SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 November 2011

HARGA BARANG:l PROTES SECARA SENYAP CUEPACS DIPERLUAS

Bernama
03/11/2011 3:44pm



MELAKA 3 Nov. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) komited memperluaskan tindakan protes secara senyap isu kenaikan harga barang di Sabah dan Sarawak.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penglibatan kongres juga akan menganjurkan penerangan khas berhubung isu tersebut menerusi sokongan badan bukan kerajaan (NGO).

"Justeru, saya minta semua penjawat awam di seluruh negara melakukan protes senyap ini secara berterusan dan kita mensasarkan untuk tempoh tiga bulan bermula bulan ini hingga Januari tahun depan sebagai permulaan.

"Tak perlulah kita berarak di jalan raya untuk menunjukkan protes, cukup dengan hanya melakukan secara senyap memboikot peniaga yang menaikkan harga barang,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Khas CUEPACS Peringkat Kebangsaan di Seri Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Sebelum ini katanya usaha kongres itu turut mendapat sokongan daripada Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Jelas beliau, kongres di peringkat negeri telah diarah untuk menjalankan tindakan yang sama supaya para peniaga lebih prihatin dan memberikan kerjasama agar tidak menaikkan harga barangan terutamanya ketika musim cuti persekolahan dan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.

"Sekurang-kurangnya kita berharap dapat memperoleh jumlah 40 peratus iaitu kira-kira 520,000 penjawat awam mempunyai kesedaran untuk memboikot kenaikan harga barang.

“Jika hendak mencapai 100 peratus sememangnya mustahil, tetapi jika semua melakukan tindakan ini, implikasinya akan dapat dilihat,” kata Omar. - Bernama

34 ulasan:

PA pengemis berkata...

Protes senyap ini bagaikan suruh PA mejadi pengemis secara senyap. Ini tidak beli, itu tidak makan....

Hakikatnya, gaji PA memang masih jauh rendah berbanding sektor swasta. Kenaikan gaji baru-baru ini pun sekadar RM200-300. Tidak signifikan langsgng...

PA pengemis berkata...

Pergi saja pasaraya besar, rata-rata kedai kosmetik, fashion, barang kemas dibuka untuk golongan berpendapatan sederhana ke tinggi. PA pengemis boikot pun bukan masalah kerana golongan PA papa kedana ini tidak pernah dianggap customer dia orang. Boikot ke tak tidak pernah jadi masalah kedai kedai mewah ini.

Penjawat Awam Vateran berkata...

Ate cam ner..........Penjawat Awam nak makan apa lagi , nak beli ikan mahal juga, tak kan nak makan nasi ajer.........sendirilah fikir. Sudah tiada pilihan bagi Penjawat Awam nak makan. Bagi kenaikan gaji sedikit sangat, mana nak cukup nak beli itu dan nak beli ini.

Pig head berkata...

Otak babi yang mencadangkan protes ini. Kalau semua barang mahal. PA nak makan apa? Jangan pula cadang PA tanam ubi pula!

Mrs.A'azlan berkata...

protes tu sampai kemana??? harga barang naiknya mdadak,turunnya??? ada ke?? kekal la jawabnya...

Tanpa Nama berkata...

ha..!!ha..!!kah..!!kah..!!

Tanpa Nama berkata...

PA yg memiliki ijazah dan master tapi masih tidak dapat menjawat jawatan profesional , jom gunakan kepakaran kamu untuk berubah..

Tanpa Nama berkata...

aku hanya berserah takdir,andai harga barang keperluan naik pun naiklah..aku tetap tersenyum...kerana aku ada kedai runcit..dan aku juga PA...aku ada rumah sewa....gaji pun dah takde hutang...dan aku hanya fikir dah bersedekah....TQ...Malaysia....

Tanpa Nama berkata...

Tak payah protes buat malu je, beli tak nak beli, makan tetap makan jangan bagi malu penjawat sudah lah.

Tanpa Nama berkata...

harga sayap ayam di sarawak ni dah mencecah rm15/kg... mana pihak bertanggungjawab ni tak buat kerja..???? kalau harga ayam mahal sangat, boikot terpaksa dalam relalah jawabnya sebab memang tak mampu nak beli pun.. jadi vegetarianlah jawabnya....

markiman berkata...

bodo, jgn makan sayap. makan la kaki ayam, kan murah? kita harus bersyukur pada BN kerana kurniakan pemimpin UMNO yg bijak, agar negara bertambah maju

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan bagi je pekerja kerajaan jual barang2 yang selalu naik harga.wujudkan jawatan nelayan kerajaan,penjual ayam daging kerajaan.kalau bawang naik harga, haramkan peniaga jual bawang. biar peniaga bawang kerajaan yang jual.wujudkan lagi banyak jawatan dalam kerajaan dalam sektor ni.barulah dapat kawal harga barang2.pembekal, pemborong dan peniaga semuanya penjawat awam.jadi lebih banyak wujud jawatan dalam kerajaan.bagi pencen lebih 60 tahun pun takpe.macam tu barulah cara terbaik boikot. jangan suruh PA boikot harga barang, boikotlah peniaga2 kat malaysia ni. diaorang tu yang yang mewah2.kerajaan pun jadi lebih kaya ada hasil peniagaan barangan, bukan setakat kedai 1 malaysia je.dapat jugak bantu rakyat kan?

Tanpa Nama berkata...

saya sokong tanpa nama diatas. kalau semua kerajaan yang bekalkan, borong dan niagakan memang dapat kawal harga barang. karajaan pun lebih kaya dapat jugak bonos besar tapi kalau harga barang masih jugak naik? kerajaanlah yang naikkan o? kah kah...

Tanpa Nama berkata...

markiman berkata...

bodo, jgn makan sayap. makan la kaki ayam, kan murah? kita harus bersyukur pada BN kerana kurniakan pemimpin UMNO yg bijak, agar negara bertambah maju

Jumaat, November 04, 2011 9:43:00 PM


-------------------------

kimak kau..

1borneo berkata...

protes apa? sabah dan sarawak dari dulu zaman pemerintah siapa pun ndak tauk rega barang dah mahal. daging sapi beku dah lebih 10 tahun baru jual harga pasaran. cuba beli daging hidup lagi mahal. pekerja kerajaan bekikis bulu betis nak beli barang keperluan. lebih2 lagi yang berpangkat rendah.kais pagi malam baru dapat makan. dulu dekat semenanjung roti canai naik 70 sen sekeping semua orang semenanjung bising. tak sedar ke dekat sarawak ni dah seringgit sekeping. ni ke satu malaysia?takkanlan baru sekarang kerajaan nak sedar!!!. jagalah sikit orang sabah/sarawak ni kerajaan oi. kalau sabah/sarawak keluar dari Malaysia baru tau.

ayamstress berkata...

makan kaki ayam?best jugak option tu.ok. makan jak bulu ayamkah,kuku ayamkah,taik ayamkah, buat sup. mari kita tengok siapa mati dulu.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

harga sayap ayam di sarawak ni dah mencecah rm15/kg... mana pihak bertanggungjawab ni tak buat kerja..???? kalau harga ayam mahal sangat, boikot terpaksa dalam relalah jawabnya sebab memang tak mampu nak beli pun.. jadi vegetarianlah jawabnya....
-------------

masalahnya kalau kita ni jadi vegetarian peniaga2 akan ambik kesempatan naikkan harga sayur pulak....lagi mampus

Tanpa Nama berkata...

undang2 kerajaan tak kuat. siapa2 yang naikkan harga ayam sesuka hati tu tangkaplah, soal siasat pemborong dan pembekal atau siapa2 juga yang terlibat. kalau disabitkan bersalah terus hukum gantung.seperti dadah musuh negara, diaorang ni jugak musuh negara.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

harga sayap ayam di sarawak ni dah mencecah rm15/kg... mana pihak bertanggungjawab ni tak buat kerja..???? kalau harga ayam mahal sangat, boikot terpaksa dalam relalah jawabnya sebab memang tak mampu nak beli pun.. jadi vegetarianlah jawabnya....
-------------

masalahnya kalau kita ni jadi vegetarian peniaga2 akan ambik kesempatan naikkan harga sayur pulak....lagi mampus

Jumaat, November 04, 2011 11:07:00 PM

----------------------------
sayur boleh ditanam di tepi2 rumah bro.. tak menganggu ketenteraman awam.. lainlah kalau kita bela ayam.. kalau bela di kawasan perumahan tu memang tak sesuai.. lainlah kalau stay di kampung..

Tanpa Nama berkata...

..Harga barang terus meningkat selaras dengan kenaikan gaji,yangtueun hanya air iaitu air hujan hahaha..nak murah beli yang tiruan..nak murah beli ikan busuk..nak murah buat sendiri..gaji naik harga barang naik pegi kerja balik kerja dapat gaji 10 hari dah mula pening tak cukup bajet

Siti Zainab berkata...

jelas dan nyata PA semua x berterimakasih pada BN dan pemimpinnya tawaduknya. apa nak diproteskan, terima sajalah.

Sedarkah kalian semua, harga barang di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari UK, USA, singapore dan norway? Dan gaji kita antara tertinggi di ASEAN jika dibanding dengan Laos, Myanmar, Bangladesh dan Uganda.

Harapkan ANWAR, bayar gaji kita pun x penah. Semuanya harap duit poket pemimpin Umno sahaja.

Tanpa Nama berkata...

saranan menteri supaya PA menternak ayam di taman2 perumahan dan menanam sayur amat logik dan bijak. Kami janji akan terus mengundi pemimpin bijak iaitu BN sampai bila2

PAP bakal N41

Tanpa Nama berkata...

Tak payah politiklah, kan orang politik boleh atur. Nak harap q'pek, sorry bro. Tengok jak, nak naik gaji pun ada syarat, tak op 60 tahun jawabnya tak rasalah gaji baru, rasa naik arga jak. Naik gaji macam ugutan jak. Q'pek sedarkah atau dah di rancang, letak jawatan jelah. Tak apa kita tubuh koperasi di semua jabatan. Angkasa kita ambil. OK TAK.

2bz4money berkata...

Dari aspek perancangan kewangan, pengurangan perbelanjaan perlu dilaksanakan selagi tidak memudaratkan kesihatan diri.Tak perlu protes senyap, Wang anda adalah Hak anda untuk membelanjakannya.

Tanpa Nama berkata...

senang je..andai harga barang tak selesai usul kat parlimen potong gaji menteri berkenaan...begitu juga laporan audit..contohnya andai ada kerugian kerajaan dalam mana2 kementerian..potong gaji menteri,timbalan menteri sampai bos yg kat bawah2..amacam ok tak..tapi kalau kementerian berkenaan dapat atasi dan prestasi kementerian cemerlang,menteri tu layak dapat naik gaji.

Tanpa Nama berkata...

protes secara senyap ni sebenarnya teknik je supaya nampak rakyat tak marah....bila rakyat tak marah..nampak le kementerian buat keje....

lagi satu kita digalakkan boikot beli barang2 mahal,dan hanya beli yang murah sahaja macam kaki ayam,ikan kering,maggie...
Daging ayam kita tak boleh makan..mahal tahu..itu hanya untuk orang kaya2 je...kita hanya makan telur,ikan masin,ikan murah yg dah busuk...ala yg murah2 le katakan...sebab itulah yang kita layak makan..inilah namanya negara bahagiah dan pentadbiran yg bertanggungjawab....sokong BN selamanya.. biarpun kami makan ikan kering..asal BN terus memerintah...love u..betul tak

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan CEUPACS bagi LOAN kat PA tanpa Interest...Loan dibagi rm5 ribu...amacam cadangan ni...

Tanpa Nama berkata...

Presiden Ceupacs, biar betul cadangan ni. Kan ada Harga Kawalan. Cuma dapat protes pada barang bukan kawalan je la. Buat cadangan lebih bagus dari ni boleh tak?

Tanpa Nama berkata...

Wey jenab ko nk compare pun compare dgn negara yg setaraf dgn malaysia.buat ape compare dgn negara lain yg x setaraf dgn kita...mcm compare ferrari dgn proton,mana lagi laju?? Budak kecik pun boleh jwb.

Tanpa Nama berkata...

PA SEHARUS SOKONG KERAJAAN...KALAU TAK SOKONG KERAJAAN BOLEH BERHENTI...FAHAM...MAKSUDNYA DI SINI...PA YANG NEGERI DITADBIR OLEH BN MESTI SOKONG BN, MANAKALA PA YANG NEGERI DITADBIR OLEH PEMBANGKANG SOKONG PEMBANGKANG....

Tanpa Nama berkata...

Tak payah ugut, presiden tak jawab pun komen anak buah. Tengok-tengoklak gaji gred w yang perlu juga mendapat pembelaan.

Tanpa Nama berkata...

protes watper.. napa tk tingkatkan penguatkuasaan kawalan harga, setiap hari lagu tu yg dimainkan herm bosannyer...

GM berkata...

What fuzz? All it needs is ur support to get d chicken price down. There cant be no other ways around but refrain for a while from buying them. Let d supply exceeding d demand n then d deserving price is done.
I dun know how u keep on missing d point by bubbling around with ur cheap words. Or maybe this is what happened when meritocracy has taken a back seat for a long time.......... these things are bound to happen.
We all know for a fact that a large pool of civil servants is political drove phony practice. Yes...yes...if u’r Malays n much of a crony too…then u’ll get good treatment into d civil service. That’s why u’r too soft ..too ignorance…to face d reality. What u want is to have inflated pockets for spree....as to live a happy life devoid of hard thinking.

Luckily for this half …u do not work at the private sector. If so u’ll be sacked in d nick of time u’r not competent. Incompetent too can be traced upon ur laughable talk....which most of u here r spoiled with.

Tanpa Nama berkata...

we should give
not only condemned the
most people do not understand the problem and the government is well aware blame for price increases
government has made numerous studies
people have a lot of perception
should we support the government