gm-ukm.blogspot.com
16/11/2011
Kecoh seketika apabila isu jumlah kakitangan kerajaan sama ada di persekutuan dan pentadbiran negeri dikatakan terlalu ramai sehinggakan terdapat usul untuk mengurangkannya oleh seorang Ahli Parlimen baru-baru ini.
Permis pertama, bilangan penduduk negara kini mencecah hampir 28 juta orang dan daripada maklumat sumber JPA, kakitangan awam kini mencecah 1.4 juta orang; Itu adalah fakta. Bukan menjadi pertikaian lagi.
Premis kedua. Saban tahun kakitangan awam ditambah, dan saban tahun akan berlaku kenaikan gaji dan imbuhan bonus kepada mereka; kos yang amat tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Terbaru dalam Bajet 2012, pihak kerajaan mengumumkan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimum lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Malah usia wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kewajipan pihak kerajaan
Tapi itu bukan isunya. Memang menjadi kewajipan sesebuah kerajaan perlu malah wajib menjaga dan membela kebajikan kakitangan mereka.
Isunya di sini nisbah antara jumlah kakitangan awam dan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia membawa kepada 1:20, satu angka yang agak besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Isunya juga di sini, bagaimana pihak kerajaan mahu memastikan rakyat Malaysia yang di luar penjawat awam turut terbela ?
Guru 400 ribu, polis-tentera 200 ribu
Di negara kita, bilangan guru-guru sahaja sudah menjangkau 400 ribu orang, ditambah pula dengan bilangan polis seramai 100 ribu orang, ditambah lagi dengan pasukan tentera seramai 100 ribu orang, bilangan ini telah menduduki separuh daripada bilangan kakitangan awam yang lain.
Harus difahami isu di sini, 1.4 juta orang kakitangan awam adalah meliputi kakitangan awam yang berada di peringkat kerajaan negeri serta kerajaan tempatan. Faktanya adalah memang benar kakitangan awam kita ramai, sebuah organisasi yang menggelembung besar (big fat in small bottle).
Antara salah satu faktor berlaku limpahan 'gelembung besar' itu kerana banyak jawatan dan fungsi yang bertindan berlaku antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan. Berlaku masalah bertindan dari segi struktur dan fungsinya ataupun tugas yang berulang.
Contohnya jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Asas Tani, banyak bertindan dengan fungsi jabatan-jabatan pertanian di bawah pentadbiran negeri yang menjadikan asas tani sebagai komoditi seperti negeri Kedah, Kelantan dan Perlis. (MADA, KEDA, KESEDAR)
Apa yang dikemukakan Ahli Parlimen tersebut yang mahu kurangkan jumlah kakitangan awam itu, mungkin dialu-alukan oleh rakyat marhaen, sebaliknya kakitangan awam pula yang merasa tidak senang dengan cadangan tersebut. Justeru atas sebab itu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dengan mudah membidas kembali cadangan tersebut sehari selepas cadangan tersebut dikemukakan.
Harapan mahasiswa
Di peringkat mahasiswa, yang mungkin sebilangan bercita-cita ingin bekerja di sektor awam, amat mengharapkan isu ini, sama ada mahu menambah dan mengurangkan kakitangan awam tidak sepatutnya dijadikan bahan politik antara ahli parlimen, dengan memanipulasi permainan angka dan bilangan tersebut dijadikan isu.
Sebaliknya yang lebih penting adalah menyelesaikan organisasi dan struktur serta fungsi kakitangan awam yang bertindan itu atau tugas yang berulang itu sama ada mahu dibaiki atau tidak, perlu dilakukan dalam perhatian serius dalam kadar segera.
Atau sekurang-kurangnya bagi kami mahasiswa yang mungkin 'tidak berkesempatan' memasuki sektor awam, pihak kerajaan wajar menyediakan ruang dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan komposisi dan kapasiti seorang graduan Universiti.
39 ulasan:
bagaimana pula pada pekerja kontrak/sambilan yang pernah bekerja di sektor awam yang tiba-tiba kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan bila diberhentikan begitu saja tanpa ada pampasan, ada yang berkhidmat dgn sektor awam lebih dari 5-10 tahun lebih-lebih lagi untuk mendapatkan pekerjaan baru amat susah..
Sebenarnya dalam bajet 2012, PM ada menyebut megenai hal ni, cuma disebut secara lembut. Kakitangan awam yang bermasalah dan prestasi rendah di minta "keluar"
Mahasiswa kena pk jadi usahawan. Jgn harap makan gaji. Ini tdk seorg mahasiswa usahawan, 1000 mintak kerja makan gaji...mahasiswa yg perlu berubah...faham??
By anti-kapitalis
kurangkan bilangan guru... dah melambak2.... kalo tak caya tanya bank rakyat...hahahahaha
saya mesti pilih.......
Memang betul PA sudah terlalu ramai dan tidak perlu lagi pertambahan PA . Boleh juga kurangkan belanjawan negara ! Dpt kurangkan hutang Malaysia yang mencecah 400 billion lebih tu ! Gunakan PA utk buat multitasking aje ! Jabatan yg terlalu ramai PA tarik ke jabatan lain !
di tempat kerja sahabat aku, dtg kerja cuma buat kerja tak sampai 1 jam sehari. Gaji ribu2.
mampus2 .. gaji buta. bukan seorang tetapi 15 belas orang bro., TAK CAYA? boleh call aku ... dtg dan lihat sndiri tempat mreka brtugas..
kamu kiralah .. +-rm3k x 15 = rm45k sebulan.!!!! wang rakyat melayang ...
bagaimana pula pada pekerja kontrak/sambilan yang pernah bekerja di sektor awam yang tiba-tiba kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan bila diberhentikan begitu saja tanpa ada pampasan, ada yang berkhidmat dgn sektor awam lebih dari 5-10 tahun lebih-lebih lagi untuk mendapatkan pekerjaan baru amat susah..
------------------------------------
itu adalah adat pekerja kontrak saudara..perkataan TIBA-TIBA kehilangan pekerjaan tidak boleh digunakan dalam hal ni...bukannya ari ni kerja esok baru dapat tau kontrak tidak disambung..itu baru bole dikatakan tiba2..sekurang2 nya 1 bulan seseorang itu akan diberitahu kontrak tidak akan disambung..persoalannya disini pekerja itu sendiri seakan2 tidak dapat menerima kenyataan bahawasanya kontrak mereka tidak disambung..
Mengenai pampasan yg saudara nyatakan..jika saudara pekerja kontrak..saudara seharusnya tahu..
bahawa pampasan/saguhati diberi oleh kerajaan setiap kali pekerja tersebut menamatkan tempoh kontraknya..bergantung pada basic..
zahar_UPM
kakitangan awam perlu ditambah setiap tahun....bagi saya penjawat awam tidak terlalu ramai mala perlu penambahan, kerana setiap tahun terdapat pengurangan kakitangan awam diantaranya:
1.yang bersara (pencen)
2.yang dibuang kerja kerana tatatertib
3.yang berhenti kerana kesihatan
4.yang meninggal dunia
5.yang berhenti secara sukarela
so..kakitangan awam sentiasa berkurangan...maka mohon spa sentiasa buat pemgambilan...
28 juta tahun ni...tahun depan ++ beranak beranak..naik 29 juta...rakyat negara kita akan bertambah padat...macam indonesia dan china...tapi masalahnya negara kita kecil....
oleh itu setiap mereka ini perlu pekerjaan dan pembangunan ekomomi yang semakin maju dan seimbang...
tanah pertanian perlu dimajukan..sebagai sumber bahan makanan yang semakin diperlukan...
siapa ada tanah..kayalah...biarpun tanah kampung...bagi yang duduk bandar..kesian ooi..duduk teres dan flat kalau tak de kerja..aduii..merana hidup...kalau yg tinggal kat kampung boleh lagi cari makan....
kita perlu ingat rakyat kita semakin bertambah banyak setiap tahun...oleh itu...rakyat perlu bijak mencari peluang keusahawanan...tak le dah harap kerajaan bagi makan gaji.....
sebab itu kita perlukan rakyat kita sentiasa produktif....
tak heranlah jejaka2 awek2 PA semakin laku...mamber aku merisik awek PA hari tu kerani je..hantaran dah dekat rm20 ribu...ni belum gred pegawai lagi...heheh borak kosong je
Fakta PA terlalu ramai x perlu dipertikaikan lagi. Langkah 'right sizing' akan dilaksanakan melalui SBPA. Seterusnya aliran masuk/keluar perkhidmatan awam akan lebih terkawal, produktif dan penggunaan secara optimum dan berprestasi tinggi. Lihatlah, transformasi sedang dilaksanakan..
sepatutnya PA ditambah lagi ke 2 juta bagi memikirkan jangka masa yang panjang dengan peningkatan kapasiti rakyat malaysia..
penjawat awam terlalu ramai, ye ke? guru tak cukup polis tak cukup, tentera tak cukup, doktor tak cukup semuanya tak cukup. mana pulak tarlalu ramai??? penganggur ramailah.. adakah kerajaan nak tambah lagi penganggur kat malaysia ni???
SBPA- Sistem/Senang Buang Penjawat Awam....
SBPA- Sistem/Senang Buang Penjawat Awam
pada saya orang yg komen bil guru tlalu ramai dan patut dikurangkan itu adalah org yg ada otak tp xda akal...
Adakah patut buat cadangan mcm tu?? tak fikir ke nisbah guru dengan murid dan kelas sekarang? 1 kelas ada yang mencapai 35-40 org murid, ingt senang ke nak handle semua tu? kebanyakan masa mgajar akan terganggu dengan karenah murid2 yang ramai, apatah lg klu melibatkan kelas2 belakang yg rendah pencapaian akademiknya... So, pada yang fikir senang je kerja cikgu ni, aku pun boleh buat... pergilah ke sek anak2 tuan/puan dan tengok sendiri keadaannya macam na..klu lg brani cuba minta dengan cikgu (mana2 guru) yang sanggup tukar kerja dengan tuan/puan(saya pasti ramai guru yang sanggup) let say utk seminggu saja, kita tengok macam na jdnya nnti...Boleh tahan ke tidak buat tugas cikgu kat sekolah......
ni klu makin byak PA spe yg nak byar gji PA t, dah ler mtk naik gji, elaun, bonus besar2... hrp pikir2 lah klu PA ramai gler...berhutang r kerajaaan t... silap ari bulan thun2 akan dtg nak naik gaji, elaun, bonus pun x dapat... bis tu nak cover PA yg lain pnyer pasal r...
Nampaknya persaingan untuk memasuki perkhidmatan awam makin sengit,bila mana jumlah graduan yang keluar saban tahun makin meningkat.
Bilangan PA pula dah mencecah 1.4 juta.Salah satu sektor yang perlu diberi perhatian adalah sektor kesihatan yang mana nisbah PA dgn bil penduduk 1:20 tidak boleh terpakai untuk menilai jumlah kakitangan kesihatan terutama frontliner seperti Pegawai Perubatan,Penolong Pegawai Perubatan ,jururawat,atendan kesihatan dan pembantu tadbir.
Keadaan ini amat ketara di Pusat kesihatan dan klinik serta hospital yang tidak menggunakan computerized seperti Hospital Kuala Lumpur.
Pen Pegawai Perubatan atau HA yang bertugas di klinik ada yang kena rawat sampai 200 pesakit sehari bila ada rakan sekerja yang berkursus atau cuti.
Begitu juga jururawat yang terpaksa bertugas menjaga bilangan pesakit yang terlalu ramai,sehingga ditambah canvass bed dalam wad selagi masih ada ruang.
Harap dapat ditambah bilangan doktor,Pen Pegawai Perubatan dan jururawat...dan ganjaran yang berpatutan dan sama adil patut diberi kepada ketiga tiga jawatan ini memandangkan ketiga tiganya saling memerlukan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
Jangan la bila bab naik elaun doktor dan jururawat saja yang selalu dapat...Penolong pegawai perubatan macam tak nampak..
Ataupun bila bab hapus atau kurang elaun ,Pen Pegawai Perubatan saja yang disebut....Mereka memainkan peranan penting,cuma tugas mereka sedikit tenggelam kerana tugas mereka merangkumi tugas doktor,jururawat,ataendan,pentadbirdan apa saja yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
Cuba kalau tiada mereka ....baru tahu penting ke tidak mereka.
Ada Pengarah hospital yang selalu melakukan tindakan yang demoralized Pen Pegawai Perubatan.Dan tidak dinafikan juag ada yang sangat menghargai sumbangan mereka....Terima kasih kepada yang menghargai.
Kami perlukan penghargaan dari pihak atasan agar kami boleh memberikan yang terbaik bersama pasukan sekerja kami.Sama sama berkongsi ganjaran,sama sama berkongsi susah senang demi kebajikan pesakit.
bile kerajaan stop pengambilan PA baru...ramai la yg mengeluh...ramai gak mahasiswa yg mengutuk kerajaan sbb x tawar kn peluang kerja....n bile kerajaan xsmbung kontrak yg dh abis pn kene kutuk n mrh gak ngan rakyat...tp ble kerajaan buka pengambilan n buat pertambahan perjawatan...de gak yg komplen suruh kurang kn...alasan sbb negara kecik la...tu la..ini la...mcm2 org leh ckp...tugas kerajaan membantu rkyat...dgn tawar kn peluang kerja tu slh satu pertolongan...buat slh...xbuat pn slh...nk memuaskn hati 28juta rakyat ni bkn sng...ni la dunia kte...
KURANGKAN PENGAMBILAN GURU... TERLAMPAU BANYAK, MELAMBAK-LAMBAK.. HASIL TAK DA. HABISKAN DUIT KERAJAAN JE...
1.4 PA JUTA DENGAN 28 JUTA RAKYAT.......SEPATUNTA PALING KURANG 2-3 JUTA KAKITANGAN KERAJAAN....
Guru 400 ribu, polis-tentera 200 ribu
Di negara kita, bilangan guru-guru sahaja sudah menjangkau 400 ribu orang, ditambah pula dengan bilangan polis seramai 100 ribu orang, ditambah lagi dengan pasukan tentera seramai 100 ribu orang, bilangan ini telah menduduki separuh daripada bilangan kakitangan awam yang lain.
___________________________________
maak aai polis 100 ribu je,tentera pun hanya 100 ribu...fffuuuhh..bilangan polis perlu ditambah, 100 ribu tak mampu sangat nak kawal 28 juta rakyat...
sekurang-kurangnya jumlah polis 800 ribu..bagi memastikan dapat mengawal keselamatan dengan berkesan.....
tentera pun tak cukup 100 ribu...sekurang-kurangnya 1 juta untuk mengawal ketenteraman awam......
..jika berdasarkan angka kenyataan di atas..nyata sekali bilangan pasukan polis dan tentera masih kurang dan perlu ditambah....
POLIS BANYAK PUN TAK DA GUNA JUGA. MASIH JUGA BANYAK PENJENAYAH D NEGARA KITA NI... KATA TIDAK PADA RASUAH... BETUL KE!!!!!
saya cadangkan tambah polis 10 juta tentera 10 juta guru 10 juta. gaji berjuta juta lemon. juta juta juta..... hahaha
Saya cadangkan.....erk... apa ya....
yaaa.. cadangan saya ialah Pak Oma ko pencenla... bagi orang lain pulak jadi Pesden.
rasuah, salah guna kuasa, mencuri, membunuh, merogol sepatutnya kena buang, tidak perlu disimpan....kalau swasta dah kena buang buat semak je
hahaha...memang pon....buang la kami yang kherja kontrak ni....lambat laun kami akan balas dendam pulak kat kerajaan.....tahulah nasib....
kurangkan je... takda masalah.... KAMI BOLEH, KAMI OK tapi sebelum dikurangkan, kami mintak kerajaan kurangkan majlis rasmi... kurangkan perbelanjaan semasa majlis menteri... masa pilihan raya nanti, biar parti politik yg bergerak dgn duit dana parti politik sendiri (lantaklah BN or PR) bukan dana @ peruntukan agensi dan jabatan... ini berlaku kat jabatan saya yg habis RM500k masa pilihan raya negeri sarawak yg lepas dgn menggunakan jabatan sebagai pengantaraan BN dan rakyat...tu baru satu jabatan, jabatan lain lak mcm mana???? SPR kata abis RM5b tapi sebenarnya lebih dari itu.... masalahnya, duit tu tak diganti langsung... kami di jabatan yg jadi CACAT.... CUPAK nak sangat masuk politik kan... ni REALITY POLITIK.... GUNA DUIT RAKYAT UTK POLITIK....
Nampak ada pihak yang hasad dengan penjawat awam. Rezeki masing-masing. Mintak PA tingkatkan produktiviti dan jangan berkira sangat tentang kerja supaya kurang komplen makan gaji buta. Matlamat kerajaan ialah untuk kebajikan rakyat bukannya untung.
Zee
Dan banyak orang Kelantan yang berkerja di sektor awam... Lebih 40%.. Sepatutnya perlu pengagihan sama rata... Adakah ia disebabkan kroni?
kurangkan jumlah kakitangan awam!!!...lebih lagi guru dan polis......kaitangan awam liabilty besar pada rakyat,,,60-70 billion dibelanjakan setiap tahun untuk gaji dan pelbagai imbuhan pada mereka dan jumlahnya akan bertambah dari tahun ke tahun.....
SEBENARNYA PENJAWAT AWAM DAN ORANG RAMAI TERUTAMA MELAYU HARUS BERUBAH KEPADA BISNES....HANYA BISNES YANG DAPAT MENGUBAH EKONOMI MELAYU....JANGANLAH TERLALU SELESA DENGAN MAKAN GAJI.
SAYA CADANGKAN PIHAK KERAJAAN BAGI PELUANG PADA KAKITANGAN KERAJAAN YG BERTUGAS 10 TAHUN KEATAS SAMADA NAK PENCEN AWAL ATAU SEHINGGA 60 TAHUN...BAGI DEPA PENCEN MCM ORG PENCEN.. SECARA TAK LANGSUNG RAMAI ORG BELIA ATAU MUDA MENDAPAT PEKERJAAN...
DAN SAYA CADANGKAN KALAU ADA YG NAK MENDAPAT PENDAPATAN SEHINGGA 5 ANGKA SEBULAN. MAI JADI WAKIL MAKSAK UNTUK MEMPERKENALKAN KAD PERUBATAN YG SEJAK 2004 TAPI RAMAI YG TAK TAU SEBAB TIADA ORG YG NAK BGTAU...
RM85 SEBULAN UNTUK 1 KELUARGA
SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK 1 ATAU 10 ATAU 20 ORG...BAYAR SAMA JER RM85.
BERMINAT CALL/SMS SAYA
014-3030136 BUDIMAN
https://www.facebook.com/budiman.idris.7
BUDIMAN BIN IDRIS
SAYA CADANGKAN PIHAK KERAJAAN BAGI PELUANG PADA KAKITANGAN KERAJAAN YG BERTUGAS 10 TAHUN KEATAS SAMADA NAK PENCEN AWAL ATAU SEHINGGA 60 TAHUN...BAGI DEPA PENCEN MCM ORG PENCEN.. SECARA TAK LANGSUNG RAMAI ORG BELIA ATAU MUDA MENDAPAT PEKERJAAN...
DAN SAYA CADANGKAN KALAU ADA YG NAK MENDAPAT PENDAPATAN SEHINGGA 5 ANGKA SEBULAN. MAI JADI WAKIL MAKSAK UNTUK MEMPERKENALKAN KAD PERUBATAN YG SEJAK 2004 TAPI RAMAI YG TAK TAU SEBAB TIADA ORG YG NAK BGTAU...
RM85 SEBULAN UNTUK 1 KELUARGA
SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK 1 ATAU 10 ATAU 20 ORG...BAYAR SAMA JER RM85.
BERMINAT CALL/SMS SAYA
014-3030136 BUDIMAN
https://www.facebook.com/budiman.idris.7
BUDIMAN BIN IDRIS
SAYA CADANGKAN PIHAK KERAJAAN BAGI PELUANG PADA KAKITANGAN KERAJAAN YG BERTUGAS 10 TAHUN KEATAS SAMADA NAK PENCEN AWAL ATAU SEHINGGA 60 TAHUN...BAGI DEPA PENCEN MCM ORG PENCEN.. SECARA TAK LANGSUNG RAMAI ORG BELIA ATAU MUDA MENDAPAT PEKERJAAN...
DAN SAYA CADANGKAN KALAU ADA YG NAK MENDAPAT PENDAPATAN SEHINGGA 5 ANGKA SEBULAN. MAI JADI WAKIL MAKSAK UNTUK MEMPERKENALKAN KAD PERUBATAN YG SEJAK 2004 TAPI RAMAI YG TAK TAU SEBAB TIADA ORG YG NAK BGTAU...
RM85 SEBULAN UNTUK 1 KELUARGA
SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK 1 ATAU 10 ATAU 20 ORG...BAYAR SAMA JER RM85.
BERMINAT CALL/SMS SAYA
014-3030136 BUDIMAN
https://www.facebook.com/budiman.idris.7
BUDIMAN BIN IDRIS
KAD PERUBATAN MAKSAK NIE EKSLUSIF
UTK KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA.
DAN UTK PENCEN AWAL 10 TAHUN KEATAS...MINTA KERAJAAN FIKIRKAN MEKANISMA TERBAIK BERAPA PENCEN YANG SESUAI DIBERI....
RASANYA RAMAI YG BERMINAT.... DAN BOLEH KURANGKAN MASALAH PENGGANGGURAN ORAG MUDA ATAU PARA BELIA..
BUDIMAN BIN IDRIS...
KAD PERUBATAN MAKSAK NIE EKSLUSIF
UTK KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA.
DAN UTK PENCEN AWAL 10 TAHUN KEATAS...MINTA KERAJAAN FIKIRKAN MEKANISMA TERBAIK BERAPA PENCEN YANG SESUAI DIBERI....
RASANYA RAMAI YG BERMINAT.... DAN BOLEH KURANGKAN MASALAH PENGGANGGURAN ORANG MUDA ATAU PARA BELIA..
BUDIMAN BIN IDRIS...
014-3030136
KAD PERUBATAN MAKSAK NIE EKSLUSIF
UTK KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA.
DAN UTK PENCEN AWAL 10 TAHUN KEATAS...MINTA KERAJAAN FIKIRKAN MEKANISMA TERBAIK BERAPA PENCEN YANG SESUAI DIBERI....
RASANYA RAMAI YG BERMINAT.... DAN BOLEH KURANGKAN MASALAH PENGGANGGURAN ORANG MUDA ATAU PARA BELIA..
BUDIMAN BIN IDRIS...
014-3030136
dicadangan agar setiusaha -setiusaha ini dikurangkan dan ketua setiusaha dikurangkan ..diminta satu setiusaha dan ketua setiusaha menjaga 5 kementerian
HAJI ISMAIL HAJI SIDI
Catat Ulasan