SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 November 2011

KURANG PENJAWAT AWAM IBARAT LANGKAH KE BELAKANG

Utusan Malaysia
6/11/2011



KUALA LUMPUR 5 Nov. – Hasrat DAP untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika dipilih sebagai pemerintah bagi meringan beban kewangan kerajaan adalah satu langkah ke belakang.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sesebuah kerajaan yang baik akan berusaha mencari penyelesaian mengurangkan bebanan kewangan tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.

“Sekiranya mereka takut untuk berhadapan dengan beban, tidak perlulah menubuhkan kerajaan kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mentadbir dan mencari penyelesaian terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Sebagai kerajaan yang baik, sepatutnya mereka (DAP) mencari jalan untuk menambahkan pendapatan negara bagi menampung bebanan yang semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Omar berkata, pengurangan bilangan penjawat awam itu tidak menjamin beban kewangan kerajaan akan berkurangan.

“Kerajaan mungkin akan berdepan dengan masalah pengangguran pula apabila ramai penjawat awam yang diberhentikan,” ujarnya.

Beliau menambah, perbandingan yang dilakukan oleh Pua dengan negara-negara jiran juga adalah tidak sesuai.

“Sistem negara mereka berbeza jadi sudah pasti cara kerja, tanggungjawab sosial dan integriti mereka tidak sama dengan kita.

“Lagipun sektor awam kita sudah diakui berada di tahap terbaik di antara negara-negara Asia dan dunia,” tegasnya.

Omar berkata, ahli politik tidak sepatutnya menjadikan penjawat awam sebagai modal dalam manifesto politik masing-masing.

12 ulasan:

2bz4money berkata...

CUEPACS disarankan melihat semula para 23 & 24, Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/2011 yg menyentuh mengenai kajian saiz perkhidmatan 'rightsizing'. Sekiranya kekurangan perjawatan, digunakan strategi multi tasking atau outsourcing. Sekiranya lebihan jawatan, strategi redeployment dan trade off digunapakai. Namun dalam skim SBPA, spt mana yg dibangkitkan dalam ucapan Bajet 2012, bhwa 'exit policy' digunakan utk mengeluarkan PA yg ingin keluar dari perkhidmatan dan juga tidak menepati kompetensinya. Apakah usul Cuepacs buat gomen, utk menyahkan PA yg berprestasi rendah yg tidak langsung lagi dapat memberi sumbangan kepada perkhidmatan awam? Brapakah bilangan mereka? Wajarkah mereka ini menerima bonus, kenaikan gaji tahunan dan kenaikan pangkat secara automatik. Ibarat seperti menjunjung biawak hidup..

Tanpa Nama berkata...

Bro dalam perkhimatan awam ada penilaian setiap tahun..ada juga PA yang dibuang kerja kerana ponteng kerja atau tidak melaksanakan kerja..jangan ingat PA boleh rasa selamat jika bekerja dengan kerajaan..setiap agensi kerajaan ada ketua masing masing yg memantau prestasi org bawahanya.Awak ingat PA dapat kerja kerajaan duduk zon selamat ke..Tindakan tatatertib atau di halang daripada mendapat kenaikan gaji serta turun gaji dan pangkat adalah antara tindakan disiplin yg biasa dikenakan kepada penjawat awam yang rendah prestasi..jANGAN SUKA SUKA MENGATAKAN KERAJAAN MENANGGUNG BIAWAK HIDUP.AWAK MUNGKIN BUKAN KERJA KERAJAAN..SETIAP TAHUN ADA PENILAIAN PRESTASI JIKA PRESTASI RENDAH GAJI STATIK TIADA KENAIKAN GAJI TAHUNAN..KAMI KAKITANGAN AWAM TIDAK MENDAPAT KENAIKAN GAJI SECARA AUTOMATIK,OLEH SEBAB SAUDARA BUKAN KAKITANGAN AWAM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT INI SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK JPA.

Tanpa Nama berkata...

huhuhu ...
right to ....
please ceupacs struggle for civil servants
ceupacs is the association of government must be strong
I think if ceupacs contesting elections ... ceupacs can win

Tanpa Nama berkata...

ramai pun kalau tak buat kerja nak buat aper. pandai mengarah ajer, tapi kerja suruh org lain buat. Tak cayer, gi mana-mana institusi, terutama KPM.

PA bijak berkata...

Apa yang DAP utarakan tu memang betul. PA yang tidak produktif patut dibuang. Baru PA yang rajin dapat dinaikkan gaji lebih kerap.

Gaji PA masa ini rata-rata rendah kerana kerajaan tidak sanggup naikkan gaji untuk bilangan PA yang berjumlah berjuta-juta ini.

PA bijak berkata...

Apa yang DAP utarakan tu memang betul. PA yang tidak produktif patut dibuang. Baru PA yang rajin dapat dinaikkan gaji lebih kerap.

Gaji PA masa ini rata-rata rendah kerana kerajaan tidak sanggup naikkan gaji untuk bilangan PA yang berjumlah berjuta-juta ini.

Tanpa Nama berkata...

PA malas berkata..senyum tak perlu kata apa-apa senyum tak perlu kata apa apa

Tanpa Nama berkata...

Pasang CCTV dalam pejabat dan di kantin2

Tanpa Nama berkata...

KALAU PA LEPAK KAT KANTIN PUN TAPI SIAP KERJA KAU NAK KATA APA

Tanpa Nama berkata...

Kelakar...

DAP memang buat cadangan, tapi kerajaan dah awal-awal mahu kurangkan staf kontrak.

So, xde isu, DAP setuju dengan kerajaan.

Cuma rakyat malaysia yg lama nk masuk ke gov sector shj yg xsetuju.

Hmmmm... untuk sesuatu syarikat berkembang maju, pengembangan selalunya dilakukan. Lain pula pada kerajaan, kakitangan dikurangkan...

Tanpa Nama berkata...

baik korang klik ni...ada cerita beessstt

Tanpa Nama berkata...

“Sistem negara mereka berbeza jadi sudah pasti cara kerja, tanggungjawab sosial dan integriti mereka tidak sama dengan kita.

PETIKAN KATA2 OMAR OSMAN
integriti tak sama? nampak sgt PA di malaysia kurang berintegriti.