SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 November 2011

ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERLU BERFIKIR DI LUAR KOTAK KEBIASAAN - KSN

Bernama
2/11/2011



SEREMBAN, 2 Nov (Bernama) -- Penjawat awam diingatkan supaya membudayakan pemikiran di luar kotak kebiasaan dan mereka perlu mempunyai kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti dalam menyampaikan perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata hanya dengan cara ini, penjawat awam akan sentiasa berada di depan dalam usaha meningkatkan daya saing serta memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan unggul.

"Kemajuan dunia masa depan akan diterajui oleh kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti seperti yang telah dibuktikan oleh pengasas Apple Steve Jobs, yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai 'Leonardo da Vinci' era moden.

"Idea dan keunikan dibantu oleh kecanggihan teknologi merupakan wahana utama dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam peringkat kebangsaan ke-28 di sini Rabu malam.

Sidek berkata anggota perkhidmatan awam perlu terus "berkarya" dengan inovatif dan kreatif bagi "menghadiahkan" pelanggan mereka suatu pengalaman yang menggembirakan apabila berinteraksi dengan pegawai dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata penjawat awam juga perlu memberi "kejutan gembira" kepada pelanggan dengan hadiah perkhidmatan yang responsif, mesra, cekap serta mudah yang berteraskan ketelusan dan integriti.

Sidek turut mengingatkan penjawat awam agar tidak "lena diulit mimpi" dengan menganggap telah berjaya melaksanakan peranan sedia ada kerana perkhidmatan awam boleh "rebah" akibat kelalaian dan sikap berpuas hati itu.

-- BERNAMA

4 ulasan:

2bz4money berkata...

Mereka yang kreatif adalah yg suka menyelesaikan 'masalah' dgn cara efektif, efisien dan ekonomi. Yg malas utk berfikir, ambik jalan mudah je iaitu 'outsource'. Akibatnya prinsip 'best value for money' gagal dipraktik sepenuhnya oleh bbrpa jabtn krjn. Mereka hanya kreatif di jalan salah iaitu makan rasuah dan tidak jujur dalam mengurus kewangan krjn.

Tanpa Nama berkata...

Yang gaji besar mudah didekati rasuah kerana dialah membuat keputusan, periuk besar kerak pun besar dan dialah yang dapat kenaikan gaji lebih.Fikir fikirkan lah.

Tanpa Nama berkata...

"..I SEGAN NAK JUMPA PM"..."I SEGAN NAK PERJUANGKAN NASIB KAKITANGAN AWAM"....di luar kotak sangat le tu KSN oooiiii....

Tanpa Nama berkata...

kalau org bwahan yg pikir luar kotak...org atasan pikir dalam kotak ke atau xpikir?????
yg dpt nama pun org atas,yg gaji naik byk pun org atas...
xsesuai la KSN...