SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 September 2007

HRM SOKONG TINDAKAN CUEPACS, MTUC BOIKOT BARANGAN DINAIKAN HARGA

Petikan dari Utusan Malaysia
24/9/2007

MARANG 24 Sept. - Kementerian Sumber Manusia (HRM) menyokong penuh tindakan CUEPACS dan MTUC dalam memboikot barang-barang yang mengalami kenaikan harga melampau serta menyifatkannya sebagai langkah bijak dan wajar.
“Saya harap tindakan ini berterusan dan bukan dalam jangka masa tertentu saja kerana tindakan ini membolehkan harga turun.
“Kita juga minta kesatuan lain serta orang ramai untuk turut sama boikot,” kata timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Abdul Rahman Bakar.
Beliau berkata, tindakan dua gergasi besar kesatuan sekerja itu dengan keahlian seramai 1.3 juta itu dilihat mampu memberi kesan dan pengajaran kepada peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan di atas kenaikan gaji kakitangan awam baru-baru ini.
“Kita sedar bahawa keahlian MTUC adalah lebih kurang 480,000 orang dan CUEPACS pula 850,000 orang, jadi kuasa beli mereka begitu kuat dan mampu untuk mengajar peniaga ini,” katanya.
“Disebabkan oleh kenaikan harga barangan itu, ia boleh membuatkan kenaikan gaji antara 7.5 peratus sehingga 35 peratus baru-baru ini tidak bermakna kepada mereka (kakitangan awam),” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di kediamannya di Kampung Gelugor di sini malam tadi.
Semalam, CUEPACS dan MTUC bersama Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melancarkan kempen memboikot kenaikan harga barang di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu mengedarkan sebanyak 30,000 risalah yang menyenaraikan jenis barang yang mengalami kenaikan harga melampau dan perlu diboikot. - Bernama

2 ulasan:

Chinta Chundary berkata...

boikot jangan x boikot oii

Chinta berkata...

sokong untuk boikot barangan tersebut