SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Ogos 2009

JPA NAFI ABAI SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT

Berita Harian
25/8/2009




KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) hari ini menafikan dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahawa jabatan itu tidak memberi perhatian sewajarnya kepada Skim Perkhidmatan Jururawat. JPA dalam satu kenyataan hari ini menegaskan dakwaan Cuepacs itu tidak benar kerana Perkhidmatan Jururawat diberi kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang lebih tinggi berbanding perkhidmatan lain. Selain itu, skim perkhidmatan jururawat juga telah ditambah baik dengan memperuntukkan lapisan kenaikan pangkat sehingga Gred U54 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) berkuatkuasa 1 Jan 2006.
JPA mengulas kenyataan Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, pada 13 Ogos lalu yang mendakwa 40,000 jururawat am di hospital dan klinik kerajaan kecewa setelah usaha mereka untuk meningkatkan skim perkhidmatan itu tidak diberi perhatian. Beliau berkata, pada masa ini jururawat berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diletakkan dalam Kumpulan Sokongan Gred U29 dengan gaji antara RM1,239 hingga RM2,744 walaupun perlu menjalani kursus diploma selama tiga tahun untuk menjadi Jururawat Am. "Sepatutnya Jururawat Gred U29 perlu diletakkan dalam kategori Pengurusan dan Profesional Gred U41 (RM1,471-RM5,222)," kata Ahmad Shah.
JPA menjelaskan bahawa Skim Perkhidmatan Jururawat pada masa ini adalah skim perkhidmatan bersepadu yang menggabungkan Kumpulan Sokongan berkelayakan diploma dengan gaji permulaan ditetapkan pada Gred U29 dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan gaji permulaan mengikut Gred U41. - Bernama

Tiada ulasan: