Bernama
Oleh Ahmad Shukran Shaharuddin
18/11/2011
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Persatuan Pesara Kerajaan Se-Malaysia membidas cadangan pembangkang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam jika mereka memerintah Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya bertujuan menimbulkan suasana kelam kabut.
Presidennya, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata cadangan itu bukan sekadar agenda nakal pihak yang baru mengecap kuasa sebaliknya bertujuan mempolitikkan institusi perkhidmatan awam demi kepentingan sempit mereka.
"Baru dapat kuasa sikit sudah nak buat perkara yang bukan-bukan. Jangan politikkan kakitangan awam dengan isu nak mengurangkan penjawat awam. Penjawat awam profesional dalam tugasnya, mengikut arahan tertentu dan tidak boleh terlibat dengan politik," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau, yang pernah menjadi Pegawai Daerah ketika mula berkhidmat dalam kerajaan sehingga menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Penerangan berkata, penjawat awam tidak seharusnya menjadi mangsa politik.
Wan Mahmood berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Publisiti DAP Tony Pua baru-baru ini yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini kelak dengan mencontohi pelaksanaan di China.
Beliau berkata pelantikan penjawat awam yang baru dikaji secara terperinci oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berdasarkan keperluan dan beban tugas serta keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya.
"Kalau tak cukup dengan keperluan 28 juta penduduk negara kita sekarang, baru ditambah dan bukannya dikurangkan. Jika petugas tidak mencukupi dan sistem penyampaian kerajaan lemah, perkhidmatan awam juga yang akan dikutuk dan dikritik pembangkang. Ini yang kita tidak mahu," katanya.
Wan Mahmood merujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia, jika penjawat dikurangkan sudah tentu beban tugas semakin banyak dan banyak isu yang perlu ditangani tidak dapat diselesaikan, seperti masalah menyeludup masuk dan pendatang tinggal melebihi tempoh.
Akhbar Sinchew Daily pada 1 Nov lepas, melalui ruangan dalam negerinya, melaporkan Pua juga berkata pakatan pembangkang tidak akan menggunakan budaya lama kerajaan memuatkan graduan universiti ke sektor kerajaan.
Pua juga dilaporkan berkata kakitangan awam di negara ini kini berjumlah 1.3 juta orang dengan nisbah 4.6 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berbanding hanya dua peratus di negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea.
Kenyataan DAP itu turut dibidas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, yang dipetik berkata jumlah kakitangan awam negara maju tidak termasuk anggota polis dan tentera, dan ini berbeza dengan Malaysia kerana jumlah berkenaan merangkumi bilangan semua kakitangan awam.
Beliau berkata tidak timbul isu penjawat awam berlebihan, malah masih tidak mencukupi sebenarnya seperti di sektor kesihatan, perguruan dan pasukan keselamatan.
Menurut angka Cuepacs, di Kementerian Kesihatan terdapat kira-kira 250,000 orang penjawat awam termasuk jururawat dan doktor, hampir 500,000 guru dan 200,000 anggota polis serta tentera, yang jumlahnya hampir 1 juta orang, tidak termasuk di sektor-sektor, jabatan dan agensi lain.
Mengulas isu sama, Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor Hamidzun Kharuddin berkata pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanJaya Perkhidmatan Negeri sejak merdeka adalah bukti betapa seriusnya pengasas negara mahu perkhidmatan awam yang profesional, berintegriti serta bebas daripada pengaruh politik.
"Pengalaman diperintah pakatan pembangkang di negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun ini pula memperlihatkan dengan jelas campur tangan politik dalam perlantikan kakitangan awam," katanya.
Beliau berkata kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) awal tahun ini adalah bukti bagaimana rakusnya Menteri Besar Selangor sehingga sanggup mencadangkan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaaan Negeri semata-mata mahu SUK yang dilantik adalah pilihannya.
-- BERNAMA

21 ulasan:
Itulah dia...........baru berkuasa ajer nak buat macam-macam, Negeri sendiri pun masih huru-hara pentadbirannya.
Gerakan Anti Penyelewengan Selangor sepatutnya mengumpulkan MaT Rempit berkonvoi sepanjang Jalan ke pejabat MB sgor untuk mendesak kerajaan Selangor sediakan litar seperti Mat rempit di Pulau Pinang.
Kerajaan pembangkang perlu sentiasa diburuk burukkan agar rakyat kembali memilih BN.Kita perlu cari isu dan cuba buat isu jadi sensasi agar rakyat dapat lihat keburukan pembangkang.
Hanya BN yang boleh perintah Malaysia dengan cekap,aman dan maju.Saya sokong BN selamanya....
Pembangkang selalu cari menggambarkan kita sebagai mewah .tapi mewah itu sebenarnya adalah milik kita dan kita berhak kerana kita berkuasa.Lagipun kita juga ada memberikan rakyat kekayaan negara seperti duit 100 ringgit untuk bantuan persekolahan.
Tak kan pembangkang nak tengok seorang wakil rakyat atau ahli parlimen kita pakai kereta Toyota KE 30 atau tinggal di rumah setinggan baru nak kata kita pemimpin kita berjiwa rakyat.
Bila kita dah berbeza kelas sosial kita layak mendapatkan apa yang kelas kita dapat seperti rumah mahligai seperti istana dan kereta mewah.Tak ada salahnya kita menampilkan kemewahan.Itu tak sepatutnya jadi isu.
Hidup BN.Pastikan kita terus berkuasa.Pastikan rakyat terus sokong kita.Bersama memakmurkan Malaysia.Pembangkang guna agama dan isu keadilan untuk politik,sedangkan apa yang kita buat yang tidak adil,kita ada mahkamah jika tak puas hati.Dalam bab agama ,orang UMNO jiga islam seperti oarang PAS.jadi apa isunya?
Orang penyokong pembangkang tak tahu bersyukur dan patut disisihkan dalam hal pemberian bantuan sebagai hukuman.Negeri di perintah pembangkang sepatutnya disisihkan dari kemajuan..sebagai hukuman terhadap rakyat yang tak tahu bersyukur.
Kenapa senang sangat terpengaruh dengan dakyah pembangkang....Geram aku dengan puak puka ni.
But I still agree with the statement our civil service is bloated ! We can reduce the civil servants this will help the country reduce the its 400 billion debt ! We should think for future of our children ! We must not give them a debted country ! We should request PA to do multitasking ! Stop taking MORE PA !
air liur b....han dah semakin pahit kt selangor ha......kepala dah pusing 360......ada apa lagi yg nak dipusing ke......e2 lahambu apa macam....kpla suda usung ka.....
BERITA TERKINI - TOLONG AMBIK PERHATIAN
Dengan hormatnya merujuk kepada emel yang diterima pada 15 November 2011 dan perkara yang dibangkitkan melalui laman web 1Malaysia.com.my adalah berkaitan.
Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas pandangan puan.
Walau bagaimanapun, sebagaimana diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa MAPPA ke-12 pada 22 Mac 2011, kerajaan sedang mengkaji penambahbaikan kepada Sistem Saraan Malaysia. Kajian semula sistem saraan sedia ada dilakukan secara menyeluruh supaya skim perkhidmatan sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Oleh kerana kajian tersebut turut melibatkan penelitian semula kepada 23 skim perkhidmatan yang memperuntuk sijil Politeknik, maka ia memerlukan kajian teliti yang melibatkan relaviti dan pariti serta prinsip-prinsip saraan yang lain, sebelum kajian dimuktamadkan.
Sehubungan itu, puan boleh menyemak penambahbaikan skim perkhidmatan melalui Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.
Sekian, terima kasih.
Kepada Penyokong Umno,
Kalau kerajaan ingin memenuhi kemahuan sampah masyarakat Mat Rempit semata-mata untuk mendapat lebih penyokong, apa kata kerajaan turut menyediakan tempat khas kepada golongan penagih dadah agar mereka boleh enjoy hisap dadah dengan selesa.
Undi para pelacur pun jangan dilepaskan. Sediakan tempat khas untuk mereka berbisnes.
Kerajaan patut mengurangkan bilangan Menteri-menteri , Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kerana negara terpaksa berhutang dengan IMF sebanyak RM419,704,499,501.23 untuk membayar gaji dan elaun mereka...
saya adalah kakitangan kerajaan, bagi saya memang jumlah kakitangan terlalu ramai, memang patut dikurangkan, komen bukannya menyokong Pua, tapi ini kenyataan !!!, ada kakitangan duduk saja, .. maaf saya menyaksikan hampir 12 tahun berkhidmat di sektor awam, fikir-fikir lah pekerja sektor swasta, persatuan persara kerajaan, lu fikir la sendili apa gua luahkan ....
kami menolak kononnya berlaku lebihan PA. Masih ramai lagi belia2 anak2 ahli Umno masih belum dapat menyertai kerajaan. sepatutnya tidak perlu ditemuduga untuk anak2 ahli Umno, terus serap sahaja selepas SPM dgn gred 27 keatas. ini adalah untuk pastikan hanya org Umno sahaja yang bekerja kerajaan, pembangkang boleh blah. ini bukan negara kamu.
Kami bangga dengan demo di penang menuntut litar. mereka bukan mat rempit sebaliknya anggota kebajikan amal islam. Merekalah pejuang Islam dan Melayu sejati yang wajar dicontohi anak2 muda berikutan keazaman menyokong BN yang kuat.
Rakyat kurang 'demand' di negeri tertentu menampakkan seolah-olah pemimpin tersebut berjaya buat apa yang diingini segenap lapisan rakyat.
Jadilah anggota pertahanan saja. Tunggu je jentolak bersihkan semua perniagaan kita. Kuat ke tidak tahan jentolak tu. Pakat ramai2 demand lain2 supaya jentolak tu sibuk memanjang tak sempat robohkan hak kita.
salam sejahtera Malaysians. pasal apa lu orang bising mau kurangkan Penjawat Awam, pasai apa lu olang bising gaji PA mau naik, Lu olang cakap utang negara la, apa2 la, lu olang takut anak cucu tak dapat makan pasai utang negara banyak,, alow kawan,, lu olang pikir la, wa bagi contoh la, 1.4 juta PA. lu olang tengok cikgu bape ramai, bila gaji cikgu besar, boleh beli keta besar maa, boleh beli Toyota, Nissan, macam2 ma, sapa untung,, itu Edaran Tan C***** juga untung, lu olang untung, boleh beli rumah besar skit maa, sapa itu pemaju,, lu olang jugak maa, PA yang jawatan rendah, gaji naik nanti boleh beli umah maa, umah flat pun sudah kira bagus, sapa untung sini,, lu olang jugak maa, sapa pemaju kat bandar buat umah flat, ramai lu olang jugak maa, lu olang untung. lu olang kira bapa ramai buat bisnes dalam ini negara, lu olang juga maa,, sapa datang beli? olang PA jugak datang lu olang punya kedai,, ada ka PA beli barang kat Thailand or Singapore?? ayooo lu piker la skit kawan, lu kira bapa ramai lu olang bukak kedai motor, suma orang yang kurang mampu mau beli motor utang, lu olang amik interest bapa banyak maa,,, sapa untung,, ada ka PA beli motor kat luar negara,, suma kedai lu olang jugak ma,, Gaji PA naik, lu olang pikir la, boleh beli baju, boleh beli barang2 lebih skit, barang datang dari mana? dari kilang, dan diimport dari luar,, lu olang pikir, sapa punya kilang, sapa pengimport, sapa pemborong???? ramai lu olang jugak maaa... ada ka PA bising mau kasi kulang bisnes lu olang?? talak kan,, man-man la...
wa talak nafikan ada PA yang talak baik, tapi bukan ramai maa,, ayooo,, kita hidup sama2 dalam ini negara,, PA sangat penting dalam memacu ekonomi ini negara. lu orang pikir la,, satu olang PA, ada anak 3 olang anak, 1 bini,, sudah cover 4 orang rakyat Malaysia ma,,, tu belum ada 2-3 bini. haha,, dalam ini negara, bukan 1.4 juta saja hidup sendiri, tapi hampir ¾ rakyat Malaysia ada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan PA seperti, keluarga, perniagaan, komuniti, macam2 lagi maa, tak pa la bagi gaji PA naik or ramai, lu olang tengok jawatan rendah, kerja kadang2 teruk tapi gaji itu jugak maa,, yang malas wa setuju kasi hukuman skit, tapi pasai gaji naik dan jumlah PA,, lu olang jangan bising maa. lu olang tengok kocek sendirik dulu baru lu olang pikir sebelum cakap kawan,, nanti susahhhhhh... hehe peace, no war.
Bodoh lah cuepac melayan benda2 mcm ni..otak letak kat mana..DAP boleh perintah negara ke? Nape? tak konfiden ke BN bleh menang..kalau konfiden BN bleh menang yong dok pi layan statement Pua tu buat pe..yang hantar posting pon sama jgk bodonyer..klu nak berpolitik pergi la page Malaysiakini ke apa ke..engkorang kutuk lah makilah sesama sendiri..tak dak akai..heheh
Nak tanya sikit..ni page parti politik ke page apa? Klu Dato nak jawatan senator sekalipon jgn lah berpolitik dlm kesatuan..letak jawatan masuklah parti politik manamana..ha boleh dapat senator lepaih tu..politik tak kena tempat
aku dah agak dah .. mngidam jadi senator mamak omar niih .. hampeh punya. cuepacs dah jadi parti politik murahannn..
saya amat menyokong sistem SBPA....tq ceupacs and tq umno.
sarina
PAP N1
Mana boleh guna nisbah dalam buat keputusan. Amerika takda pun guna nisbah dalam buat misil nuklearnya. Selagi boleh buat beb.
Guru 400ribu? Banyak tu. Pelajar berapa juta? Paling2 6 juta.
Ada ke patut Polis 80ribu nak digandingkan dengan 28 juta orang? Mana boleh tu. Mestilah termasuk tentera, polis trafik, rela.
Perkataan 'TERLALU RAMAI' tu agak kekampungan lah. Orang kampung lagi cerdik. Terlalu mudah terikut-ikut dengan kata hendak kurangkan PA. Come on lah. Yang penting bukan kuantiti. Tapi kualiti.
Oleh kerana anda mahu buang 15 peratus, anda terpaksa naikkan peratusan minimum exit policy. Kalau semua cemerlang, anda masih tetap mahu buang 15 peratus? Adakah anda akan mula cari salah orang? Jika semua cemerlang, anda mungkin perlu naikkan minimum pencapaian kepada 70 peratus atau 80 peratus.
Tahukah anda bahawa yang memperoleh markah 90 peratus ke atas itu, adakah dapat kerana orang bawahan menolongnya atau kerana dia seorang yang jalankan tugas segala2nya? Adakah orang yang dapat markah 50 peratus itu perlu dibuang terus tanpa menjalani kelas pemulihan dan pembaikan?
Signifikan kepada mengurangkan defisit tu mudah. Boleh di atasi dengan memperbanyakkan nisbah eksport eksport dan kadar keuntungan serta memilih pegawai yang lebih bijak menawarkan harga.
Signifikan kepada pembuangan pekerja itu juga jelas, kerana pekerja yang dibuang akan memberontak dan mungkin kerana markah 50 peratusnya itu disebabkan oleh orang lain atau bidang kecil tertentu yang dia lemah sedangkan dia pakar dalam perkara kecil pada sesetengah orang (MArk adalah pengasas facebook namun orang lain melihatnya sekadar seorang yang tidak mempunyai ijazah)
Mungkin 50 peratus markahnya yang dibuang kerja itu tidak ada dalam bidang yang dinilai tentang keupayaan memujuk atau keupayaan membina laman web contohnya. Adakah semudah itu kita mahu exitkan seseorang pekerja?
Melihatkan fakta "penjawat awam terlalu ramai" ini, bolehlah saya katakan sebegini - wahai peguam dan penganalisis ekonomi, perundangan dan politik sekalian mari kita berganding bahu membantah cadangan ini?
Mungkin anda tertanya2 siapakah yang sarankan penjawat awam dibuang ini. Satu orang? Teori atau bayangan satu orang? Come on lah jangan jadi kurang cerdik.
Ada pihak tertentu yang sokong hal ini, namun pada masa yang sama mereka setuju kata orang yang lemah dalam bidang teori itu sebenarnya pakar dalam bidang praktikal. (contoh: pelajar aliran vokasional)
sukup coretan saya ini. Ingatlah yang pandai itu sedikit, tapi yang bodoh itu ramai. Siapa setuju angkat tangan (tau2 ler)
mmm…I read yours over n over but failed, if I took it as a quality signify d existing civil servants, Malaysia needs more time before it can be dependable. It seems so that’s where we are heading.
masih gak CUPAK ni sibuk hal politik ni... kenapa tak cadangkan kata kerajaan berjimat dengan mengurangkan @ mengecilkan perbelanjaan semasa majlis2 rasmi kerjaan??? asal turun je menteri conform abis RM50k ke RM100k... buat majlis kecil2 sudahlah... majlis "pecah tanah" pun abis puluhan ribu RM... ni cerita kurang penjawat awam dah BASI sbb kerajaan BN sekarang pun tengah berusaha mengurangkan jumlah PA... kami tak BUTA... pada org2 yg marah sgt kat DAP tu, buka mata2 kamu tu tengok apa usaha kerajaan skg melalui SBPA nanti... lawak lah korg ni....
kepada geng2 omar (par makmal) ni cuba ingat Muhyidin cakap apa..HIRE AND FIRE..bukan nak kurangkan PA ke tu?
dah lama BN kurangkan pekerja sektor awam melalui pengswastaan, akhbar dan CEUPACS tak bising pun
sekarang ni BN mengurangkan pekerja sektor awam, rakyat bertambah tapi pekerja tak ditambah, setengah jabatan dikurangkan...
Catat Ulasan