SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Jun 2011

LABELKAN BARANGAN BERSUBSIDI


AHMAD Maslan (tiga dari kiri) hadir pada perasmian Seminar Tranformasi Penjawat Awam di Auditorium Sirim, Shah Alam, semalam.

Utusan Malaysia
10/6/2011



SHAH ALAM 9 Jun - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya setiap produk yang disubsidikan oleh kerajaan diletakkan label seperti tulisan bercetak atau pelekat.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan rakyat sedar bahawa beberapa barang keperluan yang dibeli menjadi lebih murah kerana diberikan subsidi oleh kerajaan yang sentiasa prihatin dengan mereka.

''Saya akan cadangkan perkara ini kepada kementerian terbabit dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat lebih menghargai subsidi yang telah diberikan kerajaan itu.

''Rakyat selama ini bukannya tidak mahu berterima kasih kepada kerajaan, tetapi mungkin mereka tidak tahu kerajaan telah menyediakan subsidi yang begitu banyak untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Penjawat Awam di Ibu Pejabat Sirim di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan; Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Institut Perkembangan Minda (Minda), Datuk Salamon Selamat dan Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Ahmad berkata, kerajaan akan meneruskan amalan pemberian subsidi selagi ia dapat memberi manfaat kepada rakyat.

''Pemberian subsidi kepada rakyat adalah kebijaksanaan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana negara lain tidak ada pemberian subsidi seperti yang kita berikan.

''Ini sekali gus menjadikan barang-barang di negara ini jauh lebih murah berbanding negara-negara jiran," katanya.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

confuse la..sapa dia menteri hal ehwal pengguna??..tima kaseh la Dtk Ahmad Maslan beri subsidi..lpas tu yang nak ditampal kat pembungkus barangan tu free ke ??..last2 kami pengguna gak yang kena bayar...hmm..naik lagi harga...penin-penin...

Tanpa Nama berkata...

punyalah lantang cuepacs bersuara diluar...tapi dialam maya ...hosting sendiri pun tak ada...beli laa domain beb...hahaha...patut lar gaji minima 900rm pun x dapat...BN tak bole harap

Tanpa Nama berkata...

tu la pasal, buat label tu pun kos jgk tu..mesti harga barang pun naik.kos nak cetak label, pelekat label..ke datuk Ahmad Maslan sendiri nak pelekat label subsidi kat barang2 secara sukarela tanpa bayaran...?

Tanpa Nama berkata...

Apalah Mod blog ni masukkan isu yang sama 10 dan 12 jun 2011. Bagilah topik yang lain plak

Tanpa Nama berkata...

apa kata ASTRO pon disubsidikan..dengar kata julai nie nk naik lagi harga pakej..

Tanpa Nama berkata...

betul kea..kami PA ada master ekonnomi.. bukti dan faktanya tak lengkap.. tak boleh di percayai..!!cakap boleh la..

Tanpa Nama berkata...

bayangkanlah wahai yang bertanggungjwab...harga barang setiap hari semakin meningkat.. ini bermakna kos sara diri pun semakin meningkat.. dimana kefahaman anda berkenaan dengan keperihatinan kepada rakyat... cuba terangkan dekat kami semua penjawat awam. minyak dah berkali2 naik, gula dah berkali2 naik, bahan binaan rumah dah berkali2 naik, ayam jangan la cerita, berpuluh puluh puluh puluh puluh kali naik. lain la klu gaji naik ikut harga ayam. tapi kerajaan x de pembaharuan. nak naikkan harga barang kat malaysia ni x perlu la pilak meeting sana sini, bawak ke kabinet la....tapi nak naikkan gaji penjawat awam tggu penjawat awam ni pencen sempat pencen baru nak naik. mcm nak beli kapal selam proses dia. nak kene tunggu pilihanraya baru nak bagi gula2 pru.....apa sebenarnya yang nak dibuat oleh kerajaan ni....x paham la aku. nak kata kerajaan nak mansuhkan subsidi, bukan sekali kerajaan buat, dah berkali2...tapi kesudahannya orang2 atasn yang berkereta besar....yang bawahan tetap naik motor..bila x cukup duit jual motor naik bas pulak..... mmmmmmmmm nyahla.....

Kamariah Youb berkata...

kami mewakili 90% PA menyokong penuh kepimpinan YAB PM kita agar terus memacu negara kearah pertumbuhan bertaraf dunia.

Kita usahlah percaya kepada dongeng yang dilaung2kan pembangkang mengenai kenaikan harga, ianya berlaku di seluruh dunia tetapi hanya berlaku sikit sahaja di Malaysia, bukti BN memang amat layak memerintah

Tanpa Nama berkata...

Join F&N's double Ooomph Contest and stand a chance to win two Peugeot 207s! You could also Spread the Ooomph and win 2X iPad 2 and other great prizes! http://fnndoubleooomph.com.my/home.php?fnnid=100001615640798

Tanpa Nama berkata...

kami mewakili 90% PA menyokong penuh kepimpinan YAB PM kita agar terus memacu negara kearah pertumbuhan bertaraf dunia.

bole caya ker 90 peratus sokong najib??

Tanpa Nama berkata...

Yang sokong itu adalah manusia tahap BANGANG TEGAR

Tanpa Nama berkata...

Yang TAK sokong itu adalah manusia tahap BeNGoNG TEGAR

hamba berkata...

kan bagus jika kerajaan letak label berapa harga asal barangan, cukai dan subsidi yg dikenakan kepada rakyat pada setiap apa jua barangan. cth keta: hrga asal rm20k, cukai kerajaan rm30k dan subsidi kerajaan rm1k...dgn ini, rkyt bole menilai siapa yg d'dahulukan dan siapa yg d'utamakan.

Tanpa Nama berkata...

itu la nak sgt keje gomen.. gaji kecik.. mulalah bising gaji tak naik.. tgk kite org relax jea.. bulan-bulan masuk ribu-ribu.. keje sendiri da n glc gaji besau..

Tanpa Nama berkata...

patutnya blog ni tak yah nak masukan cerita subsidi....nampak dah mengarut

adik berkata...

lawak la

Tanpa Nama berkata...

sedihnye aku.. aku ade 8 org anak (rendah,menengah dan universiti).. tgk anak-anak aku pendidikan tak berapa sempurna.. tak dpt hantar tuisyen, pakai buku rujukan lame, belanja sekolah 50 sen jea ke sekolah, pakaian sekolah dan kasut dah 3 tahun tak berganti, kadang-kadang tak ke sekolah tak de duit tambang bas, baju raye pakai 4 tahun lepas punya baju raye.. selamat hari bapa.. ucapan dari anak-anakku walaupun aku bapa yg tak dpt menunaikan tanggungjawab sbg bapa mithali.. amin..!!!