SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Jun 2010

CUEPACS DESAK BONUS DUA BULAN

Utusan Malaysia
24/6/2010



MELAKA 23 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mendesak kerajaan mempertimbangkan semula permohonannya mendapat dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam tahun ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, berdasarkan tahap pemulihan ekonomi negara ketika ini, CUEPACS percaya kerajaan dapat memberi pertimbangan terhadap permohonan yang dikemukakan pada tahun lalu itu.

Menurut beliau, keseluruhan kakitangan awam benar-benar mengharapkan kerajaan mengumumkan pemberian bonus dua bulan gaji sewaktu pembentangan Bajet 2011, Oktober ini.

"Ekonomi negara sudah pulih dan saya mewakili seluruh kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang ini meminta kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya untuk pemberian bonus dua bulan gaji tahun ini.

"Tahun lalu, CUEPACS dapat menerima hakikat kegawatan ekonomi yang bukan sahaja melanda negara tetapi juga di peringkat global hingga memaksa permohonan yang kita kemukakan ditangguhkan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini hari ini.

Sewaktu membentangkan Bajet 2010 tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membayar bonus kepada kakitangan awam memandangkan keadaan ekonomi tidak menentu.

Bagaimanapun, kerajaan memutuskan membayar bantuan khas sebanyak RM500 diberi kepada kakitangan awam dan pesara.

Mengulas lanjut, Omar mengakui pembahagian bonus tersebut adalah hak mutlak kerajaan namun ia wajar dipertimbangkan.

Beliau menambah, pemberian bonus kepada kakitangan awam perlu bagi mengurangkan beban kakitangan kerajaan terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah.

"Sekiranya permintaan ini ditunaikan kerajaan, kita anggap bajet yang akan diumumkan Oktober ini adalah yang terbaik untuk seluruh kakitangan awam," katanya.

Selain itu, ujarnya, pemberian bonus juga akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk lebih berfikiran kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi.

Di samping itu, juga Omar menambah, CUEPACS turut memohon kepada kerajaan agar bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam dapat dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM3,000.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan riuh rendah pasal bonus saja..fikirkan juga hal2 gaji...

naik gaji ke...apa2 ke...cuepacs cuepacs...

Tanpa Nama berkata...

bagus juga...macam mana pula dengan isu pegawai yang kenaikan gaji tahunan yang tertangguh sekian lama..

Tanpa Nama berkata...

Tak payah fikir BONUS ka NAIK GAJI ke. Suruh Kerajaan fikir macam mana nak tambah pendapatan kerajaan. Naik minyak ke, kurang subsidi ke, naik cukai ke. Itu baru betul.
Baru rakyat tahu hidup dunia 1Malaysia lo ni. Lepas ni pakat pi sokong lagiiiiii.....

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera...ada sapa2 boleh bagi tau aku macamana nak jadi presiden cuepacs...tolong maklumkan segera...dah jemu dah dipimpin oleh si dungu bengap tu...

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah ye...riwayat saya dgn cuepacs dah tak lama dah...tunggu bulanlah 10 ni...kalau saya tak sambung kontrak...kalau saya sambung kontrak...jumpa saya lagilah ye...sabar..doakan saya tak disambung kontrak lepas tu boleh mohon jadi presiden cuepacs...sabar ye...

Wilson berkata...

Kenapa tangga gaji untuk gred 52 dan 54 begitu pendek? 8 tahun sahaja.....

Macam mana ada motivasi kalau gaji tiap-tiap tahun sama aje....

Tanpa Nama berkata...

Ok la jugak PA TETAP ada kenaikan gaji....bagaimana pula dengan PA SAMBILAN/KONTRAK??????....Pikir2la...

Tanpa Nama berkata...

ala...PA sambilan/kontrak tu, kena bersyukurlah kerana kebanyakan kalian diambil melalui internal sourcing...kalau tak, tak dapat ooo kalau tak ada orang dalam...

Tanpa Nama berkata...

bonus tak bagi...tak pa...
gaji naik yang penting...
kenapa perlu naik..??!!
Sebabnya tambahan tugas dan tanggungjawab...
Kerja yang diarahkan,...bukan main..sehingga kan atas inisiatif sendiri saya terpaksa berjaga dari jam 7 pagi hingga jam 4 pagi...semata-mata ingin menyiapkan kerja...walaupun bukan selalu...3 ke 4 kali ja dalam sebulan...
jawatan saya N17...
Huh...! kalau saya tak terima arahan, sure boleh disabit engkar perintah..
pas tu di cap tak bermoral..

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS...TAK PERLU DESAK LAGI LAA..
SILAP2 KITA DICOP LAGI TIDAK BERMORAL...

"SAYA TAK SANGKA, KITA DICOP TAK BERMORAL TAHUN LALU, TAK SEPATUTNYA PERKATAAN TERSEBUT DIUNGKAPKAN OLEH SESEORANG YG BERKEDUDUKAN BEGITU TINGGI, TAK PROFESIONAL LANGSUNG"