Berita Harian
3/1/2014
3/1/2014
Najib terima maklum balas positif, mahu praktik Strategi Lautan Biru
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak gembira dengan maklum balas positif rakyat terhadap 11 langkah penjimatan sektor awam yang diumumkannya Isnin lalu.
Perdana Menteri berkata, ia adalah permulaan bagi langkah lain yang bakal dilaksanakan berdasarkan keperluan semasa bagi kesejahteraan bersama.
“Alhamdulillah, langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lalu mendapat maklum balas baik daripada rakyat. Langkah ini adalah permulaan kepada langkah lain yang bakal dilaksanakan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.
Optimum ruang pejabat
“Kita akan mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran majlis rasmi kerajaan, mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis dan menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan institusi latihan milik kerajaan,” katanya dalam catatan terbaru Facebook beliau.
Isnin lalu, Najib mengumumkan 11 langkah mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa kelmarin, sejajar hasrat kerajaan berbelanja secara berhemah.
Antaranya pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas dan pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
Kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji 11 langkah itu dan yakin dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, selain membuktikan komitmen tinggi kerjaaan memastikan rakyat tidak terlalu dibebani kesan kenaikan itu.
Disokong pelbagai pihak
Turut menyokong ialah CUEPACS dan Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid, kerana ia memberi kesan ke atas perbelanjaan operasi, sekali gus mengurangkan emolumen kerajaan dalam keadaan ekonomi global tidak menentu tahun ini.
Najib juga mengucapkan selamat memulakan sesi persekolahan baharu kepada pelajar dan berdoa semoga 2014 membawa kejayaan untuk semua rakyat Malaysia.

32 ulasan:
Aku first, I'm the One..ha..!!ha..!! Kau org masih dlm perjalanan ke tempat kerja, tgh ngeteh atau ape-ape jealah..
Pembantu tadbir jumlahnya 350-400 ribu, kalau didarabkan dgn jumlah keluarga boleh mengundi 4 org, bermakna 350,000 × 4 = 1.4 juta mengundi PR, persatuan pembantu tadbir (Augegas) mohon kenaikan gred N27, N32, N36..tetapi masih tiada keputusan dari JPA dan SPA, Persatuan Penghulu/Penggawa berjumlah 1-2 ribu penghulu seluruh malaysia, persatuan penghulu/penggawa mohon kenaikan gred baru N41, N44, N48, sehingga sekarang masih tiada jawapan dari SPA dan JPA, permohonan dahulu di tolak mentah-mentah oleh JPA, pengaruh penghulu/penggawa meliputi daerah dan negeri, berapa puluhan ribu penduduk boleh dipengaruhinya.. itu belum termasuk cerdik-pandai penjawat awam yg memilki ijazah dan master yg masih belum menjawat jawatan gred 41, buruk padahnya nanti, mereka nie berpindidikan tinggi serta pengalaman kerja yg luas serta lama, begitu juga dengan beberapa persatuan spt pembantu makmal, pegawai kastam, pegawai jpj, dan sebagainya, ape cite semuanya ini..PRU-14 dah hampir, berapa tahun jea tinggal..jadi kerajaan, SPA dan JPA fikir-fikirkanlah..
Saya berpandangan Datuk Seri Najib Razak syok sendiri dengan langkah penjimatan beliau.
Bt persatuan lain jer.....400 ribu ahli lebih da cukup......
Tip perjimatan yg disarankan oleh kerajaan:
1. Tak payah gunakan gula dlm semua minuman dan masakan sekiranya harga gula mahal.
2. Tak payah menggunakan kenderaan bermotor sekiranya harga petrol mahal.
3. Tak payah gunakan letrik sekiranya bil letrik mahal.
4. Tak payah duduk di malaysia sekiranya semua keperluan dan kediaman rumah di malaysia mahal.
Khas untuk Menteri-Menteri:
Tak payah jadi menteri sekiranya bodoh tak boleh berfikir untuk menyelesaikan masaalah rakyat.
eerrr iye ke? cuba try wat survey kalu berani.......
Jimat besi , simen .... bangunan akan runtuh !
Datuk Seri Najib dah kena tipu dgn pegawai atasan di JPM, semuanya indah khabar dari rupa! Pegawai-pegawai atasan yg bergaji besar bagi maklumat yg salah kpd Datuk Seri Najib, mereka tidak kisah pun dgn masalah yg ditanggung oleh rakyat bawahan! Pegawai-pegawai atasan ini hanya menghabiskan duit dgn pergi melancong ke sana-sini, nak tunjuk alim buat umrah berbelas-belas kali, guna harta kerajaan untuk kepentingan peribadi lepas tue minta tukar perabot baru di pejabat walaupun perabot lama masih elok dan boleh digunakan lagi, habiskan duit kerajaan puak-puak nie!!!
LAngkah yang dibuat oleh orang yang sendiri akan mempertikaikan kalau ala kadar pada sendiri punya function.
selagi mana2 perdana menteri & menteri kabinet bergantung kepada PTD yang menjadi SUSK, KSN/TKSN/KSU/KP semua tu, selagi tula mereka akan kekal diperbodohkan
1. Kurangkan 3rd party gembelingkan pegawai sedia ada cth ptm untuk bina sistem.
2. Kontraktor - 1 pen RM 14? RMT 10k sebulan.
3. Kurangkan PA satu pejabat kecil sampai 7 kerani, 1 sekolah 200orang murid sampai 30orang guru pe citer.
4. Hentikan pengambilan PA dari kelantan kedah dan Terengganu. Lebihan guru di Kelantan sahaja 30 ribu orang.
5. Kurangkan menteri dan staf - di pejabat najib sahaja ada 4000 staf. Sharizat ditolak pengundi dilantik penasihat lagi buat apa? Menteri wanita jadi tunggul?
Gaji pengarah bukan eksekuif naik 39%. Gaji& elaun menteri negeri naik 300%. Bila kumpulan sokongan minta naik gaji 5% kumpulan P&P bantah, kata gaji dah tinggi. @@%%&*@#
DAPAT RM 100 , BELANJA RM 70 (HARGA KEPERLUAN RM 70) ,SIMPANAN KECEMASAN RM 30 . INILAH CARA BERJIMAT .
BUKANNYA !!!
DAPAT RM 100 , BELANJA RM 150 ( HARGA KEPERLUAN RM 70 )HUTANG RM 50,TIADA SIMPANAN . INI BOROS LAH NAMANYA KOT ?
Saya sokong perkara no.4, hairan kenapa JPA/SPA tak sedar atau sengaja mengutamakn calon dr negeri2 berkenaan utk menjawat jwtn batu khasnya guru. Hampir setiap sekolah di sarawak termasuk di luar bandar dan pedalaman ada saja guru dr kelantan, terengganu dan kedah. JPA/SPA harus sedar bahawa mereka bukan berminat utk menabur bakti kpd masyarakat setempat kerana sebaik saja menjejak kaki di penempatan pertama maka mulalah mereka berusaha mencari jln utk pindah keluar mesktipun blm sampai 1 thn bertugas.Mana yg JPA/SPA utamakn; kuantiti atau kualiti? Apabila semangat dah tiada, komitmen pun menurun maka keputusan/prestasi pasti menurun/rendah. Sepatutnya JPA/SPA turun padang dan lihat sendiri keperluan di sesuatu negeri. Cthnya: sekolah2 di kawasan luar bandar dan pedalaman sarawak lebih sesuai utk penduduk tempatan kerana keadaannya yg lebih teruk drpd di semenanjung. Maka sebab itulah ramai guru malaya ni dtg ke sarawak sekadar utk dpt pelantikn/pengesahan jwtn menjd guru je, lepas satu thn terus minta pindah balik. Ini kenyataan berfakta bukan andaian. Dtglah ke sarawak utk membuat pengesahan bukan buat kerja sekadar lepaskn batok di tangga saja. Janji kerja siap dah ok tapi rumah siap pahat berbunyi.
Lepasknlah geram ko sepuasnya. tapi pastu takda kesan pun. Ada pendidikn tinggi tak semestinya hebat dlm.segala hal. Lama bekerja jika prestasi kerja teruk tak ke mana. Tepuk dada tanya selera.
Jangan marah bang. Mungkin guru dari Kedah, Kelantan & Tregganu lebih cerdik kot.
6. Kembalikan degree berasaskan kepandaian mengurangkan hutang PTPTN. Setakat hari ini PTPTN menanggung hutang yang tinggi di samping pemberian hutang baharu setiap tahun. Pecat pengarah PTPTN tak pandai buat kerja.
Bukan lebih cerdik tapi banyak kabel dan mereka tak ada komitmen asyik pikir perut dan bawah perut mereka sahaja. Yang hairan ustaz ustazah yang dihantar berdakwah pun turut minta tukar tidak seperti paderi yang sanggup tinggal dengan orang potong kepala. Mereka yang pulang kurang dari 5 tahun harus di cop tiada komitmen dan dipecat notis 24 jam jika ada kesalahan seterusnya. Cadangan.
HEBOH CAKAP NAK JIMAT ITU DAN INI..TAHU TAK KOS SARA HIDUP KIAN MENINGKAT SEKARANG. KENAIKAN ELAUN & PENAMBAHBAIKKAN SKIM PERKHIDMATAN TERUTAMA SKIM "W" DAN 'N" BAGI KATEGORI SOKONGAN PATUT DIPERCEPATKAN
Buat survey jangan buat rumusan cakap rakyat setuju langkah dibuat kerajaan. jangan terlalu heboh..sana..sini
Luahan Isteri Tertekan Bersuamikan GAY
AYER KEROH – Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya lebih berminat dengan kaum sejenis.Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.
Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.
Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.
Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.
“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.
“Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,” katanya.
Menceritakan sepanjang detik perkahwinannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.
“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya.
Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.
“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.
Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.
Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir.
Sebenarnya ....
Guru tak lebih ... ikut bancian 2005
Murid murid yang kurang ... sebab
kadar kelahiran menurun ... kerana
PENJIMATAN & untuk mengurangkan
kos sara hidup ...
yang makin meningkat ...
Guru - guru pun anak tak ramai ...
kalau anak ramai tak boleh pakai
Honda Accord .
Dasar 70 juta penduduk perlu dicanangkan semula ?
bagus le langkah jimat cermat tu..lagipun skrg banyak buat seminar,mesyuarat pun selalunya kat hotel2 cina yg entah makanan halal ke tidak..nak makan pun risau..
Nak berjimat apa nye ... Di organisasi getah terulung .... Tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa palsu berleluasa... Pegawai 41 jadi dalangnye .... Ngabihkan duit gomen jer kejenye....
banyak lagi gov bleh jimat perbelanjaan...
meeting apa semua x payah air dan kuih muih... meeting masa berjam-jam... apa kebenda... keputusan dan tindakan tah apa apa jer...
Duit gomen satu... duit haram lgi ler takut... di sekolah cikgu curi susu kotak budak... ustaz klua fatwa xpe sbb duit cukai semua wpun terang2 kat resit xtulis untuk guru.
Tanpa Nama berkata...
Bukan lebih cerdik tapi banyak kabel dan mereka tak ada komitmen asyik pikir perut dan bawah perut mereka sahaja. Yang hairan ustaz ustazah yang dihantar berdakwah pun turut minta tukar tidak seperti paderi yang sanggup tinggal dengan orang potong kepala. Mereka yang pulang kurang dari 5 tahun harus di cop tiada komitmen dan dipecat notis 24 jam jika ada kesalahan seterusnya. Cadangan.
Rabu, Januari 08, 2014 3:08:00 PTG
------------------------
kalau dalam hati tu tebal dengan sikap cintakan dunia, itulah jadinya. gaji nak best, rumah kalau boleh nak 1 meter je dari sekolah. tak kira la dia ustaz ke ustazah, kalau dah hati tu cintakan dunia, memang tak boleh buat apa
Tipu
HEBOH CAKAP NAK JIMAT ITU DAN INI..TAHU TAK KOS SARA HIDUP KIAN MENINGKAT SEKARANG. KENAIKAN ELAUN & PENAMBAHBAIKKAN SKIM PERKHIDMATAN TERUTAMA SKIM "W" DAN 'N" BAGI KATEGORI SOKONGAN PATUT DIPERCEPATKAN
----------------------------
sokong kenyataan ini
punca dia satu jer sebab kos sara hidp makin meningkat, sebab naik 20 sen jer tapi tengok dia punya akibat abis semua naik.....gaji nak naik kena kaji sampai 10 tahun..what the hell...
Dalam sebuk kerajaan hendak berjimat ... agensi getah terulung di kota tinggi ni .... tengah rancak buat tuntutan ot palsu .. pengurus dan penolong pengurus buat tak nampak jer anak2 buat punchkan kad perakam waktu kawan2 dia yang tak hadir kerja tapi hadir dalam kad perakam kerja lebih masa ... pe dah jadi ...
skim yang ditambahbaik...mcm x tambah je...r jadi h...1 jadi 11...dll......kerajaan buat bg PA bawah ni pening...waktu taklimat panggil cc ...x panggil pun yang empunya badan ....bila tanya ikut suka awaklah nak tandatangan yang mana....pe ceta....
ABG-ABG..APAKAH BEZA DI ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK....??
Catat Ulasan