SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Ogos 2009

PETUGAS KANAN AWAM WAJIB JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN

Bernama
25/8/2009




PUTRAJAYA, 24 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling yang mewajibkan semua petugas awam dalam Kumpulan Pengurusan Tinggi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata dalam pekeliling bertarikh 20 Ogos itu, kerajaan prihatin dengan keadaan kesihatan para pekerjanya dan mahu memastikan mereka sihat untuk menjalankan tugas mereka dengan standard yang tinggi.

Pegawai-pegawai lain yang berumur lebih 40 tahun digalakkan untuk menjalani pemeriksaan serupa dari semasa ke semasa.

Kegagalan untuk berbuat demikian, akan menjejaskan kenaikan pangkat pegawai berkenaan pada masa hadapan jika beliau didapati sakit, kata Ismail.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengalu-alukan peringatan itu kerana kesihatan adalah aspek yang sangat penting dan petugas awam mesti berada dalam keadaan sihat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata pekeliling terkini itu merupakan tambahan kepada pekeliling tiga pada 2003 yang juga menekankan status kesihatan petugas awam.

Beliau berkata tiada masalah bagi petugas awam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan itu, kerana perkhidmatan itu disediakan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan.

-- BERNAMA

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bfdnb

Nak Beraya berkata...

Hari Raya ni Najib tak mahu bagi Bonus Raya ke ?

Senyap aje.............

Pak Misai berkata...

bajet belum lg nak bonus..apa lah..
memalukan kakitangan awam saja. terdesak nak dapat bonus ke sedara?
kita bincang pasal kesihatan..engkau bincang pasal bonus..
ini lah mentaliti pekerja malas.

Tok Janggut berkata...

Udah ler Pak Misai, Realistiklah sikit.

Tanpa Wang cam ner nak jaga kesihatan diri.

Nak beli topeng mulut pun tak mampu kalau tak de wang.

Tak mahu bonus plak dia.

Pirahhhhhhhhhhh.

Omar Othman berkata...

Ya betoi tu Tok Janggut.

Orang gila aje tak mahu bonus.

Tok Janggut berkata...

Dan Orang yang makan Rasuah aje yang tak mahu bonus.

Pak Misai berkata...

bukan x mahu bonus..nak..

tapi artikel ini bincang pasal kesihatan. apa kena mengena dengan bonus.
sengket sangat ke sedara x ada duit nak beli topeng.
jangan memalukan kakitangan awam.

kita bekerja kerana Allah.
kalau ada bonus..adalah..
kalau x ada..nak buat mcm mana.
kita terima lah. ramai lagi org susah dari kita.

sedarlah diri sedara.

Bonus berkata...

kami nak bonus...

Tanpa Nama berkata...

teruk betul tok janggut..
topeng pun tak mampu beli..
buanglah janggut tuuu..

Tanpa Nama berkata...

tok janggut memang memalukan kita semua..nak beli topeng pun tunggu bonus...apa jenis manusia ni..
H1N1 tak tunggu bonus kawan..

Tanpa Nama berkata...

Rebutlah Bonus dari Allah...
Malam yg serupa 1000 bulan iaitu Lailatul Qadr.