Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA, MD. AZRIN ROSLY,
FAZRINA AYU RADUIAN dan MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
8/11/2011
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.
Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.
“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.
“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.
“Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.
“Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.
“Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.
Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.
Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.
“Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.
“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.
Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.
“Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.
Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.
Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.
79 ulasan:
Bantah tetap bantah ... lu pikir ler sendiri.
penjawat awam malaysia ada maruah dan harga diri ...
apa kata kesatuan lain ...
presden omar baik ngko pun letak jawatan sama biar cuepacs dgn kepimpinan baru.
Kesihan presiden, buatlah sesuatu yang terbaik untuk penjawat awam, kalau nak naik gaji penjawat awam tak payahlah banyak syarat, kiat kerja pun tak banyak syarat. Tak usahlah bila op baru dapat gaji baru, tak payahlah macam itu, usah risau dengan DAP, mainan politik, presiden buat kerja terbaik untuk penjawat awam, anak buah pasti sokong.
sejak isu ni timbul banyak yg memberi komen memfokuskan pada dasar PA...buka kotak minda luas-luas
Cuepacs sekarang dah jadi jurucakap BN semenjak najib sponsor 2 juta untuk pengurusan.
apa kes ni...sikit2 nak kecoh, sikit2 nak kecoh....ada otak pikir sikit....x ada keje lain ke? patutla x maju2......
Nampaknya sokongan membuta tuli, memperlihatkan kedaifan intelektual kesatuan tersebut seolah-olah sama2 mempertahankan golongan PA yg tiada kompetensi. Saya lebih suka melihat kesatuan2 ini menggalakkan ahli2nya menjadi whistleblower bagi membasmi pengurusan korupsi dan salahgunakuasa di jabatan masing2. Kita perlu cadangan konstruktif dan bukannya destruktif.
Pandangan 2bz4money ...
Aku stuju dgn ngko. WHISTLEBLOWER. Namun kat mana nak repot? kat mana nak antar data? HRMIS? E-Aduan? Audit?
Aku ingat semua kita PA tahu LOOPHOLES di Jabatan kita bertugas. - dikalanagn kita siapa yang tiada Integriti. Pihak Bos maupun rakan sekerja. Perkara Integriti spt Rasuah, salahguna kuasa, etc ... namun kemana nak ku bawa info-info tadiii???
Perlu ada mekanisme utk urus repot ini .. tetapi bukan SPRM tempatnya. Pohon cadangan tuan.
Presiden Cuepacs itu 'Barking At The Wrong Tree' !!
Sebagai seorang ketua sebuah kesatuan pekerja yang begitu besar, beliau harus menggalakkan rata rata PA bertugas dengan rajin, bertanggungjawab dan penuh berintegriti.
Kenyataan tony pua(DAP) tidak semestinya mengambarkan pandangan kerajaan pembangkang..kerana dalam pembangkang itu terdapat 3 kompenen parti, itu hanya pendapat tony pua iaitu kenyataan peribadi,bukan dap…andainya pun pandangan dap tetapi tidak semestinya jadi dasar pas& pkr....ekslusifnya parti pembangkang ini..mereka bebas membahas,menerima dan menolak pandangan mahupun kenyataan mana-mana ahli pembangkang sendiri..seperti juga isu kenyataan mat sabu tentang komunis..tetapi karpal sing tetap tidak bersetujuh dan mempertikaikan pandangan mat sabu..begitu juga hudud…begitu juga ambiaga…yang nyatanya tidak semestinya mengambarkan imej pembangkang…lebih2 lagi ambiaga bukan ahli kerajaan pembangkang…oleh itu..dengan mana2 pandangan ini,akhirnya mereka mengambil satu kesimpulan dan keputusan mengikut mana yang terbaik.
Tidak dinafikan begitu juga dalam parti umno dan bn…begitu juga kisah2 sebelum ini…ada juga kenyataan mana-mana ahli umno tetapi tidak mengambarkan pandangan dan dasar umno..sebagai contoh pada tahun 2008 banyak pandangan dato bong mokhtar di parlimen tidak dipersetujui oleh ahli umno sendiri..begitu juga dasar paklah dulu banyak dipertikaikan oleh kabinetnya sendiri..begitu juga tun mahathir pandangannya banyak tidak sejajar dengan dato rafidah aziz..itulah realitinya politik Malaysia yang begitu bebas bersuara..tetapi tidak semestinya mengambarkan dasar parti mahupun kerajaan..
kesimpulannya…sebagai rakyat harus mempunyai pemikiran terbuka dan berfikir sedalam2nya sebelum membuat keputusan dan andaian. tidak semestinya kenyataan peribadi seseorang ahli parti itu mengambarkan pandangan dan dasar parti/kerajaan tersebut…”yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.”
Contohnyalah kalaulah tpm buat kenyataan yang tidak diterima rakyat..adakah anda terus menolak pm dan kerajaan……Lagi contoh kalaulah pm buat kenyataan atau dasar yg tidak sesuai adakah ahlinya perlu merobohkan umno…sudah tentu tidakkan.
Contohnya kalaulah kenyataan tony pua begitu…mestikah anda terus menolak pas&pkr….sudah tentu tidakkan….
Oleh itu kadangkala, kenyataan ahli tidak semestinya mengambarkan dasar pucuk pimpinan.
@Pandangan pengkritik bebas.
itu baru cadangan... bagaimana pula penjawat awam kontrak yang telah lama berkhidmat tapi diberhentikan sebelum ini?
Apa yang DAP utarakan tu memang betul. PA yang tidak produktif patut dibuang. Baru PA yang rajin dapat dinaikkan gaji lebih kerap.
Gaji PA masa ini rata-rata rendah kerana kerajaan tidak sanggup naikkan gaji untuk bilangan PA yang berjumlah berjuta-juta ini.
Sememangnya DAP laknat ni semacam Komunis Moden. Belum lagi nak memerintah dah bermacam cadangan nak buat, ingat ko boleh memerintah Tanah Melayu ni............Pijak mayat aku dulu.
Pergi Jahanam dengan DAP tu............dan koncu-koncu yang tidak sedar diuntung itu.
1."Tanpa Nama Penjawat Awam Vateran berkata...
Sememangnya DAP laknat ni semacam Komunis Moden. Belum lagi nak memerintah dah bermacam cadangan nak buat, ingat ko boleh memerintah Tanah Melayu ni............Pijak mayat aku dulu.
Selasa,November 08,2011 7:50:00 PM
2.Tanpa Nama Melayu Raya berkata...
Pergi Jahanam dengan DAP tu............dan koncu-koncu yang tidak sedar diuntung itu.
Selasa,November 08,2011 7:53:00 PM"
Apalah bodo dua ekor kat atas ni... cuba ko pi tnaya JPA... Betul ke kerajaan skg ni sedang dalam usaha kurangkan PA? Jgn tanya kat pembantu tadbir.. tya kat pegawai. Mesti ko terkezut nyer!!!
UMNO memerintah di Mesia 54 tahun yang sikitpun tak boleh dibantah tu lah KOMUNIS. Apa tidaknya.. sikit2 ISA, OSA, Undang2 Darurat, Menentang YDP Agong le... padahal umno le yang mengata kat Agong dulu "NATANG" Mengata kat agong oleh umno takpe, tapi kalau orang lain.. huhh siap ko.. boleh mati kena campak keluar bangunan.
peangai lebih teruk drp yahudi
cuepacs pulak jgn main politik pulak.. omar hang bukan tak tau kerajaa sdg kurang PA... buat2 taulak.. bila DAP sebut je ... amboi terus melenting.... pandai main wanyang ko eekk
adoila..rmainye PA2 yg sengal n bebal..org nk berentikn ko kje pon msh sygkn lg dap komunis tu.mmg bebal..kalo dap berkuasa sok aku akn ketawa guling2 kalo si bebal yg sygkn dap ni kene buang kje..hahaha..
kesal dengan cadangan mengurangkan PA. Kami x peduli samada mereka pemalas, pengulat, kaki ponteng atau apa kerana yg penting kita nak bela Melayu. Melayu tu penting. PA semua sepakat bersama Pekida dan Perkasa. Apa masalahnya semua Melayu masuk PA biar berjuta2 orang asalkan Melayu ada kerja dan mampu hidup senang.
Melayu itu penting. Siapa nak kena pukul silalah menentang. Hasrat UMNO menyerap semua penganggur dan mat rempit dari kalangan ahli UMNO kedalam perkhidmatan guru merupakan tindakan mulia, terpuji dan inovatif.
balaci dap siap refer malaysiakini lg..hahaha..malaysia kini sumber fitnah semasa..mmg bebal pa2 ni.
hahah..penulisan balaci dap Tanpa Nama Selasa, November 08, 2011 9:24:00 PM yang nk menyamar jd penyokong gov..
mmg lawak la PA2 ni..dh nk kene brenti kje pon msh skong membuta tuli lg..hahah
aku cadangkn dap berentikan 50% PA..biar yg kene brenti tu terkial2 cr keje..hahaha..cayalah dap.
tony pua n rakan2 seangkatan..AKU SBG PA NK CADANGKN KT KO SUPAYA KO BERENTIKN 50% PA MS PR BERKUASA NNTI..BLH KITA SM2 TGK DIEORG SUME TERKIAL2 CR KEJE..MSTI MS TU DIEORG AKN ANGKT SEPANDUK N BARING TGH JALAN WT DEMONTRASI..HAHAHA..TP KO JGN PLAK BERENTIKN AKU..
YG BENAR,
PENYOKONG KUAT DAP.
What is wrong with Cuepac's president? DAP is not the government? You have PKR and PAS to protect you if you need it. Stop the nonsense. This blog sounded more like a political blog..
Tapi...aku sokong penuh kalau kerajaan baru mengurangkan kaki tangan awam yang rasuah, korup dan melakukan penyelewangan dalam urus tadbir perkhidmatan dan kewangan negara.
YB TONY PUA..AKU SOKONG CADANGAN KO KURANGKN PA..KALO BLH KURNGKN SMPAI 50%..HAHHAA..BIAR SEPARUH PA2 NI SUME CR KEJE BARU..MARI KITA TGK LANGIT TINGGI RENDAH.JGN RISAU TONY PUA.AKU AKAN JD BALACI KO SEUMUR HDP..HHAHAHAA..HIDUP PR..HIDUP AMBIGA..HIDUP ANWAR BRAHIM.
rmai gak pa yg kaki lepak ni penyokong kuat pr..ptg2 lepak minum air cite politik..xabis2 kutuk kerajaan..tp keje makan gj buta...halal ke x duit tu aku pon xtau..aku harap nnti tony pua n dap akan brentikn dlu mangkuk2 ayun ni..
kami dah bosan..!! cuepacs sepatutnya menuntut kenaikan gred, gaji dan pangkat PA menjelang 2012.. cakap tak serupa bikin..!! perjawatan baru semuanya akan di bekukan bermula jan 2012 oleh spa serta pengurangan PA dengan tiada pengambilan baru, perkeliling akan dikeluarkan oleh jpa..presiden cuepacs dah tahu semuanya.. mereka berlakon beb..!! ape cite..
kami dh bosan..kami akn tuka kerajaan..biar kami sume kene buang keje oleh dap sbb kami terlalu syngkn dap..kami akn cr keje lain lps tu..kami xkisah..hahahaha..mesti ni dlm pikiran puak2 tolol n bangang yg skong pr ni agknya..
To d angry death woods,
Tony Pua did give his critic for betterment. It’s not wrong for d citizen to expect a better option. His concerned is to d our most bloated civil servants in d world that could bleed d budget dry. His reason is as much as ¾ of d national budget goes to paying salaries. That means on every ringgit 75 cent is spent on manning d CS…. leaving little left to carry out development work that can benefit the country as a whole. So if u’ve any idea …please differ …just stay clear of that brainless statements. can u?
I chose to liken d thought that something fundamentally wrong in d way the country’s budget is being spent. While I admit that CS need pay rise but the government will need to make tough but necessary structural changes in the years to come.
Wake up....live to d fact man! U’r not that good as u meant to be. Most of u r academic rejects n mediocre materials. U dun support that demand for high standard. D service is slow, the quality of officers is questionable. Most damaging of all is d teachers. Those who went to d deep areas r big time estate owners. Those in towns... kowtow to businesses. U go to any school many r missing de class. Its known very well too...many of the women civil servants r on maternity leaves almost on a continuous basis. There r also many who always attend meetings, courses and also many who r on long studies. So
do not be surprised only 60% r actually working. Conduct a direct survey... it reveals!
Now…why get upset at someone tries to suggest a new performance management system. Our benchmark shall be global best practices. The new mantra shall be "pay for performance". Is that sickening on u? Thats what Toni Pua is commenting on.
Pandangan pengkritik bebas.Ha pandang la pandang..Esok jadi betul DAP kota apa yang di kata padan muka orang melayu..Jadi pemandang kempunan jelah gamaknya..padanla la muka..Boleh pandang saja jangan sentuh ini DAP YANG PUNYA baru tau..
Apa punya orang.. Malaysia kini bukan boleh percaya 100%..kena goreng sampai hangit la kalau percaya sangat dengan tulisan berita akhir zaman skrg nih..
Exit POLICY-------- >blanjawan 2012
untuk buang staff gomen...
so pk2 lah....
Jilatlah punggong DAP tu wahai pencacai-pencacai yang masih tidak sedar diuntung.
Pirahhhhhhhhhhhhhhhhh, ade hati nak perintah Tanah Melayu ni.
apalah mangkuk2 nie semua x reti2...CUEPACS!!!!!...CUKUP LAH TUE...X PYH TERLIBAT NGAN POLITIK...klu d kaji...SBPA tue pun blh mengurangkan PA...siapa yg perintah????...sudah2 lah tue..perjuangkanlah PA sokongan sambung belajar gaji penuh...jgn duk cari glamour dgn cara mcm nie..
bebalnye pa penyokong dap! berkata...
balaci dap siap refer malaysiakini lg..hahaha..malaysia kini sumber fitnah semasa..mmg bebal pa2 ni.
Selasa, November 08, 2011 9:25:00 PM
..................................
masalahnya malaysiakini tak menfitnah..dia bgtau apa yg PM bgtau kat rakyat masa belanjawan 2012.semua tahu pasal exit policy kan?
harapkan media kuno?....haremm nak tak tau cite sebenar.....
DAP menggunakan formula Singapura. Bagaimana Singapura dengan kakitangan yang sedikit boleh menjadi lebih maju berbanding Malaysia. Memang tidak syak lagi DAP ini ada 'short' dari segi mendapatkan hati orang Melayu. Mereka tidak kisah kerana mereka menggunakan akal dari Singapura.
Bagaimanapun, memang benar jika DAP memerintah, mereka akan korek habis-habisan sistem kerajaan yang sedia ada. Apa yang mereka janjikan nampak manis. Tetapi yang sebenarnya kita perlu risau pada apa yang dijanjikan tetapi tidak diberitahu kepada orang ramai.
Memang benar mereka ini terdiri daripada opportunis yang melihat kehadapan tanpa menimbangkan erti etika, adab ketimuran, asal usul dan sebagainya. Mereka ini mengutamakan keuntungan. Bagi mereka inilah yang terbaik untuk semua orang.
Yang DAP tidak tahu (atau buat2 tidak tahu) ialah kehendak masyarakat sekarang yang DAP kategorika sebagai 'masyarakat tidak penting'. DAP tidak ambil peduli apa2 yang diperkatakan oleh 'orang tidak penting' ini. Pada mereka, apa yang 'orang penting' itulah yang patut diambil kira.
Kita sebagai rakyat bebas, berhak memilih sesiapa yang kita mahukan. Pada DAP, mereka suka kepada perkataan competitiveness. Namun sudah pasti ramai akan merana. Terpulang kepada anda untuk menentukan siapa yang anda suka. Ingat, jangan gadaikan maruah anak bangsa pada masa depan pada suatu yang tidak pasti (atau erti kata lain - JANJI). Berpeganglah kepada suatu yang sudah pasti seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang. Anda tidak tahu bila suatu hari nanti perkara yang tidak diberitahu menjadi igauan anda.
adoi...takut bebeno ngan DAP kan???DAP satu parti je oi.....PAS tak takut plak?sedangkan PAS lg ok kan??
Nampaknya DAP berjaya memenangi hati orang Cina terutama mereka yang tergolong dari ahli perniagaan. Datuk Najib, sila buat sesuatu asap sebelum pilihanraya ni. Lebih2 lagi tiada apa2 ong untuk ahli perniagaan dalam belanjawan yang lalu.
Target DAP:
1. Masyarakat Cina
2. Golongan atasan yang mementingkan kualiti
3. Ahli perniagaan
4. Golongan pendidik (universiti ke atas)
5. Pemarah (orang yang masih pejuangkan hal2 lama yang sudah ditutup fail - tu pun nak marah lagi)
6. Orang Islam yang buta Islam
ha.....dah naik kuda cuepaacs
Saya hairan kenapa ada Melayu yang menganggap Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Jabatan Kebajikan khas untuk orang Melayu. Orang Melayu begitu lemah ke?. Mana martabat JPA? PA seharuslah dari golongan yang waras , rajin dan berkaliber dari gred bawah ke atas. PA yang pemikiran sempit dan pemalas tidak patut berada dalam perkhidmatan yang mulia ini.
PAS tidak risau jika Malaysia dilanda huru hara. Pada PAS selepas huru hara boleh aman balik semula.
DAP dan PKR tidak takutkan undang-undang kerana pada mereka, mereka ada kuasa besar dalam 'law mastering'. Mereka pakar dalam hal ini.
Berpakatlah kita membantah sesuatu yang tidak baik.
p/s: saya rakyat bebas bukan kuda atau diperkudakan sesiapa macam sesetengah orang tu. hahahaha
Dari Tok Ketampi,
Skim SSBPA 2012 yg nak dilaksanakan tahun depan tu bunyinya sama dgn apa yg dikata oleh puak pembangkang, hanya cara pelaksanaan je lain sikit tujuannya sama.
Omar Presden Cupec;
Niih .. kamu perjuangkan hal PA yang lulus PTK Aras 4 tetapi blum dpt ANJAKAN GAJI.
Bila perkenal SBPA , apa nak jadi dgn mereka?
Kamu perjuangkan ler nasib dia orang .. Anjakan Gaji perlu dilaksankan kerana mereka sign OPTION SSM dan seharusnya mereka dpt Anjakan Gaji.
SBPA adalah perkara baru ..
BUAT APE KORANG GADU-GADUH.....YANG BERI KOMEN2 GUNALAH BAHASA MELAYU DENGAN BETUL DAN AYAT YANG BERADAB...
AAALAA...BAGI AKU APA KORANG RISAU...KORANG JANGAN UNDI JE TONY PUA NI TIME PRU...
AND MINTA EXIT POLICY DALAM SBPA TU DIHAPUSKAN..SERUPA IDEA DAP JE.
Kami PA Sarawak sokong apa yang DAP utarakan. PA yang tidak produktif patut dibuang. Baru PA yang rajin dapat dinaikkan gaji lebih kerap.
Gaji PA masa ini rata-rata rendah kerana kerajaan tidak sanggup naikkan gaji untuk bilangan PA yang berjumlah berjuta-juta ini.
Saya bangga sebagai seorang Penjawat Awam bukan kerana saya melayu, cina , india atau lain-lain.....
Saya bangga sebagai seorang Penjawat Awam kerana saya dapat berkhidmat untuk Negara.
pakatan ni macam kuman lah...cepat merebak dan dah mula merebak keserata tempat...yang aku kejut ada dah kat kampung2 yang terpencil ketua kampungnya menyokong pakatan...bos-bos kat kementerian2 pun ramai yg menyokong pakatan...addduiii...bahaya kuman ni....kena buat sesuatu ...kena buat sesuatu....
JPA apanyer kalau penemuduga sendiri duduk kantin berjam-jam. Dasar DAP dasar baik punya larr. For your own goodness.
Sebenarnya bukan sekali orang BN menyebut pasal cadangan mengurangkan bilangan PA. Tapi hairan tidak pernah kena maki hamun.
Apa yang mereka cakap semua betul, yang orang lain kata semua salah.
Double-standard betul orang Malaysia ini...
Bukan macam kuman je dah macam dinosor. Tak caye cuba tanya anak korang yang kat universiti. Banyak sokong mana. Haaa baru nak tengadah..
klakarnye...bile Mlaysia nk maju? ni la kesan dan akibat bila pgangan agama x ckup..klau sume org bpegang kpd agama, dr bwh smpai kpimpinan t'tggi pon xd mslh.kyakinan akan btambah2.tp syngnye..rmai glongan cerdik pndai agama skang hanyalah smut kecil...akhir zaman
Tanpa Nama berkata...
Bukan macam kuman je dah macam dinosor. Tak caye cuba tanya anak korang yang kat universiti. Banyak sokong mana. Haaa baru nak tengadah..
Rabu, November 09, 2011 9:30:00 AM
__________________________________
betul kata awak....
pakatan ni macam kuman lah...cepat merebak dan dah mula merebak keserata tempat...yang aku kejut ada dah kat kampung2 yang terpencil ketua kampungnya menyokong pakatan...bos-bos kat kementerian2 pun ramai yg menyokong pakatan...addduiii...bahaya kuman ni....kena buat sesuatu ...kena buat sesuatu.... .
Ajaran sesat mana ni:
"PA SEHARUS SOKONG KERAJAAN...KALAU TAK SOKONG KERAJAAN BOLEH BERHENTI...FAHAM...MAKSUDNYA DI SINI...PA YANG NEGERI DITADBIR OLEH BN MESTI SOKONG BN, MANAKALA PA YANG NEGERI DITADBIR OLEH PEMBANGKANG SOKONG PEMBANGKANG...."
itu ok lagi..yg aku pelik dan nak naik gila...kontraktor,workshop,pesawah...mojoriti sokong pakatan..padahal kerajaan banyak bantu dorang...apasal yahh..terutama golongan cekgu2...ini yang aku tergolek tenggok time raya baru2 ni..aku datang umah cekgu2 ni dok ceta sokong pas...waduhhh..umno kena buat sesuatu..kalau tak aku percaya runtuh umno pru ni
Adakah usul DAP ini telah digunakan dalam belanjawan 2012? --->>>>> SBPA????????
Nampaknya DAP 'meletuskan' satu persatu isi kandungan belanjawan DAP ini selepas beberapa bulan bentangan dari Datuk Najib.
Retake? or Redo? or Rebrand???
Menteri Pengajian Tinggi - sila lihat anak-anak kita tu sokong mana. Turun2 la padang ye. Dekatkan diri dengan budak2 tu.
Menteri Pel - Ada kes dari Sabah nampak? unirazak? Kata Sabah simpanan tetap.
Timing tak betul boleh membahayakan untuk kerajaan sekarang (BN). Keberanian DAP ini adalah bukti mereka sedang memasang strategi. Or Trap??
apa kesatuan dah main politik plak ni?
cari mekanism lah..sy kesian juga kat umno ni kalau kalah pr akan datang....jadi treasury
umno cari mekanism lah ambik hati rakyat..sy kesian kat umno ni kalau kalah pr akan datang....jadi treasury
kebanyakkan komen disini semua copy paste dari tajuk yang lepas..hadehhh
Sokong demi sokong, bantah demi bantah.
Tidak ada yang sudi lakukan suatu yang betul-betul boleh membangunkan negara.
betul xsalah nak buang PA yg xproduktif tapi harus dikaji betol ke PA tu xproduktif atau dia dibenci org atasan kerana xpandai mengampu..sebab sekarang kalau pandai mengampu bos xpayah buat kerja pun xpe..selamat sentiasa...
KALAU PA LEPAK KAT KANTIN PUN TAPI SIAP KERJA KAU NAK KATA APA
NAK BUANG PA PASAL APA...SOAL PERUNTUKAN KERAJAAN TIDAK MENCUKUPI ITU SOAL KERAJAAN...YANG PENTING PA BUAT KERJA DAN JALANKAN TUGAS.... PANDAI-PANDAILAH COVER GAJI PA...APELAH PUNYA DAP BENGONG...KALAU PA DIKURANGKAN..BOLEH TAPI DENGAN SYARAT WAKIL RAKYAT PUN DIKURANGKAN..BARU SAMA-SAMA ADIL..AMACAM KITA SAMA2 BAWAK BENDA NI KE PARLIMEN...
Pua said pr will improving efficiency of Malaysia’s civil service by terminating goment staff who failed to perform .
Datuk Najib said goment ‘ll use flexible remuneration system based on performance as well as an exit policy for underperforming government staff.
So what is actually d difference here? Damn u cant figure it out!
who is d real bengong?
aku nak mengulas apa yang dikatakan saudara Aidono tue... dia pandai mengatakan kawan2 yang lain tue "bodoh".. padahal yang dikatakan tue pun tak tahu betul ke tidak.. klu ko sebagai penjawat awam dan nak cuba kondemkan penjawat awam sendiri dan ko sebagai penjawat awam menerima gaji bulan2 bagi anak isteri makan dari kerajaan yang ada, aku rase baik ko berhenti dari keje kerajaan.. orang2 yang macam ko yang memusnahkan negara dan bangsa ko sendiri.. aku sebagai kerani "cabok" yang ko katakan tue sedih pasal orang2 yang macam ko memperlekehkan kawan2 penjawat awam yang lain yang rata2 semua sebangsa dengan ko..klu ko penjawat awam yang terima gaji tiap2 bulan dari kerajaan tapi ko tetap menyokong pembangkang.. tidak 1 sen pun gaji ko kurang sebab kerajaan potong oleh kerana ko sokong pembangkang.. tapi klu ko bukan penjawat awam dan saje nak buat provokasi kepada kami penjawat awam.. aku rase ko kene menginsafi diri ko..kepada rakan2 yang lain yang masih mendukung dasar sebagai penjawat awam.. berdoa lah kepada tuhan agar kita sentiasa dirahmati dan hidup dalam Aman dan Makmur..
BUAT apa nak melatah dan melenting sedarkah JPA dah bekukan semua jawatan untuk pengambilan baru kepada penjawat awam.
SO Cuepacs seharusnya merongkaikan perkara itu kepada penjawat awam mengapa JPA keluarkan surat pembekuan jawatan baru sehingga DIsember ini.
Cola pun patut diseragamkan kerana ianya tidak adil antara penjawat awam.
Presden Cupec dan ahli majlis kongres .. senang bersenang lenang. Bermesyuarat di Hotel 5 Bintang ..., terbang ke Sabah, ke Sarawak, Ke Langkawi ..., mesyuarat tak henti2 .. bila pergi sudah tentu claim elaun perjalanan, elaun mesyuarat, elaun2 lain ... MAKLUMLAH KERAJAAN DAH BAGI RM2JUTA untuk Cupec.
Apa ngko orang perjuang utk PA? cakap macam orang politik skrg .. dah !
salahkah ceupacs ulas pasal politik..suka hati dialah..nak ulas apa..nak ulas pasal bulan ke matahari ke....hak dia...hahahahah
Tidak salah Ceupacs ulas pasal politik. Cuma isu ini tidak releven dengan fungsi dan misi kesatuan ini.
Begitu juga kalau nak ulas pasal bulan dan matahari pun boleh, tapi saya rasa topik bulan matahari lebih sesuai dan releven untuk Persatuan Astronomi, dan bukan Ceupacs.
abis yang tony puas g ulas pa apasal plak..tidak releven dengan fungsi dan misi dap
DAP bukan parti politik ka?
saya hairan dengan semua yang sokong ni, bangkang ni seperti kebanyakan diatas. DAP cakap kalau diaorang berkuasa diorang nak kurangkan PA. Tapi adakah mereka akan naikkan gaji PA2 yang tak dibuang tadi? Belum tentu lagi kan. BN bagi exit policy. tapi dengarlah betul2 dasar tu. diaorang ada cakap akan beri "option" nak pilih ke tak. kalau takut tak payahlah pilih SBPA, SSM pun gaji naik jugak. itulah bezanya DAP NO OPTION, BUT BN GIVE OPTION dan kita semua ada hak memilih.tapi jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.fikir fikirkanlah ok
senang je nak kurangkan PA2 ni.bagi je pencen umo 40 dan tak payah ambik pekerja baru selama 40 tahun.tengok berapa PA yang tinggal,tak payah nak exit policylah nak buang pekerja lah. yang tu semua helah BN dan pembangkang je tu. manalah korang tau BN dan pembangkang semeja minum kopi seronok tengok korang gaduh2 sama sendiri. manalah korang tau kan. korang sibuk dok sokong ni sokong tu Diaorang tengah sibuk ambik duit rakyat.keluar mulut singa masuk mulut buaya...ITU SEMUA HANYA POLITIK ok. macam kita tengok gusti, lakonan je tu. Kah kah.
Kebanyakan PA2 bukan lepak kat kantin. diaorang merehatkan minda di kantin. stress duduk dalam ofis lama sangat. kalo keje siap rilekslah di kantin. kalau tak nanti banyak PA jadi stress kemudian jadi gila susah jugak. tak cukup hospital mental nanti. staff kurang pun bingung jugak. imagine dalam satu ofis ada sorang je PT semua dia buat. gaji cuti rekod operasi claim filing and macam2 lagi kerja satu hari pun perlukan dalam masa 2 minggu. pun lama2 masuk mental ward jugak. Eficiency pun hilang.Doktor sorang satu hospital. doktor pun boleh jadi gila jugak. menteri pun macam tu mesti ada menteri kewangan, pelajaran, pertahanan dan macam2 lagi. kalau sorang Menteri buat semua keje tu aku rasa memang hancur kerajaan. kita ni manusia biasa. bukannya robot. secanggih2 robot pun boleh rosak.
Respon kpd tanpa nama, rabu, 9 Nov 2011, 3.27pm
JPA membekukan pengambilan baru sehingga disember ini,malah post yg dikosongkan kerana berpencen tidak berganti. JPA secara "cilent" mengurangkan perjawatan tanpa disedari oleh org yg tidak berada di dalam perkhidmatan awam. Cara ini dilakukan demi melestarikan cadangan PM untuk membina perkhidmatan awam yang kejat. Jika dibekukan selama 3 tahun, kiralah berapa ramai staf akan berpencen (kecuali pegawai2 kerajaan yg berpangkat besar) So, secara cilent, kakitangan awam akan berkurangan kerana post yg dikosongkan kerana berhenti dan berpencen tidak akan diganti.
Kenapa harus membesarkan isu DAP nak kurangkan staf sdgkan jauh panggang dari api DAP tu dapat memerintah. BN yang sudah kejap memegang pemerintahan negara seharusnya, semakin peka dgn keperluan awam, bukan berselindung di sebalik telunjuk.
Cara dulu2 nk menipu rakyat lbh mudah, tp zmn serba canggih ni, xsemudah mana nak memperbodohkan rakyat.
Mohon ceupacs memperjuangkan, supaya JPA mengisi segera kekosongan jawatan yg dikosongkan oleh staf yg berpencen bukan sibuk komen kenyataan ahli-ahli politik. Dato Omar harus sedar, andai kata, "pembangkang" yg akan memerintah negara, President ceupacs akan berada di bwh pemerintahan baru. sepatutnya president ceupacs ambil dasar berkecuali.
pak omar kena berkecuali. kalo bantah kenyataan DAP pun, bukannya dengan cara menjadi jurucakap BN. nanti silap2 tukar kerajaan, mana Pak Omar nak taruk muka?
Kita semua dibawah YDP Agong. x payah risau. YDP Agong tahu la nak bela melayu mcm mana. lagipun DAP x sampai separuh pun dalam pakatan, apa kau nak takut? macam la kerusi Cina byk sgt kat Parlimen tu.
Ustaz Azizan dan ramai pimpinan PAS DAN pkr DAH BANTAH, MMG XDE ISU OLA. dap BG CADANGAN NAK KAWAL BAJET KERAJAAN JE.
Kau ada cadangan ke? jahil ekonomi betullah, negara dah nak bankrup pun dok menjerit2 ketuanan melayu. X nampak apa jadi sama INDON????
kami sokong kenyataan di atas.. SBPA mencabar 1.2 juta PA, kami pantang di cabar, kalau BN nak menjual, kami sedia membeli.. siap pembesar-pembesar BN, taulah nasib kau org PRU-13 nie.. kami rase ada yg nak terkencing tue.. kami dah puas bersabar, 6-7 tahun dah graduate, tapi langsung tak dpt kumpulan A, harap periksa jea.. saje kau org buat lakonan dan buat penuh syarat jea..!! kepakaran kami dalam PRU-13 nie, akan membenamkan kau org..!!
bro, skrg ni kakitangan kerajaan bukan 1.2 juta tp dh tinggal 1 juta dah, kan kerajaan BN TIDAK MENGURANGKAN kaktngn awam. 1.2 ke 1.0 juta bukan bertambah ke? heh heh heh.
Catat Ulasan