SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Jun 2009

BANK TAWAR PINJAMAN KEPADA PETUGAS AWAM YANG DISENARAI HITAM

Bernama
26/6/2009



PETALING JAYA: Sebuah bank utama tempatan bersetuju untuk menawarkan pinjaman peribadi kepada petugas sektor awam walaupun mereka disenaraihitamkan sebagai peminjam ingkar oleh syarikat pengesahan kredit Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Bagaimanapun, syarat yang dikenakan ialah bayaran ansuran pinjaman atau pembiayaan peribadi perlu dibuat menerusi potongan gaji. Difahamkan langkah bank tersebut hasil inisiatif daripada hasrat meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh penjawat awam serta membebaskan mereka dari cengkaman ceti haram atau “Along”.
Ketika menyambut baik langkah bank berkenaan, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) meminta bank-bank lain supaya mengikut langkah sama dengan menawarkan kemudahan seperti itu kepada 10 juta pekerja sektor swasta. Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, adalah baik bagi pihak bank mengurangkan kerenah birokrasi termasuk mendapatkan pengesahan rekod peminjam menerusi CTOS dan CCRIS bagi pemberian kemudahan pinjaman. Katanya, kerajaan serius dalam membanteras gejala Along dan pihak bank perlu membantu misi kebangsaan ini dan mencadangkan syarat supaya had pinjaman peribadi tidak melebihi RM50,000 untuk mereka yang disenaraihitamkan dan menjadikan mandatori untuk menggunakan pinjaman tersebut untuk melunaskan pinjaman tertangguh.
Beliau meminta pekerja sektor swasta membantu majikan masing-masing dengan memudahkan potongan gaji bagi membayar ansuran pinjaman. Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah bank berkenaan kerana ia akan banyak membantu dan mencegah penjawat awam daripada dieksploitasikan peminjam haram. Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata langkah itu adalah cadangan kongres beberapa lama dulu dan bangga cadangan itu sudah dipersetujui sebuah bank. - Bernama

Tiada ulasan: