak jadikan negara berpendapatan tinggi konon gaji PA x tinggi pun..

mr. b.o beepee berkata...

X PAYAH LAH ADA BONUS .... nanti tiap2 tahun asyik nak mintak je.... bosan.... apabila mengharap tak dapat.... buat aje tiap2 4 minggu dapat gaji......senang cerita.... seolah2 kita dah dapat bonus tiap tahun... takyah asyik nak mintak2 aje tiap2 tahun..... penat dan menyampah....

Tanpa Nama berkata...

NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI YANG DICANANGKAN OLEH PM HANYA UNTUK KAKITANGAN SWASTA SAJA! SETUJU????????

KESIAN PA.........

Tanpa Nama berkata...

NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI YANG DICANANGKAN OLEH PM HANYA UNTUK KAKITANGAN SWASTA SAJA! SETUJU????????

KESIAN PA.........


saya setuju 110%!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

memang setuju.. kita PA yg menjadi mangsa untuk menunjukan bertapa kerajaan mendahulu kan rakyat sehingga tunjukan kepada Malaysia dia tak menyebelahi kakitanganya sendiri demi rakyat. tapi dorg senang lenang makan gaji besar, belanja sana belanja sini.. Kita PA bawahan ni yg kebuluran dan di ketawakan org.. kesian...

Pemegang Amanah berkata...

Ramai yang marah rupanya. Kesian, marah bila dikatakan minta sedekah.

Berapa lama tuan2 keje swasta?

Bonus swasta dibayar atas pencapaian dan ada tapisan yang lagi hebat dari LNPT yang penjawat awam lalui.

Bonus swasta diberi ikut kelayakan bukan Union mintak macam CUEPACS buat.

Kalau duduk bawah tempurung tak payah nak cakap hal-hal luar tempurung.

Tanpa Nama berkata...

JANGAN CUMA PDI CAKAP JA PARA CUEPACS N BN TUNAIKAN LA KLU MASI MAU PEGANG TAKTAH

Tanpa Nama berkata...

Pemegang Amanah berkata...
Haji omar dan kuncu2nya takde lain mintak bonus. Teruk sangat ke PA sampai kena mintak sedekah? Cuba jaga maruah kita sebagai PA. Mejoriti PA adalah Melayu. Hina sangat ke Melayu kena mintak sedekah?

Kalau kerajaan bankrup, Haji omar dan kuncu2 bertanggungjawab

>>
klu lu tak mau lu punya bonus bagi ngan org lain pdi cakap klu di bagi ko telan juga nanti kaki ngampu betul

Tanpa Nama berkata...

gaji di naikkan n bonus sebulan bonus tahun 2020..berakarlah kau org..ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

Pemegang Amanah >> kalo rasa tak nak bonus tu bagi la kat saya yg memerlukan nie.. nanti saya bagi no. akaun saya. tak payahlah sampai mengutuk org di bawah tempurung.. tak semua org terima pendapat ko.. sedangkan kat parlimen lg bertikam lidah apatah dalam blog mcm ni.. kalo dah rasa hidup tu senang sedekah je.. bonus tu saya nanti.. apa mcm??

Tanpa Nama berkata...

pengumuman.. sertakan nama n akaun anda.. bagi kemasukan bonus.. dari pihak petronas..sime darby..guthrie and genting..untuk maklumat lanjut..sila hubungi cuepacs n jpa sdn.bhd.. tq..

Tanpa Nama berkata...

kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....kita akur....akhir tersungkur...macam terkukur asyik angguk sj...

Ceupacs Wayang berkata...

CEUPACS MAIN WAYANG GAMBOR.....

Pemegang Amanah berkata...

Tanpa Nama berkata...

..tak payahlah sampai mengutuk org di bawah tempurung..

Selasa, Jun 21, 2011 8:33:00 PM


Terasa ke? Kalau terasa bukan salah saya. Ramai yang pandai banding kerajaan dengan swasta tapi tak penah pun keje atau terlibat ngan orang swasta.

Pikir jauh sikit. Jangan pikir apa yang ada dalam tempurung kepala je.

Selamat Berkerja...

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa ada baiknya gaji dinaikkan dulu sbb kita kena fikir jangkamasa panjang. Bonus penting gak cuma kita kena fikir keperluan setiap bulan yang sedang dihadapi oleh rakyat jelata...kalau asyik nak bantu negara luar bagaimana lah nak bantu rakyat sendiri yang mati kebuluran.

Tanpa Nama berkata...

Pikir jauh sikit. Jangan pikir apa yang ada dalam tempurung kepala je.

memang la kena pikir apa yang ada dalam tempurung kepala je sbb itu yg perlu di pikirkan setiap hari... klu PA sokongan ada yang hidup susah ada kau nak bantu?????? tak payah la nak sombong sngt apabila bercakap mcm pendapat kau sorang je yg betul... klu rasa bonus tu tak penting untuk hg pi main jauh2 tak payah nak menyibuk kat sini...

Tanpa Nama berkata...

..klu rasa bonus tu tak penting untuk hg pi main jauh2 tak payah nak menyibuk kat sini...

Emo la tu. Kalau rasa saya salah, bidas la hujah saya. Tak payah la merajuk.

KALAU NAK MENYAMPUK SILA BACA DARI POS YANG PERTAMA

Tanpa Nama berkata...

BONUS,,,,? tunggu la bln oktober nanti mesti tetibe je ekonomi jadi merosot,,so kerajaan kene berhemah dalam berbelanje,,pas tu awal tahun 2012 ekonomi betambah baik,,pelaburan asing berbilion ringgit,,menteri hidup senang lenang,,hidup BE END,,,,

Tanpa Nama berkata...

salam.. secara profesional serta seorang yang intelektual, saya berpendapat bahawa selayaknya PA kumpulan sokongan di naikkan pangkat serta di naikkan gaji berdasarkan pengalaman serta kepakaran mereka yang berkhidmat dengan kerajaan puluhan tahun. Walaupun mereka tidak mempunyai Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya, pengalaman mereka sudah memadai dan perlu di ambil kira, kita lihat sahaja di sektor swasta pengalaman adalah keutamaan kenaikan pangkat dan gaji sehingga layak ke tahap tertinggi seperti jawatan pengurus besar atau sebagainya. Dunia sudah berubah ramai PA memiliki Ijazah,master serta ada di kalangan mereka menyambung pelajaran ke peringkat Phd amat menakjubkan tapi sayangnnya kerajaan tidak ambil pusing dan peduli akan kepakaran mereka melalui pengalaman serta kelulusan yang mereka milikiuntuk di naikan pangkat. Mereka adalah aset yang paling bernilai boleh berkerja tanpa arahan. Kebijaksanaan mereka serta kawalan emosi semasa melakukan kerja mewujudkan satu suasana kerja yang sentiasa berkualiti dan dapat meningkatkan produktiviti negara. Ini menjadikan mereka sentiasa di cemburui oleh pihak atasan kerana kebolehan mereka berkomunikasi dengan orang awam dan kakitangan lainnya dengan begitu cemerlang sekali berbanding dengan pegawai-pegawai yang baru di lantik, di mana sentiasa bermasalah dengan urusan kerja harian. Sekali lagi ingin saya tegaskan PA kumpulan sokongan selayaknya di berikan kenaikan gaji, pangkat dan bonus tahunan. wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Emo la tu. Kalau rasa saya salah, bidas la hujah saya. Tak payah la merajuk.

KALAU NAK MENYAMPUK SILA BACA DARI POS YANG PERTAMA

Rabu, Jun 22, 2011 5:56:00 PM

sbb dah baca komen ko dr atas la yg buat aku emo tak tentu pasal ni.... malas nak berhujah dngan org yg pikir hanya diri dia je btul and pendapat dia sorang je yg bleh pakai...meroyan la sorang2 ngan hujah2 "BERNAS" ko tu... adios...

coolman berkata...

memang lah kena minta sebab kerajaan tu majikan kita...sama juga dengan pekerja swasta depa pun ada minta bonus juga...cuma yg membezakan nya ialah majikan kita kerajaan dan majikan swasta c.i.m. jadi tak timbul lah seperti peminta sedekah . lagi satu .. bila majikan kita kerajaan terpaksalah kita meminta secara terbuka dimedia2 .. jadi semua umum tahu tu yg kecoh tu...x tahulah depa tu jelous ke atau saja nak menyakitkan hati pa semua...harap2 jgnlah ada perasaan iri hati macam tu kita semua manusia sama2 ingin hidup aman dan senang..insyaalah..amin

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

bro..lulusan poli dah tak laku beb..U dah berlambak skg nie..SPA n JPA dah tak minat student poli.. sedar diri sikit..

Tanpa Nama berkata...

kita tengok dan lihat, tak kan hari2 asyik nak pakai baju yg sama je... Nak try pulak pakai baju baru, entah2 baju baru lg okey...