SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 November 2011

CUEPACS HARAP PERKHIDMATAN KAKITANGAN KONTRAK DILANJUTKAN

Bernama
23/11/2011




KANGAR, 22 Nov (Bernama) -- Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap hampir 20,000 penjawat awam berstatus kontrak yang bakal tamat tempoh perkhidmatan mereka akhir tahun ini diberi peluang meneruskan perkhidmatan mereka.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata kebanyakan mereka yang berkhidmat dengan badan berkanun negeri dan Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan itu akan menghadapi kesukaran jika perkhidmatan mereka tidak dilanjutkan.

"Kami simpati dengan kakitangan yang berstatus kontrak terutama di saat menghampiri 31 Dis ini," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu stesen radio PerlisFm di sini Selasa.

Beliau berkata kebanyakan kakitangan terbabit masih berupaya menyumbang tenaga dan perkhidmatan mereka dan sewajarnya tenaga kerja mereka terus digunakan.

Omar berkata 1.3 juta penjawat awam bakal mengalami perkara baru dalam perkhidmatan mereka termasuk Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) dan lanjutan umur persaraan.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan kontrak di Badan Berkanun Persekutuan khususnya IPTA kumpulan P&P. Kontrak berdasarkan mereka pohon sambung kerja sbg PA kerana BORING dok rumah ...
Harap Kem Pengajian Tinggi siasat.

Bekas atendan berkata...

HARAP ada berita baik untuk kakitangan kerajaan yang dilantik ke jawatan lain secara lantikan agar dapat membawa kelayakan cuti tahunan dalam perkhidmatan terdahulu ke skim perkhidmatan baru.
Tolong la Ceupacs.Terus perjuangkan hak kami,golongan minoriti,supaya beri galakan kepada PA untuk sambung belajar.

Tanpa Nama berkata...

Fasilitator Schoolnet 2009-2010...

Harap cuepecs juga akan ambil perhatian terhadap kakitangan Fasilitator Schoolnet di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) yang mana kontrak mereka tidak disambung oleh KPKK. Ramai yang merempat sekarang akibat ketiadaan pekerjaan..mereka tetap diperlukan di setiap sekolah demi memastikan pelajar2 tidak keciciran dalam bidang IT...Kasihanilah mereka..ada lebih kurang 2000 lebih kesemua fasilitator schoolnet yang kebanyakkanya merana akibat ketiadaan pekerjaan.Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

kakitangan khidmat singkat atas nama skim rangsangan ekonomi akan kehilangan kerja hujung bulan ni...minta Cuepacs terus perjuangkan golongan kami.Setiap kali kemelesetan ekonomi berlaku jawatan seperti ini wujud tetapi ekonomi kami yang diberhentikan masih belum terbela,harap ada sesuatu untuk kami.Suara kakitangan sks seluruh malaysia ini menuntut sesuatu untuk diperjuangkan.

fahmi mohd nilam berkata...

salam... pekerja kontrak AB di RTM dijanjikan kontrak JPA tetapi minggu lepas diberitahu skim ditukar dari artis berjadual yang menerima elaun kerja lebih masa dan potongan KWSP kepada skim piecemail yang tiada semua itu. Tolonglah kami pekerja kontrak di RTM ini yang sudah lebih 6 tahun hingga 15 tahun menabur bakti di RTM. semua kita berkhidmat untuk negara... bantulah kami pekerja kontrak di RTM...

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan kontrak di Kementerian Pelajaran berharap supaya kami diserap ke jawtan tetap / disambung kontrak. Tidakkah pihak kerajaan terfikir jika kakitangan kontrak seperti kami beralih arah kepada pihak pembangkang untuk memprotes pihak kerajaan kerana tidak membela nasib kami pekerja kontrak. Bayangkan jika kesemua kakitangan kontrak menyokong pembangkang, apa akan jadi pada kerajaan?? Kami juga manusia, ada keluarga untuk disara. Cuepacs tolong la bantu kami kakitangan kontrak..