SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Mei 2012

CUEPACS MAHU PENGANJUR BAYAR PAMPASAN KEPADA ANGGOTA POLIS DAN WARGA MEDIA YANG CEDERA

Bernama
1/5/2012

KUANTAN, 30 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penganjur perhimpunan yang bertukar ganas pada Sabtu lepas membayar pampasan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas media yang cedera akibat tindakan peserta perhimpunan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs kesal dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang sengaja mencederakan anggota polis dan warga media yang bertugas sehingga terlantar di hospital.

"Cuepacs sebagai payung kepada penjawat awam di negara ini termasuk anggota keselamatan kesal dengan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pendidikan Cuepacs oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di Kolej Shahputra, di sini hari ini.

Omar berkata Cuepacs juga tidak akan membela penjawat awam yang ditangkap kerana didapati menyertai perhimpunan tersebut.

"Sekiranya penjawat awam ini tertangkap menyertai perhimpunan sebegini, mereka perlu selesaikan sendiri dan tanggung segala risiko serta segala hak mutlak mereka akan terhapus dan berkemungkinan dibuang kerja atau tindakan tatatertib," katanya.

Katanya perkara itu selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam yang melarang penjawat awam terlibat dalam perhimpunan haram atau sebarang bentuk gerakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan RapidKL akan mengumumkan kerugian yang ditanggung mereka akibat perhimpunan tersebut tidak lama lagi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata setakat ini pihaknya masih menilai jumlah kerugian akibat tindakan liar peserta perhimpunan yang merosakkan harta benda awam.

"Operasi pembersihan juga masih dijalankan kerana masih ada sampah-sampah yang ditinggalkan kumpulan demonstran ketika perhimpunan berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, penyedia perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas di Lembah Klang, RapidKL pula akan membuat laporan polis terhadap penganjur selepas nilai sebenar kerugian diketahui.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) Masnizam Hisham berkata jumlah kerugian mungkin akan diketahui dalam minggu ini.

RapidKL katanya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur perhimpunan itu.

Syarikat itu mahu ganti rugi berpatutan termasuk kerosakan teruk kepada aset, kehilangan hasil pendapatan di stesen LRT Masjid Jamek selepas demonstran meluru menerusi pintu LRT tanpa membayar dan kehilangan pendapatan daripada operasi perkhidmatan basnya.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yahoo 11111111111111

Tanpa Nama berkata...

http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2012/04/ketua-polis-negara-bertanggungjawab_30.html

Tanpa Nama berkata...

Jadi peserta yg d belasah polis siapa pulak yg nak byr g/rugi. Rakyat hanya nak berhimpun secara aman, duduk bantah...kenapa tak boleh???? Tuntutan yg dmintapun bukannya boleh menjhnmkn negara...lainlh nak balun RMbilion2...atau pinjam 250juta kemudian tak byr balik...itu barulah mjhanamkn negara!!!

Tanpa Nama berkata...

Alamak kantoi la plak!!! lu pikir la sendiri...