SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Mei 2012

4 CADANGAN CUEPACS -HARGAI 630,000 PENJAWAT WANITA

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2012/05/25

  • Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga
  • Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya
  • Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh
  • Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat


KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.

Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya.

Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mereka perlu diberi kemudahan itu kerana hospital kerajaan selalu padat dan menjadi tumpuan semua peringkat rakyat serta pendatang asing.

“Ketika ini, penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos atau menggunakan polisi insurans peribadi. Kerajaan hanya menanggung sepenuhnya kos bersalin di hospital kerajaan.

“Penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia.

“Kini tidak ramai yang minat menambah bilangan anak kerana beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bersalin lebih daripada lima, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, CUEPACS meminta kerajaan memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan keluarga terdekat, berbanding sekarang hanya untuk urusan mewakili negara atau negeri dalam program tertentu seperti bidang sukan.

Omar berkata, semakan mendapati penjawat awam wanita lebih cepat menghabiskan cuti tahunan berbanding lelaki atas pelbagai urusan atau masalah keluarga, terutama mereka yang terpaksa menjaga anak sendirian kerana tinggal berjauhan dengan suami.

“Apabila cuti habis, mereka terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji bagi urusan kecemasan seperti anak sakit. Masalah ini menjadi keluhan ramai kakitangan wanita dan sering dibangkitkan dalam dialog kami.

“Oleh itu, amat wajar cuti tanpa rekod diperluaskan kepada urusan kecemasan membabitkan keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak, ibu bapa dan mentua dengan syarat cuti tahunan mereka sudah habis,” katanya.

Ketika ini, kakitangan awam mendapat cuti tahunan antara 20 hingga 30 hari bergantung kepada gred perjawatan mereka

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yaa.. saya suka... sila perjuangkan ye cuepacs!!

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju terutama perkara ke empat.

Untuk bulan Jan-April, saya telah mengambil CRK sebanyak 3 kali, semuanya atas urusan isteri
1) Isteri sakit
2) Isteri daftar INTERIM
3) Isteri Konvo.

Saya diberi amaran agar tidak kerap mengambil CRK terutama awal tahun, untuk di simpan jika berlaku kecemasan pada akan datang. Malah tidak dibenarkan mengambil 2 kali CRK dalam satu bulan sedangkan mempunyai urusan penting/kecemasan. Alasan 12 bulan mesti dibahagi dengan 7.

CUEPACS. Kami sokong tuntutan tersebut. InsyaAllah prestasi tetap dikekalkan. Yang penting, sedar tanggungjawab masing-masing.


-GURU BERKELUARGA-

Tanpa Nama berkata...

sibut ngan beranakkkkkkkk, isu penambahbaikan SSM baru pun x tau kemana lagi, mmg haprakkkkkkkkkk

rock warrior berkata...

yeahooooo omar cuepacs mmg haprakkkk.. isu j27 bila nak settle

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...sibuk ngan beranakkkkkkkk, isu penambahbaikan SSM baru pun x tau kemana lagi, mmg haprakkkkkkkkkk
------------jantan+betina----------
Pengurusan CUEPACS asyik2 dok sibuk cuti beranak. Itu hari HEBOH kat sini kata Cikgu tak dapat cuti beranak 3 bulan tu. Hari ini pulak nak Wad Kelas 1 anak 4 hingga 7. Amboi hebat. Saya pun hari2 buat projek jugak tapi tak lah macam Cuepacs. Sepatutnya UTAMAKAN dulu isu2 TERTUNGGAK yang dituntut oleh semua PA yang belum selesai. Ini dok sibuk suara 45% kakitangan awam wanita. PA wanita ni semuanya malas lebih2 lagi yang kerja kat dalam pejabat. Kecuali wanita yang bekerja sebagai Doktor, Nurse, Imigresen, Kastam dan Polis dan Tentera. PA lelaki yang 55% lagi tak perlu rajin2 kerja lah ye. Buat apa yang patut jer. Punch tepat 8.00pagi balik tepat jam 5.00petang. Kerja lebih kita OT. Sebab kat rumah ada projek kena buat.Cuepacs dok sibuk2 nak jaga KPI dan macam2 tapi tak berlaku ADIL kepada PA lelaki.Lebih baik aku balik je lepas pejabat petik PETAI kat hutan belakang rumah cari duit lebih, lagi bagus.
AKU ANAK JAKUN.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Rock Warrior:
Wa anak jakun sokong lu. Ini nik sukak bekemo hal jantan dan btino jek.Hak kitak jantan taj jagak.
Kupek betul2 cakak tak serupak buak.
Akuk sumpit diyak orang baruk tauk.

Tanpa Nama berkata...

ko ni kiupek mmg bodoh kan? penting sgt ke nak dpt penduduk sampai 70 juta tu? ko ingat nak bersalin kat spital swasta tu xguna duit gov ke? aku nak tau gak sape antara korang yang hadap sgt nak beranak kat swasta guna duit rakyat nih? mesti korang jaki dengan bos korang yg citer dia beranak kat swasta best kan?

abes tu, bila dah ade 70 juta penduduk dalam mesia yg kecik ni, kalau xde tempat tido, tido atas kepala ko ye kiupek..bodoh nak mampossss..aku tak taulah apsal kesatuan kiupek ni wujud.

Tanpa Nama berkata...

MELAKA: Vateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

"Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini".

"Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.

Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA.

"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya.

Tanpa Nama berkata...

nmpak sgt kupek ni memperlekeh hospital kerajaan, sape yg uruskan hospital kerajaan kalau buksn orang kerajaan sndri..kn ke lg bagus kalau dicadangkan banyakkan wad 1st class kt hospital lg bgus..bukan bagus sgat pn bersalin kt swasta, sme jer..pengalaman aku dua2 aku pernah rase..nsib jer..aku takut nnt swasta nak amik untung semua yang bersalin nak kena bedah sbb nk cari untung..ko ape tau ko kan jantan bukannyer ko pempuan yang bersalin..bodoh punyer kupek..TAKDE HOTAK!

Tanpa Nama berkata...

sapa ckp beranak kt hosp kerj sama mcm swasta...ramai dah PA lelaki yg komen isteri2 mrk beranak kt hosp kerj kena maki hamun dek nurse kerj...'knp nk jerit sakit masa bt x jerit sakit pn..." maaf yea tp nurse d swasta x ckp mcm tu...msh ada byk lg kes yg lain ttg hosp kerj...bgmna mrk bekerja...jd jgn nk bising klu cuepacs sekadar bg cdgn...klu rasa dah bijak sgt p ar ganti org2 kt cuepacs...bt pa skdr tls2 d blog ni...

Tanpa Nama berkata...

lady first, tak kira jawatan ape, dari serendahnye ke tertinggi semuanye same.. mesti diberi keutamaan yg terbaik.. kami berjawatan tinggi kanan kerajaan menyokong 100%..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...salam 1 malaysia.
hari ini kita sentiasa biacara tentang kelebihan kepada semua pihak ...tapi kita terlepas pandang tentang hal wanita-wanita yang belum bertemu jodoh ...apakah tiada keistimewaan untuk bercuti bagi golongan ini adakah nasib mereka terbilah...tidak kan ... mereka dipandang sepi kerja terus kerja...status yang bergelar isteri dpt cuti mmg layak...lihatlah golongan ini jg.terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

AKU TAU LAH:
Pompuan ke laki ke same je. Same2 mencari sedap. Tapi tak taulah sedap tu letaknya kat mana. Tapi biarlah sama2 sedap dan sama2 sakit. Orang laki pun nak juga rasa wad 1st class.
Kalo pompuan tu tetap pompuan.

Mat Salleh Pahlawan Gaya berkata...

Senang sahaja nak chapai pendudok 70 jhuta... Ambillah atau import-lah pendudok Melayu Islam dari Selatan Thailand serta bangsa Moro Islam dari Mindanao. Negara mereka sedang bergolak dan mereka diancam olih pehak kafir harbi Thailand dan Filipina. Oleh itu, sayugia kita sangat perlu membantu mereka dengan memberikan tempat tinggal di negara kita serta supaya mereka menjadi sa-bahagian dari pemdudok negara ini. Ingatlah bahawa mukmin itu bersaudara. Wajib ke atas mukmin membantu mukmin yang lain dalam kesusahan.

Tanpa Nama berkata...

Beginilah cara Cuepacs mengalihkan pandangan ahli-ahlinya berikutan banyak tuntutan lalu yang belum selesai. Cuepacs pun dah jadi parti politik akhir-akhir ni. Tunggu aje yang akan datang. Mesti banyak lagi yang akan Cuepacs minta. Jadi, tuan2 dan puan2 tunggu ye...

Tanpa Nama berkata...

buat masa sekarang wanita untung,dapat cuti bersalin,boleh rehat 2 dan 3bulan,kemudian balik pejabat dapat Anugerah khidmat cemerlang,Cuepacs/jpa kaji balik.

Tanpa Nama berkata...

ULAU PINANG: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mencabar Ketua Pehubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyenaraikan 50 buah kampung Melayu yang bakal diusir oleh mahkamah dalam masa terdekat.



Jika ada, beliau dikehendaki mengemukakan dengan bukti kukuh bukan dakwaan kosong sebagaimana kenyataannya dalam akhbar The Sun pada 22 Mei lalu.


Justeru, cadangan Umno agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah rumah kos rendah bagi mengatasi penduduk yang terlibat dengan projek pembangunan dilihat sesuatu yang dangkal.

Ini kerana selama ini mereka berhujah supaya kerajaan negeri mengekalkan perkampungan Melayu sedia ada.


"Bagikan saya senarai 50 buah kampung yang bakal diusir oleh mahkamah. Saya nak tengok dengan bukti sekali sebab setahu kami tiada pun kejadian itu berlaku melainkan cadangan kerajaan negeri mahu menaikkan taraf perkampungan Melayu sedia ada dengan lebih proaktif berdasarkan kepada rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020," tegas Mansor ketika dihubungi.


Antara kampung terbabit ialah Kampung Seronok, Kampung Sungai Rusa, Kampung Titi Teras, Kampung Pondok Upeh, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Genting dan Kampung Terang di bahagian Balik Pulau.


Di bahagian Seberang Perai pula membabitkan Kampung Ceruk To' Kun, Kampung Machang Bubuk, Kampung Ara Kuda, Kampung Sungai Acheh, Kampung Kota Aur dan Kampung Mengkuang Titi.


Ujarnya lagi, kerajaan negeri senantiasa memantau jika ada tanah yang terlibat dengan syarikat untuk dibangunkan sepertimana yang telah berjaya diatasi seperti di Kampung Perlis 10 Kongsi, Bayan Lepas di mana 84 orang berbagai bangsa tidak mendapat geran dari 1987 yang diatasi pada 2011.


Selain itu ialah Kampung Cross Street, Bukit Mertajam, perobohan 12 buah rumah di Kampung Sungai Nibung Besar, 22 buah rumah diatas tanah milik KL Metro Development Teluk Kumbar Balik Pulau, Perumahan PPR Sungai Chenaan Seberang Perai Selatan, Kampung Melayu Tanjung Tok Kong Fasa 4A, Kampung Binjai Bayan Lepas, 13 keluarga bangsa Cina di Kuala Jalan Baru Balik Pulau dan Kampung Bagan Serai Seberang Jaya.


"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat buat perancangan begitu berhemah dan baik demi rakyat yang tercinta.

“Kami tidak sekali-kali menginaya penduduk sepertimana yang digemburkan oleh Umno dan BN yang terdesak," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.

Unknown berkata...

Sokong...tp xkan utk wanita sj. Mn utk golongan lelaki...cuba perjuang utk lelaki spt cuti jaga isteri bersalin dr 7 hari ke 14 - 30 ari ka..

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.

Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.

Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.

Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.

Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London.

Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya.

"Saya berada di London ketika debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.

Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik.

"Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.

Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara.

Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.

Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.

Tanpa Nama berkata...

apebenda puny a usul laa yang cuepacs bawak NI. Semuaorgkelas satu sumbangan Dan tanggungjawab sama ker?

ganu kite berkata...

ULAU PINANG: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mencabar Ketua Pehubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyenaraikan 50 buah kampung Melayu yang bakal diusir oleh mahkamah dalam masa terdekat.



Jika ada, beliau dikehendaki mengemukakan dengan bukti kukuh bukan dakwaan kosong sebagaimana kenyataannya dalam akhbar The Sun pada 22 Mei lalu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

sila buktikan....sila bertanggung jawab.saya pun nak tahu.Berat tuduhang mung tu.Seolah olah di pulau pinang tu tak amang sebab ada puak puak gitu yang selalu buat kecoh,buat cerita......ajak debat takut.

denyut nadi... berkata...

untuk penjawat awam laki laki apa yang Ceupacs perjuangkan?

saya minta Ceupacs tolong perjuangkan cuti tanpa rekod bila ada kematian di perluaskan kepada mertua dan adik beradik.

adakah bila mertua mati,kena ambil cuti rehat? adakah ada menantu hantu yang hanya akan ambil cuti satu hari saje bila mertua meninggal.Begitu juga jika adik beradik yang meninggal.

Keadaan ini lebih payah bagi lantikan baru selepas 2009,yang mana cuti bagi sokongan 20 hari,prpfesional 25 hari.Kami mohon jumlah cuti dikembalikan seperti mana jumlah cuti sebelum 2009.

Kalau dulu Ceupacs pernah kata Pekeliling Cuti 2009 dikeluarkan tanpa berunding dengan Ceupacs,harap Ceupacs dapat perjuangkan agar jumlah cuti dikembalikan semula kepada 30 hari bagi profesional dan 25 hari bagi sokongan.

Barulah relevan sikit.Saya tahu Ceupacs tak pandang sangat isu ini sebab orang lama seperti orang Ceupacs dapat opsyen utk kekalkan jumlah cuti tahun yang dulu dan tidak tertakluk kepada pekeliling 2009.

Adakah orang lama Ceupacs rasa cuti 20 hari mencukupi jika jumlah cuti anda sebanyak itu.Cuti 20 hari tak cukup sebenarnya,minta dikaji semula.dengarlah denyut nadi kami lantikan baru selepas 2009.

ku kehilangang cuti 3 dimensi berkata...

untuk penjawat awam laki laki apa yang Ceupacs perjuangkan?

saya minta Ceupacs tolong perjuangkan cuti tanpa rekod bila ada kematian di perluaskan kepada mertua dan adik beradik.

adakah bila mertua mati,kena ambil cuti rehat? adakah ada menantu hantu yang hanya akan ambil cuti satu hari saje bila mertua meninggal.Begitu juga jika adik beradik yang meninggal.

Keadaan ini lebih payah bagi lantikan baru selepas 2009,yang mana cuti bagi sokongan 20 hari,prpfesional 25 hari.Kami mohon jumlah cuti dikembalikan seperti mana jumlah cuti sebelum 2009.

Kalau dulu Ceupacs pernah kata Pekeliling Cuti 2009 dikeluarkan tanpa berunding dengan Ceupacs,harap Ceupacs dapat perjuangkan agar jumlah cuti dikembalikan semula kepada 30 hari bagi profesional dan 25 hari bagi sokongan.

Barulah relevan sikit.Saya tahu Ceupacs tak pandang sangat isu ini sebab orang lama seperti orang Ceupacs dapat opsyen utk kekalkan jumlah cuti tahun yang dulu dan tidak tertakluk kepada pekeliling 2009.

Adakah orang lama Ceupacs rasa cuti 20 hari mencukupi jika jumlah cuti anda sebanyak itu.Cuti 20 hari tak cukup sebenarnya,minta dikaji semula.dengarlah denyut nadi kami lantikan baru selepas 2009.
===============================

Betoi...aku dah kerja lama dalam kerajaan .Dulu cuti aku dah 30 hari,bila naik pangkat ke lantikan baru cuti aku jadi 25 hari.

tolonglah Ceupacs perjuangkan hal ni juga...

Unknown berkata...

Sokong sgt..klu blh cuti tu d pjgkan drpd 3hari kpd 7hari krn semua agama pun 7hari berkabung...cuti kematian jg pula dperluaskan kpd semua ahli keluarga & mentua. mohon ceupacs perjuangkan perkara ini lg bagus dan adil utk semua

Tanpa Nama berkata...

mintak mcm2..lemak, lemak

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam seramai 1.4juta tidak boleh dipercayai,ramai saja kualiti tiada,buktikan sekiranya mereka berkualiti.Pak Omar kata begini,ada orang tikam begini.

Tanpa Nama berkata...

SABAK BERNAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan melayan cabaran Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mahu beliau minum air dari empangan atau mana-mana sungai di negeri itu untuk membezakan air mentah dan air terawat.

Abdul Khalid berkata, cabaran yang dikemukakan itu tidak perlu diendahkan kerana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang air.

Katanya, Noh sepatutnya memberikan tumpuan dalam menyelesaikan isu National Feedlot Corporation (NFC) daripada mencampuri urusan air di negeri Selangor.

"Ada banyak perkara dalam Kementerian Pertanian dia tidak jaga, pasal lembu juga dia tidak jaga. Jadi kalau dia beri tumpuan pada kementerian dan NFC, itu adalah lebih baik daripada masuk ke satu arena lain.

"Kita akan bagi penghormatan jika beliau boleh selesaikan isu NFC itu," katanya dalam sidang media mengulas laporan muka depan Sinar Harian mengenai kenyataan Noh yang sanggup menerima cabaran melawat empangan dengan syarat Abdul Khalid minum air dari empangan atau mana-mana sungai di negeri ini.

Memetik laporan itu, Noh berkata, buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.

Ditanya mengenai analogi 'padi dan beras' yang diguna Noh bagi memudahkan rakyat memahami perbezaan antara air mentah dan air yang dirawat, Abdul Khalid berkata, ia menandakan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu sendiri tidak faham mengenai isu tersebut.

“Kalau tak faham air terawat, kita akan ajar. Sebab itu masa kita buat, penilaian yang pertama ialah berapa jumlah air mentah, selepas itu kita terangkan bagaimana air mentah jadi air terawat dan apakah masalah pengurusan yang berlaku," katanya lagi.

Tanpa Nama berkata...

sila buktikan....sila bertanggung jawab.saya pun nak tahu.Berat tuduhang mung tu.Seolah olah di pulau pinang tu tak amang sebab ada puak puak gitu yang selalu buat kecoh,buat cerita......ajak debat takut

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada seorang rakan yg berasal dr Pulau Pinang. Semangatnya cukup kuat bila menyuarakan sokongan terhadap kerajaan negeri. Lalu sy tny apa masalah tanah di Pulau Pinang? Dia menjawab Penang x dak masalah tanah. Semua dok kata org melayu x dak tanah tu tipu ja. Lalu sy tanya kenapa kau beli rumah di seberang prai? Kenapa x beli rumah di kawasan pulau? Dijawabnya, hang gila ka? Mana mampu nk beli rumah kt pulau? Mahal. Sy hanya tersenyum kerana kasihan dgn org melayu Pulau Pinang yg sedikit demi sedikit mula "dihalau" keluar dr kawsan pulau.

Tanpa Nama berkata...

cuepacs banyak buat cadangan....
tuntutan tak pernah ada....

Tanpa Nama berkata...

cuepacs banyak buat cadangan....
tuntutan tak pernah ada....

Tanpa Nama berkata...

cuepacs banyak buat cadangan....
tuntutan tak pernah ada....

Tanpa Nama berkata...

TANPA NAMA BERKATA:
Buat masa dulu, sekarang dan akan selamanya PA wanita untung,dapat cuti bersalin,boleh cuti bersalin 300 hari,kemudian balik pejabat dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Cukup tempoh pencen.Cuti bersalin 300 hari diambil kira. PA lelaki wajib diberi juga 300 hari bonus untuk pengiraan pencen. Itu baru adil. Cuepacs /Jpa mesti kaji balik.

Tanpa Nama berkata...

salam...

Harap CUEPACS dapat perjuangkan dulu isu elaun perumahan yang dah tak relevan lagi bagi staf pelaksana.

TQ

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan mengatakan orang melayu laridari Pulau Pinang adalah salah,zaman BN masa TUN DR LIM CHONG YU,Zaman Dr KOH TSU KOON hingga 2008,2008 hingga berapa ramai orang melayu lari dari P.P,kata kata aje,fakta tiada,dimana mana pun sama aje,kalau tak tau fakta jangan cakap sebarangan nanti padah.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS sepatutnya membuat kenyataan menambahkan CUTI REHAT kpd Kakitangan Awam wanita yg BERKAHWIN /IBU TUNGGAL & MEMPUNYAI ANAK di BAWAH 18 TAHUN .
ADA RASIONAL & SEBABnya :
1. Kebanyakan wanita melakukan 2tugas hakikinya , di RUMAH & DI TEMPAT KERJA dalam seharianya.
2. Keupayaan melakukan mengemas rumah , membesarkan anak & bekerja atas kehendak Jabatan . Terutamanya IBU TUNGGAL
3. Ada kalangan Kakitangan wanita yg mendapat Promotion terpaksa meninggalkan rumahnya serta Keluarganya.

Bersalin hingga anak yg ke-7 adalah cdgn yg baik kerana boleh menambahkan Zuriat & menambahkan populasi rakyat Msia . tanpa mengambilkira kekangan kewangan hidup .

CADANGAN KAKITANGAN AWAM WANITA UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA TIDAK BOLEH DITERIMA KERANA TIDAK MENGAMBARKAN SISTEM PERKHIDMATAN AWAM DI HSP KRJAAN YG BAIK . Adakah CUEPACS tidak mempercayai kakitangan Awamnya di Hsp Krjaan ?
Apabila kita bercakap soal kos adalah lebih baik utk menjimatkan perbelanjaan Krjaan .

Peranan Wanita amat dihargai

Tanpa Nama berkata...

KEPADA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA:
Kalau dulu (tahun 1998) aku masa tu darjah 6. Emak aku tak kerja. Makcik sebelah rumah kerja kat jabatan pelajaran bagi upah jaga baby rm150.00je sebulan. Antar adik baby jam 7.00pagi ambil jam 5.00petang. Lepas tu kan baby tu dah umur 2 tahun pandai berjalan lari. Makcik tu bagi Mak aku rm100.00 je. Katanya sebab dah senang baby dah pandai bawak diri. Ok itu dulu aku budak tak tau apa2. Tapi sekarang ni baru aku tahu antar baby kat rumah kawan aku kena tetap bayar rm300.00 sebulan jam 7am-5pm.Aku lambat sejam kena extra rm3.00.Mak aku dulu kan, masa Makcik kursus
3-4hari adik baby siang malam kat rumah aku layan macam adik
sendiri. Mak tak extra payment apa pun. Jadi sekarang ni patutnya Kementerian Pembangunan Wanita kena tetapkan bayaran jaga anak.
rm300 - rm 350 sebulan jam 7am - 5pm. Tetapkan juga bayaran untuk Lebih masa bayar extra. Aku harap kawan2 kat luar sana tu kena juga pikir anak kita sejak umur 60 hari dah dijaga oleh orang lain. Kena fikir jasa dan sumbangan wanita mengenai penjagaan anak-anak wanita yang berkerjaya macam kita.
Kepada para pengasuh dan perapi baby dan anak2 wanita yang bekerjaya, saya ucapkan setinggi2 penghargaaan atas jasa anda, walau tiada yang ambil kisah tapi Allah lebih tahu sebab kita sama2 wanita ada naluri keibuan walau bukan anak sendiri. Sekadar bayar rm300.00 sebulan tak dapat balas jasa salin lampin berak kencing anak kita.TAHNIAH buat UMMI,
MAMA, MAK dan IBU.

Tanpa Nama berkata...

sokong...kalau tak dapat cuti 14 hari pun...keja fleksibel

Tanpa Nama berkata...

betul...wanita yang dah berkahwin,mempunyai anak..ibu tunggal
kalau belum kawin tu tak pe la...belum banyak komitmen lagi

Tanpa Nama berkata...

cuepacs jgn nak mintak bkn2 la..
rasional la skit..permintaan mcm budak2 skolah.wat malu jer

CROWN TRUST FINANCIAL LOAN FIRM !!! berkata...

Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com