SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 November 2011

GAKUM SOKONG AUKU DIKAJI SEMULA

Sinar Harian
Oleh : NORDIANA JOHARI

Tarikh : November 16, 2011




AUKU

DURIAN TUNGGAL - Gabungan Kesatuan Univer­siti Malaysia (Gakum), menyo­kong usaha kerajaan meng­kaji dan menimbangkan semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kajian semula akta itu, turut melibatkan pertimbangan semula peranan pekerja di setiap universiti.

“Saya berharap Majlis Bersama Jabatan (MBJ) diteruskan kerana pada masa kini Jawatankuasa Kebajikan Pe­kerja Universiti (JKP) yang dilihat tidak meliputi skop dikehendaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bermesyuarat bersama Ga­kum di Universiti Tenikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam.

Omar juga Presiden Kon­gres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cue­pacs) turut berharap proses kajian semula Auku dapat dipercepatkan berikutan, peranan serta hak pekerja dan majikan dapat diselesaikan dalam tempoh yang cepat.

“Kalau kita hanya berharap pada jawatankuasa kebajikan pekerja universiti yang hanya bermesyuarat setahun dua kali setiap isu-isu pekerja tidak dapat diselesaikan de­ngan segera.

“Berbanding jika kita meng­­­gunakan MBJ yang mewajibkan mesyuarat empat kali setahun,” katanya.

Terdahulu, Gakum di bawah Cuepacs, turut memfokuskan kepada hak-hak antaranya skim pendapatan, kenaikan pangkat, dan tatatertib pekerja.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sdr. omar gakum,
skim perkhidmatan Universiti perlu di transformasi. ujudkan laluan mudah kpd semua PA yang berkhidmat di IPTA boleh ditukar / mohon bertukar kemana-mana IPTA (one stop centre untuk pertukaran staf).
kita orang dah lama bergraduasi di Universiti namun utk capai skrol ijazah mahupun sarjana .. masih jauh. MINTAK semua IPTA bagi kemudahan kpd semua staf yg ingin belajar (sepanjang hayat) di IPTA.

Tanpa Nama berkata...

Skim juruteknik patut dah lama diupgredkan ke j27/29

Pemegang Sijil berkata...

semua pemegang sijil poli sepatutnya dah lama menjawat jawatan J41. ini kerana kepayahan dan kesukaran kami bertungkus lumus mendapat sijil yang diiktiraf dunia wajar dibalas dengan jawatan yang bersesuaian, iaitu J41.

Tanpa Nama berkata...

Alahai 'pemegang sijil' agak akag la takan j41 pula..memadailah dgn kelayakan dan kelulusan tu j27/29

Tanpa Nama berkata...

saya menyatakan kekesalan kepada pihak sekolah kerana memberikan bantuan RM100 tanpa kehadiran wakil Umno setempat. Ini kerana wang yang diberi Umno itu tidak seharusnya terlepas ke tangan pembangkang. Wang BN itu ialah untuk ahli Umno sahaja.

-mustaffa zaki abd mubin R1

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

saya menyatakan kekesalan kepada pihak sekolah kerana memberikan bantuan RM100 tanpa kehadiran wakil Umno setempat. Ini kerana wang yang diberi Umno itu tidak seharusnya terlepas ke tangan pembangkang. Wang BN itu ialah untuk ahli Umno sahaja.

-mustaffa zaki abd mubin R1
Khamis, November 17, 2011 8:46:00 AM

_________________________________

waaahh...tak ikhlass...biarlah sape pun bagi yang penting sampai ke tangan pelajar....hehehe

ahli UMNO kesal berkata...

saya menyatakan kekesalan kepada pihak sekolah kerana memberikan bantuan RM100 tanpa kehadiran wakil Umno setempat. Ini kerana wang yang diberi Umno itu tidak seharusnya terlepas ke tangan pembangkang. Wang BN itu ialah untuk ahli Umno sahaja.

KESILAPAN DAN SALAH PEMIKIRAN AHLI UMNO SEBEGINILAH YANG MENYEBABKAN UMNO MAKIN DIBENCI.
BUDAYA MERASAKAN KERAJAAN ITU UMNO,WANG KERAJAAN WANG UMNO.
SEBAB ITULAH SELALU BERLAKU SALAH GUNA DANA,SEBAB MERASAKAN WANG KERAJAAN MILIK UMNO.
UMNO ADALAH PARTI....
KERAJAAN ADALAH MANA MANA PARTI YANG DIPILIH OLEH RAKYAT.
TAHNIAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN KERANA TIDAK MENJADIKAN PEMBERIAN WANG 100 INI SEBAGAI POLITIK DENGAN TIDAK MELIBATKAN WAKIL UMNO.
SAYA SUKA KERAJAAN YANG TIDAK MEMILIH DALAM MENGAGIHKAN BANTUAN.SEMUA RAKYAT DI BANTU.
UMNO ROSAK DAN DIBENCI KERANA ADA AHLINYA YANG MENUNJUKKAN CONTOH YANG TIDAK BAIK BEGINI SEDANGKAN UMNO ITU ASALNYA MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU,TAPI DISEBABKAN SEGELINTIR YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB,UMNO SEBALIKNYA DI BENCI.
AHLI UMNO PERLU MENGUBAH CARA BERFIKIR DAN BERTINDAK AGAR DITERIMA SEMULA....

cikgusepi berkata...

di sekolah saya, pemberian wang semalam ditunda esok gara2 wakil YB Umno tidak dapat hadir. Dia mungkin mahu menonjolkan diri semasa memberi wang itu seolah2 itu harta pemberiannya.

KPM boleh jawab x? ni sebab PPD yg arahkan agar pemberian wang perlu disertai TB BN atau wakilnya.

Tanpa Nama berkata...

BERITA TERKINI - PERLU BACA

Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada emel yang diterima pada 15 November 2011 dan perkara yang dibangkitkan melalui laman web 1Malaysia.com.my adalah berkaitan.

Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas pandangan puan.

Walau bagaimanapun, sebagaimana diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa MAPPA ke-12 pada 22 Mac 2011, kerajaan sedang mengkaji penambahbaikan kepada Sistem Saraan Malaysia. Kajian semula sistem saraan sedia ada dilakukan secara menyeluruh supaya skim perkhidmatan sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Oleh kerana kajian tersebut turut melibatkan penelitian semula kepada 23 skim perkhidmatan yang memperuntuk sijil Politeknik, maka ia memerlukan kajian teliti yang melibatkan relaviti dan pariti serta prinsip-prinsip saraan yang lain, sebelum kajian dimuktamadkan.

Sehubungan itu, puan boleh menyemak penambahbaikan skim perkhidmatan melalui Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Sekian, terima kasih.

_______________________________________________________________________________
SUZIYANA SUKRI
Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam
03-88853088 0129236726 suziyana.sukri@jpa.gov.my

penjawat awam 27 berkata...

Tanpa Nama berkata...

saya menyatakan kekesalan kepada pihak sekolah kerana memberikan bantuan RM100 tanpa kehadiran wakil Umno setempat. Ini kerana wang yang diberi Umno itu tidak seharusnya terlepas ke tangan pembangkang. Wang BN itu ialah untuk ahli Umno sahaja.

-mustaffa zaki abd mubin R1
ni tak berapa panjang akal... RM100 tu bukan duit BN @ UMNO tapi duit mereka2 yg membayar CUKAI.... apa ingat pembangkang tak bayar cukai ke???? lawak nor....

Tanpa Nama berkata...

tak perlu kaji, ganti pemerintahan BN semua boleh diganti, termasuk nak tambah subsidi kepada rakyat, pemimpin hidup mewah dapat lembu pula, rakyat hidup melart dapat RM100 macam dapat sejuta ringgit