SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 November 2011

PEMBANGKANG DICABAR PECAT KAKITANGAN AWAM

Utusan Malaysia
5/11/2011




KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan pakatan pembangkang dicabar supaya memberhentikan terlebih dahulu separuh daripada kakitangan awam di negeri yang dikuasai mereka tanpa menunggu kerajaan sedia ada bertukar.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, beliau sendiri tidak sabar untuk melihat pakatan pembangkang melaksanakan rancangan itu dan melihat apa yang akan terjadi selepas itu.

"Sekiranya DAP rasa cadangan mereka untuk mengurangkan kakitangan kerajaan adalah suatu langkah baik, laksanakan dahulu di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

"Berhentikan separuh daripada kakitangan kerajaan di negeri tersebut dan kita lihat apa yang akan terjadi.

"Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya. Saya sendiri tidak sabar melihat mereka melaksanakan perkara ini," katanya ketika dipetik dalam http://umno-online.com. hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Shahrir berkata, motif pakatan pembangkang itu hanyalah mahu menaikkan sentimen rasis dan bukannya berasaskan ekonomi kerana sekiranya mereka benar-benar mahu lakukan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka.

Ujarnya, apa yang dikatakan oleh Tony Pua itu menggambarkan seolah-olah DAP berminat untuk menyelesaikan masalah ekonomi kerana kononnya kerajaan yang ada sekarang besar. Begitu juga dengan Barisan Nasional (BN) dikatakan kerajaan Melayu.

"Apa yang saya dapat lihat kenyataan itu hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ataupun kakitangan kerajaan sendiri.

''Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan setuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju," ujar beliau.

Shahrir dalam pada itu menambah, beliau yakin sekiranya langkah memberhentikan kakitangan kerajaan itu dilaksanakan, ia akan mendedahkan negara kepada masalah lain dan menyebabkan huru-hara serta menyusahkan rakyat.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sungguh2 nak tunjuk bodoh ek datuk shahrir ni....negeri2 pimpinan pembangkang sumer dlm keadaan tip top takkan nak buang orang kot??johor kot yang sepatutnya buang orang tuk balancekan skit deficit perbelanjaan negeri tu...

PA rajin berkata...

Apa yang DAP utarakan tu memang betul. PA yang tidak produktif patut dibuang. Baru PA yang rajin dapat dinaikkan gaji lebih kerap.

Gaji PA masa ini rata-rata rendah kerana kerajaan tidak sanggup naikkan gaji untuk bilangan PA yang berjumlah berjuta-juta ini.

Pelawat Blog berkata...

Utusan Malaysia dan Berita Harian cuba mengeruhkan keadaan antara penjawat awam dengan DAP & pakatan rakyat. Inilah berita yang merosakkan minda pihak akar ubi(UMNO).
Elok sangatlah, dah takde isu..
Harap-harap penjawat awam Pulau Pinang tidak tertekan dengan dakwaan palsu tersebut. Teruskan berkhidmat untuk Negeri dan Negara! Negeri anda, biar anda tentukan siapa yang perlu jadi pemimpin untuk dipimpin.

Tanpa Nama berkata...

Ei.. jangan main cabar2 nie.. nanti depa buat betul2 baru kita ternganga. sekarang ni kita pertahan habis-habisan. jangan sesekali beri peluang kat 'tetamu yg tak diundang dan tak reti2 nak pulang' nie buat sesuka hati.. ini tanah kita, rumah kita, knp harus bagi muka kat org lain???

Tanpa Nama berkata...

Apa yang DAP utarakan tu memang betul. PA yang tidak produktif patut dibuang. Baru PA yang rajin dapat dinaikkan gaji lebih kerap.

Gaji PA masa ini rata-rata rendah kerana kerajaan tidak sanggup naikkan gaji untuk bilangan PA yang berjumlah berjuta-juta ini.

...........................................

Amat bersetuju dgn pendapat saudara ! Apb PA tidak efisien dikurangkan maka bil PA akan berkurang dan gaji boleh dinaikkan kerap ! PA efisien boleh lakukan multitasking !

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ini PA di Malaysia dah mencukupi sangat ! Tak payah tambah lagi! Kita pantau mereka supaya lebih efisien dan inovatif !
Buat multi tasking ! Boleh jimat perbelanjaan negara dan kurangkan hutang negara yg mencecah 400 billion lebih !
Jika ini berterusan maka bankruplah negara ini !

Tanpa Nama berkata...

Kenapa perkara ini hangat diperkatakan sedangkan Kami PTD Kontrak JPA ne ditamatkan kontrak tanpa memikirkan nasib kami. Sekarang jadi penggangurlah kami...