SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Jun 2011

ISU KETUA PENGARAH JKR JEJAS KREDIBILITI PERKHIDMATAN AWAM - CUEPACS

Bernama
30/6/2011


IPOH, 30 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpendapat kemelut jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya telah menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam dan perlu diselesaikan segera, kata presidennya Datuk Omar Osman.

Beliau berkata isu berkenaan telah turut diheret ke Parlimen baru-baru ini dan CUEPACS sangat terkilan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam.

"Untuk itu, kita sedang mengatur pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menyelesaikan isu tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmi mesyuarat agung Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di sini.

Omar berkata selain beliau, lima kesatuan sekerja lain akan menyertai perbincangan itu bagi membolehkan semua pihak bertukar-tukar pandangan dalam usaha mencari jalan penyelesaian isu kontroversi itu.

Isu berkenaan tercetus apabila Ketua Pengarah JKR, Tan Sri Judin Abdul Karim tidak bersetuju dengan arahan bertukar ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) manakala tempatnya diisi oleh Timbalan Ketua Pengarah JKR Datuk Mohd Noor Yaakob berkuatkuasa 1 Mei lalu.

-- BERNAMA

5 ulasan:

Otak Kuning berkata...

Aku cukup malu. Malu semalu-malunya di atas sikap KSN yang suka membuat keputusan membuta tuli tanpa merujuk kepada 3 pihak berkenaan.
Dr. Ir Judin merupakan Ketua Pengarah yang mempunyai kredibiliti yang tinggi kepada warga Kementerian Kerja Raya Malaysia dan mempunyai rekod yang paling bersih di antara Ketua-ketua Pengarah Kerja Raya selama ini.
Inikan pula Ketua Pengarah, KSN boleh buat keputusan sesuka hati. Setakat jawatan pemandu, pembantu tadbir, Juruteknik, Jurutera, Jurutaip, Tukang Kipas dan sebaginya jangan haraplah kebajikan anda terbela.
Semua keputusan ditangan KSN (KERAJAAN BARISAN NASIONAL)!!

Tanpa Nama berkata...

AKU TAK FAHAM JALAN CERITANYA. APA PUNCA EKK??

Bewok pasir berkata...

"Mohon Cuepacs Bantu berkata..."
Ini orang memang dah sah otak dia biol, semua topik dia copy paste dia punya cerita! chedett, yennaalleee, pooodah! Chitt.

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

USAHA kami Barisan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi takkan berhenti disini.

Harap Maklum

Cuepacs dengarlah rintahan hati kami

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat gred kumpulan juruteknik kecewa, bab elaun pun JPA terlalu berkira. Contohnya:

PA
Tempat bekerja: di pejabat berhawa dingin.
Risiko: Dimaki oleh client di telepon sblm bercakap dgn bos

Elaun yg diberi:
a)elaun mengurus (kononnnya elaun
kna maki hamun sblum client
berckp dgn bos)
b)elaun trengkas - kecekapan
mengambil data dari bos (
diperolehi di semas pengajian)
c)elaun bahasa inggeris- lulus
ujian b. inggeris

Juruteknik
Tempat bekerja: Di tapak2 pembinaaan jalan, tanah runtuh,jambatan,bangunan, fly -over & segala jenis pembangunan.

Risiko: Kecederaan fizikal jika berlaku musibah, kemalangan dlm perjalanan pergi dan balik ke lokasi, di ancam, diugut oleh kontraktor.

Elaun: Tiada

Juruteknik juga boleh berbahasa inggeris, istilah2 kejuruteraan dlm bahasa inggeris. Juruteknik terdedah kepada risiko di maki hamun oleh kontraktor. Di ancam dan diugut.

Juruteknik juga memperolehi pengetahuan ttg kejuruteraan semasa tempoh pengajian.

JPA membutakan mata, sbb yg nampak di mata PA yg tak lekang dari make up di depan mata di dlm pejabat. Pihak JPA tak pernah tengok kerja2 Juruteknik di lokasi.