SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Mei 2012

CUEPACS HARAP PERDANA MENTERI JELASKAN STATUS SURUHANJAYA KHAS SEMAK GAJI AWAM

Bernama
12/5/2012

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat segera menjelaskan status penubuhan Suruhanjaya Khas bagi menyemak gaji penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata CUEPACS masih menantikan pelantikan anggota Suruhanjaya Khas itu, yang ditubuhkan selepas Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan pada 8 Mac lepas.

"Sempena sambutan Hari Pekerja 2012 di Taman Pameran Pertanian Malaysia di Serdang pada Sabtu, Cuepacs berharap mendapat perkhabaran gembira daripada Perdana Menteri mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti IPTA Malaysia (GAKUM) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini.

Penubuhan suruhanjaya khas itu diumumkan Najib pada perjumpaan khas dengan penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan beliau turut mengumumkan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) selepas pembatalan SBPA.

-- BERNAMA

30 ulasan:

Sapa2PunRasuahMa berkata...

Apa2pun tunggulah slps pilihanraya ye ! Skrg ni timing pilihanraya, bos ! Antara hidup dan mati ni, bos !

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUL ORANG KATA :
Setelah 18 tahun ditutup kesan radiasi diBukit Merah masih ada ditahap merbahaya!Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) mendakwa kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan)NONE, ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.
Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia. Jadi apa yang SELAMAT jika Projek Lynas diteruskan. Jepun dah guna import tempurung isirong kelapa sawit dari Malaysia untuk menjana Loji tenaga elektriknya.Manakala Kesatuan Eropah (EU) telah menggunakan kuasa ombak dan tenaga solar (matahari) untuk Loji tenaga elektriknya. Mengapa pula kita terhegeh-hegeh nak buat projek nuklear yang amat2 bahaya dan ketinggalan zaman itu. Mari kita cari lagi fakta baru...!

Tanpa Nama berkata...

LEPAS PRU 13 SURUHANJAYA GAJI BERKUBUR,KEKAL SSM,APA DAH JADI,APA DAH JADI,APA DAH JADI..............................................................................................APA DAH JADI,APA DAH JADI,APA DAH JADI....................

Tanpa Nama berkata...

kami dah berijazah dan master 7-8 tahun, tapi tiada kenaikan pangkat dan kanaikan gred, dpt apc, pretasi 97%, lulus ptk tahap 4, dah 13 tahun berkhidmat gred C, JPA, SPA, CUEPACS dan KERAJAAN perlu menaiktarafkan gred semua PA, sepatutnye kami PA hanya perlu ditemuduga jea dalam kenaikan pangkat dan permohonan perjawatan baru kerana kami ada pengalaman kerja dan berpuluh kali mengikuti seminar, kursus,taklimat dan macam-macam lagi, tak perlulah menduduki perperiksaan dan ujian fizikal, nak kena berlari berbatu-batu, dan sebagainya..kami dah berumur 30an dan 40an.. ini baru dikatakan menjaga kebajikan PA, barulah PA memberi perkhidmatan dan pemikiran kelas 1 di dunia..

Tanpa Nama berkata...

KENAPA TESCO/GIANT/JUSCO LEBIH MURAH DARI KEDAI RAKYAT 1 M'SIA:

Sebab Kedai 1Malaysia bukan berorientasikan mencari untung tapi mencari Dana untuk membina Imej Siapa Aku termasuklah Cuepacs dan Mtuc yang telah menyimpang dari perjuangan Asalnya yaitu demi menjaga kebajikan pekerja kepada demi menjaga kepentingan kesatuan sekerja/pekerja. Jadi yang boleh diharap ialah Diri kita yang perlu pintar membuat KEPUTUSAN yang mana satu INI atau ITU termasuklah dalam PRU 13 nanti. Buktikan kuasa anda adalah penentu masa depan kita

Tanpa Nama berkata...

Dahkeja 33tahun baru dapat kup g22 dari g17. Gaji g17 dah 6 tahunmaksima. Ini bermakna kena kerja, sampai 40 tahun baru boleh capai maksima g22. Apa punya dera la ni! Tolong la presiden. Omar . Ramai lagi rakan senasib ni.Tolong!Tolong!Tolong!

Tanpa Nama berkata...

Kemungkinan andaian.....Pembentangan bajet ni oktober pasti ada perubahan gred bagi golongan GRED JGS dan penambah baikan semula gred semua glgn penjawat awam malysia dan harga getah ada perubahan sesuai dgn zaman yg semakin mencabar....sabar ja semua PA

Tanpa Nama berkata...

harga barangan semakin melambung naik..!! susu pekat, minyak makan, beras, tepung gandum, milo, nescafe, roti, susu segar, sabun basuh, sabun mandi, kicap dan barangan lain.. tak percaya.. pergilah ke kedai 1 malaysia.. anda pasti teruja..!! untuk rakyat malaysia sarapan pagi sekeping roti/biskut dan kopi-O, makan tengahari nasi berulam ikan bilis berserta lada kecik-bergaram, minum petang biskut kering perkena tea-O, makan malam nasi bersama ikan goreng berkuah kicap.. inilah rutin makanan rakyat malaysia yg berpendapatan rendah dan PA berpendapatan rendah.. pemimpim senang-lenang mentah-kedarah, ape celop..!! ape cite nie semua..!!

Tanpa Nama berkata...

PM dah lupa, Suruhanjaya Khas Semakan Gaji Awam yang diumumkannya sebulan yang lalu. Biasalah JANJI OMNO gitu. Kena tunggu dua kali pilihanraya lagi. Tapi waktu itu PR dah perintah Malaysia. Padan muka pemimpin yang hanya pandai menabur janji.

Tanpa Nama berkata...

ANJAKAN GAJI bro camno !
kami yang lulus ARAS 4 .....

Tanpa Nama berkata...

buatlah kajian terperinci tentang kenaikan secara Time Base kepada semua peringkat jawatan supaya dapat menikmati skim pangkat terakhir sebelum bersara & bukannya secara 15 tahun.
janganlah menilai skim tertentu sahaja seperti Guru pokoknya input yang dapat adalah sama seperti dahulu.
Berilah keadilan yang seadanya

Tanpa Nama berkata...

PM dah SENYAP, Suruhanjaya Khas Semakan Gaji Awam yang diumumkannya sebulan yang lalu, SUNYI SEPI. PM NAK TUNGGU PR TAWAN PUTERAJAYA AGAKNYA...!!!

Tanpa Nama berkata...

ALA KANGSAR, 16 Mei — Seramai 24,053 guru yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, mulai 1 Jun hingga 31 Dis ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan 15,831 lepasan Diploma.

"Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.

Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas.

Katanya melalui skim itu, bagi guru lepasan Ijazah gred DG41, hanya lapan tahun diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54.

Muhyiddin berkata bagi guru lepasan Diploma gred DGA29, hanya lapan tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, lapan tahun untuk gred DGA32 ke DGA34 dan hanya lima tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.

Beliau berkata lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, seramai 390 guru telah dinaikkan ke gred DG54, DG52 (676), DG48 (3,938) dan DG44 (19,805).

Katanya bagi guru bukan siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, DGA34 (2,639) dan DGA32 (9,519).

Beliau berkata proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh kementerian.

"Setakat ini seramai 854 Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270 Penolong kanan dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48," katanya.

Muhyiddin berkata kenaikan pangkat itu melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Dis 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Dis 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ialah 1 Jan 2012.
Katanya seramai 430 baki penyandang jawatan Pengetua gred DG48 ke gred DG52 dan seramai 2,655 baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Bagi melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan RM934 juta, iaitu satu jumlah yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata kementerian komited mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015.

Katanya sehingga kini program pensiswazahan guru berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi. — Bernama

KOMEN.

CUEPACS KENAPA JPA TIDAK PERTIMBANGKAN UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG LAIN BAGI KENAIKAN PANGKAT SEPERTI DIATAS,GURU-GURU YANG BERKHIDMAT UNTUK NEGARA,KAKITANGAN AWAM TIDUR KEAAAAAAAAAAAAAAAAAAA?

Tanpa Nama berkata...

TIDAK ADIL GURU GURU AJE SENANG NAIK PANGKAT,LIHAT KENYATAAN DIBAWAH.

lagi kedengaran Politik murahan muhyiddin pemberian hadiah Istimewa kepada profesion Perguruan.

Tanpa Nama berkata...

Majoriti guru adalah pembangkang sbb tulah TPM kena jaga betul2 daripada PR memancing undi golongan Cikgu atas janji buku jingga memberi Insentif kpd Guru.
Krjaan pun takut jugak pada Cikgu2 ni .
Krjaan ingat bagi banyak boleh rating BN naik , kita saksikanlah di PRU13 nati .

Tanpa Nama berkata...

pensyarah di ipg indah khabar dari rupa. respect lg aku kat penyarah di kolej swasta.

Mohd Raslam berkata...

SANGAT SETUJU DGN PENULIS TANPA NAMA YG. MENGATAKAN RAMAI PA ADA IJAZAH DAN MASTER TTP TAK DINAIKAN PANGKAT.HARAP JPA KAJILAH SAMA MEREKA INI.

Tanpa Nama berkata...

SDRI LOK YIM PHENG,
tolong kakitangan awam yang lain sama bukan bela guru guru,perhatian kalau nak kaji,s/u cuepacs kena bela semua kakitangan awam bukan guru saja.
kami cabar SDRI LOK YIM PHENG bela kakitangan awam yang lain didalam gred SBPA naik pangkat,kalau nak bela guru pegang NUTP aje,
S/U Cuepacs

Tanpa Nama berkata...

Sedih sgt2. PA yg lain tidak diberi keistimewaan sebagaimana guru2 dapat. Guru 8 tahun dah blh naik pangkat, PA lain tunggu 15 tahun baru blh naik pangkat. PA yg ada kelulusan tidak diberi keistimewaan sebagaimana guru dapat padalah beribu2 PA yg ada diploma dan ijazah masih kerja gred sokongan. Sampai bila kerajaan asyik nk membela profesion perguruan ni dan meminggirkan penjawat awam yg lain..fikir-fikirkanlah

Kecewa dengan kerajaan apa yang dijanjikan untuk gred J17 tidak kesampaian.........sbpa pun dah batal......ssm still same mcm dulu...

Tanpa Nama berkata...

Kecewa dengan kerajaan apa yang dijanjikan untuk gred J17 tidak kesampaian.........sbpa pun dah batal......ssm still same mcm dulu...

Tanpa Nama berkata...

keja dah 17thn mati gaji dah 3 thn...naik gaji 13% tapi tahun depan gaji dah tak gerak balik dlm erti kata sontok balik....tahun kerja ader 17 thn lagi...macam mana la nak hidupppp....oiiiii..tolong la orang paling bawah nii...

Tanpa Nama berkata...

tolong la kaji cepat..jgn la nak naik gaji cikgu jer..kami orang bawah dlm perkhidmatan awam pun kerja juga....kalau macam tu bagi cikgu jer la buat kerja buruh...buruh boleh buat kerja sendiri dlm erti kata jadi buruh pada diri sendiri....pegi cari tanah tanam sawit...lagi bagus dan nak sokong sapa pun org tak leh nak marah.

Tanpa Nama berkata...

Asyik nak bela guru tbk kemas ja. Guru- guru tbk perpaduan cammna.? Bekas guru tbk perpaduan ada yg bhidmat 26 th tak dapat pampasan mcam guru kemas pun . Knapa ceupac dan krajaan tlepas pandang. Sedangkan kami guru perpaduan juga sama tgung jawabnya. Lbh2lg bagi menyatupadukan kaum yg bermula dari umur 5th

Unknown berkata...

assalam,
saya nak bertanya skit pada tuan/puan, pasal kedatangan ni
adakah seorang ketua jabatan atau ketua atasan dipejabat awam ni..memang dibolehkan masuk lambat , keluar awal pada waktu bekerja , ade ke pekeliling atau aktanya ?

CROWN TRUST FINANCIAL LOAN FIRM !!! berkata...

Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com