Berita Harian
Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Sukhairi Abd
Thanibhnews@bharian.com.my
2010/06/20
Pengalaman kerja diutama sebelum lantikan jawatan tetap KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap penjawat awam yang berstatus kontrak di sektor kerajaan dapat dilantik sebagai kakitangan awam tetap.
Presidennya, Omar Osman, berkata sehingga kini kira-kira 50,000 penjawat awam berstatus kontrak di seluruh negara dan ada antaranya sudah berkhidmat lebih tiga tahun dan mempunyai pengalaman luas.
tidak lantik golongan ini ke jawatan tetap, kita akan kehilangan ramai pekerja kontrak yang berpengalaman meloncat ke sektor lain kerana mereka memerlukan status jawatan tetap serta kebajikan yang sewajarnya,” katanya ketika dihubungi semalam. Sehubungan itu, Omar menggesa kerajaan untuk melonggarkan syarat pengambilan mereka ini ke jawatan tetap. “Oleh itu kita minta pihak kerajaan memberi perhatian terhadap perkara ini. Kalau ada kosong, beri keutamaan kepada pekerja kontrak, mereka ini wajar diberi kelonggaran. Kalau boleh kita harap dalam pembentangan bajet nanti, pihak kerajaan dapat memberi penekanan khusus terutama kepada mereka yang sudah berkhidmat lebih tiga tahun. “Ia selari dengan hasrat kerajaan dalam RMKe-10 menambah baik pembangunan modal insan dalam sektor awam, jadi wajar ia diberi perhatian sebaiknya,” katanya. Sementara itu di KUANTAN, Omar berkata, CUEPACS mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap jabatan dan agensi kerajaan yang sengaja melambatkan pelaksanaan kenaikan pangkat kakitangan awam berdasarkan tempoh perkhidmatan. Ini disebabkan ada jabatan atau agensi kerajaan di beberapa negeri masih belum melaksanakan arahan terbabit biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mei tahun lalu sudah mengumumkan supaya kakitangan sokongan yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun diberi kenaikan pangkat. Malah, pihaknya turut menerima banyak aduan ada jabatan dan agensi kerajaan memaksa kakitangan menduduki peperiksaan khas sebelum diberi kenaikan pangkat. “Ini menyusahkan, kami sudah perjuangkan kakitangan diberi kenaikan berdasarkan tempoh perkhidmatan yang mendapat persetujuan kerajaan. Tetapi ada ketua jabatan yang mahu menunjuk kuasa, sepatutnya mereka memudahkan pelaksanaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Pahang, di sini, semalam. Omar berkata, berikutan masalah yang timbul, pihaknya kini dalam usaha menyiapkan senarai nama ketua jabatan yang tidak berkompromi dengan arahan Perdana Menteri sebelum ini.

16 ulasan:
salam
jagnkan 3 tahun saya ni dah 13 tahun belom tetap....sian...tp yg bestnya br masuk sehari duadah tetap...kroni la tu kan
yang telah berkhidmat lebih drpd dua tahun masuk kepada tiga tahun juga wajar diserap. satu perkara yg mesti dibei perhatian ialah jangan tunggu ada kosong baru dapat dilantik. yang kosong itu sikit jer tp yg mohon berganda2 ramai. so kalau boleh serapkan semua yg kontrak tu. tak rugi pun kerana mereka akan berbelanja untuk menjana ekonomi negara.
AKU PEGAWAI PENERANGAN S41 KONTRAK
saya setuju dengan cadangan cuepacs kerana saya telah berkhidmat lebih 3 tahun sebagai kakitangan kontrak. Apa salahnya dahulukan pekerja kontrak utk mengisi jawatan kosong yang ada. Terima Kasih Cuepacs.
guru kemas pun kontrak jugak sampai pencen. dah la depa sokong UMNO, ni la balasan yg depa dapat
saya pn pekerja kontrak yg PRE tue..suma keje dh taw buat dr a smpai z..dr bwh smpai la masuk meeting..tp np bile try mintak tetap xdpt2..yd dpt tetap ada yg tak reti buat keje..tp dpt..cmana tue?..kontrak dh la smpai ujg thn ney..pasney nk wat ape pn tak tau.
majoriti pegawai kemas dan jasa masih kontrak. merekalah bertungkus lumus mempertahankan bn dan umno tp kenapa mereka masih dipandang sepi untuk ditetapkan? mereka teramat setia kepada kerajaan.
sokong penuh dengang cuepacs.....tapi anggota kontrak PRE 2 harus dibela jugak.....objektif PRE 2 nak kurangkan pengangguran tapi habis je PRE 2 kontrak ditamatkan....hujung bulan 12 nie le.....kata nak tolong tapi akhirnya kami yang kontrak PRE 2 nie yang terjun lombong..... CUEPACS kami mohon pertolongan....
AKU PKA U17 ( contract for service)
saya sendiri sudah hmpir 4 tahun bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba utk ditetapkn....dari contract for service ke contract of service skrg contrak for service smula (PRE)..harus ade peluang utk pekerja kontrak ini ditetapkan walaupun bersyarat..sekurang2nya ada peluang dan harapan..
Salam,
Saya sebagai wakil semua pekerja PRE ke-2 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merayu agar pihak Ceupacs membela nasib kami. Kami tidak mahu menjadi penganggur semula pada tahun 2011 nanti. Pihak kerajaan harus faham setelah setahun setengah berkhidmat di bawah pelbagai jabatan, kami perlu diberi peluang dengan sama ada diserap ataupun disambung lagi kontrak. Di mana lagi kami ingin mengadu nasib selain daripada Ceupacs dan kerajaan kita. Tolonglah kami....
mohon cuepacs bantu pen peg tanah NT17 yang bakal ditamatkan kontrak awal hingga hujung bulan 11/2010..seramai 200 lebih akan ditamatkan..mohon belas ikhsan..tolonglah kami
Saya mohon CUEPACS membela nasib kami pekerja sambilan di JUPEM dan agensi kerajaan yang lain agar dapat diserap masuk ke jawatan tetap.Kami mempunyai pengalaman kerja yang sama baik seperti pekerja tetap dan kebanyakkan pekerja sambilan jauh lebih baik pengalaman mereka kerana pernah bekerja dengan pihak swasta.Apakah nasib yg bakal kami hadapi sekiranya pekerja sambilan diberhentikan untuk laluan pekerja baru sedangkan rata²nya mempunyai tanggungan seperti anak²,rumah sewa,kenderaan dsb.Dimanakah nilai kami?
saya dh brkhidmat sebagai PT(P/O) kontrak hampir 3 thun. selama 3 tahun ni dh 2 kementerian yg saya sudah brkhidmat. Pengalaman yg saya ada dh ckup jika hendak diserap ke jawatan tetap. Saya amat berharap jika nasib kakitangan kontrak ini dibela memandangkan kakitangan kontrak juga mempunyai tanggungan yg tinggi. Ramai kakitangan kontrak lebih mahir dr kakitangan tetap. Jadi jgn sia2 kn kebolehan yg kami ada..CUEPACS tlg la kami..
SAYA GURU KONTRAK PRE.XPRNAH DPT ELAUN DAN DUIT RAYA RM500 SPT Y DJANJIKN WALAUPUN LAYAK..JWTN SPS TP KERJA SM SPT PJWT AWAM BIASA.GAJI MATI.TIADA APE2 IMBUHAN TRMSUK KWSP
MMG PATUT JAWATN KONTRAK DIBERI PELUANG UTK TETAP...WALAUPUN PRE,KAMI MASIH DI NILAI OLEH KETUA JABATAN SAMADA PERKHIDMATAN KAMI BAIK ATAU SEBALIKNYA,,,,KDG YG TETAP SAMBIL LEWA KERJA,DAN KERJA SENANG JE DI BERI KEPADA YG KONTRAK...TAPI KAMI X PERNAH MERUNGUT MLAH KAMI BERTUNGKUS LUMUS KERJA DEMI SESUAP NASI....JIKA GURU GSTT BOLEH DI BERI PELUANG DI TETAPKAN KENAPA AKS N JAWATAB LAIN X DIBERI PELUANG..SEPATUTNYA KERAJAAN KENA ADIL....TANPA AKS YG MENGURUSKAN HAL2 BERKENAAN GAJI,SURAT DAN SEBAGAINYA SIAPA YG NAK BUAT.... KAMI JUGA AKAN DINILAI OLEH KETUA JABATAN...
Sokong dengan semua.. Saya juga pegawai PRE di Kementerian Pelajaran Malaysia.. tiada lagi sambung tahun ni.. kenapa tak dipermudahkan kami yang telah berkhidmat lebih 3 tahun? tiada caruman kwsp..tiada cola..semua tak de. tapi kami stil keje. harap sangat cuepacs mendengar rintihan pekerja kontrak.. kami juga telah memberikan seluruh tenaga untuk bekerja..
-Aku Pegawai Tadbri KOntrak N41-
Boleh kaji juga untuk Bomba Bantuan,jika melebihi tempoh 10tahun diserap tetap one off
Catat Ulasan