Bernama
30/11/2011
PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) -- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang berkata tidak ada kerajaan lain di dunia melainkan Malaysia yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk faedah penjawat awamnya.
Penjawat awam di negara ini amat bertuah dengan pelbagai peluang yang disediakan kerajaan bagi melanjutkan pelajaran selain menjalani latihan dan kursus jangka pendek atau jangka panjang di dalam mahupun di luar negara, katanya selepas menerima anugerah Felo Intan 2011, di sini, pada Rabu.
"Ini bukan kempen pilihan raya. Saya ada bersembang dengan kawan dalam perkhidmatan awam dari luar negara dan mereka mengatakan tidak ada kerajaan lain di dunia yang melaksanakan program latihan sebegitu rupa.
"Terima kasih kepada kerajaan dan saya tidak ada rungutan ke atas layanan kerajaan kepada saya," kata Dr Zulkurnain ketika berucap pada majlis Anugerah Felo Intan dan Penyampaian Diploma Intan 2011, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Upacara penganugerahan Felo Intan 2011 itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.
Pada majlis itu seramai 648 penjawat awam turut menerima diploma Intan iaitu 59 orang graduan dari Diploma Sains Pengurusan manakala 589 graduan menerima Diploma Pengurusan Awam.
Turut hadir ialah Felo Intan, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Pengarah Intan Dr Aminuddin Hassim.
Dr Zulkurnain, 61, yang merupakan bekas Pengarah Intan (1999), Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (2004-2006) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (2006-2010) berkata, tanpa biasiswa kerajaan, beliau tidak mungkin melepasi sekolah menengah dan seterusnya melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh ijazah Doktor falsafah (PHd) dalam bidang Sains Politik (Pembangunan) dari Leeds University, England pada 1989.
Katanya, penjawat awam perlu memegang tujuh prinsip untuk berjaya iaitu; integriti yang tinggi, mampu mewujudkan perimbangan dalam pelbagai pendekatan, keupayaan berfikir, pengolahan dan berkomunikasi, bersedia untuk terus belajar, rajin dan bersyukur serta sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan.
-- BERNAMA

21 ulasan:
Bagaimana tidak belanja juta-jutaan ringgit? Sebab golongan PA yang malas, lembab, ponteng, rasuah, tidak efisien itu semua langsung tidak boleh dibuang. Orang sebut nak kurangakan bilangan PA aje sudah mengamuk.
Apa nak buat?
Siap makan cili, dia lah rasa pedas~~~
Gaji PA bagaimana? Adakah gaji PA Malaysia terbaik dan tertinggi di dunia. Banding saja 2 jiran kita Singapore dan Brunie yang dulu cukup 'bernasib baik' dapat melepastkan diri dari Malaysia.
Sabah dan Sarawak... Kesian sekali kerana PA sampai hari ini COLA pun masih tidak dapat.....
tukar kerajaan ,biar PKR membela nasib PA
buang saja mana2 kakitangan yang pentingkan kerja sendiri waktu pejabat daripada kerja hakikidi pejabat...buang saja...kerja sehari 9 jam tapi mereka ada di pejabat 3 jam saja sehari. Buang je...buang je...buang je...ramai yang berlonggok di kedai2 makan di luar pejabat...buang je...buang je...
kalau buang orang jenis ini, kerajaan boleh save budjet sikit..boleh ambil orang yang betul2 nak kerja...buang je..buang je..buang je..
jutaan ringgit tu xsemestinya kat gaji. kjaan dok bg biasiswa, latihan, kursus sampai oversea, yg merasa pn bkn semua. dok mcm dia nilah... tp kena ingt xsemua PA dpr merasa, xsemua PA dpt peluang biasiswa/latihan tu. dpt hidup sederhana, dpt menampung hidup dlm dunia semakin mahal ni, dpt bernafas dengan brg yg makin mahal dh kita Alhamdulillah. xsemua PA duduk bandar, ada juga yg kat kmpung, desa... renung2kan.
Ada kalanya PA kena bersyukur,cuba pergi ke kilang,ke pasar atau ketempat pembinaan atau cuba tanya pekerja sektor pengangkutan seperti pemandu bas,pemandu teksi atau seorang jurutera kilang betapa sukarnya untuk dapat duit.
PA walau susah atau jatuh ekonomi tak merasapun susah seperti mereka.
pENOREH GETAH umpamanya,kalau tak pergi menoreh tak ada la duit,apa lagi kalau menoreh kebun hak orang lain,kena lagi bahagi separuh hasil kutipan dengan tuan kebun.
Cuba pula tanya pemandu kereta sewa,berapa lama mereka menunggu untuk dapat memenuhkan penumpang bagi satu trip perjalanan.
Tanya pula kepada petani sebelum dibawa hasil jualan ke pasar tani,berapa lama sudah dia menyemai dan membersihkan sayur sayur,berapa banyak pula sayur yang tak terjual....
insaflah PA,betul....kerajaan kita prihatin dalam membela kita,...cuma mungkin kemahuan yang tak terbatas,menyebabkan kita selalu membandingkan kita dengan orang yang lagi senang.
UNTUK MEMBUKA MINDA,KITA PERLU BANYAK BERGAUL DENGAN ORANG SUSAH...SELAMI KEHIDUPAN MEREKA.DULU SAYAPUN SOMBONG SEBELUM SAYA BWERCAMPUR DENGAN ORANG SUSAH...CUBALAH.
SYUKUR KERANA TERPILIH MENJADI PENJAWAT AWAM,WALAUPUN SEKADAR JAWATAN PAR.SAYA TAHU KELULUSAN SAYA TAK TINGGI,TAPI SAYA BERSYUKUR JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN KAWAN SAYA YANG KERJA KAMPUNG.
TERIMA KASIH KERAJAAN.
hidup UMNO..Untuk berjaya,ceupacs mesti selalu bersama UMNO.
orang pernah hidup susah berkata...

___________________________________
ini satu ulasan yang betul dan realiti...kesian juga kat mereka ni ye..PA dah terlalu banyak keistimewaan....sy PA sy tahulah...isteri sy pun PA...kadangkala....duit tu tak putus2..tp nak kata senang tak juga..susah tu tak juga....Begitulah ciptaan Allah s.w.t...tidak semua senang..tidak semua juga susah..setiap yang dicipta ada tujuannya...
Yg belanja juta2 tu bkn semua PA dpt, yg pastinya yg bnyk juta tu abis utk menten lembu dan kandangnya yg x seberapa pengeluarannya..
terima kasih kerajaan
KALAU boleh kurangkan sikit masa kerja kami.lama sangat rasanya 9 jam tu.atau ...bagi kami kerja separuh hari pada hari jumaat.
Bukan saya tak syukur,cuma minta kalau boleh diperkenankan.
terima kasih kerajaan yang memamg banyak membela PA.
kuatkuasa exit policy secepat mungkin...kuatkuasa cepat...cepatttt..cepatt...cepattttttttttttttt..
stop pengambilan kakitangan awam....jangan lagi ambik...banyak belanja nak menanggung gaji....yang menganggur biarkan mereka mohon dalam bidang industri dan swasta atau dorang masuk dalam bidang politik....
belanja berjuta2..service lembab..hampeh..
STATEMENT BODEK..MCM OMAR JGK
Kalau xda PA korjaan tak dapat beliun--beliun nak bagi macam- macam subsidi kat rakyat, tak terima kasih ke kat PA Ooooiiiiii.
segelintir je yang dapat biasiswa dan macam2 tu. bukannya semua PA yang dapat.. kawan aku kerani tak pernah jugak kerajaan tawarkan pengajian percuma dengan kawan aku tu jadi doktor walaupun kawan aku tu pelajar cemerlang kat sekolah dulu.Berapa kali dah dia mintak...Kalau semua PA dapat aku rasa semua PA dah ada PHD dah... segelintir je yang dapat dan kebanyakannya orang atasan, habis belajar makin naik atas, makin belajar makin naik atas.. dah sampai paling atas goyang kaki... yang bawah-bawahan ni tetap kat bawah dan selalu kena pijak oleh yang diatas tu. macam sistem SBPA nanti yang bawah kena teruk kerja, yang atas goyang kaki bagi markah...hmmmm macam ni lah "MALAYSIA BELANJA JUTAAN RINGGIT UNTUK KEPENTINGAN SEGELINTIR PENJAWAT AWAM" baru betul
sistem SBPA.......
dari petikan: PA harus mempunyai integriti yang tinggi, mampu mewujudkan perimbangan dalam pelbagai pendekatan, keupayaan berfikir, pengolahan dan berkomunikasi, bersedia untuk terus belajar, rajin dan bersyukur serta sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan..............tapi kurang efisien..BUANG!!!!!!!!!!!!!
Sumber kata jusa akan naik 5 ribu basic!!
Kita naik setakat 2-3ratus. Fair ke?
From anti-kapitalis
percayala skim baru ,skim buang penjawat awam (SBPA) adalah dirancang untuk mengurang kos pentadbiran ...sebab tu ada exit policy...markah atas 80 br blh naik gaji....dahla penilaian berdasar kan emosi....kerja bagus tak pandai bodek...pgla keja swasta...penat nye ada penilaian 360...tak smpat nak buat keje...sibuk mengampu bos,kengkawan,dan musuh2...dulu bertalam-talaman skrg nak bodek 360 darjah.... letih membodek dari bekerje
drpada bgi penjawat awam naik gaji macam nih...byak gak yg terdiri drpd meke2 yg join pembangkang....duit je habis...kan elok kalo ambik pekerja kontrak n diserapkan ..bg mereka gji.....lebih berbaloi n membantu rakyat....kurangkan kadar penggangurannn
Catat Ulasan