23/11/2011
SEREMBAN 22 Nov. - DAP negeri hari ini memilih sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya pembangkang dipilih sebagai pemerintah negara.
Malah, Loke Siew Fook (DAP-Lobak) berkata, beliau mahu menggunakan platform persidangan itu untuk memberi jaminan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam akan dibuang kerja sekiranya pakatan pembangkang diberikan mandat memerintah.
Beliau juga mahu kakitangan awam di negeri ini tidak bimbang atau takut dengan cadangan itu kerana pakatan pembangkang negeri ini akan memastikan ia tidak akan dilaksanakan sama sekali.
"Saya mahu perkara ini (jaminan bahawa pakatan pembangkang tidak akan mengurangkan kakitangan awam) dimasukkan ke dalam hansard dewan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2012 di DUN di sini hari ini.
Baru-baru ini, Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dilaporkan berkata, DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bangkit mencelah perbahasan itu berkata, cadangan itu dibuat oleh DAP sendiri dan ia tidak pernah dibangkitkan oleh Barisan Nasional (BN).
Siew Fook yang juga Pengerusi DAPSY kebangsaan menjawab, ia adalah cadangan peribadi Tony Pua dan Setiausaha Kerja DAP itu bukan berasal dari Negeri Sembilan dan beliau sama sekali tidak akan bertanding dalam pilihan raya untuk kerusi di negeri ini.
Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (BN-Bagan Pinang) yang bangkit mencelah, mempersoalkan sama ada Siew Fook dan Tony Pua adalah dari parti yang berlainan memandangkan kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua mereka adalah bertentangan.
"Tony Pua tidak pernah menarik balik kenyataannya itu dan ini bermakna mereka akan melaksanakan cadangan itu sekiranya berpeluang menjadi kerajaan," katanya.
Kedua-dua mereka kemudian terlibat dalam pertikaman lidah sebelum Speaker dewan, Datuk Razak Mansor mengarahkan Siew Fook meneruskan perbahasannya.
4 ulasan:
Cerita buang pekerja perkhidmatan awam bukan baru.Selalu sahaja di siarkan di akhbar - akhbar utama. Buang kerja jalan terakhir apabila kakitangan awam terbabit " memenuhi kriteria" untuk di buang pekerja
wayang politik murahan ...
Wayang politik ala komunis tabur janji manis sebelum berkuasa tapi bila dah dapat kuasa maka taring pun keluar hati-hati Melayu tanyalah kawan-kawan kita yg bekerja kilang milik mereka.
mereka datang dari china miskin hina, sekarang kenapa boleh kaya raya? yg cina dapat tender kaw2 tu bukan pemimpin BN ke yg selewengkan? patut hak bumiputra, di ali baba pada cina dan pemimpin Umno makan komisen. Macam haram. Yang tu pun dikata layak memerintah? alahai PA Malaysia. Jgn la tongong sangat. Tengok la program kerajaan Selangor dan laporan audit negeri2 pembangkang, esp Kedah. Bersih, telus, cekap dan amanah. No komisen2, no kroni2
Catat Ulasan