SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 November 2011

MAHKAMAH PUTUSKAN KESATUAN SEKERJA TIDAK BOLEH DISAMAN

Bernama
25/11/2011



KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini Khamis memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Hakim Datuk V T Singham berkata Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah, malahan jika pun, wakil kesatuan telah memfitnah pihak satu lagi(majikan).

"Mungkin sudah tiba masanya bagi penggubal undang-undang untuk menimbangkan secara serius sama ada perbuatan fitnah tort, jika dilakukan oleh atau mewakili pihak kesatuan sekerja dan malahan jika ia dilakukan ketika sedang dipertimbangkan atau pelanjutan pertikaian sekerja, patut diberikan perlindungan imuniti seperti di bawah Seksyen 21 dan Seksyen 22 akta itu," katanya.

Hakim Singham juga berkata adalah sangat jelas di bawah seksyen itu bahawa mahkamah tidak sepatutnya melayani sebarang saman terhadap kesatuan sekerja.

Oleh yang demikian, beliau menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan setiausaha agungnya J Sandagran Solomon.

Hakim Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan NUBE untuk membatalkan saman itu atas alasan mereka mempunyai imuniti mutlak sebagai kesatuan sekerja mengikut Seksyen 22(1) akta itu.

Beliau juga memerintahkan Maybank membayar RM15,000 sebagai kos kepada para defendan.

Maybank memfailkan saman itu pada 22 April tahun ini, mendakwa Solomon, bertindak mewakili dirinya sendiri dan NUBE, pada Februari atau Mac tahun ini telah menerbitkan artikel mengandungi kenyataan berbaur fitnah mengenai syarikat itu dalam laman web NUBE.

Ia mendakwa kenyataan itu bermaksud plaintif telah menjalankan hal ehwalnya secara tidak amanah dengan mahu menggunakan dananya untuk manfaat pengurusan kanannya sahaja dengan meminggirkan pekerjanya.

Para defendan menyatakan kenyataan itu berkaitan dengan pertikaian yang sedang berlaku di antara plaintif dan NUBE berhubung dakwaan pemberian bonus yang kurang kepada staf peringkat bawahan syarikat itu.

Mereka berkata pertikaian itu telah berlarutan sejak 2009 dan berterusan sehingga sekarang.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah sah kesatuan sekerja yg mengadakan mesyuarat agung tanpa notis yg cukup spt Cuepacs 2010-2013?

notis mesyuarat bermaksud :
1. dinyatakan tarikh mesyuarat.
2. dinyatakan tempat mesyuarat.
3. dinyatakan masa mesyuarat.

Pohon JHEKS beri penjelasan ...

Hamba Hutang berkata...

Maybank dah kaya-raya hasil daripada keuntungan riba, apa salahnya bagi bonus lebih sikit dekat pekerja-pekerja, mereka nak juga makan hasil riba, tiap-tiap bulan aku bayar hutang kepada Maybank dengan riba yang dihalalkan oleh ustaz-ustaz yang dibayar gaji oleh bank..

Tanpa Nama berkata...

Kpada hamba hutang, kalau dah tau riba tu haram jgn pinjam duit bank la....jgn menyalahkan org lain...beli cash...klau xde duit jgn berhutang...duduk diam2....