SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Jun 2009

SYOR RUANG KHAS MEROKOK

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
26/6/2009




KUALA LUMPUR: Cuepacs mengesyorkan ruang khas merokok untuk kakitangan awam disediakan dalam premis jabatan kerajaan kerana larangan merokok sepenuhnya dikhuatiri memberi kesan kepada tumpuan mereka terhadap tugas sehingga menjejaskan produktiviti.
Presidennya, Omar Osman (gambar), berkata ini kerana ramai perokok yang menjadikan tabiat itu sebagai cara tersendiri memikirkan idea, selain bertujuan menghilangkan tekanan dan kebosanan. Sehubungan itu, beliau berkata, kelonggaran dengan menyediakan ruang khas merokok lebih adil kerana 35 peratus daripada 1.2 juta kakitangan awam adalah perokok. “Tabiat merokok sukar dihentikan serta-merta. Jika dihalang langsung, dikhuatiri mereka tidak boleh buat kerja pula.
“Justeru, seperti di lapangan terbang, perlu ada ruang khas merokok dalam premis jabatan kerajaan bagi kemudahan kakitangan awam. Seelok-eloknya, ruang berkenaan biarlah di tempat rehat bersesuaian supaya tidak mengganggu keselesaan kakitangan lain,” katanya semalam. Akhbar semalam melaporkan semua kawasan di premis jabatan kerajaan adalah zon larangan merokok selepas ia dimasukkan dalam senarai lokasi dilarang berbuat demikian mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008. Omar berkata, cadangan itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs sebelum dikemukakan kepada JPA jika mendapat persetujuan. Secara keseluruhan, beliau berkata, pihaknya menyambut baik langkah terbaru itu yang boleh mendisiplinkan kakitangan awam dan orang ramai.

1 ulasan:

Mr ROMPERS berkata...

Tuan YDP,

inilah yang sepatutnya dilakukan, bukan sekadar mengenakan tindakan atau saman. kita perlu mencari cara dan jalan penyelesaian yang terbaik sebelum menjatuhkan hukuman atau tindakan. saya sokong cadangan ini 100%