SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Julai 2010

SEMUA JABATAN KERAJAAN SEDIA KHIDMAT ONLINE AKHIR TAHUN: KSN

Bernama
6/7/2010




PUTRAJAYA: Kerajaan mensasarkan menjelang akhir tahun ini bagi semua jabatan kerajaan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian (online) bagi perkhidmatan yang bersesuaian, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, setakat ini 50 peratus sahaja jabatan kerajaan yang memperkenalkan perkhidmatan secara online dan yakin sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai."Satu lagi cabaran yang perlu dihadapi jabatan kerajaan ialah bagaimana untuk meningkatkan keyakinan masyarakat bagi menggunakan perkhidmatan dalam talian," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd Sidek berkata, masih ramai anggota masyarakat cenderung untuk menggunakan proses manual berbanding perkhidmatan online meskipun sistem itu dapat menjimatkan tenaga dan masa.

"Misalnya perkhidmatan yang disediakan Jabatan Tanah dan Galian untuk membayar cukai tanah terlalu sedikit yang menggunakan perkhidmatan dalam talian kerana lebih rasa yakin untuk menggunakan cara manual," katanya.

Terdahulu Mohd Sidek menjalankan proses bancian di kediamannya secara online dan merasakan proses itu lebih mudah berbanding secara manual sebelum ini, kerana ia boleh dibuat walau di mana seseorang itu berada dengan syarat perlu mempunyai kod akses.

Banci Penduduk dan Perumahan 2010 bermula hari ini hingga 22 Ogos ini.
Ia adalah satu usaha kerajaan untuk mengetahui bilangan penduduk Malaysia ketika ini dan jangkaan akan datang untuk tujuan perancangan kemudahan bagi rakyat.

Proses bancian penduduk kali ini menggunakan tiga kaedah iaitu temu ramah secara bersemuka, drop off and pick up dan secara online dikenali e-Census di laman web www.statistics.gov.my.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof, berkata keputusan awal bancian daripada aspek gender dijangka dapat diperoleh pada November ini manakala keputusan lengkap termasuk umur dan pendapatan hanya boleh diperoleh dalam tempoh dua hingga tiga tahun. - BERNAMA

Tiada ulasan: