SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Mei 2012

CUEPACS , MTUC MAHU PM BAIKI KEBAJIKAN PEKERJA BADAN BERKANUN


Sinar Harian
17/5/2012


 Cuepacs, MTUC mahu PM baiki kebajikan pekerja badan berkanun
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
KUALA LUMPUR - Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjamin  kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut.

Ia akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.

"Kita memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula pengasingan itu supaya ia tidak ketinggalan dengan sektor awam dan masa depan pekerjanya terjamin selepas tamat perkhidmatan nanti," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja tujuh agensi berkenaan di Ibu pejabat Perkeso, di sini hari ini.

Omar berkata pihaknya turut berharap kerajaan tidak meminggirkan agensi-agensi itu dalam setiap penambahbaikan terhadap sektor awam.

Cuepacs juga berharap tujuh agensi itu akan mendapat pencen secara berkala, seperti yang telah dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), jika ia tidak boleh mendapat pencen sepertimana sektor awam.

Beliau meminta langkah itu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 pekerja sokongan, diselesaikan tahun ini setelah dikemukakan kepada kerajaan sejak 2009.

Mengenai nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan, Omar berkata, Cuepacs meminta kerajaan supaya tidak menamatkan tempoh perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada kekosongan jawatan untuk ditetapkan.

Cuepacs menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung dan memohon jasa baik Perdana Menteri untuk menangani perkara itu dengan kadar segera.
Sementara itu, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan pada sidang media sama berkata, pihaknya akan meminta kerajaan mewujudkan satu mekanisme supaya ketujuh-tujuh badan berkanun itu mendapat faedah serupa, sama ada yang diperoleh oleh penjawat awam atau kakitangan swasta dan status mereka juga harus jelas.

Perkara itu masih belum mendapat maklum balas Perdana Menteri setelah ia dikemukakan bulan lepas.

"Kadang-kadang kita lihat faedah yang diperoleh kakitangan kerajaan, tidak semua kakitangan di badan berkanun dapat, dan pada masa yang sama, faedah-faedah yang diperoleh oleh sektor swasta juga mereka tidak dapat," katanya.

Mohd Khalid berkata, mereka juga tidak mempunyai saluran untuk membuat aduan jika berlaku pertikaian antara pihak pentadbiran badan berkanun dengan pekerja berbanding penjawat lain. - Bernama

45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUL ORANG KATA :
Setelah 18 tahun ditutup kesan radiasi diBukit Merah masih ada ditahap merbahaya!Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) mendakwa kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan)NONE, ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.
Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia. Jadi apa yang SELAMAT jika Projek Lynas diteruskan. Jepun dah guna import tempurung isirong kelapa sawit dari Malaysia untuk menjana Loji tenaga elektriknya.Manakala Kesatuan Eropah (EU) telah menggunakan kuasa ombak dan tenaga solar (matahari) untuk Loji tenaga elektriknya. Mengapa pula kita terhegeh-hegeh nak buat projek nuklear yang amat2 bahaya dan ketinggalan zaman itu. Mari kita cari lagi fakta baru...!

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua kebajikan kakitangan awam dijaga....bukan badan berkanun aje yang terabai...kakitangan awam pon ada banyak yang terabai.....yang paling dijaga GURU jer....untuk pengetahuan kerajaan....guru la yang banyak sokong pembangkang...bagi laaa banyak mana pon....time PRU lepa pangkah pembangkang gak....kerja kerajaan pon sekarang dah ada double standart....kelebihan kat guru tu dah melampaau2 rasanya....

Tanpa Nama berkata...

PENDOKONG LYNAS KATA: bersambung di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/05/kumpulan-anti-lynas-kalah-teruk-di.html

------------!@#$%^&^%$#@!-----------
MALAYSIA ialah diantara negara kecil saiznya di dunia global. Tidak perlukan teknologi nuklear untuk memacu pembangunan negara. Belajar Ilmu Nuklear dan belajar di Institut Tenaga Atom tak salah sebab fakta ilmiah. Tapi tak perlu bangunkan kilang Nuklear di negara kita yang kecil ini. Negara besar spt. Rusia, Jerman dan terbaru Jepun dah merasai kepahitan kesan radiasi bila ada bencana alam yang tak disangka2. Pemikir dan perancang negara, tidak semuanya ada jiwa KENEGARAAN.Membawa Negara ke lembah bahaya memang ditegah Agama khususnya Islam.

Tanpa Nama berkata...

DIBACA DARI :bersambung di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/05/kumpulan-anti-lynas-kalah-teruk-di.htm ----------@#$%^&*------------------
Diselidiki dari penulisan Anda ialah pendokong projek LYNAS. Insaflah wahai saudara bahawa RUJUKAN PAKAR DAN ARTIKEL SERTA FAKTA sokongan apa lagi yang perlu dinyatakan. Jika itu semua dapat DIKEMUKAKAN pun JK Parlimen tetap akan menolak hujah dan tetap dengan teks dialog yang telah disusun. Jangan cuba nak temberang lagi. Jangan nak nafikan lagi.Saya kesian melihat Anda sebagai seorang yang terpelajar tetapi jadi penipu dan pengampu. Ingatlah masa depan anak, cucu, cicit dan generasi kita seterusnya (jika dunia masih belum Kiamat lagi. Apa jadi pada masa itu. Lihatlah longkang dengan rumah kampong Anda, Parit dikampong anda, Sungai dikampong Anda dan Laut dikampong Anda. Adakah masih belum tercemar atau anda celik tapi buta fakta.

Tanpa Nama berkata...

SAMAN TRAFIK DISWASTAKAN:
Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.
"Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.Seorang Ahli Parlimen berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.NONE"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman."(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan. Ahli Parlimen tersebut turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.
"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.

Tanpa Nama berkata...

KATAKANLAH YANG BENAR WALAUPUN PAHIT.
BERBUATLAH BAIK WALAU ORANG TAK TAHU.

Tanpa Nama berkata...

ANDA PATUT TAHU:Petikan dari web.
Bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC."Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata beliau kepada Malaysiakini bulan lalu.
Penyelesaian itu berikutan persetujuan Bekas Pengerusi MAS untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Bekas Pengerusi MAS tersebut membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.
Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Bekas Pengerusi MAS itu terhadap GLC berkenaan.Negara Malaysia semakin lama, semakin hancur dibawah PEMERINTAH sekarang....kesian rakyat malaysia belum masih mampu m

Tanpa Nama berkata...

kesian rakyat malaysia belum masih mampu membuta mata dan hati...

Tanpa Nama berkata...

Hallo Dato Omar Perbaiki dahulu Kebajikan Kakitagan Awam Persekutuan dahulu baru tengok yg lain.
Contohnya Guru dah melangkah kehadapan dgn TIME BASE Kakitagan Awam yg sepaptutnya dapat masih ditakuk lama .
CUEPACS dahululukan Kakitangan Perlaksana jgn nak menyibuk dgn Guru dah semestinya mereka ni PERSATUAN dan bukannya KESATUAN ?

Tanpa Nama berkata...

MA'AF Dato' Hj......

Kenapa asik-asik guru ataupun cikgu aje dapat pembelaan kebabajikan dan kenaikan gaji setiap tahun bagaimana pula dengan pihak penjawat awam adakah mereka tidak memerlukan ini semua????.... Sedangkan pihak penjawat awam cuma dapat kenaikan gaji hanya pada masa yang tertentu sahaja itupun bergantung kepada ekonomi negara tetapi tidak kepada cikgu-cikgu ataupun guru-guru.
Sekarang ni adakah pihak penjawat awam perlu diabaikan kebajikannya dan kelebihan keutamaan diberi kepda pihak perguruan sahaja. Hhhhaiiii!!!... kan kah kita ni rakyat 1Malaysia dan dibawah pimpinan PM 1Malaysia bagilah sama rata dan saksama keperluan tu... sama-sama kita dapat ataupun sama-sama kita tak dapat... macam mana setuju tak.... P.A

Tanpa Nama berkata...

status j27 apecter dato omar

Tanpa Nama berkata...

Menteri Pelajaran amat menjaga hati guru di bawah kementeriannya. Menteri lain plk tak nk pndg kakitangan bawahnya. Biar nampak dia aje yg buat keje itu ini. Nak transformasikan perkhidmatan awam konon, tp kebajikan tak jaga. Tak pernah pun tanya atau beri peluang kpd kami untuk sebarang kenaikan. Pangkat kami tak hirau sgt, janji gred naik bermakna gaji pun diuprade skli. Kpd menteri2 yang tak nk jaga penjawat awam di bawah kementerian masing2, masa anda dah tak lama. Cubalah contohi TPM, walaupun guru2 ramai yang tak sokong kerajaan tapi tetap juga mendapat habuan besar.

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam lain pun teringin jgk TIME-BASE cam cikgu2. Klu tak leh bagi setiap 8 tahun pun apa salah bagi 10 tahun. Tapi, sapa yang nak tengok kita ye? Alamat kempunan teruslah. Lepas ni makin ramai yang takde minat nk sokong kerajaan.PM 1Malaysia tak pernah fikir ke?

Tanpa Nama berkata...

Penilaian Pembelaan di Dunia tidak sama dgn Akhirat . Hanya niat kerana Allah & Keikhlasan bekerja serta mengharap keredhaan Di dunia & di akhirat . Jika tidak nampak oleh Krjaan BN sekarang mungkin Rezeki itu akan dinikmati oleh anak2 kita .
Takbirrrr... Allah Huakbar !

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS, JPA DAN SPA buktikan kesungguhan anda menjaga kebajikan kepada 1.4 juta PA, jgn menjadi seorang fasik, penipu, pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara, sesungguhnya anda semua akan dihumban neraka jahaman, di dunia kerajaan sekarang akan tumbang PRU-13 nie..

Tanpa Nama berkata...

sokong statement ni....terbaik.....
Menteri Pelajaran amat menjaga hati guru di bawah kementeriannya. Menteri lain plk tak nk pndg kakitangan bawahnya. Biar nampak dia aje yg buat keje itu ini. Nak transformasikan perkhidmatan awam konon, tp kebajikan tak jaga. Tak pernah pun tanya atau beri peluang kpd kami untuk sebarang kenaikan. Pangkat kami tak hirau sgt, janji gred naik bermakna gaji pun diuprade skli. Kpd menteri2 yang tak nk jaga penjawat awam di bawah kementerian masing2, masa anda dah tak lama. Cubalah contohi TPM, walaupun guru2 ramai yang tak sokong kerajaan tapi tetap juga mendapat habuan besar.

Tanpa Nama berkata...

sokong statement ni....terbaik.....
Menteri Pelajaran amat menjaga hati guru di bawah kementeriannya. Menteri lain plk tak nk pndg kakitangan bawahnya. Biar nampak dia aje yg buat keje itu ini. Nak transformasikan perkhidmatan awam konon, tp kebajikan tak jaga. Tak pernah pun tanya atau beri peluang kpd kami untuk sebarang kenaikan. Pangkat kami tak hirau sgt, janji gred naik bermakna gaji pun diuprade skli. Kpd menteri2 yang tak nk jaga penjawat awam di bawah kementerian masing2, masa anda dah tak lama. Cubalah contohi TPM, walaupun guru2 ramai yang tak sokong kerajaan tapi tetap juga mendapat habuan besar.

Tanpa Nama berkata...

Banyak istilah rezeki boleh diterjemahkan bukan berupa Wang ringgit , TIME BASE Guru, Pengiktiran kpd Guru,serta Pujian yg melambung tinggi itu hanyalah kenikmatan di dunia yg diiktirah oleh Krjaan yg memerintah . mungkin Penjawat Awam lain mendapat kelapangan hidup , dipermudahkan urusan , kesihatan , keuzuran , kebahgian rumahtangga & segla kebaikan di dunia mahupun rezeki itu diterjemahkan kpd Zuriat anak yg soleh.
Nescayalah jika Krjaan yg sekarang bersikap zalim & tiada Keadilan maka Pembalasan akan diterima kpd Ketua Pemerintah . Amin

Gred J dan G berkata...

status j27 apecter dato omar

==============================================================================

dah di kuburkan terus agaknya..........takpe kita pauk teknikal tau lah ape nak buat jika JPA tak berikan semuala gred 27 seperti yg di umumkan masa SBPA dulu....

Tanpa Nama berkata...

beb..!! jgn asyik banyak bercakap mcm org nyayuk jea..!! buat beb..!! jgn menyesal nanti..!! nak buat sebelum PRU-13 beb.. kalau lepas PRU-13 tarak guna beb..!! kita org kasi undi pada PR..!! lu org boleh pegi blah beb ketika tue..!!!

Tanpa Nama berkata...

J27 SAMPAI BILA MAU TUNGGU DAHHHHHHHH

Tanpa Nama berkata...

PERHATIAN DATO OMAR PRESIDEN CUEPACS,
MACAMANA GRED GRED SBPA YANG DIBATALKAN,SURUHANJAYA GAJI TINGGAL NAMA AJE
GURU NAIK 2KALI 13 PERATUS DAPAT NAIK PANGKAT,GURU-GURU SAHAJA BEKERJA,KAKITANGAN AWAM LAIN DIPULAU OLEH PM DAN TPM,KALAU TAK PULAU GRED GRED SUDAH DAPAT,GURU DIUTAMAKAN,BUKAN SEMUA KAKITANGAN DIUTAMAKAN.

Tanpa Nama berkata...

Mohon glgn j27 sabar...masih dlm proses...masa nya akan tiba jua...trimakasih semua glgn j27

Tanpa Nama berkata...

He he he he....PRU13 PASTI MENJELANG TIBA...SO JAN HILANG I.C NANTI TAK DAPAT PI MENGUNDI PILIHAN HATI...mari la mari....mari la mari..mari kita pergi mengundi...undi RAHSIA...he he he ARAMAITIIEEEEE...

Tanpa Nama berkata...

100,000 Tuntut Keadilan Buat Jururawat Seluruh Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Tetap undi PR!!

Tanpa Nama berkata...

Dia orang kalau sakit ade panel doktor swasta kalau orang gomen duk beratur macam beruk kat klinik kerajaan. Masa dia orang di tawar badan kerajaan dapat anjakan gaji yg banyak dan bonus lumayan. Sedangkan dulu kebanyakkan PA tak ade pun apa2 tawaran termasuk tawaran gaji baru oleh PM Che Det. Bila dah nak bengkrap kerana tak pandai urus ini dato' CUEPACS nak jadi hero bela dia orang. Belalah PA yg sebenar, bukan bela kerana ade udang sebalik batu.

Tanpa Nama berkata...

Wahai SDRI LOK YIM PHENG,anda jadi s/u Cuepacs m"sia untuk semua kakitangan awam seluruh kesatuan bukan bela guru-guru sahaja,jadi gred gred anda biarkan dan menganaktirikan seperti lembu.CUEPACS SEBENAR UNTUK SELURUH KESATUAN ATAU NUTP SAHAJA.
KAMI NASIHATKAN SDRI LOK YIM PHENG,KALAU SIKAP ANDA BEGINI,BERILAH LALUAN JAWATAN ANDA KEPADA TIMBALAN S/U AGONG 1 CUEPACS ENCIK ADNAN BIN MAT UNTUK MEMBELA NASIB KESATUAN LAIN YANG BELUM SELESAI,ANDA GEMBIRA SDRI LOK YIM PHENG MENEMAPAH NAMA DAN AKAN KEKAL DALAM KESATUAN GURU KERANA JASA ANDA MENAIKAN GRED GURU-GURU.

Sabtu, Mei 19, 2012 4:48:00 PM

Tanpa Nama berkata...

Wahai SDRI LOK YIM PHENG,anda jadi s/u Cuepacs m"sia untuk semua kakitangan awam seluruh kesatuan bukan bela guru-guru sahaja,jadi gred gred anda biarkan dan menganaktirikan seperti lembu.CUEPACS SEBENAR UNTUK SELURUH KESATUAN ATAU NUTP SAHAJA.
KAMI NASIHATKAN SDRI LOK YIM PHENG,KALAU SIKAP ANDA BEGINI,BERILAH LALUAN JAWATAN ANDA KEPADA TIMBALAN S/U AGONG 1 CUEPACS ENCIK ADNAN BIN MAT UNTUK MEMBELA NASIB KESATUAN LAIN YANG BELUM SELESAI,ANDA GEMBIRA SDRI LOK YIM PHENG MENEMAPAH NAMA DAN AKAN KEKAL DALAM KESATUAN GURU KERANA JASA ANDA MENAIKAN GRED GURU-GURU.

WAHAI AHLI GABUNGAN CUEPACS KITA KEMPEN JANGAN UNDI/PILIH SDRI LOK YIM PHENG 2013,MENYESAL KAMI UNDI ANDA,MANIS KATA KATA DIHADAPAN,SEBALIKNYA ANDA,HANYA UNTUK NUTP.
KITA UNDI TIMBALANNYA SDR ADNAN BIN MAT SEBAGAI S/U AGONG CUEPACS YANG BARU.HIDUP ADNAN MAT.
SEMUA AHLI-AHLI KENA BERJANJI DEMI AHLI-AHLI DAN MARUAH KITA YANG TIDAK DIPERJUANGKAN.

Tanpa Nama berkata...

ANDA PERCAYA TAK,ORANG YANG PANDAI BERKATA KATA,COMPLAINT ORANG LAIN,TIDAK SEMESTI BOLEH BUAT SESUATU,BAGI UCAPAN A,TULIS OUT.COPY ORANG AJE.

Tanpa Nama berkata...

MINTA JURUTEKNIK LAWAN BAGI DAPAT GRED TURUS 1 SAMA TARAF BARU STANDARD,PAP MINTA NAIK TURUS III,BARU HEBAT,GRED BAWAHAN NAIK GRED BARU BAGUS,LEPAS ITU ORANG ATAS JADI OFFICE BOY DAN LAIN LAIN,PEON DAN JURUTEKNIK BAGI ARAHAN,ITULAH YANG BERLAKU HARI INI DIJABATAN KERAJAAN,JADI KULI BERLAGAK BOSS,INGATLAH SIKIT ENGKAU.

Tanpa Nama berkata...

kau org nie apalah susah sgt nak fikir.. skim tak naik-naik, mudah jea tukar kerajaan sedia ada,kalau o.kea teruskan, kalau tak o.kea sepenggal jealah jawabnye, kita rakyat menentukan turun-naiknye sesebuah kerajaan.. kita rakyat berkuasa.. kami rakyat memimpin..!!

Tanpa Nama berkata...

Berpada-padalah tu CUEPACS ooii, kerajaan tu bukannya ada duit tanpa had. Semua benda nak minta nanti kita jadi seperti negara Greece. Pakailah otak sama.

Tanpa Nama berkata...

Klu tukar kerajaan, agak2 tertunai ke apa yang dihajati? Argh... dalam dilema... Doa dan terus berdoa...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

status j27 apecter dato omar

Jumaat, Mei 18, 2012 11:38:00 AM

-----------------------------------

Tanpa Nama berkata...

Mohon glgn j27 sabar...masih dlm proses...masa nya akan tiba jua...trimakasih semua glgn j27

Jumaat, Mei 18, 2012 6:02:00 PM

-----------------------------------

Sabar!??! .. sampai bila tu.. cuba bagi hint etek...

Tanpa Nama berkata...

Aku nengok muka Setiausaha CUEPACS mcm dah opera cina yg pandai main wayang opera cina memperjuangkan Guru utk diri sendiri "Self Fish".

Tanpa Nama berkata...

Dulu mak-bapak suruh berlajar, kau org main lebih, jadi bodoh, keje skim sokongan jea, lepas tue memekak nak naik gaji la, gred la, lulus spm lapuk jea, tgk mcm kami ada kerja ptd,ptn,cikgu,doktor gred mencanak naik, dari M,U,DG, 41 ke 52, gaji ribu-ribu, pakai kereta BMW,MERCEDES, rumah banglo RM500 ribu, anak hantar berlajar kat international school, pakai peralatan terkini iphone4 jenama apple, jam rolex, kasut jenama clarks, pakai baju jenama umbrella, melancong ke europe,us,uk, indonesia,china dsbnye.. tak da masalah kewangan langsung, relax jea tak memekak dan buat keje bodoh mcm kau org, skim j lah, w,n,np,u mcm-mcm lah, kau org mangkuk-hayun..!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...Dulu mak-bapak suruh berlajar, kau org main lebih, jadi bodoh....ada kerja ptd,ptn,cikgu,doktor gred mencanak naik, dari M,U,DG, 41 ke 52, gaji ribu-ribu, pakai kereta BMW,MERCEDES, rumah banglo RM500 ribu, anak hantar berlajar kat international school, pakai peralatan terkini iphone4 jenama apple, jam rolex, kasut jenama clarks, pakai baju jenama umbrella, melancong ke europe,us,uk, indonesia,china dsbnye.. tak da masalah kewangan langsung, relax jea tak memekak dan buat keje bodoh mcm kau org, skim j lah, w,n,np,u mcm-mcm lah, kau org mangkuk-hayun..!!Selasa, Mei 22, 2012 6:55:00 PM

Ini sah bapa kaki rasuah , minta SPRM siasat. SPRM perlu tengok kat parking Putrajaya sapa2 ade kereta yg banyak pakai accessories kereta hendaklah ditampai dgn perkataan "JANGAN AMBIL - RASUAH. SPRM tengah teliti gelagat engkau-jaga pintu jel tengah terbuka untuk anda."

Tanpa Nama berkata...

nak minta elauan umah pun mcm minta sedekah sampai bila nak mcm ni perjuangan belum selesai umah sewa 500 hingga 700 eluan 180 je pe cerita mana perjuangan cuepas bukan nak diam dah kot dah naik gaji 13 terus diam hampeh

Tanpa Nama berkata...

MELAKA: Vateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

"Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini".

"Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.

Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA.

"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya.

Tanpa Nama berkata...

ULAU PINANG: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mencabar Ketua Pehubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyenaraikan 50 buah kampung Melayu yang bakal diusir oleh mahkamah dalam masa terdekat.



Jika ada, beliau dikehendaki mengemukakan dengan bukti kukuh bukan dakwaan kosong sebagaimana kenyataannya dalam akhbar The Sun pada 22 Mei lalu.


Justeru, cadangan Umno agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah rumah kos rendah bagi mengatasi penduduk yang terlibat dengan projek pembangunan dilihat sesuatu yang dangkal.

Ini kerana selama ini mereka berhujah supaya kerajaan negeri mengekalkan perkampungan Melayu sedia ada.


"Bagikan saya senarai 50 buah kampung yang bakal diusir oleh mahkamah. Saya nak tengok dengan bukti sekali sebab setahu kami tiada pun kejadian itu berlaku melainkan cadangan kerajaan negeri mahu menaikkan taraf perkampungan Melayu sedia ada dengan lebih proaktif berdasarkan kepada rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020," tegas Mansor ketika dihubungi.


Antara kampung terbabit ialah Kampung Seronok, Kampung Sungai Rusa, Kampung Titi Teras, Kampung Pondok Upeh, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Genting dan Kampung Terang di bahagian Balik Pulau.


Di bahagian Seberang Perai pula membabitkan Kampung Ceruk To' Kun, Kampung Machang Bubuk, Kampung Ara Kuda, Kampung Sungai Acheh, Kampung Kota Aur dan Kampung Mengkuang Titi.


Ujarnya lagi, kerajaan negeri senantiasa memantau jika ada tanah yang terlibat dengan syarikat untuk dibangunkan sepertimana yang telah berjaya diatasi seperti di Kampung Perlis 10 Kongsi, Bayan Lepas di mana 84 orang berbagai bangsa tidak mendapat geran dari 1987 yang diatasi pada 2011.


Selain itu ialah Kampung Cross Street, Bukit Mertajam, perobohan 12 buah rumah di Kampung Sungai Nibung Besar, 22 buah rumah diatas tanah milik KL Metro Development Teluk Kumbar Balik Pulau, Perumahan PPR Sungai Chenaan Seberang Perai Selatan, Kampung Melayu Tanjung Tok Kong Fasa 4A, Kampung Binjai Bayan Lepas, 13 keluarga bangsa Cina di Kuala Jalan Baru Balik Pulau dan Kampung Bagan Serai Seberang Jaya.


"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat buat perancangan begitu berhemah dan baik demi rakyat yang tercinta.

“Kami tidak sekali-kali menginaya penduduk sepertimana yang digemburkan oleh Umno dan BN yang terdesak," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.

Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.

Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.

Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.

Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London.

Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya.

"Saya berada di London ketika debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.

Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik.

"Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.

Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara.

Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.

Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.

Tanpa Nama berkata...

semua pa diminta bertenang,ingat tuhan yg beri rezeki

Tanpa Nama berkata...

cg timebase dah 10tahun tak dapat kenaikan tambahan ke,ada cg senasib yg tahu

CROWN TRUST FINANCIAL LOAN FIRM !!! berkata...

Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com